TERKINI :

Wednesday, September 25, 2013

Peguam Sanggup bantu secara PERCUMA akan PAK CIK yang berlaku pertengkarang dengan BINI MAT YO...!!



Hasil Solidariti kita sebentar tadi, sudah ada peguam bersama rakan-rakannya yang sedia membela Pak Guard teraniaya itu secara percuma jika bini Mat Yo teruskan tindakan saman.

Aku juga terharu dengan sokongan kamu semua dalam membela insan teraniaya. Dalam menentang PENINDASAN ORANG KAYA TERHADAP ORANG MISKIN.

Selagi kita mampu bersatu, jangan biarkan seorang manusia pun di negara ini dizalimi dengan apa cara sekalipun.

Tidak kira bangsa, agama, fahaman politik, Umno, Pas, KEADILAN, DAP, MCA MIC Gerakan atau apa sekalipun.

Malaysia ini negara kita, mari sama-sama jadikan negara ini tiada tempat untuk penindas berbuat kezaliman!

-khairul helmie-

Hina hukum ALLAH pun tak sekeras hukuman menghina Jalur Gemilang

Penjara 15 tahun jika hina Jalur Gemilang

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.

Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.

"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan.

Cabaran peguam KASE untuk bayar semua saman AES tiada respon dari menteri dan peguam negara...


AES: Apa respon cabaran saya?


Zulhazmi Shariff 2:15PM Sep 25 2013

Pada 18 September 2013, saya selaku penasihat undang-undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah mengemukakan cabaran kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Peguam Negara seperti berikut:-

Saya Zulhazmi Sharif, Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan, Peguam Negara & sesiapa saja di dalam Kerajaan yang terlibat dengan AES untuk tunjukkan sepatah ayat di dalam Saman AES yang menyebut Saman hendaklah dibayar... Tunjukkan satu ayat bahawa kompaun hendaklah dibayar...

Jika ada, saya akan tunggu di kaunter JPJ utk bayar semua saman2 AES..

Analisis Terkini Pemilihan PAS


Menjelang Muktamar PAS ke-59, belajar daripada kekalahan mereka pada muktamar ke-57 lalu, ulama PAS kali ini lebih bersedia untuk memastikan calon mereka mendapat kedudukan lebih baik.

Untuk itu, usaha sedang dibuat bagi memastikan calon mereka akan berhadapan satu lawan satu dengan calon bukan ulama khasnya untuk kerusi timbalan presiden.

Inilah pandangan blogger yang juga penganalisis politik Melayu, Mohd Sayuti Omar.Fakta hampir keseluruhan tokoh utama kepimpinan PAS kini dikuasai bukan ulama, kecuali presiden, tidak disenangi ulama kerana parti itu sendiri mengamalkan konsep kepimpinan ulama.

Dalam muktamar ke-57 lalu, semua calon ulama tewas untuk jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga kerusi naib presiden.Mohamad Sabu mendapat 420 undi mengalahkan dua calon ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).

Sejarah pemilihan dan status quo Umno

SEDIKIT mengenai sejarah. Kali terakhir Presiden Umno dicabar dalam pemilihan parti adalah pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir Mohamad. Tengku Razaleigh kalah. Umno berpecah.

Kali terakhir Timbalan Presiden Umno dicabar adalah pada tahun 1993 apabila Anwar Ibrahim mencabar Abdul Ghafar Baba. Abdul Ghafar menarik diri daripada bertanding. Anwar menang tanpa bertanding. Sebulan kemudian Abdul Ghafar meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Anwar menggantikan beliau.

Sejak itu, atas alasan perpaduan, dua jawatan teratas Umno itu tidak ditandingi lagi. Apabila Dr Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003 dan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi beliau juga mengambil alih sebagai Presiden Umno.

Apabila Abdullah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan April 2009, Mohd Najib Abdul Razak menggantikan beliau dan dalam pemilihan Umno berikutnya disahkan sebagai Presiden dan Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Timbalan Presiden.

Menteri kata jangan tapi 'sambut' Obama diteruskan

Hazayani Zakaria, 25 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) tidak peduli terhadap gesaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar menghentikan siri jelajah anti Obama dan anti TPPA.

Sebaliknya jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, mobilasi rakyat bagi 'menyambut' kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama ke Malaysia pada 11 Oktober depan akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata, mereka mahu Obama melihat sendiri aksi rakyat yang tidak bersetuju dengan TPPA.

"Menteri (Mustapa) bukan sahaja keliru dan tak faham tujuan kita tapi cuba mengelirukan dewan.

"Kita bantah TPPA yang masih dalam rundingan kerana orang Umno sendiri pun tak tahu isi kandungan perjanjian sebaliknya selepas empat tahun baru boleh dedah isi kandungan perjanjian.

Ingatkan logo Malaysia kat jersi Cardiff City tu Vincent Tan taja tapi rupa-rupanya Kerajaan Najib yang bagi duitnya

Kerajaan taja Kelab Cardiff City lebih RM15 juta

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi Front of Shirt Sponsorship adalah tidak wajar dan membazir.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City untuk tempoh satu tahun.

Baginya, perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.

Beliau menyatakan perkara itu merujuk kepada jawaban Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalannya di Dewan Rakyat semalam.

“Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Pemilihan di Kedah: PAS tenang, Umno tegang

ALOR SETAR: Sembilan dari 15 kawasan PAS di Kedah yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan setakat ini memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan.

Hanya satu kawasan memilih Yang Dipertua baharu, selainnya mengekalkan muka lama. Sementara hanya terdapat dua pertandingan Timbalan Yang Dipertua dan satu pertandingan untuk Naib Yang Dipertua.

Di kalangan yang belum mengadakan mesyuarat agung, kemungkinan hanya terdapat satu sahaja kawasan yang memutuskan jawatan Yang Dipertua melalui pertandingan, sementara lima lagi dijangka tiada pertandingan.

Senario ini membayangkan bahawa isu perpecahan yang dikatakan melanda akar umbi PAS Kedah sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini tidak berbangkit lagi selepas Pakatan Rakyat hilang kerajaan di negeri ini.

Banyak songeh betul KETUA PEMBANGKANG DUN P.PINANG - Orang bagi DUIT tu ambik je lah..!!

Kerajaan P.Pinang tidak ikhlas salur peruntukan

BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan keputusan kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada semua Adun BN itu sebagai tidak ikhlas.

Beliau berkata tawaran itu juga bukan satu bentuk pendamaian tetapi untuk kepentingan politik agar rakyat memandang rendah kepada Adun BN.

"...jika betul ikhlas dan adil hendaklah diberi jumlah yang sama kepada semua. Ini sekadar melepas batuk di tepi tangga dan seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilapor berkata kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM40,000 setahun kepada setiap Adun BN di negeri itu untuk tujuan pembangunan kecil, bermula tahun depan.

Lim juga dilapor berkata beliau mahu Adun BN menyertai mesyuarat kerajaan negeri kerana bimbang Adun pembangkang terbabit tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Akan datang..Himpunan Ulama Terbesar di Kedah 2013 akan diadakan..!!

Himpunan Ulama Terbesar di Kedah 2013

GAMBAR KENANGAN PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK PERHIMPUNAN KALI KE 2 TAHUN 2013 - INSA ALLAH akan berhimpun pada bulan Oktober 2013 ini , Para Muhibbin Nantikan dan ikuti Perkembangan 

Dari masa ke semasa kami akan diumumkan di Blog Cahaya Kehidupan Tauhid , Blog Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah , di Facebook Page Rasmi Persatuan Pondok Tauhid  , facebook ana Helmi Assyafie , Facebook Setiausaha PPPT Mazlan Jamalludin , Ahmad Rafae dan lain-lain. Insa ALLAH setiausaha PPPT akan tubuhkan Page Rasmi Program ini , nantikan!

Laporan Terkini : Hari ini 24.9.2013:

Helmi Assyafie mengadap Dato Mufti Kedah , Dato Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad , memohon perkenan dan restu bagi mengadakan Himpunan Ulama Thurath 2013 peringkat negeri Kedah .
 
Himpunan Khas menghimpunkan seramai munggkin ulama muktabar bagi menyatakan pendirian dalam isu ancaman Syiah di Kedah khususnya dan Amnya di Malaysia .  Ahli Sunnah sedang diganggu gugat maka himpunan ini bagi mengambarkan kebangkitan ummah menyatak pendirian terhadap Syiah . Syiah Kedah membuat laporan Polis terhadap Dato Mufti Kedah , ummah perlu bangkit menyatakan pendirian kita , ini bukan hanya mempertahankan maruah Dato Mufti Ulama kesayangan ummah tetapi isu ini isu Maruah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bangkitlah Ummah!!! .

Ayuh bangun saudara saudara ku !

Mukhriz akui UMNO kekurangan ULAMAK....

Umno kekurangan ulama jelas isu Syiah

Datuk Mukhriz Mahathir 
 Datuk Mukhriz Mahathir

SHAH ALAM – Umno kekurangan ulama bagi membahaskan isu fahaman Syiah yang semakin menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Kenyataan itu dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir ketika menjawab soalan penonton pada sesi Dialog Bersama Pemimpin yang mengupas Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, hari ini.

Beliau juga menyatakan parti selain Umno tidak begitu serius dalam usaha menyekat penyebaran fahaman tersebut.

"Dalam soal Syiah, belah sana nampaknya tak berapa serius nak bersama kita menyekat penyebaran fahaman itu.

"Belah kita pula tak cukup orang untuk bahas soal Syiah," katanya.

Beliau akui Umno memerlukan lebih ramai ulama seperti Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

"Ustaz Fatul Bari ada di sini, dia antara yang lantang. (Beliau) masuk (video) dalam Youtube untuk menjelaskan soal Syiah.

"Tapi, tak cukup ramai. Kita perlu lebih ramai lagi," katanya.

Mukhriz pernah fikir lantik Pas jadi exco


Mukhriz Tun Dr Mahathir  
Mukhriz Tun Dr Mahathir

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pernah membayangkan ingin melantik Adun Pas ke dalam barisan exco negeri itu pada awal kemenangan BN Kedah dalam PRU13 lalu.

Katanya, beliau mempertimbangkan pelbagai cara untuk kurangkan suku politik di Kedah, yang mana salah satunya menawarkan jawatan itu kepada wakil parti pembangkang itu.

"Bagaimanapun, akhirnya saya berfikir cara lain yang boleh diterokai dan memikirkan kesan yang bakal dihadapi.

"Buat masa ini sedikit payah untuk melakukan apa yang dicadangkan," katanya, tanpa mengulas lanjut.

Ulama bantah mahkamah


Ulama bantah mahkamah 
Ravil (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Putin ketika beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2010.

MOSCOW - RUSIA . Ulama terkenal Rusia membantah keputusan sebuah mahkamah yang mengarahkan terjemahan al-Quran dimusnahkan selepas mengisytiharkan ia sebagai ekstremis.

Kelmarin, Ketua Majlis Mufti Rusia Ravil Gainutdin menyatakan bantahan beliau menerusi surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin.

Ravil turut mengecam keputusan tersebut yang dianggap sebagai buta huruf dan satu bentuk tindakan provokatif yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Islam.

"Masyarakat Islam di negara ini sememangnya terkejut dengan keputusan mahkamah di Pelabuhan Novorossiisk itu yang jelas seperti mengabaikan undang-undang.

Iklan haram: Sedia 'hantar' tukang urut seksi


Iklan haram: Sedia 'hantar' tukang urut seksi  
Antara lambakan iklan urut seks. Sinar Harian menyamar dengan menghubungi nombor tersebut.

LAMBAKAN iklan urut seks semakin hari semakin berleluasa di merata-rata tempat di Lembah Klang.

Kita dapat melihat ia sama ada disembur menggunakan penyembur cat atau pun poster dilekatkan pada dinding serta lampu isyarat.

Malah bagi menarik minat pelanggan, mereka bijak menggunakan pelbagai nama perkhidmatan.

Sinar Harian menghubungi salah satu nombor tertera di Petaling Jaya untuk mendapatkan maklumat bagaimana modus operandi mereka di sebalik nombor tersebut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...