TERKINI :

Tuesday, September 24, 2013

Menteri biasa pun guna pengiring, rakyat meluat...

KUALA LUMPUR: Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya?

Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-sama dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?

“Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, hari ini.

Baginya, bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu

Giliran menteri meletakkan kesalahan pada rakyat

oleh - Shahbudin Husin

September 24, 2013

Kenyataan yang dikeluarkan beberapa menteri dan pemimpin kerajaan kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat.

Kadang kala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada rakyat, pemimpin juga cuba memperbodohkan rakyat dengan memaksa menerima hujah separuh masak yang mereka lontarkan itu.

Dalam isu kenaikan harga minyak, selain kerajaan berhujah bahawa subsidi yang dikurangkan itu akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya, di ketika yang lain Najib dan Ahmad Maslan juga berkata, kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya sahaja.

Mungkin benar dan mungkin tidak, subsidi minyak yang dikurangkan itu akan ditumpukan kepada golongan rakyat yang menerimanya tetapi haruslah diingat bahawa kesan segera daripada kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter itu ditanggung rakyat sebelum keselesaan yang dijanjikan melalui penstrukturan subsidi baru itu benar-benar menjadi kenyataan.

Rakyat seperti disusahkan dahulu sebelum bantuan yang dijanjikan itu tiba.

[GEMPAR] Ada kes bunuh dalam kem PLKN...

Pelatih PLKN Muadzam Shah mati dibunuh




Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek tumpul.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

'Bukan pakar' dibayar RM20j untuk pelan pendidikan

NONEAnggota Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai.

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu.

"Saya sokong naik harga gula" - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyokong saranan Kementerian Kesihatan mengenai pengurangan subsidi harga gula demi mencegah penyakit kencing manis dari meningkat.

Meskipun begitu katanya, kerajaan perlu mengkaji penyelarasannya terlebih dahulu agar tidak memberikan kesan dan beban kepada rakyat.

"Kesihatan amat mustahak dan tindakan memang perlu diambil tetapi tentang subsidi itu saya jangka bahawa kerajaan dengan apa jua keputusan yang dibuat nanti  pasti mengambil kira semua aspek,"

"Kalau nak kurangkan subsidi, kerajaan mesti membuat perkiraan apakah kesannya terhadap rakyat," kata Shahrizat pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur Isnin.

Nak dekat dekat dengan Bajet 2014 pun NAJIB mohon nak rembat RM14b lagi untuk bajet tambahan 2013

Menjelang Bajet 2014, Putrajaya mohon RM14b bajet tambahan

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
September 23, 2013

Putrajaya memohon perbelanjaan tambahan bagi tahun 2013 berjumlah RM14 bilion menjelang pembentangan Belanjawan 2014 pada Oktober depan.

Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus, atau sejumlah RM11.9 bilion dimohon untuk kegunaan Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Perbendaharaan turut memohon sejumlah RM606 juta peruntukan tambahan, menjadikan ianya berada dalam kedudukan kedua tertinggi selepas Perkhidmatan Am Perbendaharaan, diikuti Kementerian Pendidikan (RM322 juta), dan Kementerian Kesihatan (RM300 juta).

Daripada keseluruhan permohonan peruntukan tambahan yang meliputi 16 kementerian, Parlimen menjadi pemohon peruntukan paling kecil iaitu sejumlah RM1.3 juta. – 23 September, 2013.

Nasib baik RAHIM NOR yang kata.. Jika MAT SABU kompom dah ada laporan polis 1malaysia..!!

Ahli Parlimen PAS sokong abu Chin Peng masuk Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
September 23, 2013

Ahli Parlimen PAS hari ini menyokong agar abu mayat Chin Peng dibawa masuk negara apabila menyeru agar Ketua Polis Negara (KPN) disarankan jangan menjadi "seperti Perkasa" apabila bercakap soal perundangan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana perundangan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membidas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan semakan akan dibuat untuk menghalangnya.

Mohamed Hanipa berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah jelaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang abu mayat Chin Peng di bawa masuk.

Kenapa SPR tidak diletak di bawah Parlimen?

Jawapan Parlimen
 
Penubuhan badan Ini adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan:
Keanggatan SPR hendklah dilantik oleh YDPA selepas berunding denagn Majlis Raja-raja dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan 5 orang anggota lain (dibawah kuasa YDPA).
Soalan Lisan Ahli Parlimen Rantau Panjang

Ini bukan perkauman.. yang salah tetap salah tak kira apa bangsa..


Seorang lagi menteri kena belasah Dr Maza

Macai UMNO Memfitnah Lagi: Ibu Nizar Dituduhnya Sepupu Chin Peng

oleh Greenboc


Ipoh – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

“Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

Punca kenapa Ku Li tak jadi bertanding terdedah..??

Tindakan Ku Li itu amat bijak kerana beliau tahu bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan.

ANALYSIS



 Sabtu lalu, 21 September, ramai menunggu ketibaan wakil ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menghantar borang pencalonan bagi jawatan Presiden Umno di PWTC.

Tetapi sampai jam 5 petang, wakil Ku Li tidak datang menandakan Ku Li yang dihebohkan sebelum ini akan bertanding jawatan Presiden Umno tidak jadi berbuat demikian.

Menurut pemerhati politik, tindakan Ku Li itu amat bijak kerana beliau tahu bukan mudah untuk menawan 146,000 orang perwakilan dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan. Kalau perwakilan masih 2,600 orang mungkin Ku Li mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sabtu lepas, Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno buat penggal kedua.

Jadi Ku Li tak mahu buang duit dan buang masa. Buat apa beliau habiskan duit (untuk jenteranya) kerana belum tentu perwakilan akan mengundinya setelah “dikepung” oleh semua perhubungan Umno negeri yang mahu kepimpinan Najib-Muhyiddin dikekalkan buat penggal kedua.

Pemilihan Umno : Siapa Pemimpin Pilihan Saya ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Gendang pemilihan pemimpin UMNO Oktober ini telah dipalu. Daripada sekian ramai mereka yang bertanding, saya tertarik kepada beberapa calon. Antaranya ialah Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden, Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, Datuk Suraya Yaacob bagi jawatan Naib Ketua Wanita, dan Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Saifuddin Abdullah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mengapa begitu? Ini kerana saya melihat merekalah barisan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan dan wawasan untuk membawa negara ke depan. Kenyataan ini tidak bermakna saya memperkecilkan keupayaan calon lain, tetapi saya menegaskan calon-calon inilah yang membuatkan saya teruja untuk mengikuti pemilihan UMNO kali ini.

Bayangkan betapa hambarnya pemilihan Naib Presiden UMNO jika Datuk Mukhriz tidak bertanding? Apakah yang baru yang boleh ditawarkan oleh UMNO tanpa adanya calon muka baru yang bertanding? Apakah perubahan yang boleh diharapkan dari UMNO jika sekadar muka lama sahaja yang bertanding? Oleh sebab itulah saya teruja untuk mengikuti pemilihan UMNO kali ini apabila Datuk Mukhriz turut memasuki gelanggang untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

'Bersyukur' versi mazhab BN

Oleh Nik Mohamad Abduh

Bila kita bergerak wang kita juga turut bergerak. Bergerak akan menarik rezeki dan meransang ekonomi negara.

Tetapi, di negara kita, wang kita hangus di perjalanan. Pergerakan rakyat dihantui kos yang tinggi. Kita membayar mahal untuk cukai dan minyak kenderaan kita, bahkan kita dipaksa membayar untuk tol-tol di seluruh negara yang ibarat sekatan-sekatan imigresen di pintu-pintu negara.

Untuk keluar mencari rezeki, kita dipaksa membayar 'cukai rezeki' dulu. Ia seperti makna 'bersyukur' versi mazhab BN.

Dalam sistem Islam dan berdasarkan sejarah pemerintahan Islam sejak berkurun lalu, perjalanan rakyat dipermudahkan. Rakyat diseru bergerak dan bekerja.

Bayangkan, dalam konteks lampau, rumah-rumah tetamu disediakan secara percuma di sepanjang jalan di seluruh negara. Air dan makanan disediakan sebagai satu kebajikan yang dikejar.

Untuk Umno-BN bertahan, PAS mesti dikelirukan dan keluar Pakatan!

Oleh KHALID SAMAD

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, “macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?...” Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, “semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR…”

Saya kemudiannya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang.

PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR!

Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Perlawanan Kedah, Lions XII diatur?


Perlawanan Kedah, Lions XII diatur?  
Sebahagian besar ramalan yang dibuat di laman Facebook Singapore Football tepat dengan keputusan perlawanan nyata membuatkan penyokong Kedah tertanya-tanya.

KEBETULAN atau realiti, perkara tersebut yang kini menjadi persoalan mengenai keputusan saingan Kumpulan D Piala Malaysia membabitkan Kedah yang tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Darul Aman (SDA), Sabtu lalu.

Puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning masih lagi meratapi kegagalan pasukan mereka melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik, malah turut dikejutkan dengan beberapa ‘bukti’ kini tersiar di maya didakwa perlawanan tersebut diatur.

Antara bukti-bukti tersebut ialah tersiarnya resit sport betting yang menunjukkan ketepatan keputusan perlawanan berkenaan selain kenyataan keputusan sama dikeluarkan peminat di Singapura di laman Facebook Singapore Football iaitu ramalan awal sebelum sepak mula.

Biarpun pertaruhan keputusan perlawanan dibenarkan di negara seberang itu, perkara tersebut jelas kini menjadi pertanyaan kepada sebahagian besar penyokong Kedah.

Perkukuh keselamatan sempadan Malaysia-Thai

MUHAMMAD NIZAM
Pasir Mas, Kelantan

JARAK panjang sempadan Malaysia-Thailand dianggarkan kira-kira 660 kilometer meliputi negeri Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis. Hubungan rakyat kedua-dua buah negara yang tinggal berhampiran sempadan adalah akrab apatah lagi jika mereka mempunyai pertalian darah.

Keadaan geografi sempadan Malaysia-Thai yang terdiri daripada sungai, daratan dan bukit-bukau sebenarnya merupakan cabaran kepada pasukan keselamatan negara kita untuk memantau pergerakan keluar dan masuk rakyat daripada kedua-dua belah negara. Isu yang kerap timbul dalam urusan pengawasan sempadan ialah kes penyeludupan.

Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan polis marin dan tentera sememangnya komited menjalankan tugas mereka memelihara perbatasan negara daripada diceroboh oleh anasir yang tidak diingini. Bukan sedikit pengorbanan yang mereka taburkan demi memastikan kedaulatan negara tidak tergugat.

Umno Kedah - 11 bahagian jadi rebutan, 4 menang tanpa bertanding

KUBANG PASU 22 Sept. - Pemilihan UMNO bahagian di Kedah bulan depan menyaksikan 11 bahagian berlaku pertandingan di peringkat jawatan ketua sementara empat calon menang tanpa bertanding termasuk Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir di Jerlun.

Selain itu, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Alor Setar), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim/Bandar Baharu) berjaya mempertahankan jawatan tersebut di kawasan masing-masing.

Sementara itu, pertandingan Ketua Bahagian Padang Serai dianggap paling sengit di negeri ini apabila menyaksikan enam calon menyerahkan borang masing-masing di pusat pendaftaran di Dewan Wawasan Jitra dekat sini hari ini.

FGVH: Mana peruntukan untuk tanam semula

KUALA LUMPUR: Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakop mempersoalkan tindakan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang tidak meletakkan satu peruntukan khas bagi aktiviti tanam semula kepada peneroka.

Beliau berkata, penyenaraian FGVH setahun yang lepas menyaksikan syarikat tersebut memperolehi pendapatan sebanyak RM4.4 bilion.

Namun katanya lagi, wang tersebut hanya dibelanjakan untuk membeli aset perladangan dan juga terlibat dalam perhotelan.

"FGVH disenaraikan pada jun 2012 dan menjadi sebuah syarikat yang kaya dengan pendapatan tunai, walaupaun penyenaraian itu menjana lebih kurang RM10 bilion tetapi FGVH memperolehi sebanyak RM4.4 bilion, satu angka yang besar.

"Walaupun angka itu agak besar kita tidak melihat satu sen pun peruntukan diberikan bagi aktiviti tanam semula dan ini akan menimbulkan masalah kepada Felda pada masa akan datang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Pendaftaran PELAJAR PASTI SESI 2014


IMG-20130718-WA003
*PENDAFTARAN PELAJAR PASTI SESI 2014 KINI DI BUKA
*TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 4, 5 DAN 6 TAHUN.
*IBU BAPA ATAU PENJAGA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI PASTI NEGERI MASING-MASING ATAU PASTI MALAYSIA.
PASTI NEGERI:
  1. PERLIS   019-457 5605
  2. KEDAH  019-440 3329
  3. KELANTAN    09-748 6042
  4. TERENGGANU  09-620 4417
  5. PULAU PINANG  019-409 5922
  6. PERAK   05-528 8371

Kisah Masyarakat - Strok bukan halangan urus keluarga

Strok bukan halangan urus keluarga KOTA SARANG SEMUT - Diserang penyakit strok sejak dua tahun lalu, bukan satu alasan untuk seorang ketua keluarga dari Kampung Permatang Bongor, Kuala Sala, di sini, mencari nafkah buat keluarga.

Sebaliknya, Ismail Hashim, 46, tetap gigih melakukan kerja ringan seperti menabur baja untuk menampung keperluan keluarga.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, keluarganya hidup terumbang-ambing berikutan dia tidak dapat melakukan kerja kampung seperti mengambil upah menanam padi mahupun kerja pertukangan.

"Masa ini, sebelah badan kiri saya menjadi kaku dan sukar untuk melakukan pergerakan seperti biasa.

"Namun, akhirnya tangan kiri ini makin boleh digerakkan dan digunakan untuk melakukan kerja ringan berkat usaha kami untuk menyembuhkan penyakit ini," katanya.

Ismail berkata, walau bagaimanapun, dia masih tidak dapat menjalankan pekerjaan seperti dahulu kerana  tangan kiri yang masih belum pulih sepenuhnya dan kini tiada lagi pendapatan tetap.

Dulu Lain Sekarang Lain : Apabila Suara Ulamak PAS berdendang dalam Utusan..!!

DULU-DULU DAN KINI-KINI:

Dulu-dulu: Utusan hanya nombor ekor saja yang betul.
Utusan adalah lidah syaitan.
Utusan haram dibaca.
Utusan hanya sesuai untuk lap taik cicak saja.
Utusan hanya layak dibuat bungkus nasi lemak saja.

KINI-KINI: Utusan adalah tempat meluah rasa.
Utusan sudah mengiktiraf kita.
Utusan adalah lidah kita.
Utusan harus dibaca.
Utusan boleh dikepit kemana-mana.

Kenapa?
Kerana di dalamnya sudah ada suara ulama kita.

KLIK SINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...