TERKINI :

Sunday, September 22, 2013

Lagi hadiah BN untuk pengundi mereka selepas PRU13.. harga gula pula...!!

 

Syukur Alhamdulillah.. akhirnya satu lagi JANJI BN ditunaikan selepas menurunkan Saman Kompoun AES kini mereka pula akan menaikkan harga gula demi untuk kesejahteraan rakyat jelata semua.

Kerana penangan RM40K Guan Eng..habis dah meroyan UMNO BN sekarang nie..!!!

oleh Bang Mat jr.


Nampaknya UMNO BN sudah mula menjilat ludah-ludah mereka dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini... Tak termimpi kita bahasa kini akan ada satu kerajaan baru diangkat oleh rakyat untuk membuat kerja menyedarkan pemimpin pemerintah yang sudah tua usianya yang memikirkan apa mereka lakukan selama ini adalah betul dan benar belaka...

Tidak siapa pun nafikan dan katakan itu duit GUAN ENG.. ia berbalik kepada mana UMNO BN selama ini melakukan duit peruntukan PARLIMEN & ADUN seperti harta mak bapak mereka dimana dikawasan yang mereka kalah duit peruntukan tersebut akan turun kepada ketua bahagian mereka....yang mana duit tidak diaudit oleh juruaudit negara.

Sedangkan duit peruntukan tersebut ialah duit rakyat seperti mana KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG katakan ini...

Pulau Pinang beri RM40,000 kepada Adun pembangkang

GEORGE TOWN: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip.

“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN.

Kereta : Pengguna miskin memilih harga atau jenama?


Oleh –Danial Razali

SEPTEMBER 22, 2013 LATEST UPDATE: SEPTEMBER 22, 2013 07:52 AM

Hampir sudah tidak kedengaran isu penurunan harga kereta setelah berlalunya hampir lima bulan pasca pilihan raya umum ke-13. Janji parti yang memenangi tampuk pemerintahan pada hari ini untuk menurunkan harga kereta pun telah berubah daripada "boleh" kepada "amat sukar" dan "perlukan sedikit masa" yang bermaksud tunggu pilihan raya ke-14 sajalah.

Beberapa komentar dilontarkan berkenaan penurunan harga kereta. Ada yang mengatakan bahawa penurunan harga kereta akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta diatas jalan raya.

Ini menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak berbanding dengan kesesakan yang telah sedia ada dihadapi oleh pengguna hari ini. Ada juga yang memberi komentar bahawa permintaan kereta keluaran nasional berhadapan dengan risiko penurunan kesan daripada peralihan keinginan pengguna kepada permintaan kereta buatan asing. Inferior.

Saya melontarkan persoalan-persoalan ini dari perspektif seorang pengguna biasa yang berpendapatan kecil dan mungkin mewakili sebahagian besar mereka yang berpendapatan sederhana.

BlackBerry kena belajaq dengan Mahathir camna nak urus duit billion-billion...


Mukhriz: Jadi “anak bapak” bukan jaminan menang

OLEH MD IZWAN DAN MOHD FARHAN DARWIS

Mukhriz tidak merasakan sebagai anak kepada Dr mahathir, beliau akan mudah menang. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 September, 2013. 
Mukhriz tidak merasakan sebagai anak kepada Dr mahathir, beliau akan mudah menang. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 September, 2013.

Calon Naib Presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan label sebagai anak bekas perdana menteri bukan jaminan kemenangannya dalam pemilihan parti Oktober ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata perjalanan karier politiknya dalam Umno bukan mudah dan berhadapan dengan pelbagai rintangan. 

 Saya tidak pasti (pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad), saya tidak boleh kata apa-apa kerana saya tetap anak dia.

Timbalan Menteri: Kerajaan tidak boleh halang abu mayat Chin Peng pulang

OLEH DESMOND DAVIDSON
September 21, 2013

Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar).

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

“Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

“Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka,” tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.

Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara.

“Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya,” kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.

Sharizat dicabar oleh 2 pencabar untuk kerusi Ketua Wanita UMNO

Maznah buat kejutan cabar Shahrizat

Maznah Mazlan  
Maznah Mazlan

KUALA LUMPUR - Exco Wanita Umno, Senator Datuk Maznah Mazlan hari ini membuat kejutan apabila menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Wanita kira-kira setengah jam sebelum proses penyerahan borang ditutup 5 petang.
  
Borang pencalonannya diserahkan wakilnya Mohamad Baba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
  
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang bakal bertanding jawatan utama pergerakan itu ialah tiga orang termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankannya dan anggota seumur hidup Umno, Raihan Sulaiman Palestin.
   

Mimpi menjelang pemilihan.. kita tengok siapa yang naik dan turun..!!


Mimpi menjelang pemilihan  
Dari kiri: Khairy, Mukhriz dan Rafizi

Mukhriz Mahathir sudah pun umum keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Dengan sahihnya Mukhriz bertanding merebut kerusi Naib Presiden Umno, kita tertanya-tanya, "siapa pula yang akan terkeluar?"

Zahid Hamidi dilihat berada dalam kedudukan yang amat kuat sekarang. Justeru antara Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal, siapa yang akan dihantar keluar oleh perwakilan dari kamar Naib Presiden pada 19 Oktober ini? Bagaimana pula dengan Ali Rustam dan Mohd Isa Samad?

Hishammuddin juga dilihat seperti tidak bermasalah. Ramai yang akan berterima kasih kepadanya kerana menurunkan saman AES hingga setengah!

Bagi kebanyakan orang, Mukhriz adalah calon boleh menang. Sebelum dia umum keputusan, ramai yang sudah berharap untuk dia masuk daun dan ramai juga yang kecewa apabila awalnya, MB Kedah itu disebut-sebut hanya akan bertanding kerusi Majlis Tertinggi.

PAS kuat bila ULAMAK sanggup turun ke akar umbi

oleh wfauzdin,

MEMPERKASAKAN Pakatan Rakyat. Itulah komitmen PAS sekarang berhubung isu kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS yang mahu agar kajian dibuat tentang Tahalluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat. Kenyataan paling bijak dan penuh berhemah adalah daripada Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menegaskan "PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak, katanya.

Ertikata lain, tiada kajian lain selain dari mengkaji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Jika ada di antara Ulamak di dalam PAS yang bercita-cita untuk menjadikan PAS sebuah parti yang berjuang bersendirian, maka Ulamak ini seharusnya dikaji latarbelakang beliau samada orang seperti ini boleh membantu PAS atau boleh melemahkan PAS.

Naib Presiden Umno, restu Najib atau Mahathir?

KUALA LUMPUR: Dengan pertandingan Naib Presiden Umno kali ini menjadi enam penjuru dengan penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam, gambarannya ialah ketiga-tiga penyandang Zahid, Hishammuddin dan Shafie mendapat restu daripada Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Menurut penulis blog, Shahbudin Husin, Mukhriz pula mendapat restu daripada Mahathir, bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri sahaja.

Beliau berpandangan, sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang itu mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu Mahathir.

Senarai calon jawatan utama Umno Pusat

Pemilihan Umno

KUALA LUMPUR - Berikut ialah senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama Umno Pusat pada pemilihan bulan depan, selepas tempoh pendaftaran calon berakhir pada jam 5 petang ini:

PENGERUSI TETAP :
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (penyandang/menang tanpa bertanding)
  
PRESIDEN:
1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (penyandang/menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (penyandang/menang tanpa bertanding)

NAIB PRESIDEN:
1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (penyandang)
2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (penyandang)
3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

'Chin Peng tak sama Dr Azhari, Nordin Mat Top'

Chin Peng  

MUAR - Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.
  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.
  
Beliau berkata, Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.
  
"Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   

Ku Li tak hantar borang tanding Presiden


Tengku Razaleigh Hamzah
 Tengku Razaleigh Hamzah

SHAH ALAM -  Borang pencalonan bagi jawatan Presiden Umno telah diisi namun akhirnya tidak jadi dihantar setelah mendengar denyut nadi akar umbi.

Nama yang disebut-sebut bakal mencabar jawatan disandang Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Razaleigh Hamzah sah tidak bertanding apabila tidak menghantar borang pencalonan sehingga jam 5 petang, hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dikatakan sudah siap mengisi borang pencalonan tersebut namun ianya tidak dihantar.

Menurut kenyataan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang dipetik dari Agendadaily menyebut, berdasarkan penelitian selama tiga minggu, beliau merasakan ahli-ahli Umno akar umbi mahu terus mengekalkan kepimpinan sedia ada.

"Beliau menghormati kehendak tersebut dan tidak mahu mencabar jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Najib Razak," kata pegawai khasnya, Lukman Ghani.

Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing kekal menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno apabila tiada pencalonan lain sehingga proses penyerahan borang ditutup jam 5 petang tadi.

Pas sedia kerjasama dengan Umno: Abdul Hadi


hadi awang  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
  
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
  
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.
  
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...