TERKINI :

Saturday, September 21, 2013

P'raya: Banyak responden percaya BN salahguna kuasa untuk kekal

dari - Umcedel
Koh Jun Lin

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati kebanyakan responden percaya bahawa BN telah menyalahgunakan kuasa untuk kekal dalam kerajaan.

Ia mendapati 46 peratus responden percaya sedemikian, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus responden pula tidak pasti.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat juga jurang pendapat di kalangan kaum mengenai perkara ini, dengan 54 peratus responden Cina bersetuju bahawa BN menyalahgunakan kuasanya, berbanding dengan 42 peratus orang Melayu.

Lembah Klang ‘port’ warga asing


Rangkuman intipati X-Klusif.  
Rangkuman intipati X-Klusif.

SHAH ALAM – Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui rakyat negara ini apabila mereka telah mendominasi kawasan – kawasan tertentu menjadikannya perkampungan mini.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR).

Laporan Sinar Harian Rabu lalu mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut.

[Video] Pesanan untuk pemimpin dan rakyat yang memberi sokongan..!!


Bayaran Tuntutan Petugas SPR 2013 tidak dibayar

Gambar Hiasan
Salam Perpaduan,

Saya merupakan seorang Petugas SPR bagi PRU ke 13 di kawasan Parlimen P204 Selangau, Sibu, Sarawak. Ingin mengadu bahawa sehingga aduan ini ditulis, semua tuntutan yang berhubungan dengan tugas – tugas sebagai Petugas termasuklah tuntutan perjalanan, lojing dan makan belum dibayar sehingga kini.

Tiada makluman juga diperolehi mengapa bayaran tersebut begitu lama tidak dibayar. Sedangkan tugas telah dilakukan dalam 4 bulan yang lalu. Ada juga di kawasan parlimen lain, petugas2 mereka sudahpun dilangsaikan tuntutan mereka. Kita berhak untuk tahu sebab tugas telah dilaksanakan dengan baik tetapi tiada bayaran setimpal dibayar.

Penyiasat: Kami rasa seperti berada di negara asing


RCI SABAH Seorang penyiasat bagi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini menceritakan bagaimana mereka berasa terancam, seolah-olah sedang berada di negara asing, semasa melawat kampung air di Sabah.

Ketua pegawai penyiasat RCI, Mohd Azman Mohd Sabri berkata, contohnya ialah lawatan pasukannya ke Kampung Bangau-Bangau di Semporna.

"Kami berasa seperti tidak berada di negara kita, Kampung Bangau-Bangau seolah-olah berada di Zamboanga (Filipina) .

"Kami berrasa seperti berada di Zamboanga kerana di kawasan sekitarnya, penduduknya semuanya dari komuniti mereka," kata Azman ketika memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu pagi ini.

Calon Ketua Pemuda UMNO kata kepada KJ seperti warga bangla..!!

Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda Umno seperti 'warga Bangla'
 
Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri.

Hari-Hari hidup kita diperbodohkan oleh media UMNO..!!!



Malang betul rakyat Malaysia...ada 47% pengundi tengkorak kosong...
kalo letak tunggul kayu jadi wakil umno mesti org umno sokong..

Adakah Kenari akan patuk Singa pada malam ini...ayuhhh semua ke Stadium..!!

Kedah: Sarawak harap tuan laman sendiri

Kedah; Sarawak harap tuan laman sendiri  
Rengal cuba melepasi asakan dua pemain Kedah, Mohd Sabre Mat Abu (kiri) dan Wan Hossen (kanan).

RAMALAN awal Juara Liga Super, Lions XII mara mudah ke kelompok lapan terbaik meleset malah kebangkitan Kedah pula mencuri perhatian peminat tanah air apabila menjinakkan Perak 1-0 di Stadium Perak, Selasa lalu.

Juara Liga Premier, Sarawak yang bercita-cita melakukan kejutan awal nyata perit sepanjang saingan peringkat kumpuan dan terbaru tumpas tipis 0-1 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar.

Namun Bujang Senang tetap berada di tangga teratas Kumpulan D namun berkongsi tujuh mata dengan Lions XII dan Perak cuma dibezakan jaringan gol serta bolos manakala Kedah berada di tangga keempat dengan enam mata.

Ulamak bukan jenama eksklusif


1. Individu yang faqih memahami al-Quran dan al-Sunnah mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah dengan syarat disertai dengan taqwa sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Nabi bersabda: ُ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ Sesiapa yang Allah mahukan untuk dirinya satu kebaikan maka Allah bagi kefaqihan (kefahaman mendalam) dalam agama. Hadis Bukhari.

2. Menjelaskan kedudukan dan kelebihan ulamak secara umum sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam hadis tidak bererti mensucikan individu yang alim daripada kelemahan dan kesilapan.

3. Ulamak bukan jenama eksklusif milik golongan atau institusi tertentu seperti Majlis Syura Ulamak, Dewan Ulamak, Persatuan-persatuan Ulamak, Majlis-majlis Ulamak dan seumpamanya tetapi ia adalah sifat yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang menguasai disiplin ilmu wahyu yang baik dgn kemampuan bahasa arab yg mantap dan mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis meskipun dia seorang peniaga, petani, kerani, ahli politik, doktor, jurutera dan sebagainya.

BAS jatuh gaung lagi..17 nyaris maut

17 nyaris maut bas jatuh gaung

17 nyaris maut bas jatuh gaung  
Keadaan bas ekspres membawa 17 penumpang yang terjunam setelah terlibat dalam kemalangan.

SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Meninggal ketika tidur


Meninggal ketika tidur  
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.

SUNGAI PETANI - “Dia seorang yang pendiam tetapi semalam dia kelihatan cukup gembira sehingga ketawa paling kuat."

Demikian luahan seorang rakan karib, Abd Rahman Morad, 29, berhubung sikap rakannya, Mohd Qawiem Roslan, 23, dari Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda yang meninggal dunia semasa sedang tidur.

Menurut Abd Rahman, semalam, dia bersama arwah dan beberapa rakan lain bersembang sehingga awal pagi sebelum masing-masing pulang ke rumah untuk berehat.

“Kami semua sudah merancang nak turun ke laut pagi ini (semalam) bersama arwah, tetapi tak sangka, dia pergi dahulu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kelmarin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...