TERKINI :

Friday, September 20, 2013

AES: Siapa tanggung kosnya sekarang?

Oleh - A Kadir Jasin

SEPTEMBER 20, 2013 LATEST UPDATE: SEPTEMBER 21, 2013 01:36 AM

Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada.

Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.

Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka?

Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?

Adakah dinasti Mahathir akan wujud dengan masuknya Mukhriz

Masuk politik bukan untuk wujudkan dinasti Dr Mahathir, kata Mukhriz
Oleh- Bernama

SEPTEMBER 20, 2013

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar), berkata kehadiran beliau dalam politik negara bukan bertujuan mewujudkan dinasti bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi kerana minatnya sendiri.

Malah, katanya, beliau pernah disekat daripada melibatkan diri dalam politik oleh bapanya ketika Dr Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara dan Umno.

"Kalau benar beliau hendak wujudkan dinasti, awal-awal lagi semasa zaman beliau presiden parti dan perdana menteri (keempat) selama 22 tahun, beliau boleh menarik abang saya, (Datuk) Mokhzani dan saya untuk didedahkan kepada politik dan pentadbiran kerajaan.

"Saya akui "bin" saya memang menarik perhatian. Ia juga menaikkan saya ke satu imej tertentu kerana beliau (Dr Mahathir) menjadi pemimpin untuk tempoh yang lama dan beliau masih ada sokongan tinggi. Saya seronok dapat meneruskan apa yang beliau perjuangkan tetapi saya ada idea saya sendiri," katanya pada sidang media selepas mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Anwar gesa Najib beri keterangan kepada RCI


KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk turut tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Sabah semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata kehadiran Najib itu perlu bagi merungkai persoalan yang menyelubungi projek IC yang berlaku zaman Tun Dr Mahathir itu.

"Kalau saya boleh hadir memberi keterangan di hadapan RCI, Najib sepatut melakukan perkara yang sama. Setidak-tidaknya kita boleh dengar dan bertanya setiap persoalan yang timbul.

"Kita memberi ruang kepada rakan-rakan untuk menyatakan kebenaran, ruang ini perlu diambil Najib dan beliau boleh jelaskan, semua orang ingin dengar," katanya.

Lawatan Obama 'malapetaka buat Malaysia' - Mapim

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah  kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barak Obama ke negara ini ekoran imej  negatif Amerika Syarikat di sisi rakyat negara ini.

Malah badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan kehadiran Obama di Kuala Lumpur 11  Oktober hadapan sebagai "suatu malapetaka buat Malaysia".

Dalam satu kenyataan media yang diluarkan hari ini, MAPIM secara tegas tidak  mengalu-alukan kedatangan Obama malah mendesak lawatan pemimpin kuasa besar dunia itu  dibantah dan dikecam.

"AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi  seluruh dunia melalui pelbagai strategi. Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan  PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi  memanipulasi media global, perjanjian  ketenteraan, strategi menjatuhkan atau  menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan," ujar Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul  Hamid.

MCA smash PM & MENTERI KABINET - Apa beza ABU CHIN PENG dengan JASAD NORDIN MAT TOP

MCA: Pengganas Muslim dikebumi di sini, kenapa Chin Peng tak boleh?

NONEMenjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini.

Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.

Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-duanya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.

Katanya, Kerajaan tidak memerlukan lagi sebarang publisiti buruk dilihat sebagai membuat keputusan berdasarkan perkauman.

Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.

[Video & Gambar] Perbuatan Peg. Kem. Kesihatan 'kantoi' masukkan jentik-jentik di rakam CCTV



Pada 17/09/2013 jam lebih kurang 10.30pg,dua orang yang disyaki pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia jempol,NS menjalankan tugas semakan nyamuk aedes di kawasan industri bahau,NS.rakaman cctv telah merakamkan pegawai tersebut telah membuat sesuatu dalam tangki air disyaki menuangkan jejentik ke dalam tangki dan akhirnya pura2 bersama pegawai2 terjumpa jejentik aedes di tangki dan cuba mengeluarkan saman atau minta duit kopi dari peniaga tersebut. pegawai2 tersebut tidak tahu bahawa ada cctv atas tu ..

Adakah peralatan penguatkuasa Miritim negara teruk sehingga di'kalahkan' hanya oleh bot nelayan Vietnam?

Zaharudin Muhammad

BOT ANGKATAN PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DIKALAHKAN OLEH BOT NELAYAN VIETNAM.

Apa perasaan anda jika yg hilang itu ialah keluarga anda?

Itulah nasib 2 pegawai Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas mereka hilang bersama2 bot nelayan vietnam yg digeledah.

Kisahnya, APMMM berjaya menahan sebuah bot nelayan vietnam dan meninggalkan 2 anggota menggeledahnya kerana ingin menahan bot ke 2 yg sedang melarikan diri. Bot ATMM GAGAL mengejar bot nelayan vietnam ke 2 dan berpatah balik untuk mendapatkan bot pertama yg telah ditahan dengan 2 anggota yg ditinggalkan menggeledah di dalamnya. Oleh kerana kapal maritim APMM terpaksa bergerak perlahan, menyebabkan bot pertama hilang bersama 2 anggota APMM tersebut.

Setakat dok habaq ja SYIAH hina INTITUSI DI RAJA... Tindakannya bila lagi..???

Menteri: Ketua Syiah cabar institusi raja

Jamil Khir Baharom  
Jamil Khir Baharom

YAN - Tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lepas boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
   
Beliau berkata ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).
  
"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekaligus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau dekat sini hari ini.
  
Jamil Khir berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.
   

Teknik Untuk Menyedarkan Ahli Politik & JKR di Malaysia


Kenapa tidak perlu bayar saman AES : Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau PDRM

oleh Zul Hazmi

Ramai yang keliru apabila Kerajaan umumkan diskaun 50% kompaun Saman AES... Sila baca, fahamkan & sebarkan untuk kebaikan bersama....

Saman ialah perintah/notis supaya hadir ke Mahkamah. Di dalam setiap Saman AES akan disebut begini :
"KAMU DENGAN INI DIPERINTAHKAN supaya hadir sendiri atau melalui peguam di hadapan Majistret di ....................."
Tidak ada sepatah ayat di dalam saman memerintahkan penerima saman untuk bayar saman. Denda atau hukuman hanya boleh diperintahkan oleh Mahkamah bukan JPJ atau PDRM.

Diskaun 50% adalah ke atas kompaun. Kompaun ialah tawaran menyelesaikan kes saman. Jika tidak mahu ke Mahkamah maka boleh dibayar kompaun dan kes dianggap selesai.

Kedudukan PAS semakin mantap hasil kerjasama dalam PR


oleh  – Tengku Zulpuri Shah

tengku zul
MENTAKAB, 20 SEPTEMBER: PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malah, walaupun PAS, PKR dan DAP menghadapi saingan sengit daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan UMNO, MCA dan MIC, kerjasama PR dilihat lebih mampu melangkaui batas ideologi atau kaum seperti yang dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian ketika mengulas cadangan sesetengah pihak dalam PAS untuk mengkaji semula kerjasamanya bersama PR.

Pengundi kena kencing dengan BN.. Janji RM100 tapi bila bayar cuma RM20..

Orang Asal dakwa dibayar untuk undi BN


SUBANG JAYA: Seorang saksi dari masyarakat Orang Asal yang tampil memberi keterangan kepada Tribunal Rakyat semalam mendakwa beliau antara yang dibayar untuk mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Norman anak lelaki Kong, dari Kuala Lipis, Pahang mendakwa, beliau dijanjikan bayaran RM100 supaya mengundi BN namun hanya dibayar RM20 dan bakinya tidak dibayar hingga hari ini.

Katanya, BN banyak menabur janji kepada Orang Asal pada PRU13 lalu, namun episod yang belaku padanya itu disifatkan sebagai satu lagi janji BN yang tidak ditepati.

Lagi Projek Mengayakan Orang Melayu

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2013/09/najib-ucapan-majlis-pemerkasaan-ekonomi-bumiputera-agenda-nasional-melayu-malaysia-dewan-uitm-shah-alam-300x200.jpg 

Lagi satu projek untuk memperdayakan orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.

Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.

Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?

[Bongkar] Sambutan 16 Sept Najib di Serawak : Patutlah ramai datang berduyun-duyun....

Patutlah Berduyun-Duyun Orang Datang Ke Majlis Najib Dan Rosmah.. Ini Sebabnya

Ada cara yang berkesan bagaimana mendapatkan hadirin yang ramai di majlis-majlis umum yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Mengerah kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik komponen Barisan Nasional (BN) adalah lumrah. Begitu juga dengan arahan badan-badan berpakaian seragam seperti pengakap.
Namun pada sambutan ulangtahun ke-50 Sabah Dalam Malaysia yang diadakan di Tanjung Aru dekat sini pada 16 September lalu cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta dan hadiah menarik lain seperti motorsikal telah menjadi magnet kepada orang ramai yang menaruh harapan memenangi sebuah kereta.
Sejak lewat petang juruacara bertugas mengumumkan ada cabutan tiket bertuah itu dengan hadiah sebuah kereta, maka berduyun-duyunlah manusia dari sekitar bandaraya ini meredah hujan dan lopak ke tapak sambutan di Taman Prince Phillip Tanjung Aru.

Coretan Untuk PAS Kedah - Belajarlah dari kesilapan untuk membina kejayaan akan datang

oleh AnakKedah007


Gua sebenarnya malas nak campor... tapi bila MSO cakap macam nie teringin juga  gua nak nyampok sikit... lama dah tak tulis kat blog gua nie... 

kenapa PAS KEDAH tumpas.... kenapa PAS KEDAH tumbang...

Sebelum berhujah kenapa tumpas dan tumbang apa kata kita flash back balik kenapa PAS KEDAH menang suatu ketika dahulu... yes menang...

Jika nak menang PAS KEDAH kena ada satu kekuatan jentera untuk bekerja dan membantu perjuangan supaya PAS KEDAH menang....

Bila ini di flash back semula kita kembali ke PRU13 sebelum kalah.... siapakah jentera yang bekerja dan membantu untuk PAS KEDAH menang PRU13 tempohari...

Selepas 15 tahun DSAI bersama perjuangan reformasinya..!!

Saifuddin Nasution Ismail

20 sept 1998 tepatnya 15 tahun lampau, imbas kembali. Berhimpun bersama rakyat di masjid negara dan dataran merdeka. 18 hari selepas pemecatan dsai. himpunan terbesar pernah saya sertai. berakhir menjelang maghrib, saya bergegas ke bukit damansara, kediaman dsai. sempat join solat maghrib berjemaah. ada tazkirah ringkas, cuma tak ingat siapa penyampainya.

sementara menunggu isya, nikmati makan malam ..sambal tumis udang petai. orang semakin ramai di rumah dsai. ruang rumahnya tak mampu menampung kehadiran teman, sahabat, kenalan, rakyat biasa. seusai solat isya, segerombolan manusia bertopeng lengkap bersenjata m16 menendang pintu dan tingkap. tingkap cermin pecah berderai. tikar sejadah tempat sujud kami dipijak dgn kasut mereka. ketua mereka perkenalkan diri dan beritahu dsai mahu ditahan. suasana hiruk pikuk. dsai minta sekalian hadir bertenang.

Kenapa Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden Sekarang? Jawapannya Ada Di Sini...


KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.

Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.

'Bakar Obama' Menifestasi Bantah Kehadiran Obama dan Menolak Perjanjian TPPA


http://4.bp.blogspot.com/-AFQNRH-_45U/UjuSopqdrBI/AAAAAAAASWw/Tr-iTdGeueI/s1600/2013-09-20_081042.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-KwgrsKq--q4/UjuSoUMH0PI/AAAAAAAASWs/WLCpfjD6mko/s1600/2013-09-20_081007.jpg 

Pelancaran Jelajah #BantahObama #TolakTPPA di Taman Melati, Wangsa Maju malam semalam menjadi satu permulaan mobilisasi besar 'menyambut' kehadiran Presiden Amerika pada 11 Oktober ini di KLCC.

Majlis yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama SMM dan NGO Bantah TPPA dipanaskan dengan aksi 'bakar Obama' sebagai satu amaran penting simbolik penolakkan terhadap perjanjian penuh kerahsiaan TPPA dan juga kehadiran Obama ke Kuala Lumpur. Dalam aksi berkenaan, satu replika Obama dan bendera Amerika telah dibakar hingga rentung di depan ratusan hadirin.

Barack Obama dijadualkan ke Kuala Lumpur pada bulan depan untuk menjadi saksi tandatangan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA, namun tekanan yang hebat dari rakyat dan pelbagai NGO telah menyebabkan kerajaan Malaysia menangguhkan tandatangan metrai perjanjian tersebut.

Turut memeriahkan majlis pelancaran adalah termasuk YB Tian Chua, YB Dato Tan, YB Dr Hatta Ramli, che'GuBard, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Safwan Anang manakala wakil NGO pula antaranya Syed Ibrahim (IKRAM), Azlan Awang (Blindspot), Sivarajan (JERIT).

Benteras kekang jenayah melalui agama


Benteras kekang jenayah melalui agama  
Azmi (empat, kiri) dan Mohammad (tiga, kiri) bersama antara wakil NGO di Kedah yang membentuk jaringan Benteras sedia memikul tanggungjawab membanteras jenayah.

SUNGAI PETANI – Badan Bertindak Banteras Jenayah (Benteras) akan menggunakan pendekatan agama iaitu penyerapan syariah selain bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya bakal menjelajah surau, masjid, serta beberapa lokasi strategik bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah pertama, Benteras bercadang mengadakan dialog bersama Ketua Polis Kedah dalam masa terdekat sebelum beberapa perancangan lain turut dilaksanakan.

“Pergerakan ini juga merupakan khidmat sosial Benteras yang dibarisi 15 badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

“Kita juga menggalakkan beberapa NGO bukan Melayu supaya turut serta,” katanya kepada media, semalam.

Alor Setar - Dapur Restoran Tom Yam penuh tahi kucing

Dapur penuh tahi kucing

Dapur penuh tahi kucing  
Kucing dilihat berkeliaran di sekitar premis makanan.

ALOR SETAR - Tahap kebersihan yang amat menjijikkan apabila tahi kucing didapati bersepah berhampiran dapur sebuah kedai tomyam di Kuala Kedah malam kelmarin.

Selain itu, keadaan dapur kotor dan persekitaran kedai dipenuhi haiwan berkeliaran yang dapat dilihat sepanjang operasi tomyam oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Sinar Harian yang turut sama dalam operasi itu mendapati, ramai peniaga tidak mengutamakan kebersihan terutama di bahagian dapur, malah membiarkan haiwan seperti kucing dan tikus berkeliaran bebas di kawasan premis termasuk penemuan tahi kucing di bahagian dapur.

Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar II, Dr Narimah Hanim Ibrahim berkata, 10 notis Perintah Penutupan Premis Sementara membabitkan pelbagai kesalahan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...