TERKINI :

Thursday, September 19, 2013

'Sudah tua dan bakal mati', jauhi Umno - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Generasi muda hendaklah menjauhi Umno jika tidak mahu dikuburkan lebih awal, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata, Umno 'sudah tua dan bakal mati'.

"Sebab itulah generasi muda mesti menjauhi Umno dan jangan biarkan diri dikuburkan lebih awal dengan Umno yang sudah tua dan bakal mati," katanya.

Mahfuz berkata, sakit tua tidak ada ubat dan akan berakhir dengan kematian.

"Walaupun (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) cuba mengubati Umno, dengan program transformasi dan lain-lain, ia tidak berguna lagi.

"Semua itu hanya ikhtiar sementara dan usaha terdesak yang hanya membazirkan masa dan wang negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Pakatan Rakyat sedia berdialog dengan BN


KUALA LUMPUR: Majis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang semalam (18 September) sekali lagi menyatakan kesediaan untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional.

Ia bertujuan menyelesaikan masalah-masalah negara yang kian runcing seperti bebanan hutang kerajaan yang menggunung, harga barang yang meningkat mendadak, jenayah dan rasisme menular yang menggugat hubungan baik di kalangan masyarakat.

Demikian kenyataan media bersama Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Abu mayat Chin Peng: MCA, Pemuda Umno berbeza pandangan

OLEH DIYANA IBRAHIM
September 19, 2013

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) bertegas menolak desakan MCA untuk membenarkan abu mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau tetap tegas dengan pendirian bahawa keputusan membenarkan abu mayat pemimpin komunis itu akan mengguris perasaan ramai keluarga mangsa komunis.

"Itu kenyataan MCA biarlah apa mereka mahu cakap tetapi ini kenyataan daripada Pemuda Umno, kita kata memang tidak patut,"katanya kepada media selepas pelancaran Sistem eRoy di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya pagi ini.

Muhyidin “tangguk di air keruh” tetapi “gendang tidak bersambut”


OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) mengajak PAS bekerjasama dengan Umno umpama "menangguk di air keruh" ketika PAS kecoh dengan 'tahalul siasi'.

Namun kali ini ia umpama 'gendang tidak bersambut' sahaja kerana masing-masing matang berpolitik selepas taktik yang sama sudah beberapa kali digunakan.

Tidak ada mana-mana pihak dalam PAS membuat kenyataan positif mengenainya melainkan pandangan daripada pihak yang pro-Umno sahaja.

"Tujuannya untuk mengucarkacirkan PAS dan hubungan PAS dengan Pakatan bukan untuk kepentingan Melayu atau Islam," kata Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri dalam kerajaan BN pimpinan Umno ketika mengulas cadangan Muhyidin itu.

Isu IC - Dalam Mahathir dok menyalahkan Anwar tetiba boleh pula dia pertahankan bekas mentornya

Anwar: Jangan salahkan Dr M saja
 
Jarang-jarang berlaku, hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pemberian kad pengenalan terhadap warga asing di Sabah.

"Saya lihat laporan media, semuanya menyalahkan Dr Mahathir. Ini tidak betul.

"Sistemnya sudah beroperasi sejak sebelum beliau dan terus berlangsung selepas itu, Tetapi kita harus hentikannya," kata Anwar merujuk kepada apa yang dikatakan sebagai "Projek IC".

Anwar memberikan keterangan di hadapan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang asing Sabah di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Mampukah Mukhriz 'haru-birukan' penyandang VP?


Datuk Mukhriz Mahathir kini menjadi tumpuan ahli Umno di seluruh negara menjelang pengumuman pentingnya petang ini sama ada akan menyahut atau tidak hasrat akar umbi yang mahu beliau bertanding jawatan naib presiden Oktober ini.

Ia dilihat sangat penting kerana kesediaannya untuk bertanding jawatan tersebut bakal menggegarkan peluang para penyandang naib presiden Umno, terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut sumber-sumber dalaman Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dilihat agak mantap kedudukannya untuk mempertahan jawatan tersebut.

Tetapi selain Hishammuddin, penyertaan Mukhriz juga mungkin memberi tempias kepada seorang lagi penyandang, Datuk Shafie Apdal.

Rugi 1.6 bilion jika tidak cekap urus air

Piarapakaran S.,

Bekalan air terawat berasaskan komuniti merupakan asas untuk pembangunan sistem bekalan air bersepadu. Dengan peningkatan penduduk dan pembangunan yang berterusan, permintaan bagi air terawat sentiasa meningkat. Di samping itu, zon permintaan tidak lagi berasaskan komuniti. Sesetengah zon permintaan meletakkan jauh dari sumber air itu sendiri. Dengan kemajuan dalam teknologi, ini menjadi kemungkinan melalui kejuruteraan.

Infrastruktur dan sistem operasi yang digunakan untuk jangkamasa panjang akan usang serta menyebabkan proses perawatan dan bekalan air menjadi tidak cekap. Tambahan pula, anda akan membayar melalui tarif bagi ketidakcekapan ini. Negara membangun menangani ketidakcekapan serta peningkatan dalam permintaan air terawat dengan membina loji-loji perawatan air yang baru. Ini bukan satu penyelesaian kejuruteraan yang mampan. Adakah Malaysia jatuh di bawah kategori yang sama? Pada tahun 2012, terdapat 473 loji perawatan air di Malaysia dengan jumlah kapasiti reka bentuk 17,901 Juta Liter Sehari (JLH).

Isu Penjaga Anjing - Pak Mie dilanjutkan tempoh untuk berpindah sehingga Decembar..



YB Gooi Hsiao Leung - MP Alor Setar

Berita Baik! Tempoh lanjutan untuk Pak Mie telahpun diberikan sehingga December ini.

Saya telah berjumpa bersama Datuk Bandar pagi tadi dan beliau telah mengesahkan bahawa pihak berkenaan telah memberi Pak Mie lanjutan tempoh untuk tinggal di shelter tersebut sehingga December ini.

Surat pengesahan dengan butir-butir berkenaan perkara ini akan diberikan nanti.

Mahathir banyak berahsia waktu saya TPM - Anwar

KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh bekas ketuanya Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau mengetahui tentang projek IC di Sabah.

Beliau memaklumkan demikian ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Steve Shim hari ini.

Katanya, walaupun beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu namun terlalu banyak perkara yang dirahsiakan oleh Mahathir.

Saksi dakwa nampak anggota SPR kira undi dalam lokap

SUBANG JAYA: Saksi ketiga yang tampil memberi keterangan dalam prosiding Tribunal Rakyat berkait proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, membuat pendedahan mengejutkan.

Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka ketika memberi keterangan berkata beliau nampak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kiraan undi awal biarpun pengundian awam belum berlangsung.

Kejadian itu katanya berlaku pada 2 Mei, iaitu tiga hari sebelum pengundian awam berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang.

Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina.

Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap.

Zam Maidon kecut perut bila Kit Siang nak saman...!!

BLOGGER ZAM MAIDIN KECUT PERUT BILA LIM KIT SIANG NAK SAMAN.

http://i.brta.in/images/2012-12/dc0096321f3e41d28cd7cabb27aa4366.jpgMutakhir ini blogosfera menjadi panas digemparkan dengan kes saman-menyaman. Blogger tidak lagi kebal. “You talk big I saman you!!”, “You open your mouth I saman you!” 

Yang terkini suasana dikalutkan dengan berita Lim Kit Siang akan menyaman blogger Zamkata @ Zam Maidin susulan dari posting Zam pada 3 September 2013 “Patutlah Tanda Putera Haram dan Jijik Di sisi Lim Kit Siang dan Anaknya”.

Zam baru sahaja selesai apabila terpaksa meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah postingnya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X. 

Kini Zam dideritai dengan satu lagi tekanan oleh LKS pula. Kecut perut dengan kenyataan LKS itu cepat-cepat Zam merayu agar beliau tidak disaman kerana beliau bukannya seorang kaya, korporat atau saudagar. 

Khalid Ibrahim Diberi Kata Dua Oleh Pakatan Rakyat

oleh MSO

EKSKLUSIF                                                                                          

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim berdepan dengan desakan boleh mengangu pemikirannya dan juga kestabilan kerajaan Selangor sekiranya beliau tidak memberi perhatian menyelesaikan beberapa isu di dalam pentadbirannya. Desakan itu mungkin sampai beliau terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor.

Katanya Khalid telah diberi kata dua dan tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah dan melendikkan keadaan di Selangor. Orang-orang politik termasuk peringkat tertinggi ketiga-tiga parti, PKR, Pas dan DAP sudah sepakat tidak dapat menahan sabar lagi dengan Khalid dan satu tindakan tegas perlu dibuat.

Walaupun sudah beberapa kali peringatan dan arahan diberikan termasuk oleh Penasihat PKR Anwar Ibrahim sendiri, tetapi Khalid katanya tetap dengan stailnya. "Dia hanya angguk di hadapan sahaja, tetapi tidak pernah menurut apa yang pihak eksekutif parti kehendak," begitulah komen seseorang. Memahami situasi itu jelas Khalid seorang yang tidak mudah patuh kepada kehendak pihak lain walaupun partinya sendiri.

Anwar: Tidak munasabah Dr Mahathir tidak tahu Projek IC

OLEH LEE SHI-IAN

http://malaysiafactbook.com/images/thumb/0/05/Anwar_Ibrahim.jpg/210px-Anwar_Ibrahim.jpgTidak munasabah jika Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai Projek IC di Sabah kecuali beliau tidak bertanggungjawab atau tidak cekap, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) ketika memberi keterangan di hadapan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, hari ini.

Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri ketika projek ini berlangsung, Dr Mahathir sepatutnya bertanggungjawab terhadap skandal itu dan Anwar menolak penjelasan bekas perdana menteri itu bahawa beliau tidak tahu mengenainya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai Projek IC ketika berada dalam Kabinet dari 1982 hingga 1998.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Pegawai RCI, Manoj Kurup sama ada beliau tahu atau tidak mengenai projek itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendengar mengenai kewujudan satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk memasukkan pendatang asing sebagai rakyat Malaysia.

Mahkamah Tinggi menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.




TAIPING: Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.


dari Aris Awang

ALHAMDULILLAH

13 peserta Ops Bantah dilepas dengan ikat jamin

1. Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.
2. Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun. Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.
Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan. Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.

Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.

Kelas intensif Bahasa Malaysia sekarang dibuka khas kepada ADUN-ADUN DAP Perak...!!!



Record music and voice >>

Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang wajib anda bertutur dengan fasih kerana anda warganegara Malaysia... Jika macam nie punya keras lidah anda maka sesuatu kena dilakukan.... pergilah kelas bimbingan BM untuk memfasihkan pertuturan anda semula...

buat malu ja duduk Malaysia ngaku warganegara Malaysia tapi cakap guna Bahasa Malaysia tak fasih...

Mahathir Sedang 'PROMOSI' Mukhriz untuk dijadikan warisnya dalam UMNO/BN

Pemilihan UMNO: yang menang dan yang kalah sama saja
oleh Aspan Alias
 
Dr Mahathir menulis dalam blognya beberapa hari lepas dan memberikan anggapan yang UMNO sedang menghadapi penyakit tua dan akan mati tidak lama lagi. UMNO tidak lagi menggalakkan penyertaaan orang muda-muda dan yang tua-tua tidak mahu berundur bagi memberi tempat kepada yang muda-muda untuk mendapat tempat.

Tetapi keadaan ini bermula dari beliau mengambil alih kuasa negara dan beliau telah membunuh kerjaya pemimpin-pemimpin yang muda lagi berwibawa semasa beliau mula mengambil tempat kepimpinan parti dan negara ini. Malahan itulah tindakan yang mula-mula dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Hussein Onn. Mana-mana pemimpin yang beliau anggap akan mencabar kewibawaan beliau telah beransur-ansur diketepikan secara sistematik.

Beliau tidak mahu sesiapa yang cerdas di sekeliling beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Kesalahan dan kelemahan mana-mana pemimpin yang bersama beliau adalah asset politik kepada beliau dan mudah bagi beliau menentukan politik mereka itu. Beliau tidak seperti pemimpin sebelum beliau yang menggalakkan dan mendidik pemimpin-pemimpin pelapis yang berwibawa.

Tidak bayar saman AES bukan kesalahan – peguam

KOTA KINABALU: Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menjelaskan sesiapa yang mendapat saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan tidak membayar saman tersebut bukan satu kesalahan.

Beliau berkata, di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak mengandungi arahan bahawa saman atau kompaun itu wajib dibayar.

"Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan arahan agar membayar saman dengan kadar yang baru iaitu RM150 tetapi jumlah tersebut akan meningkat jika engkar arahan.

"Saya nak cabar Hishamuddin tunjukkan dalam akta tersebut yang mengarahkan saman itu perlu dibayar, kalau dia boleh tunjuk sepatah ayat mengatakan bahawa saman atau kompaun perlu (wajib) dibayar, saya akan membayar kesemua saman-saman AES  yang telah dikeluarkan," ujarnya.

Dominasi warga asing bukan perkara baru


Dominasi warga asing bukan perkara baru  
Lambakan warga asing di negara ini.

Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mendominasi kawasan tertentu.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang, warga asing yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR) sudah menjadikan ia perkampungan kecil mereka.

Rakyat Malaysia sedia maklum dan tidak menafikan kepentingan warga asing untuk melicinkan kerja-kerja di sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Johari Abdul ganti tugas Wan Salleh

Johari Abdul ganti tugas Wan Salleh
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI


http://archives.thestar.com.my/archives/2013/4/29/nation/ge13-malaysia-general-election-johari-n14-A.jpgALOR SETAR - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah sepakat melantik Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menggantikan Datuk Wan Salleh Wan Isa yang melepaskan jawatan pengerusi negeri empat bulan lalu.

Timbalan Pengerusinya, Ir Zamri Yusuf berkata, meskipun tidak menyandang apa-apa jawatan dalam majlis pimpinan negeri (MPN), Wan Salleh masih kekal sebagai Ketua Cabang Langkawi.

"Rombakan yang kita buat hanya untuk MPN dan tidak melibatkan mana-mana cabang.

"Buat masa ini, kita kekalkan dahulu ketua cabang yang ada,” katanya.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan penjelasan Wan Salleh mengenai keputusan mengundurkan diri dari dalam MPN gagal kerana penggilan telefon tidak berjawab.

Anwar mohon buang satu perenggan dalam penghakiman

Anwar Ibrahim  
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.
  
Anwar telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.
  
Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakannya itu pada 13 November, dalam usaha untuk memadamkan perenggan itu.
  
Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.
  
Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.
  

BALING - Dua beradik tinggal sehelai sepinggang


Dua beradik tinggal sehelai sepinggang

BALING - Dua beradik tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka di Kampung Bakar Bata, Bongor hangus dalam kebakaran kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku kerana mereka tidak berada di rumah ketika kejadian.

Mohd Tarmizi Harun, 29, ketika kejadian sedang bekerja di bengkel besi di Pulai manakala abangnya berada di luar kawasan.

Dia hanya mengetahui kejadian itu setelah mendapat panggilan dari jiran dan rakannya.

Peroleh pendapatan RM1,000 seminggu


Peroleh RM1,000 seminggu  
Dari kiri: Mohd Ariffin dan Ahmad tidak melepaskan peluang menikmati madu lebah kelulut dari koloninya menggunakan penyedut minuman.

PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendapat upah setimpal dengan usaha selama ini.

Namun tidak bagi anak jati Kampung Jintan, Chetok, iaitu Azeman Jaya, 22, atau lebih dikenali sebagai Tok Cik apabila dia memilih untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut bagi mencari rezeki yang halal.

Walaupun pada peringkat awal pilihannya itu sering diragui namun, berkat usaha dan keyakinan diri, Azeman mengorak langkah cuba membuktikan kelainan yang dilakukannya itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...