TERKINI :

Wednesday, September 18, 2013

SAMAN AES : Jangan bayar walaupun diskaun 50%


Peguam KASE, Zulhazmi Sharif menyeru org ramai yg ada saman AES agar tidak membayar kompaun walaupun kerajaan menawarkan diskaun 50% bermula hari ini.

Sebaliknya beliau menasihatkan OKS tunggu sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Blogger Umno dakwa Najib panggil Mukhriz, desak tarik diri

OLEH DIYANA IBRAHiM

Blogger Umno Syed Akhbar Ali hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) meminta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir petang tadi.

Menurut Syed Akhbar, Najib telah menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada Mukhriz berhubung pertemuan tersebut.

"Berbagai teori timbul berikutan perjumpaan tersebut antara tujuannya ialah meminta Mukhriz untuk tidak bertanding

"Hasrat Mukhriz untuk bertanding akan menjejaskan pakatan Najib yang bukan saja mengoyahkan kedudukan Hishamuddin malah Zahid Hamidi, Ali Rustam termasuk Shafie Afdal," kata Syed Akhbar di laman blognya merujuk kepada penyandang dan bakal calon naib presiden Umno.

Menurut Syed Akhbar, diantara teori lain ialah Mukhriz sendiri yang meminta mengadakan pertemuan bagi meminta nasihat mengenai hasratnya bertanding jawatan naib presiden Umno.

Syed Akhbar dalam blognya turut menyatakan sokongan terhadap anak kepada bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Fokus jenayah, usah sibuk pantau abu mayat

Muhammad Faizal, 
18 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar pihak polis lebih fokus dalam isu-isu jenayah bukannya "membuat jenaka" memantau abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari dibawa pulang ke negara ini.

"Saya nasihat agar pihak polis tidak buat jenaka untuk memantau kemasukkan abu mayat ke dalam negara ini. Jenayah negara terus meningkat sepatutnya itu yang lebih utama.

"Kita sedia maklum pasukan polis tidak mempunyai anggota yang mencukupi dan sekarang mereka nak pantau sempadan untuk halang abu mayat, apa jadi kepada pemantau kes-kes lain," jelas beliau.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan abu mayat pemimpin PKM itu tidak diseludup masuk.

Rasional subsidi minyak sekadar penyedap telinga

KUALA LUMPUR: Kenyataan kononnya kerajaan merasionalisasikan subsidi petrol untuk terus melaksanakan pelbagai program sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara disifatkan untuk menyedapkan telinga dan meredakan kemarahan serta ketidakpuasan hati rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah berkata, selama ini program mengurangkan kadar kemiskinan masih di tahap yang kurang menyeluruh dan tidak begitu kontruktif memandangkan banyak yang menjurus kepada bantuan 'one off' dan seumpamanya.

"Tetapi bukankah program bantuan golongan miskin dan kurang kadar kemiskinan ini suatu kewajipan kerajaan dan telah ada sebelum kenaikan 20 sen bahan bakar?

"Cakap-cakap Timbalan Menteri ini hanya berupa satu usaha untuk menyedapkan telinga dan meredahkan kemarahan serta ketidapuasan hati rayat sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Apa untungnya jika PAS bersendirian?

Oleh Timmy Say

Di Multaqa Ulama PAS timbul cadangan untuk mengkaji semula tahaaluf siyasi (kerjsama politik) bersama komponen parti Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, dari segi untung-ruginya pada PAS dan juga kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS.

Dalam hal ini, pihak yang menuduh Dewan Ulama PAS berkeinginan untuk bersama Umno adalah jauh tersasar sekali.

Kerjasama dengan Umno langsung tidak akan dipertimbangkan memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata beliau sesekali tidak akan membenarkan kerjasama politik antara PAS-Umno berlaku selagi beliau masih hidup.

Kajian yang disarankan hanya ada dua pilihan – sama ada PAS lebih elok kekal di dalam Pakatan Rakyat mahupun PAS lebih elok bersendirian menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam setiap kerusi yang ditandingnya pada PRU14.

Persoalan yang lebih mudah ialah, apa untungnya bagi PAS jika bersendirian di dalam politik Malaysia?

Post Moterm Kedah kalah... yang pasti bukan Kerana Tahaaluf Siyaasi

 
PAS sudah nampak hasil tahaaluf siyaasi - Salahuddin Ayup

 Walaupun Pas gagal membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU13, namun ia tidak bermakna parti itu perlu menamatkan kerjasama politik atau tahaaluf siyaasi di antara PKR dan DAP dalam PR.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas akan terus mempertahankan kerjasama politik itu bagi memastikan parti itu kekal relevan dalam arena politik negara ini.

“Kita percaya melalui keputusan yang dicapai muktamar lalu, tahaaluf siyaasi yang dicapai pada hari ini telah menampakkan hasilnya malah ia jauh lebih baik dan berjaya melakar kecemerlangan berbanding ketika Pas bersendirian pada pilihan raya 1982, 1986 dan 2004.

“Pas juga telah buktikan kekuatan dan kesepaduan jentara pilihan raya lalu membolehkan Pas memperolehi undi popular melebihi BN,” katanya dalam wawancara eksklusif Sinar Harian Online, di Pejabat Agung Pas, semalam.

Saman AES : Ingatkan nak hapus terus.. tapi pusing kot mana pun nak ambik juga duit rakyat !!!


Genap 4 tahun: Dari Utusan kepada DAP

Amran Ahmad

Pejam celik pejam celik, 3 September, yakni kelmarin, genap empat tahun saya dibuang kerja sebagai wartawan Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) susulan keputusan bersalah atas dakwaan memfitnah syarikat ekoran aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Walaupun bersuara atas kapasiti sebagai Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dengan bersandarkan pada kenyataan yang dihamburkan kepada portal berita Malaysiakini dan Harakahdaily, saya dibuang kerja sebagai wartawan akhbar Utusan Malaysia.

Perjuangan saya dalam membela ahli-ahli NUJ Utusan dalam kaedah bukan tradisional ini ternyata 'memakan diri' apabila karier selama hampir 10 tahun dalam kewartawanan arus perdana itu dinyah hapuskan dalam sekelip mata, lebih menyedihkan lagi apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatannya.

Sasaran hasil negeri Kerajaan Mukriz berasaskan 'angan-angan' daripada Kerajaan Azizan..?

oleh Zulkifli Yahaya

Buat pertama kali dalam tempoh lima tahun Kedah akan memperolehi pendapatan yang dijangkakan (bagi tahun 2014) lebih besar berbanding tahun sebelumnya. Demikian sebuah akhbar harian memetik kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya, kalau di tahun 2013 (zaman Pakatan) jangkaan pendapatan yang diunjurkan ialah RM640 juta tetapi jangkaan pendapatan bagi 2014 akan lebih besar dari itu. Apabila kali pertama memegang jawatan, maka apa sahaja yang dibuatnya dianggap perkara baru. Walhal unjuran pendapatan yang menetapkan pertambahan memang dibuat setiap tahun sama ada di zaman Pakatan atau sebelum dari itu.

Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta. Sudah tentu ia jauh ketinggalan berbanding di zaman Pakatan, namun ia adalah jangkaan yang munasabah pada masa itu.

Mukhriz mengandaikan jangkaan pertambahan hasil adalah ekoran keberkesanan pungutan hasil, antaranya cukai tanah yang dianggarkan RM200 juta. Kalau setakat jangkaan pungutan yang berkesan, hasil belum tentu meningkat kerana setiap tahun strategi pungutan hasil sedaya upaya akan dibuat dengan berkesan namun hasilnya tetap tidak 100 peratus. Lainlah kalau beliau dapat mengemukakan hasil-hasil baru negeri baru yang besar jumlahnya.

Ust UZAR - Ulasan berkenaan Resolusi Multaqa Ulamak untuk kaji semula Tahaaluf Siyaasi dengan PKR


Adakah bil air SADA akan dinaikkan selepas BN memerintah Kedah...???

Menjerat Kedah dalam isu air
oleh Zulkifli Yahaya

SEWAKTU di bawah Pakatan Rakyat, kerajaan Negeri Kedah berusaha keras menyelamatkan hak-hak negeri berhubung air, dari menjadi mangsa 'penjajahan' oleh kerajaan Persekutuan.

Kini apabila Kedah bertukar teraju kepimpinan kerajaan negeri, dengan mudah pula hak tersebut diserahkan kepada Pusat di samping negeri terpaksa menanggung beban tanggungan tertentu. Akibat yang tidak dapat dielakkan dan hampir pasti akan berlaku ialah kenaikan tarif air untuk rakyat!

Sepanjang 50 tahun BN mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air.

Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan Pakatan mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

Antara Komunikasi twitter anak muda dengan ketua polis negara dalam isu Chin Ping


hangpa kenai rasanya siapa MatLuthfi90 nie

Ching Peng, Henry Gurney dan Presiden PAS

Oleh: HassanOmar

"Berbicara pasal Ching Peng, ramai berpendapat PR tak perlu terlalu fokus kepada isu ini, sedangkan banyak isu dan sejarah belum diperjuangkan.

Walau bagaimanapun saya lebih suka ulasan daripada Aziz Bari, beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

Aziz Bari berkata bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia bersifat manipulasi emosi veteran tentera dan polis.

Beliau berkata terima kenyataan Ching Peng sudah mati. Kenyataan yang sama oleh DS Anwar Ibrahim "Yang sudah itu, sudahlah"

Pendidikan berubah, anak-anak jadi tempat ujian ibarat tikus putih..!!!

Posted on Wednesday, September 18 @ 09:17:33 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru agar kerajaan kembali kepada asas pendidikan mengikut acuan pembangunan manusia yang mempunyai fitrah dan roh sebagai hamba Allah.

Katanya, sistem pendidikan yang ada pada hari ini malangnya tidak sebegitu menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.

"Sistem pendidikan yang dibuat kerajaan sentiasa berubah, anak-anak kita dijadikan tempat ujian sahaja. Selepas gagal, buat yang lain puncanya tidak guna acuan yang ditetapkan oleh Allah Taala.

"Akhirnya dengan sistem yang diamalkan ini melahirkan manusia yang bodoh tidak boleh diajar cerdik tidak boleh diikut," katanya kepada Harakahdaily.

Ops Bubar: Hakim dengar permohonan Khamis ini

Muhammad Faeez Azahar, 17 Sep 2013

TAIPING: Mahkamah Tinggi Taiping hari ini menetapkan 19 September ini (Khamis) untuk pendengaran permohonan penangguhan hukuman yang dijatuhkan terhadap 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik Perak tahun 2009 lalu.

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi telah menerima permohonan tersebut untuk didengarkan selepas bertemu dan berbincang dengan pihak peguam tertuduh ketika prosiding.

Peguam tertuduh, Aminuddin Zulkipli turut memfailkan perakuan segera bagi mempercepatkan pendengaran kes tersebut.

"Setelah berbincang, berjumpa dengan hakim, Yang Arif telah menerima untuk pendengaran penangguhan hukuman tersebut pada Khamis ini.

"Dan kita akan serahkan DPP (Timbalan Pendakwa Raya) sama ada mereka akan membantah atau tidak membantah permohonan itu dan kita akan tengok keputusannya," katanya.

Kesemua 13 tahanan tersebut akan turut dibawa ke mahkamah untuk pendengaran tersebut pada Khamis ini.

Perbezaan ketara antara PAS, PKR dan Umno mendekati isu

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER SEPTEMBER 18, 2013

Menjelang minggu pemilihan pemimpin parti, PAS dan PKR dilihat mempunyai keinginan mendekatkan diri dalam isu-isu panas politik di Malaysia sementara beberapa pemimpin Umno masih lagi terpalit dengan skandal.

Perbezaan ketara dapat dilihat antara parti Melayu berkenaan yang memberikan kesan keyakinan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyambung perbezaan antara komuniti dan ketidakupayaan Umno membebaskan dirinya daripada pemimpin yang dibelengu skandal.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendekati komuniti Kristian ketika wujudnya ketegangan ekoran isu penggunaan kalimah "Allah" oleh masyarakat Kristian untuk menggambarkan Tuhan mereka.

Mujahid menganjurkan dialog antara Kristian-Muslim dan terbaru di sebuah gereja di Pulau Pinang dua hari lalu walaupun wujudnya bantahan.

"Kita tidak membincangkan perbezaan keagamaan atau perbezaan lain, hanya apa yang boleh dilaksanakan untuk menyembuhkan hubungan," katanya.

'Tailong' diburu polis....


Pasukan khas jejak Tailong Man



MELAKA - Polis negeri ini semalam mengedarkan gambar dua lelaki bagi membantu pihak berkuasa itu menjejaki pemilik akaun Facebook bergelar Tailong Man yang diburu kerana kenyataannya di laman sosial itu hendak melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis.

Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjejaki dua individu terbabit bagi mengetahui dalang sebenar yang mengemaskini status berbaur ancaman pada Jumaat lalu.

17 NGO Islam desak putus hubungan dengan Mesir

Oleh: Tarikh: September 17, 2013

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Terengganu hari ini sepakat menggesa negara-negara Islam di seluruh dunia menolak kerajaan kudeta di Mesir.

Pengerusi Persidangan Meja Bulat NGO-NGO Islam Terengganu, Mohamad Lokman Awang berkata, ini penting sebagai satu mesej pembelaan terhadap umat Islam Mesir selain usaha untuk mengembalikan keamanan di negara itu.

"NGO-NGO di Terengganu hari ini bersidang dengan penuh iltizam mendesak agar kerajaan negara-negara Islam termasuk Malaysia mengutuk rampasan kuasa tentera dan tidak mengiktiraf kerajaan kudeta Mesir ketika ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...