TERKINI :

Tuesday, September 17, 2013

Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

oleh Aspan Alias

http://2.bp.blogspot.com/_be2hi8BU7tg/S6yzL-AotNI/AAAAAAAAC64/BXLVarr_Gbg/s400/rasuah.jpgPengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.

Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.

Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.

Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang ‘made belief heroes’ dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.

Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

PAS tambah kerusi di Dun S'gor hasil kerjasama PR

SHAH ALAM: PAS Selangor yakin bahawa cadangan dari Dewan Ulama PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan Rakyat adalah untuk menguatkan lagi PAS dan sekaligus memperkukuh Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, beliau tidak melihat cadangan tersebut sesuatu yang harus dijadikan polemik kerana yakin ia adalah cadangan untuk "menambah baik".

Menurutnya lagi, realiti di Selangor, PAS mendapat lonjakan sokongan dari kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya meningkatkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Di Selangor, jelas PAS mendapat keuntungan besar hasil wujudnya Pakatan Rakyat apabila jumlah kemenangan kita meningkat sehingga 15 kerusi,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Keputusan muktamad dalam Muktamar


Dr Mahfodz menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang Kuizm.

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyerahkan kepada Muktamar PAS yang akan berlangsung pada November nanti sama ada menolak atau menerima Resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang berlangsung di Kedah Sabtu lalu.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pandangan dan kritikan ulamak yang dilontarkan itu akan dirumuskan di dalam Muktamar PAS nanti.

"Ahli kita ramai hampir setengah juta, masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Dalam hal ini biarlah AJK PAS Pusat yang akan rumuskan dalam Muktamar nanti," katanya.

Malah katanya, ulamak terbuka untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat dalam Muktamar nanti.

Iklan GLC untuk bayar saman Utusan?


Semasa merasmikan bangunan baru milik akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

Menurut Najib, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan kaum Melayu di negara ini.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan.

“Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

CAP gesa Kedah atasi pencemaran Pantai Merdeka


Parit di Pantai Merdeka kotor dan menjijikan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebersihan dan kemudahan asas di kawasan perkelahan Pantai Merdeka dekat Sungai Petani.

“Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati kawasan ini bukan saja dicemari air kumbahan dan berbagai jenis sisa buangan malah peralatan di taman permainan kanak-kanak di sini juga terbiar dan berbahaya,” ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, di samping kelihatan jijik oleh sisa kotoran yang terdapat di dalam parit di situ, keadaan itu menjadi lebih buruk apabila sistem saliran yang dibina agak sempit dan kurang sempurna menyebabkan pengaliran air tersekat serta mudah bertakung.

Sebut kata anak Mahadet.. macam-macam dalil diberikan untuk nak bagi bertanding naib presiden


Mukhriz dapat restu tanding naib presiden


Oleh: ROSLINDA HASHIM Tarikh: September 17, 2013

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir layak bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini, meskipun sebelum ini tidak menganggotai Majlis Tertinggi.

Ini kerana Umno Kedah merestui jika Mukhriz benar-benar mahu mengisi jawatan nombor tiga itu, walaupun tuan punya badan belum mengumumkan bertanding mana-mana jawatan.

Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah sebelum ini meminta semua pihak menunggu Khamis ini, untuk memperkenal calon-calon dari Kedah yang akan bertanding pada pemilihan kali ini.

Menurut sumber, besar kemungkinan Mukhriz akan menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Malah ura-ura yang bertiup kencang kebelakangan ini, termasuk analisis beberapa penganalisis politik juga menunjukkan kemungkinan jawatan naib presiden menjadi pilihan Mukhriz.

Mufti Kedah: 'Sedia hadapi apa juga tindakan'


Oleh: ROSLINDA HASHIM Tarikh: September 17, 2013

ALOR SETAR - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kesal masih ada pihak mempersoal ketetapan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fahaman Syiah di negara ini.

Katanya, pengikut fahaman itu tidak wajar menolak ketetapan termasuk mengambil tindakan perundangan kerana ajaran selain Sunnah Wal Jamaah adalah melanggar fatwa diwartakan di negara ini.

“Enakmen yang diluluskan kerajaan negeri Ogos lalu, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 menetapkan setiap pelanggaran terhadap fatwa adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan,” katanya.

Tak Mustahil Mukhriz akan bertanding Naib Presiden selepas Mahathir buat cabaran semalam..!!

MB Kedah mampu ubah tradisi Umno

Datuk Musa Sheikh Fadzir  
Datuk Musa Sheikh Fadzir

GEORGETOWN - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mungkin akan mengubah tradisi Umno dan boleh dianggap sebagai pecah rekod sekiranya benar beliau mahu bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti, Oktober ini.

Walaupun sebelum ini belum pernah ada menteri besar mahupun ketua menteri menawarkan diri bertanding untuk jawatan itu, namun ia tidak menjadi masalah kerana Umno adalah parti yang berpegang kepada demokrasi.

Setiausaha Agung Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mukhriz mempunyai hak untuk bertanding jawatan itu sekiranya beliau mahu dan sesiapa sahaja boleh menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti akan datang selagi memenuhi syarat minimum ditetapkan.

UTUSAN bayar RM40K kepada HUSAM untuk kos fitnah


Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000


SEPTEMBER 17, 2013 LATEST UPDATE: SEPTEMBER 17, 2013 02:28 PM


Hari ini mungkin hari yang paling mengembirakan bagi Datuk Husam Musa (gambar) kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini dan bersetuju membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Pelancaran Jelajah #BantahTPPA & #AntiObama Malam Ini di Taman Melati, Wangsa Maju

Selepas berakhirnya siri jelajah #Black505 yang menyaksikan beberapa kemuncak perhimpunan pada pertengahan Jun lalu, suasana perlawanan antara rakyat yang ditindas dan kerajaan zalim dilihat sejuk tidak bermaya. Di atas kesuraman ini juga, kesempatan diambil oleh pemerintah untuk terus menekan rakyat menyedari asakan dari rakyat sudah mulai perlahan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak memandang ringan situasi ini lantas membawa perlawanan baru untuk rakyat bersatu melawan penindasan. Suasana ceramah umum yang selama ini menjadi medan penyebaran maklumat akan dihidupkan semula.

Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini. Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi.

RM52 bilion SAHAM BUMIPUTERA lesap.... siapa yang rembat nie..???

Mana Lesap RM52 bilion Saham Bumiputera?


Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.

“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.

“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,”
kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.

Pengundi Melayu kurang capaian maklumat.. kebanyakkan hanya mengharapkan media kerajaan...

Wartawan Sinar Harian

Pengundi Melayu kurang capaian maklumat  
Mohd Zuhdi (dua, kiri) ketika menjawab persoalan dilontarkan moderator, Hasbie Muda (kanan).

KOTA BHARU - Pengundi Melayu antara golongan paling kurang capaian maklumat berbanding bangsa lain menyebabkan undian mereka paling teruk berbanding dua parti komponen PR, DAP dan PKR.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, situasi itu mendatangkan masalah besar kepada masyarakat Melayu walaupun Pas sedaya upaya cuba mencari penyelesaian di sebalik perkara itu.

“Ini masalah besar yang berlaku kepada masyarakat Melayu, walaupun parti-parti  pembangkang khususnya Pas ingin memberikan satu bentuk pendidikan agar wujud kesedaran dan kecerdikan politik, namun halangan yang kuat dari sesetengah pihak menjadikan usaha
tersebut agak sukar.

“Ada pihak yang ingin memastikan rakyat tidak terdedah dengan sumber politik dan terus menerus berada dalam keadaan buta politik,” katanya.

Ulamak atau Tidak Ulamak lagi..!!

FENOMENA BIASA

Setiap kali muktamar menjelang pelbagai isu muncul untuk dijadikan bahan sensasi media mahupun kelompok yang bersaing dalam PAS. Khusus dua tahun sekali, para perwakilan akan mengadakan pemilihan kepimpinan, maka fenomena persaingan dan dinamika sebuah parti Islam akan terselah dalam bentuknya yang tersendiri.

Bagi saya ia adalah fenomena biasa yang berlaku dalam mana-mana organisasi politik.

ISU MENDASAR

Fenomena itu ialah apa yang dilihat dan ditafsirkan oleh pengamatnya dengan memberi nilai kepada fenomena ini. Persaingan dalam PAS adalah fenomena. Bagi yang pesimis ia akan melihatnya sebagai ‘bala’ yang akan menghancurkan parti manakala bagi yang optimis ia melihat ini sebahagian daripada dinamika evolusi perkembangan sebuah parti politik.

Bagi musuh politik PAS ini adalah peluang baik untuk melihat lawannya berpecah sesama sendiri walaupun sesekali dia akan melihatkan simpatinya pada pihak tertentu. Atas apa jua perspektif yang kita lihat, kita harus bertanya apakah isu yang mendasar dalam fenomena ini?

Dr Mahathir diselar kerana kenyataan Umno “bakal mati”

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK DAN EILEEN NG
September 17, 2013

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang mendakwa Umno kini “sudah tua dan bakal mati” ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu.

Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari 1981 hingga 2003.

“Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu,” kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.

Tindakan Harun kurang 'bijak'


Mustafa AliSalahuddin Ayub 

SHAH ALAM - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sepatutnya tidak perlu bercakap mengenai strategi parti kepada umum kerana boleh memberikan mesej yang salah berdasarkan persepsi rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tahaaluf siyaasi adalah strategi dalam perjuangan dan perlu dibincangkan secara dalaman, bukannya dihebohkan kepada umum.

"Tidak bijaksana dihebohkan. (Jika dihebohkan) maksud kajian boleh disalah tafsir dan akibatnya kita menghantar mesej yang salah, bukan sahaja kepada rakan PR tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas dan Pakatan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

ADUN PR PERAK wajib potong gaji RM500 seorang setiap bulan untuk bantu keluarga 13 aktivis !!

Apa nasib KELUARGA GENG 13 yang ditahan.... adakah dengan sekadar berdemo dan membakar semangat tapi keluarga mereka hilang tempat bergantung dan mereka memerlukan bantuan kita diluar sekarang ini.. mereka kena penjara pun disebabkan perjuangan yang kita bawa...

mana suara2 PIMPINAN dan apa action plan untuk membantu KELUARGA ini meneruskan kehidupan sepanjang dua tahun hilang tempat bergantung....

Apa kata satu YAYASAN @ TABUNG ditubuhkan untuk membantu mereka dan setiap bulan dikutip sebanyak RM500 drpd 28 DUN yang memenangi kerusi semasa PRU13 tempohari disini bila...

> RM500 x 28 = RM14000 dan dibahagi kepada 13 keluarga itu mereka mendapat lebih kuran RM1000 satu keluarga...

Daripada dok melalak terpekik memperjuangkan ketidakadilan maka dalam waktu yg sama kita membantu menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga2 yg ditinggalkan itu....

Ops Bubar: Nashita cadang jual rumah sara keluarga


SHAH ALAM: Seorang isteri kepada perserta demontrasi Ops Bubar Dun Perak, Nashita Md Noor, 47, membayangkan terpaksa menjual rumah yang didiami demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Keputusan sukar dan berat itu terpaksa diambil sekiranya suami beliau, Bad Latif Mansor, 47, gagal dalam proses rayuan yang bakal difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.

“Keempat-empat anak kami masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di Jordan.

“Tanggungan yang perlu dipikul memang agak besar, maklumlah akak suri rumah sepenuh masa, tiada pendapatan sebab itulah terpaksa jual rumah yang kami duduk sekarang," katanya dipetik Selangorku.

Ku Li wajar cabar jawatan presiden


Oleh: SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR Tarikh: September 17, 2013

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah wajar bertanding mencabar jawatan presiden pada pemilihan Ummo, bulan hadapan.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau menyokong jika Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden.

Zahidi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, seorang tokoh berkredibiliti amat diperlukan membantu Bumiputera, khasnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan.

“Kalau Ku Li mahu menawarkan diri untuk membantu dengan kepakaran ekonomi dimilikinya, kita sedia menyokong. Dalam pemilihan Umno, kita menyokong demokrasi dan perubahan demi demokrasi.

“Maka, tiada salahnya dalam konsep demokrasi ini jika ada yang nak bertanding apa juga jawatan, termasuk presiden. Pertandingan ini dapat mengukur sejauh mana pendekatan digunakan oleh mana-mana pemimpin diterima rakyat dan ahli Umno sendiri,” katanya.

Najib tak benar bawa pulang mayat Chin Peng


KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

Kepada Ketua Pemuda PAS.. sekiranya TAHALUF SIYAASI HARAM.. maka sila letak jawatan Ahli Parlimen Temerloh..!!

Jika tahaluf siasi itu haram, maka haramlah juga ....

Muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Perak

Aku tidak mahu mengulas kenyataan Ust Azli Musa.Kenyataan Azli agak moderate. Tapi kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas agak drastik. Beliau dipetik sebagai berkata : 

Tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam. 

Utusan Online dipercayai merujuk kepada kenyataan beliau menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Malaysia Official) : 

"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,"  Artikel Penuh: di sini.

Sehubungan dengan itu, sekiranya tahaluf siasi itu didapati haram, adakah beliau akan sanggup meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Temerloh dan memulangkan semula elaun Ahli Parlimen yang telah beliau terima selama ini? [dari blog sahabat - Al Hussyen]

Apakah Harun Taib hanya ingin PAS jadi pembangkang sampai kiamat?

oleh – Shahbudin Husin   

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/09/yb-dato-ustaz-haji-harun-taib-kuala-lumpur-malaysia+1152_13078531477-tpfil02aw-27400.jpg
Sudah banyak yang ditulis mengenai keputusan Multaqa Ulama PAS yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. Kekurangan sokongan pengundi Melayu, isu Kota Damansara dan pertindihan di Labuan dalam pilihanraya umum lalu, menjalarnya elemen Anwarisme dalam PAS dan berbagai lagi dijadikan sandaran sebagai justifikasi kepada perlunya kajian itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib lantas turut diserang dan dilabel dengan pelbagai gelaran berikutan pengumuman ini dianggap meletakkan ulama PAS seolah-olah tidak memahami realiti masyarakat di negara ini, mempunyai pemikiran gaya lama, tidak terbuka dan berbagai lagi.

Dalam PAS sendiri terlihat reaksi yang berbagai. Rakyat yang mahukan perubahan pula jelas tidak gembira dengan keputusan itu. Umno pula mungkin tersenyum lebar kerana Dewan Ulama seolah-olah suara parti itu dan menjadi "trojan horse" terbaru selepas Nasharudin Mohd Isa dan Dr Hassan Ali yang begitu anti dengan PKR dan Anwar Ibrahim.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...