TERKINI :

Saturday, September 14, 2013

Live Ucapan Presiden PAS di Multaqa Ulama Se Malaysia di Kedah

Kebanyakkan RAKYAT kecewa dengan apa yang KETUA DEWAN ULAMAK perkatakan siang tadi..!

Kesian UTUSAN....beri PERCUMA dimajlis UMNO pun tak laku...


Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK SEPTEMBER 14, 2013 LATEST UPDATE: SEPTEMBER 14, 2013 07:54 PM


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama.

Najib salahguna kuasa arah beli iklan di syarikat surat khabar...


Najib salah guna kuasa arah beli iklan Utusan, kata DAP


OLEH DIYANA IBRAHIM SEPTEMBER 14, 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa apabila menggesa semua agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) membeli iklan dari akhbar rasmi Umno, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata gesaan Najib itu jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri itu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang kononnya akan melakukan transformasi ketelusan dalam pentadbiran negara.

"Gesaan Najib meminta agensi kerajaan, GLC membeli iklan bagi memastikan kelangsungan Utusan adalah satu lagi agenda kerajaan menipu wang cukai rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri itu dalam pelancaran bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu yang baru menggesa semua agensi kerajaan, syarikat GLC dan syarikat swasta terutama milik Bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar di bawah kumpulan Utusan.

Najib berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan Utusan selama ini.

[PANAS] KETUA DEWAN ULAMAK PAS cadang kaji semula kerjasama politik dalam PR

Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR

SEPTEMBER 14, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 14, 2013 03:11 PM

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Dalam PAS masanya untuk ' mengulamakkan’ profesional dan ‘memprofesionalkan’ ulama,”


Ulama tonggak pimpinan Pas


Oleh: W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
Tarikh: September 14, 2013

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Hamdan Muhammad menegaskan bahawa ulama perlu menjadi tonggak dalam pimpinan tertinggi Pas.

Menyokong kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau berkata, perkara tersebut sudah menjadi asas kepimpinan Pas sejak dahulu hingga kini dan beliau sendiri bersetuju jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan.

Bagaimanapun di peringkat Timbalan Presiden, beliau optimis terhadap perkara itu sama ada dipertandingkan atau mengekalkan sedia ada.

“Ustaz Nasharudin, bekas Timbalan Presiden Pas sebelum ini pun bukanlah dari kalangan ulama dan berpendidikan dari UiTM tetapi kemudian mendalami ilmu agama sehingga ke Jordan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Majlis Ihtifal di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, di sini.

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

oleh Nasrudin Hassan

Riwayat: Riwayat Hadith al-Bukhari

Hadith:
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain.

Huraian Hadith:

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

[Dedah] Nilai RM semakin jatuh...!!

RM jatuh, pelabur tidak yakin dengan kerajaan


KUALA LUMPUR: Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia (RM) dilihat kekhuatiran pelabur luar untuk masuk negara ini akibat kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 2/3 majoriti pada pilihanraya umum yang lalu.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin menjelaskan pelabur melihat beberapa dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat, antaranya kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membuatkan mereka (pelabur) tidak yakin dengan kekuatan BN terutamanya perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat.

"Faktor utama kejatuhan RM adalah disebabkan ketidakstabilan kerajaan BN yang dilihat pelabur banyak kelemahan.

"Mereka melihat dasar mahupun apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan mendapat tentang dari pembangkang terutamanya jika melibatkan masalah rakyat," jelasnya.

Antara 2 Movie 2013 Mana Satu Pilihan Ramai : Ustaz Mu Tunggu Aku Datang & Tanda Putera

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/1235481_215598191936545_1588200937_n.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-flJ085Wgyi8/Uh-2rDPRM_I/AAAAAAAAAZ0/R_5_mehTne8/s1600/tanda_putera_poster_01.jpg 


Pesan NABI SAW kepada KETUA yang ZALIM & RAKYAT yang MENGAMPU..!!


PAS sedang boh gear gostan jika sekadar memikirkan ULAMAK, ULAMAK, ULAMAK...!!!

http://1.bp.blogspot.com/_BykZSbigouA/S7yBKTkV16I/AAAAAAAAAMM/2T-Zf7FcZew/s320/pas4all.jpg
Pening melihat sesetengah golongan dalam PAS sewaktu dekat dengan muktamar nie yang sekadar memikirkan ULAMAK, ULAMAK, ULAMAK.... awat.. dalam PAS nie hanya wajib GOLONGAN ULAMAK sahajakah yang memerintah dan pegang jawatan....??? Yang bukan ULAMAK hanya jadi ahli biasa dan samiaq na wa'atoq na......mana hilangnya slogan PAS FOR ALL...???
Siapa ulama ganti Mat Sabu?
oleh Subky Latif,

Masyarakat di luar PAS sedang mencarisiapa daripada kalangan ulama dalam PAS yang hendak dicalonkan bagi mengganti Mohamad Sabu?

Mungkin daripada kalangan PAS sendiri yang terdiri mereka yang berpendirian bahawa Timbalan Presiden mesti ulama juga mencari orang yang boleh menang menggantikan Mat Sabu. Apakah perwakilan PAS di era kepimpinan ulama bersedia menggantikan pimpinan tertingginya dengan seorang yang lain tidak dipastikan.

Bagaimana pun perwakilan PAS pernah menggantikan Timbalan Presidennya Ustaz Hassan Shukri dengan seorang yang lain, tetapi ada kalangan yang mengira keputusan itu tidak bijak kerana ganti Ustaz Hassan itu gagal memenuhi piawan yang diperlukan. Ketiadaan Ustaz Hassan dirasakan satu kehilangan.

Tanda Putera bukan filem Umno?

Oleh RAYUSA

TANGGAL 16 September adalah Hari Malaysia. Masuk tahun ini, sudah setengah abad kita menyambut Hari Malaysia.

Walaupun sudah empat hari melebihi tempoh wajib tayangnya, saya masih belum menonton Tanda Putera, filem yang ada kaitan dengan sambutan kemerdekaan negara ke-56, 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia.

Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd (PPSB) yang menelan kos produksi RM4.7 juta tersebut diarahkan pemilik PPSB sendiri, Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Tidak adil memperkatakan filem yang belum saya tonton. Bagaimanapun, bukan pula bermakna saya tidak boleh langsung menyentuh beberapa perkara mengenainya. Saya sangat terpanggil kerana bukan sahaja mereka yang anti kerajaan Umno-BN, malah penyokong tegar regim tersebut turut mengutuk Tanda Putera!

Tanda Putera menjadi bahan kutukan dan sendaan. Banyak yang mempermain-main tajuknya dengan menukar kepada Tandas Putera dan Tanda Tanya. Apabila timbul cadangan ia wajar ditayangkan di sekolah-sekolah, ada yang berkata Tanda Putera lebih baik ditayangkan di tandas PWTC!

RCI kad pengenalan: bukan Mahathir seorang yang bertanggungjawab

oleh Aspan Alias
Semakin hari Mahathir semakin terserlah sebagai pelaku segala kesalahan terhadap negara. Tidak salah lagi jika dikatakan oleh setengah pihak Mahathir adalah penjenayah kepada negara yang terulung. Tetapi ia bukan dilakukan oleh Mahathir seorang sahaja. Mereka yang memberikan sokongan kepada Dr mahathir sekian lama juga adalah pihak yang sama jenayahnya kepada negara.

Mahathir merupakan saksi yang ke 209 dalam RCI tentang pendatang haram yang diberikan kad pengenalan oleh kerajaan pimpinannya di Sabah dan Sarawak. Seperti biasa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.

Tetapi hakikatnya semasa Mahathir berkuasa tidak ada siapa yang boleh mengganggu kehendak dan kemahuannya. Semua yang ada di dalam kerajaan, baik dari pihak pelaksana mahupun dari pihak penggubal dasar di setiap peringkat, tahu yang pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu adalah satu isu yang nyata.

[Video] Forum 20 Sen : Rafizi (PR) Vs Zaidel (BN)





Pendang - Masalah Banjir berpunca dari Landasan Berkembar yang masih belum selesai sehingga sekarang

5 keluarga mahu tuntut ganti rugi

Mahu tuntut ganti rugiMahu tuntut ganti rugi 
Mahu tuntut ganti rugiMahu tuntut ganti rugi

BUKIT JENUN - Lima keluarga di Kampung Tanjung Setul di sini membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jenun kerana tidak berpuas hati terhadap projek kereta api dekat kampung itu yang didakwa punca berlakunya banjir, di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan laporan itu dibuat bertujuan memohon ganti rugi kepada syarikat yang mengendalikan projek itu apabila semua kelengkapan rumah termasuk barangan elektrik rosak selepas ditenggelami air.

Penduduk, Ramli Ahmad, 42, berkata, lima rumah di situ kerap banjir ketika hujan lebat sejak projek landasan kereta api mula dijalankan lebih dua tahun lalu.

Katanya, air mula masuk dalam rumah kira-kira 2.30 pagi kelmarin namun surut selepas beberapa jam menyebabkan penduduk masing-masing bergegas mencuci rumah, tetapi tidak menyangka banjir berlaku lagi keesokan harinya (semalam).

Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman!



Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta.

Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam.

Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan. Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...