TERKINI :

Friday, September 13, 2013

Rupa-rupanya kempen Ku Li sedang berjalan sebenarnya

Walaupun masih jadi teka-teki, kempen Ku Li sedang berjalan sebenarnya 
oleh - Shahbudin Husin

http://4.bp.blogspot.com/-cziAqTIDdOQ/UbnReySdkxI/AAAAAAABR9A/DHyGpJA-n4A/s400/KuLi-UMNO.jpg
Ketika ini, kedudukan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO masih lagi samar dan tiada kepastian. Ahli Parlimen Gua Musang itu juga dalam sidang akhbarnya minggu lalu meminta orangramai menunggu sehingga 28 September depan iaitu hari pendaftaran untuk mengetahui kedudukan sebenar mengenai dirinya.

Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiadalah, demikian lebih kurang jawapan ringkas Tengku Razaleigh atau Ku Li kepada pemberita yang meminta kepastian daripadanya.

Jawapan Ku Li terus mengundang tanda-tanya kepada orangramai dan ahli-ahli UMNO sendiri. Lebih-lebih lagi kepada 150 ribu perwakilan yang pertama kali akan menentukan pucuk pimpinan UMNO melalui sistem baru yang diperkenalkan ini, sama ada jawatan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak, turut mengundang debaran.

Isu Kencing depan rumah MB Selangor - LemVuno terpaksa mengaku bila bekas pegawai polis Bkt Aman buat pendedahan..!!

 
Isu kenceng dalam adegan 13mei hanyalah rekaan lemVuno untuk MERASISKAN dan cuba menyemai rasa benci melayu kepada cina.

Niat jahat ni bukan baru..dah lama ujud dalam otak pemimpin umno . Lagi benci melayu pada cina..lagi besar peluang umno BN memerintah!!!

Lagi bodoh melayu..lagi kuat umno!!

Dalam umno..tak ada melayu yang cerdik...lihatlah negara sekarang..Hutang sahaja dah 622 bilion.. bila nak sedar melayu nelayu bodoh ni tak tahu..agaknya negara dah berhutang 1 trilion baru sedar kot?

Pakai jahanam la duit KWSP kita jika dok biaq kat puak nie..!!!

Majlis Bandaraya Alor Setar kasi notis sampai 19hb Sept untuk Pak Mie dengan 800 ekor anjingnya berpindah..!!

Lelaki penyelamat anjing rela disaman PBT
 
Walaupun diarahkan mengosongkan premis mereka, seorang lelaki yang menyelamat ratusan anjing terbiar mencabar pihak berkuasa tempatan (PBT) menyamannya sekiranya mereka tidak menyukai apa yang dilakukannya.

NONEMuhammad Azmi Ismail berkata beliau tidak mahu mencari masalah dengan sesiapa dan mempersoalkan sama ada tindakannya membela ratusan anjing di Kedah telah melanggar undang-undang.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Mie berkata Majlis Bandaraya Alor Setar mengarahkan beliau mengosongkan premis itu pada 19 September ini.

Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana bantahan penduduk setempat.

Anwar akan jawab apa yang Mahathir katakan tapi................!!!

Mahathir Mungkin TerSENTAP Dengar Berita Ni..

Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah.

Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI pada minggu hadapan.

"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

PAS sedang mencari ketua perang untuk menentang UMNO BN, Bukannya mencari pembuat hukum hakam..!!

Siapa patut jadi Timbalan Presiden PAS 
oleh - Khalid Samad

http://sgburong.files.wordpress.com/2011/06/pas-pusat-timb-presiden-2011.jpg
JUMLAH UNDIAN SEMASA MUKTAMAR YANG LEPAS
Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?”

Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah”.

Maka ditanya balik, “Bagaimana soal ulama atau tidak ulama?” Saya jawab lagi, “jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama maka diberi jawatan tersebut. Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu. Hendak diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut. Iaitu kepimpinan, kepengurusan, kebijaksanaan berpolitik, mampu membaca strategi lawan, keberanian, ketangkasan, keamanahan dan lain-lain yang perlu sebagai Timbalan Presiden”.

Turunkan harga kereta sebelum naik harga minyak

http://4.bp.blogspot.com/-W-LqvdsmQAE/UjK_Bky_CZI/AAAAAAAASQQ/P0bUwG-93ok/s1600/2013-09-13_152834.jpg


KUALA LUMPUR: “Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia,” kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.

Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

“Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pihak Tanda Putera akui Isu Kit Siang kencing di satu tiang bendera adalah satu kesilapan

Lepas setahun, pengendali FB Tanda Putera akui silap

Lebih setahun selepas filem 'Tanda Putera' terpalit kontroversi apabila laman sosial Facebooknya mendakwa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kencing di satu tiang bendera, akhirnya ia mengakui itu adalah satu kesilapan.

Dalam entri terbarunya semalam, laman sosial filem yang memaparkan tragedi 13 Mei 1969 meletakkan kesilapan itu kepada seorang pengendali muda media sosial filem tersebut.

Meriahnya pemilihan UMNO... dan Suramnya pemilihan PAS...

Zed Zaidi Sahkan Bertanding Kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia
anne
Desas-desus mengenai khabar yang mengatakan Presiden Seniman, Zed Zaidi bakal merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia terjawab apabila dia mengesahkan akan bertanding pada pemilihan akan datang.
 
Zed memberitahu kepada MH Online menerusi aplikasi WeChat dengan mengatakan;
 
"Ya, saya 'confirm' akan bertanding.  Pada 14 September ini saya akan mengambil borang pemilihan di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, 21 September pula tarikh penamaan calon dan 12 Oktober adalah pemilihan Pemuda di seluruh negara yang dilakukan secara serentak," jelas Zed.
 

Peserta Ops Bubar dipenjara 2 tahun, denda RM5,000


KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.

Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.

Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.

Walaupun Azalina tarik diri... masih ada pencabar Shahrizat untuk kerusi Ketua Wanita UMNO

Raihan Suleiman Palestin cabar Shahrizat rebut kerusi Wanita Umno - Bernama

Photo: Thursday, 12 September 2013.

Penganti Azalina Untuk Mencabar Shahrizat

Inilah wanita Umno yang berani mencabar Sharizat Jalil selepas Azalina Othman Said tersasau nak lawan Sharizat kemudian tarik diri.

Raihan Sulaiman Palestin merupakan anak Sulaiman Pelestin yang pernah mencabar Hussein Onn sebagai presiden Umno. Kuah kalau tidak tumpah ke nasi ke mana lagi. 

- mso

 
Posted by Jeebond BLMAnggota Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin memutuskan untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan bulan depan.

Raihan, 47, dalam laman Facebook beliau berkata, niat utamanya adalah untuk menjadikan pergerakan itu mantap seiring dengan agenda parti serta memperkasakan sayap paling kuat dalam Umno itu.

"Mungkin saya bukan calon popular, saya juga mengakui perkara ini sebelum menawarkan diri, tetapi ini bukanlah satu risiko yang besar kerana saya cukup percaya, perwakilan kelak sudah bijak menentukan siapakah yang layak.

"Isu popular atau tidak bukan isu utama, mereka undi pada hemat dan pemerhatian mereka terhadap kualiti calon," katanya.

Beliau berkata, walaupun terkejut dengan penarikan diri Datuk Seri Azalina Othman Said daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita, namun perkara itu tidak mempengaruhi pendiriannya untuk tetap terus bertanding.

BN jangan ingat semua rakyat BODOH.. biarlah macai anda sudah lah dicucuk hidungnya..!!

BN ingat rakyat BODOH.

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/62608_135990126588336_1355781109_n.jpg 
 KSN semalam bercakap pasal pengangkutan. Dan bagaimana kerajaan perlu mengurangkan subsidi untuk minyak disebabkan sumber alam itu tidak selama2nya akan kekal.

Ko tahu apa yang aku terfikir bila dengar statement tersebut? Ini semua salah BN. Bukan aku nak salahkan BN suka2 tapi memang ini semua salah BN.

Bayangkan jika kita ada sistem jaringan pengangkutan yang effisen bandar dan luar bandar. Bayangkan aje jika kita semua boleh pergi ke mana2 dengan pengangkutan awam yang jimat dan murah, contohnya BAS, apakah rakyat akan terlalu bergantung harap pada kenderaan sendiri?

Mungkin hari2 kerja mereka akan gunakan pengangkutan awam. Hari2 cuti gunakan kenderaan sendiri. Maka disini aje dah dapat jimatkan jumlah penggunaan minyak sehari hari oleh rakyat Malaysia pasal kebanyakkan guna train ataupun bas.

Semakin dok belit membelit Fathul Bari nie bila menjawab bidasan Ust Asri

UFB Bidas MAZA, PAS, Sinar Harian - Ini Penjelasan UFB Mengenai Harga Barang Ketetapan Allah..


Dia cakap Sinar Harian padam beberapa perenggan dalam artikel asal.

Rujuk ;
Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

UFB juga menganggap bahawa MAZA dan Nasruddin Tantawi sengaja memutarbelitkan kenyataan dia.

Rujuk ;

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

Tahniah Rakyat Sabah.. inilah hadiah untuk anda selepas PRU13..!!

Harga rumah di Sabah naik

Harga rumah di Sabah naik  
Harga hartanah di Sabah dijangka meningkat dalam tempoh beberapa bulan lagi selepas kenaikan caj pengangkutan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

PERSATUAN Pemaju Hartanah Perumahan Sabah (Shareda) dan Majlis Tindakan Pengguna Labuan (LCAC) menjangkakan peningkatan sedikit harga rumah dan hartanah tahun depan memandangkan kenaikan harga bahan api baru-baru ini.

Presiden Shareda, Francis Goh berkata, peningkatan itu terutamanya disebabkan caj pengangkutan 15 peratus seperti dicadangkan oleh pengusaha pengangkutan di Sabah beberapa hari lalu.

“Sudah pasti akan ada peningkatan sedikit harga hartanah dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau mungkin tahun depan kerana pemilik kenderaan mungkin perlu belanja tambahan RM100 hingga RM200 bagi bahan api, tetapi kami tidak dapat nyatakan buat masa sekarang berapa peratus harga hartanah dijangka naik,” katanya, semalam.

Vandalisme makin berleluasa


Vandalisme makin berleluasa  
Pintu tandas yang diconteng mereka tidak bertanggung jawab.

ALOR SETAR - Tidak sampai tiga hari selepas batu besar di Taman Negara Pulau Pinang, dekat sini, dikesan diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab, beberapa bangunan di bandar raya ini turut mengalami nasib serupa.

Budaya vandalisme ini seakan-akan kian menjadi-jadi berikutan dianggap perkara remeh dan tidak menjejaskan kebanyakan pihak, sehingga membuatkan tindakan individu terbabit tidak lagi dapat dikawal dan makin berleluasa.

Malah, lebih teruk ada individu merosakkan harta benda awam terutamanya tandas dengan mencabut paip, membuang sampah, merosakkan pintu dan tombolnya sehingga mengakibatkan ia tidak boleh digunakan.

Tinjauan mendapati ada ‘tangan nakal’ yang sesuka hati menconteng mahupun menyembur cat dengan pelbagai bentuk lukisan dan tulisan yang mencemarkan imej bandaraya Alor Setar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...