TERKINI :

Thursday, September 12, 2013

Noh Omar Menteri Besar kedua di Selangor?


oleh - Shahbudin Husin

Selama ini kita hanya tahu ada jawatan Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pendidikan Kedua saja tetapi di Selangor kini sudah ada jawatan Menteri Besar Kedua juga. Selain Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar sebenar setelah Pakatan Rakyat terus menjadi pilihan rakyat di negeri itu, rupa-rupanya pihak yang kalah juga mewujudkan jawatan yang mirip kuasa Menteri Besar.

Pelik? Terkejut?

Lebih pelik dan mengejutkan ialah pihak yang mewujudkan jawatan seperti Menteri Besar di Selangor itu pula sebenarna mewakili UMNO dan BN yang hanya mampu memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN dalam pilihanraya umum lalu.

Individu yang diberi kuasa seperti Menteri Besar itu ialah Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang digugurkan oleh Najib sebagai menteri kabinet berikutan kegagalan menawan semula negeri itu.

Atas kekecewaan Najib untuk merampas semula Selangor, beliau telah menggugurkan Noh Omar sebagai menteri dan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang disandang Najib selama ini turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.

Oh Malaysiaku... Isu gengster perah keringat ana-anak kecil dan orang miskin...dimanakah kesudahannya..???

Pagi ini seperti biasa turun dari LRT dan berjalan terus ke ofis. Jam menunjukkan pukul 7:21 pagi ketika itu.

Mahu sampai awal, sudah berhajat mahu uruskan poster ucapan UPSR dari Nisa' Malaysia permintaan dari Dr 'Uyun walaupun sudah terlewat sehari.

Langkah saya terhenti, dengan jantung terasa berdegup kencang apabila terpandang 3 orang kanak-kanak, 2 perempuan bertudung anggaran usia 7-8 tahun, dan seorang bayi sedang tidur nyenyak di atas laluan pejalan kaki.

Saya cepat-cepat masukkan RM5 dalam bekas duit mereka dan berlalu.Di dalam lif, hati saya tidak keruan. Seakan ada suara halus yang mengutuk diri ini kejam dan tidak berperi kemanusiaan membiarkan mereka di situ.

Sesudah "punch" masuk, dan hidupkan laptop, saya turun semula. Mereka masih di situ. Saya cuba hubungi JKM, tapi tidak berangkat.

Kemudian saya cuba telefon 999, diminta pula untuk hubungi balai berdekatan. Dengan bantuan suami, saya berjaya dapatkan nombor telefon Balai Polis Dang

Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak esok

Keputusan rayuan permohonan ke IPTA boleh disemak esok

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Morshidi Sirat berkata calon boleh membuat semakan keputusan di http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Beliau berkata mereka juga boleh menyemak keputusan rayuan ke IPTA dengan menghubungi Hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT 1/8Nombor kad pengenalan 3/8 dan hantar ke 15888.

"Calon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA berkaitan mulai esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemilihan pimpinan PAS tak semeriah pemilihan dalam UMNO..!!!


Parti PAS ahli dia zuhud sangatkah sampai tak ada bunyi suara pun nak bertanding jawatan dalam parti... tengok senyap sunyi ja tak seperti umno yang sedang masing2 menawarkan diri untuk memberikan yang terbaik untuk parti mereka sampai yang tak pernah jadi alim pun tunjuk baik sehingga suruh kasino di genting tutup....

tapi yang hairan didalam PAS apa bunyi pon tak yg cuma dengar seorang lawyer Zulhazmi4KP yang nak bertanding Ketua Pemuda yang lain apa bunyi pun tak ada...

tapi yang tak bestnya di underground sana sakan dengaq sana ulamak sini profesional sana nak ulamak sini nak profesional tapi diatasnya apa pon tarak...

Jika pakat diam macam nie macamana kami nak tau misi dan visi pimpinan yang nak pimpin kami menentang BN nanti....

Alhamdulillah.. Kerajaan dah bagi jaminan harga Gula & tepung tidak naik... #Senyum

Kerajaan jamin harga tepung, gula tidak naik

Hasan Malek  
Hasan Malek

SEREMBAN - Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 September lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.

"Saya gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.

"Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.

Tambang Bas naik 10% masa raya tempohari sampai sekarang tak turun-turun... menteri & SPAD lena ka..??

Mana penjelasan kerajaan tambang bas naik
Muhammad Faizal, 12 Sep 2013

http://1.bp.blogspot.com/-OJ3GG6Def28/UcA5hg8T-oI/AAAAAAAA27E/4BlrScQlFUk/s1600/Tambang+bas+naik.bmp
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoal tindakan kerajaan berdiam diri berhubung dengan kenaikan tambang bas ekspres pada musim perayaan yang diteruskan walaupun tempoh telah tamat.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini mengumumkan kenaikan harga tambang bas 10 peratus berkuatkuasa 8 Julai hingga 8 September lalu.

Jelasnya, pengumuman SPAD sebelum ini adalah untuk menampung kos operasi syarikat pada musim perayaan, dan tidak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak.

"Agak terkejut apabila syarikat bas ekspres meneruskan kadar kenaikan 10 peratus tambang yang dibenarkan pada tempoh musim perayaan sebelum ini.

Bekas mufti Perlis jawab ulama Umno berhubung “ini semua takdir”

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
September 12, 2013

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/asri-court_400_302_100_390_294_100.jpg
Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha.

Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama.

"Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.

"Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri.

Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam.

Ada rakyat Malaysia yang dengki dengan kekayaan Sultan Brunei...nah ambik rakyat depa jawab balik..!!

Raja Spin.. Pusing Sana Pusing Sini Last Anwar juga yang salah... Madey Oh Madey..!!


Dalam Kabinet waktu itu siapalah yang paling dok atas harakinya... Masa waktu itu arahan siapa yang paling tinggi dia punya powernya ...... Pusing sana pusing sini Anwar juga ko kaitnya..... Anwar suruh polis siasat Umi Hafilda pun 6 tahun penjara sebab salahguna kuasa bagi arahan pada polis.... mai yang nie ko spin pada Anwar pula... Madey Madey...jawablah kamu disana nanti....

Mesim ATM dicadangkan meletak BOM BERDAKWAT elak di rompak..!!

Bom Berdakwat Elak Rompakan Mesin ATM


Bom Berdakwat Elak Rompakan Mesin ATM

PETALING JAYA: Pencuri yang merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan ditinggalkan dengan kepingan wang kertas yang tidak bernilai jika cadangan Bank Negara dilaksanakan.

'Bom berdakwat' akan diletakkan di dalam mesin ATM dan jika mesin ini diganggu oleh sesiapa sahaja, bom tersebut akan meletus menyebabkan wang kertas bertukar kepada warna merah dan mudah dikenalpasti sebagai wang curi.

Bank Negara, dalam garis panduan bertarikh 26 Ogos memanggil bank dan Syarikat Transit Tunai mempertimbangkan penggunaan alat perlindungan mata wang (CPD) untuk menghalang kecurian ATM.

Syarikat keselamatan tempatan, Extro Kod Sdn Bhd pada Rabu telah melakukan demonstrasi pek CPD atau pek pewarna yang sudah berada di pasaran.

Pengarah teknikalnya, Mohd Zaki Sulaiman berkata sebaik sahaja dipasang, pek pewarna akan meletus apabila seseorang cuba memecahkan mesin ATM.

"Peranti ini seperti seperti bom asap yang mengeluarkan dakwat ke setiap lapisan wang kertas dalam ATM," katanya.

Setiap ahli PAS adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan parti ...

Tuan Guru Hadi Awang mula memangku jawatan Presiden apabila Ustaz Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Pada Muktamar PAS ke-49 tahun 2003, beliau  telah disahkan sebagai Presiden PAS. 

 Jika pada pemilihan 2013 Abdul Hadi tidak dicabar, maka beliau akan kekal  di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut.

 Beliau merupakan tokoh tradisional PAS yang disokong penuh oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS. Kebetulan mereka senegeri iaitu dari Terengganu walaupun Ketua Pemuda membina karier politik di Pahang. Kedua-dua sayap itu telah berikar menyokong kepimpinan ulama dalam PAS.

 Konsep ‘Kepimpinan Ulama’ memang diterima pakai oleh kebanyakan ahli Pas ketika ini.Tiada ahli PAS yang bencikan ulama. 

Walau bagaimana pun mereka beranggapan ‘Kepimpinan Ulama’ bukan bererti kedudukan orang nombor satu dan dua hanya layak diisi oleh pemimpin berlatar belakang agama, tetapi ia merujuk kepada adanya Majlis Syura Ulama.

Ustaz Azizan teringin makan ketupat

Wartawan Sinar Harian

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak teringin menjamah ketupat  ketika Aidilfitri lalu selepas dibenarkan mengambil makanan pejal yang lembut.

Isterinya, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, walaupun makanan itu tidak dibenarkan kerana masih dalam rawatan rapi di Hospital Pulau Pinang (HPP), namun keluarga tidak sampai hati untuk menolak hajatnya itu.

“Azizan mahu makan ketupat tetapi kasihan pula jika ditolak permintaan itu. Saya pun memberi sepotong ketupat untuk dimakan, Azizan nampak gembira dan puas hati. Selepas itu, ahli keluarga turut beri kuih raya yang lembut untuk dimakan,” katanya ketika mengimbas suasana Aidilfitri  lalu, yang disambut bersama ahli keluarga di HPP.

Menurutnya, kelonggaran diberi agar Azizan gembira meraikan Aidilfitri, kerana kebiasaannya beliau hanya makan bubur nasi atau sup.

“Selera makan Azizan ketika itu amat baik. Apabila pulang ke Kedah, selera makan agak kurang dan pendiam. Berbeza ketika di HPP, Azizan aktif dan sering ajak berbual,” katanya.

Patutlah Fathul Bari 'jilat' sakan sangat 20sen tuu.. sebulan dapat habuan berbelas ribu...!!

Bongkar!! Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno?




Dr. Asri telah mendakwa dalam tweeternya berkenaan gaji individu yang di katakan Fathul Bari. Jikalau benar dakwaan Dr. Asri, maka terjawablah kenapa Fathul Bari beria-ria benar mempertahankan Umno dan pemimpinnya dalam isu-isu yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Terbaru, Fathul Bari mengeluarkan 'fatwa' kenaikan harga barang adalah ketentuan Allah ekoran pengumuman kerajaan memotong subsidi 20 sen petrol RON95 dan diesel.

'Fatwa' tersebut telah mengundang kritikan hebat dari ahli akademik, pemimpin politik dan orang ramai.. klik bawah...


Pendapatan negara meningkat, tapi...

graf naik KUALA LUMPUR - Sejak lima tahun lalu, pendapatan negara telah meningkat kepada RM50 bilion namun ia dibazirkan apabila belanja mengurus kerajaan turut meningkat dalam tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan kerajaan menguruskan pendapatan negara sejak lima tahun lalu juga menyebabkan belanja pembangunan turut dikurangkan.

"Dari 2009 hingga 2013, semasa pendapatan negara semakin meningkat, malangnya perbelanjaan mengurus juga meningkat.

"... kerajaan Persekutuan berterusan memboros, sepatutnya belanja pembangunan untuk infrastruktur, sekolah dan kemudahan lain ditambah, bukannya belanja pengurusan," katanya dalam Forum 20 Sen di Auditorium Menara MPAJ, di sini, malam tadi.

Menurut Rafizi, peningkatan pendapatan negara lima tahun kebelakangan ini hasil daripada pengeluaran minyak negara.

Namun kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak menyebabkan Petronas terpaksa menyumbangkan lebih RM30 bilion setahun sejak 2008 hingga kini bagi menjana pendapatan negara.

Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RCI

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK DAN EILEEN NG

Dr Mahathir tiba di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah untuk menjadi saksi RCI berhubung pendatang asing. Gambar The Malaysian Insider, 11 September, 2013.
Dr Mahathir tiba di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah untuk menjadi saksi RCI berhubung pendatang asing. Gambar The Malaysian Insider, 11 September, 2013.

Pemimpin politik Sabah membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain.

"Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Benarkah Mukhriz merupakan MB Kedah yang tak hormat Agong?


Mukhriz macam tidak beradab

Oleh Subky Latif

Demi berpolitik dan menunjukkan ada kuasa, Dato’ Mukhriz yang baru menjadi Menteri Besar itu boleh bertindak apa saja bagi menidakkan langkah yang diambil oleh Menteri Besar Tan Sri Azizan Razak dulu.

Ketika beliau menemui Tan Sri Azizan di hospital sebaik mengambil alih kuasa, semasa Azizan masih boleh bercakap lagi, pesannya pada Mukhriz, usahakan apa jua kiranya menyambung pengurusan kolej Insaniyah yang kurang dana itu.

Tanpa bantuan kerajaan pusat, Tan Sri Azizan berjaya membangunkan kampus baru Insaniyah yang tersergam di Kuala Ketil dan dapat membangunkan fakulti perubatan untuk pelajar dalam dan luar negeri dengan modul menerapkan unsur rawatam Islam. Apabila mereka menjadi doktor nanti mereka ada pengetahuan tentang adab dan rawatan Islam.

Kemelut Insaniah: Cubaan cemar maruah Pas


Oleh: NOOR FAIZAL GHAZALI Tarikh: September 11, 2013

ALOR SETAR - Isu penyelewengan, salah guna kuasa dan kemelut anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) yang didedahkan pada sidang Dun lalu dianggap fitnah yang dilemparkan kerajaan negeri terhadap pembangkang.

Adun Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pendedahan yang dibuat kerajaan negeri itu dilihat semata-mata untuk mencemarkan maruah kerajaan terdahulu semasa pemerintahan Pas.

Beliau berkata, pendedahan itu tidak disokong oleh sebarang fakta atau bukti yang lengkap sekali gus disusuli dengan tindakan.

"Sebab itu kita cadangkan supaya diadakan 'kertas putih' kerana banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam Insaniah dan IHSB.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...