TERKINI :

Wednesday, September 11, 2013

Muktamar PAS - Dah tahu akhbar perdana tak boleh pakai tu pun ada puak PAS percaya bila bacanya..!!

Media perdana racun kempen muktamar PAS

Setiap kali menjelang muktamar PAS, akhbar tradisional terutama yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia akan habis-habisan mempromosi barisan tertentu dalam PAS.

Ketika hari biasa, pemimpin PAS ialah golongan yang paling dicemuh akhbar ini.

Serangannya pada Murshidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain yang mengkritik Umno sebegitu dahsyat ketika bukan musim muktamar terutama menjelang pilihan raya umum. Pelbagai label jijik digunakan untuk mencemuh mereka.

Tetapi menjelang muktamar, akhbar Umno ini akan bertukar nada dan memberikan liputan meluas yang kononnya untuk mempromosikan golongan tertentu dalam PAS.

Mungkinkah akhbar yang digunakan Umno untuk menghancurkan PAS selama ini tiba-tiba di saat muktamar menjelang sudi menjadi akhbar lidah golongan tertentu yang didokongnya dalam PAS?

Muktamar PAS : Benarkah golongan ulama mahukan Nik Amar jadi Timb. Presiden manakala akar umbi mahukan Husam..??

 http://mk-cdn.mkini.net/265/8de1344616b1aeaf09024af215892a3c.gif
PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.

Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.

Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.

Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.

"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Projek IC - Jiran berak depan rumah pun tobat dia tak ngaku jika kita tanya..!!

Projek IC: Dr Mahathir dakwa tak pernah beri arahan kepada Megat Junid

“Saya tidak pernah beri sebarang arahan kepada arwah Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini.

Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini, berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap semua tuduhan terhadap allahyarham bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pegawai RCI Manoi Kurup yang bertanya kepada bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan saksi sebelum ini.

Manoi berkata, salah seorang daripada saksi dari Pejabat Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim, memberikan bukti bahawa Megat Junid mengarahkan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah untuk mengubah demografi penduduk di negeri itu.

Jenis otak selut jaa taraf menteri-menteri di Malaysia nie...

Nik Aziz tak pernah sebut pun jangan pilih bukan ulamak... saja sesetengah puak nak pelaga PAS...


'Bukan saya sebut tak perlu pilih bukan ulama'


5:29PM Sep 11 2013

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menyeru agar timbalan presiden parti itu dipilih daripada kalangan ulama.

Bekas menteri besar Kelantan itu hari ini berkata, laporan media berhubung dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Akhbar tulis itu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama (golongan ulama dan profesional), sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Aziz seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Peguam tawar diri tanding Ketua Pemuda Pas

 

KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Pas dilihat panas apabila seorang peguam dilihat menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada Muktamar Pas bulan November nanti.

Zulhazmi Shariff yang popular dengan isu membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) juga dilihat sebagai individu pertama yang tampil secara terbuka bagi pengesahan merebut jawatan tersebut.

PAS sekarang dilihat mula didominasikan oleh golongan ulama apabila terdapat beberapa gerak kerja yang dilakukan oleh golongan tersebut yang mahu menyingkir golongan tertentu.

Tinjauan Keadilankini mendapati penawaran Zulhazmi untuk bertanding jawatan tersebut turut mendapat tentangan apabila ada beberapa pihak yang membuat serangan secara terbuka di laman maya 'facebook'. - ZulHazmi4KP

Tanda-tanda hidup kita tak berkat


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

Ayat mematikan Sihir di Rumah & Kedai

Sekadar berkongsi...

AYAT MEMATIKAN SIHIR DIRUMAH DAN KEDAI


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Petikan dari Surah Yasin Ayat 9 Maksudnya : Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

Caranya: Sediakan garam kasar dibacakan ayat tersebut pada garam untuk dalam rumah manakala tanah dan pasir untuk ditabur diluar penjuru rumah dengan membacanya sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin.

Zainuddin Maidin dah tak percaya peguam UMNO sebab tu cari KARPAL pula..!!

Kes saman Lim: Zam mahu Karpal jadi peguamnya

NONEBekas menteri penerangan Tan Sri Sri Zainuddin Maidin yang berdepan saman oleh penasihat DAP Lim Kit Siang merayu bantuan dari seorang lagi tokoh parti tersebut, Karpal Singh untuk mewakilinya dalam kes berkenaan.

Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.

NONEKatanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.

Ironinya, Karpal bertindak bagi pihak Lim dalam kes tersebut.

Lim mengemukakan surat tuntutan semalam kepada Utusan Malaysia dan bekas timbalan menteri Mohd Puad Zarkashi, susulan dakwaan bahawa Lim kencing di satu tiang bendera dalam 1969, yang mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei.

Mengulas tuntutan tersebut, bekas pengarang kumpulan Utusan Malaysia itu berkata tindakan Lim itu “mencemarkan” nama baiknya.

Tokan-tokan dadah di Malaysia dah tahap PULOH-PULOH JUTA dah nie..!!

Dadah RM50 juta dirampas

Dadah RM50 juta dirampas  
Noor Rashid menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

KUALA LUMPUR - Taktik lima pengedar dadah warga tempatan menjadikan dua buah rumah di Cheras dan Kajang sebagai lokasi transaksi dadah berjaya dibongkar polis dalam serbuan kelmarin.

Dalam serbuan berasingan pada jam 8.30 malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM50 Juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepasukan anggota polis Bukit Aman menyerbu dua rumah teres di Jalan Gemilang, Cheras dan di Bandar Sungai Long, Kajang serta memberkas lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 57 tahun.

Zahid Hamidi 'Menteri Acah' Harus Perjelas Kelakuan Jenayah Sendiri

http://jomubah.com/pru14/wp-content/uploads/2013/06/ham.jpg
Hari ini terbaca kenyataan menteri dalam negeri, Zahid Hamidi kononnya 'akan' dedah ahli politik terlibat kongsi gelap.

Ini bukan acahan pertama bagi Zahid. Nampaknya strategi acahan ini menjadi skill politiknya sejak dahulu lagi.

Ramai masih tidak lupa ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan, pernah menyatakan akan menamakan ahli politik (dengan menggambarkan PR) yang menjadi dalang pencerobohan sulu.

Pengumuman itu diulang-ulang menjadi bahan kempen pilihanraya tetapi sehingga kini masih tiada pendedahan siapa ahli politik yang dimaksudkannya. Zahid ternyata bersalah kerana melindungi maklumat pengkhianatan negara maka Zahid juga jatuh kianat, atau kenyataan sedemikian hanya taktik propaganda 'acahan' semata-mata.

AWAS!!!! "TUNGKU ELEKTRIK" merbahaya..!!

Tungku elektrik bawa padah

Tungku elektrik bawa padah  
Ahmad memegang tungku elektrik sambil menunjukkan paha kirinya 
yang melecur akibat tungku elektrik berkenaan meletup.

ALOR SETAR - Gara-gara mahu menuam lutut, seorang pesara guru melecur separuh badan apabila tungku elektrik yang digunakannya tiba-tiba meletup di rumahnya, di Taman Uda dekat sini  baru-baru ini.

Ahmad Mat Saman, 78, berkata, dia menggunakan tungku elektrik itu untuk menuam lutut kiri selepas rakannya memberikan alat berkenaan bagi menghilang penyakit sengal-sengal di lututnya.

Menurutnya, tungku elektrik itu diberi pinjam oleh rakannya kerana dikatakan mampu memulihkan saluran darah dengan menuam di urat lutut bagi menyembuhkan sakit lutut.

"Bagaimanapun saya hanya sempat menggunakannya selama tiga kali sahaja sebelum kejadian itu berlaku.

“Tungku elektrik itu perlu dicas dulu supaya panas dan dikatakan mampu menghentikan tahap kepanasan secara automatik apabila cecair di dalamnya panas," katanya.

Akhirnya Dr M mengadap RCI Sabah hari ini..

Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini

NONEKetika tempoh setahun siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hampir berakhir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya akan memberi keterangan kepada RCI hari ini.

Nama Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun antara 1981 hingga 2003, tidak dilibat secara langsung tetapi para saksi beberapa kali memberitahu RCI tentang kewujudan 'Projek M' yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

Semasa prosiding suruhanjaya tersebut, nama bekas pembantunya, Datuk Aziz Shamsudin, dan bekas orang kanan beliau ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, telah didakwa terlibat.

Lelaki jual nama ahli pemuda UMNO bahagian untuk menjalankan penipuan keatas warga emas & ibu tunggal

Lebih 30 warga emas ditipu

Lebih 30 warga emas ditipu  
Mohd Mustaffa Kamal

KULIM - Lebih 30 warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan pendalaman dipercayai ditipu seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Mohd Mustaffa Kamal Sheikh Ismail berkata, modus operandi lelaki itu adalah dengan menyerahkan borang bantuan untuk diisi mangsa sebelum meminta mangsa memberikan RM50 bagi tujuan rawatan percuma.

Menurutnya, kebanyakan mangsa terlibat tinggal di sekitar kawasan Selarung Panjang termasuk di Labu Besar.

"Rahsia penipuan ini terbongkar apabila salah seorang warga emas ini datang ke Pejabat Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu dan bertanya jumlah bantuan yang akan diperoleh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...