TERKINI :

Tuesday, September 10, 2013

[Bongkar] Dulu Rakyat MALAYSIA rajin buat rombongan ke SINGAPORE..tapi sekarang...!!!


http://news.xinhuanet.com/english2010/photo/2010-07/27/13417856_11n.jpg 

Seingat2 di zaman 80an,ramai rakyat malaysia suka buat rombongan ke singapore krn matawang mereka rendah drpd kita,ekonomi kite lebih baik drpd mereka pd ketika itu.

Tetapi sekarang zaman sudah berubah.. 1dollar singapore bersamaan RM2.50 duit kite. Betapa seronoknya rakyat singapore berbelanja di malaysia terutamanya di jb.

Tanyalah rakyat johor betapa peritnya..

Bukti pemimpin kite telah mentadbir urus ekonomi negara ke arah lebih 'bagus'..

Perhimpunan Agung UMNO : nyanyi la nyanyi..tahun nie nyanyi lagi....dah tinggai sekangkang kera dah nuu...!!

Warga Johor dan rakyat Malaysia amnya,

Bangkit dan melawan. Ketika ini orang SINGAPORE sedang lakukan pembelian hartanah secara besar besaran di Johor berikutan ringgit yang jatuh.

Bangkit dan melawan. Jangan sampai Johor di tawan warga luar. Di bimbangi rakyat tempatan takde tempat pula di negeri itu. Bila sana sini dikuasai oleh orang singapore tak mustahil mereka akan claim bahawa Johor harus keluar dari Malaysia..

buat lagi undang2 rakyat asing boleh beli harta kat malaysia nak bagi duit luaq masuk malaysia konon...duit masuk negara tergadai...baguih la sokong umno sangat...nyanyi la nyanyi..tahun nie nyanyi lagi....dah tinggai sekangkang kera dah nuu...


Islam duduk dimana dekat bumi Malaysia nie..???


KUIN - Mukhriz hanya gebang ja lebih..kata ada penyelewengan.. bila suruh dedah tak mau lah pula..!! [VIDEO]




PAS keluar garis panduan kempen pemilihan parti



Muktamar PAS ke-59. Grafik The Malaysian Insider, September 10, 2013.

Menjelang Muktamar ke 59, PAS akan mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan oleh pemimpin dan ahli parti itu bagi memastikan proses pemilihan parti berjalan dengan lancar, kata Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Naib Presiden PAS itu, garis panduan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti itu yang berlangsung hari ini dan bertujuan memandu ahli dan pimpinan parti bagi memastikan pemilihan berjalan lancar.

Garis panduan ini dibuat ketika ahli dan pemimpin PAS di seluruh negara sibuk bermesyuarat di peringkat kawasan masing-masing menjelang Muktamar PAS ke 59 pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam.

Kerajaan negeri Kedah buat tayangan FREE je filem yang tak laku di panggung..!!


Tayangan rasmi Tanda Putera buat MP jengkel

Seorang MP Kedah berkata beliau berasa sakit hati dengan jemputan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir kepada para wakil rakyat di negeri itu unutk menonton filem kontroversi Tanda Putera.

NONEMP Alor Setar Gooi Hsiao Leung (kiri) berkata beliau terkejut kerana kerajaan negeri akan menganjurkan tayangan tersebut sebagai satu acara rasmi di Wisma Darul Aman.

Tayangan pada jam 7.30 malam sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan itu akan turut disertai oleh ahli kerabat diraja dan pengarah filem itu sendiri, Shuhaimi Baba.

Parti Kadir Sheikh Fadzir kena tunggu 2 minggu lagi nak tau lulus ka dak...

5:25PM Sep 10 2013


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan dalam tempoh dua minggu permohonan bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagi pendaftaran partinya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Hakim Datuk Zaleha Yusof mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Kadir dan memerintahkan ROS membayar kepada beliau kos RM3,000.

Dalam penghakimannya, Zaleha memutuskan bahawa ROS terikat oleh Seksyen 7(1) Akta Pertubuhan 1966 berhubung pendaftaran sesebuah parti dan ROS perlu menimbangkan sama ada melulus atau menolak dalam masa dua minggu oleh kerana permohonan telah tergantung lebih setahun.

Altantuya mati "katak"..!!

Habiss siapa yang bunuh Alyantuya?

Semakin Dekat Pemilihan, Umno Makin Berantakan.. Ini Buktinya


Kenyataan ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa rakyat sudah muak dengan Umno ekoran gagal menunaikan janji mereka adalah cubaan "menarik perhatian" menjelang pemilihan Umno, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Hishammuddin menegaskan, kenyataan Nur Jazlan itu adalah tidak tepat memandangkan Umno berjaya menambah kerusi dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

"Macam-macam cara orang nak dapat perhatian bila nak bertanding ... tetapi masyarakat boleh menilai janji kita nak beri, secara realistik sama ada ia boleh ditunaikan atau tidak," kata Hishamuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita di Subang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu awal hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

Benarkah rakyat muak dengan Umno

Nazri setuju pandangan Jazlan, rakyat muak dengan Umno

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menyokong kenyataan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan masyarakat sudah muak dengan Umno.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sudah tiba masanya Umno melakukan perubahan sekiranya ingin terus kekal relevan kepada masyarakat.

"Negara ini punya kebebasan bersuara dan apa yang diperkatakan beliau merupakan satu yang betul, dan ia tidak salah sama sekali.

"Setiap calon sepatutnya menolak meraih undi populariti sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa untuk kawasan mereka dan rakyat," katanya dalam satu sidang media selepas Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur.

Terdahulu Jazlan yang mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno akan datang menyelar parti itu dengan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Fathul Bari di kecam kaitkan "ALLAH" dalam isu kenaikan harga barang

Ulama Umno dikecam kaitkan “Allah” dalam isu kenaikan harga
OLEH MD IZWAN

Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.

Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.

"Apakah kelak beliau juga akan berkata, maksiat yang berleluasa, jenayah yang meningkat dan penyelewengan serta salah guna kuasa, sebagai rakyat bersabarlah kerana ini semua adalah ketetapan Allah," kata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di akaun Facebooknya.

Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.

Kenaikan Harga Minya : Islam jadikan manusia kerjakan duit tapi sistem sekarang duit kerjakan manusia

Zaharudin Muhammad
KENAIKAN HARGA MINYAK: ISLAM MENJADIKAN MANUSIA KERJAKAN DUIT TP SISTEM SEKARANG DUIT KERJAKAN MANUSIA.

Ekonomi Islam boleh digambarkan sebagai bottom up sistem. Velocity of money (pergerakan duit) diproses oleh orang ramai, dipegang oleh setiap pojet rakyat, diurusniagakan dan akhirnya memberikan income kepada kerajaan utk urusan keperluan kerajaan dan golongan yang terpinggir. Sebab itu di dalam Islam ada kadar minimum yang wajib dipastikan oleh kerajaan supaya berada di dalam poket rakyat. Kadar minimum antaranya ialah setiap rakyat mestilah mempunyai wang cair untuk tempoh setahun keperluan.

Kerajaan kadang2 mengosongkan baitulmal bagi merealisasikan kadar minimum yg perlu ada dlm reserve setiap poket rakyat. Rakyat akan kerjakan duit yang ada dalam kocek utk dijadikan production, membuat kajian try and error, cuba business baru dll. Mereka boleh bangunkan kepakaran masing2 tanpa bergantung subsidi atau bergantung kpd syarikat gergasi dunia. Sebab itu orang islam kreatif pada zaman khilafah, sehingga berjaya mencipta kapal terbang pertama dunia, mengkaji perubatan dll tanpa bergantung kepada subsidi. Realitinya, rakyat dan kerajaan Islam tidak pernah miskin dgn sistem yg adil ini.

Harta keluarga Mursi disita

Harta keluarga Mursi disita

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru.

Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarganya bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa bebas memfailkan kertas siasatan.

Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan.

Masyarakat dah muak dengan Umno, kata pengerusi PAC

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Datuk Nur Jazlan Mohamed, pengerusi jawatankuasa kira-kira negara (PAC) sempena lawatan rasmi pertama ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 September, 2013.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang dan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti.

Fathul Bari kata Nabi SAW pula yang sebut tentang harga barang merupakan ketetapan Allah


Fathul Bari kena tarbiah lagi dengan Ust Asri

Jangan masuk PAS untuk cari peluang - Mahfuz


Mahfuz menyerahkan cenderamata kepada Tuan Guru Mohd Baqi yang melepaskan jawatan YDP.

MARAN: “Jangan masuk PAS hanya untuk mencari peluang, tetapi carilah peluang untuk membantu perjuangan PAS. Jangan masuk PAS kerana mencari habuan, tetapi carilah habuan untuk membantu PAS,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu menyatakan demikian kepada kira-kira 300 perwakilan sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Maran kali Ke-33 semalam di Dewan Orang Ramai Felda Jengka 4, di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, walaupun terasa penat selepas tewas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ataupun tidak berjaya memerintah Putrajaya, namun perjuangan mesti diteruskan.

“Anggaplah PRU ibarat R&R (rawat dan rehat) iaitu tempat persinggahan, bukan perhentian. Kita mesti teruskan perjalanan yang panjang iaitu menuju destinasi mardhatillah,” tegasnya.

Fathul Bari kena tarbiah dengan Dr Zaharuddin

JAWAPAN USTAZ DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN TERHADAP UFB
September 9, 2013

Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba.

Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Laporan dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3


Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.

Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.

Himpunan MP Sg Petani di Taman Jubli Perak tu dibatalkan sebab hujan..

Himpunan tiada sambutan

Himpunan tiada sambutan  
Hanya seorang wakil rakyat yang hadir, Azman (kiri) dalam perhimpunan yang dijadualkan di Taman Jubli Perak.

SUNGAI PETANI - Hasrat Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengadakan perhimpunan bersama penyokongnya malam kelmarin di Taman Jubli Perak, dekat sini didakwa tidak mendapat sambutan.

Difahamkan, perhimpunan bertujuan menyatakan kebangkitan rakyat terhadap isu jenayah serta beberapa perkara berbangkit itu turut dijadualkan dihadiri beberapa pemimpin atasan pembangkang.

Khabar angin turut tersebar menyatakan perhimpunan yang dianjurkan itu bertujuan memberi sokongan dan mengutip dana bagi menampung keluarga mangsa jenayah, Chee Gaik Yap yang dirogol dan dibunuh pada 2006.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, hanya kira- kira 50 penyokong membanjiri taman rekreasi berkenaan.

Turut berada di kawasan perhimpunan ialah Adun Lunas, Azman Nasrudin selain Johari serta beberapa penyokong PR.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...