TERKINI :

Monday, September 9, 2013

Insaniah: Kedah tidak berhajat keluar kertas putih


Mukhriz Mahathir  
Mukhriz Mahathir 
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Insaniah dan IHSB.

Ketika ditanya perkembangan siasatan kemelut Insaniah berikutan cadangan wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dun baru-baru ini agar kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih berikutan banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam Insaniah dan IHSB semasa pakatan pembangkang memerintah, beliau berkata ia tidak perlu.

Mukhriz ditemui pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan zakat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pengajian di tiga buah universiti di Jordan.

Mengenai tindakan undang-undang, menteri besar berkata, kerajaan negeri akan melihat keperluannya kemudian.

Najib Lidah bercabang.. Dulu kata lain hari nie kata lain... Bukti ada disini..

Tumpu Perkukuh Demokrasi Parlimen Sebelum Bentuk Kabinet Bayangan

Kenyataan Terbuka
9 September 2013

Sekali lagi polimik kabinet bayangan diperkatakan, kali ini ia dimulakan dengan cetusan oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataan terbukanya Sabtu lalu. Cadangan menjelmakan kabinet bayangan dari kalangan Pakatan Rakyat ini pula disambut segera oleh Khairy Jamaluddin umpama Datuk Lee Chong Wei melakukan 'smash' bola tanggung di hadapan net.

Perlu diingat bahawa kabinet bayangan bukan sekadar senarai calon siapa nak jadi bakal menteri. Kabinet bayangan ialah senarai kumpulan atau individu ahli parlimen atau siapa sahaja yang dinamakan oleh parti pembangkang bagi menangani isu berdasarkan kementerian atau segmentasi.

Persoalan paling utama di Malaysia ialah kabinet bayangan di malaysia tidak akan berfungsi kerana demokrasi dan sistem berparlimen Malaysia tidak berjalan dengan baik. Sebagai contoh, jika kita meletakkan seorang atau sekumpulan sebagai pemantau perihal ekonomi, dan mereka mahu mengeluarkan cadangan balas berkaitan TPPA pasti gagal kerana semua rundingan mengenai TPPA dirahsiakan. Malah jika perjanjian itu ditandatangani pun hanya selepas beberapa tahun kemudian baru boleh perjanjian itu diketahui.

Bila menteri pun kata jangan beli hartanah jika..

inilah bahananya bila lantik menteri kepala lutut..otak dok lutut jadi pikiaq pun pakai kepala lutut jadi keluaq laa ayat bangang nie...

sebelom nie tak puas hati dgn malaysia pie dok luaq malaysia..

selepas nie tak puas hati dgn harga rumah takyah beli rumah...

dan jika tak puas dengan umno BN...hambat pie luaq negara....

Kelantan 'Mundur' Bahana Kepimpinan 'Ulamak'..!!

Nasrudin Hassan

http://3.bp.blogspot.com/-4IJHtNqdZu4/TaXf0RyqS4I/AAAAAAAABkY/v_nHmJVD3Sg/s400/Berjaya_Air_AT72_9M_TAG_SIN_20110403_DSC8618_album_1200px.jpg
Disebabkan tahap 'kemiskinan' rakyat dan 'kemunduran' negeri Kelantan yang tinggi, satu syarikat penerbangan (Berjaya Air) membuat keputusan 'terpaksa' membuka laluan penerbangan baru syarikatnya melibatkan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Hasil tinjauan mendapati Berjaya Air akan menawarkan penerbangan pergi & balik antara Kota Bharu - Subang sebanyak 2 kali sehari (pertambahan traffic penerbangan 4 kali sehari). Penerbangan Subang - KB ditawarkan pada jam 8.10 am dan 4.00 pm manakala penerbangan KB - Subang ditawarkan pada jam 9.45 am dan 5.35 pm setiap hari, 7 hari seminggu.

Penerbangan rasmi pertama dijadualkan akan bermula pada 17 November 2013 dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu.

Buat 'flashmob' bawa manila kad pun kena tangkap macam penjenayah besar

Besarnya ‘jenayah’ peserta bantah harga minyak
Harakahdaily, 08 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan terhadap kerajaan berhubung penahanan terhadap peserta flashmob di Kota Bharu, Kelantan semalam yang menzahirkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak.

“Penangkapan ini seolah-olah anak-anak muda itu telah membuat jenayah besar sedangkan mereka hanya membuat bantahan aman dengan menaikkan kertas 'kad manila' tanda kecewa terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat khususnya anak muda seperti mereka,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Aduhai UMNO... dok "penawar rindu" dalam dewan KUIN laa pulak....!



di majlis sambutan raya mat bashah dekat dewan KUIN A.STAQ

Minyak naik : BR1M bukan penyelamat


Oleh Yin Shao Long

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/09/brim.jpg

Naik harga minyak bukan pendekatan terbik pembaharuan fiskal. Pada bulan Februari tahun ini, Perdana Menteri Najib Razak menyatakan bahawa harga RON95 akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia meningkat.

Pada bulan April, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan bahawa “Petrol merupakan bahan asas yang utama dan jika kerajaan menaikkan harga minyak, ia akan mengakibatkan para peniaga menaikkan harga barangan dan membebankan rakyat.”

Pada bulan yang sama, Najib meyakinkan rakyat Malaysia bahawa subsidi akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau di mana beliau akan memastikan kos kehidupan terkawal. Pada bulan Mei, Barisan Nasional menang dalam pilihanraya umum, namun janji yang dibuat sebelum ini telah dimungkiri.

Kenapa Anwar gagal?

Oleh Musli Oli
Ada tiga insiden pilihan raya umum (PRU) dalam negara ini, di mana parti pemerintah hampir tewas kepada parti pembangkang. Pertama, pada PRU 1969, Parti Perikatan yang memerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Pulau Pinang ditawan parti pembangkang Gerakan dan Kelantan kembali kepada PAS.

Berdasarkan keputusan PRU 1969, dua buah negeri, Selangor dan Perak nyaris ditawan parti pembangkang. Negeri Perak hanya diperintah Parti Perikatan setelah dua wakil rakyat PPP mengalih sokongan kepada parti itu.

Pilihan raya kali kedua ialah pada tahun 1999. Pada PRU 1999, parti pembangkang mendapat undi simpati dari kalangan pengundi Melayu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dimasukkan dalam penjara.

Kesannya, beberapa pemimpin kanan UMNO gagal mempertahan kerusi kerana ‘swing’ sokongan Melayu kepada PAS dan PKR. Kedah, Selangor dan Perak adalah antara negeri-negeri yang nyaris-nyaris ditawan parti pembangkang. Kelantan kekal di tangan PAS manakala BN kehilangan Terengganu.

Apabila pemimpin UMNO terkena hysteria.

Setpol Encik Lim Kit Siang dan UITM 
oleh - Sakmongkol

http://www.bharian.com.my/articles/TigasayapsiapsediasebaiksemboyanPRU-13dibunyikan_Muhyiddin/pix_gal0

Apa sudah jadi kepada pemimpin Umno? Respons mereka terhadap isu-isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini dibuat dalam keadaan hysteria.

Dua minggu lalu, bila Anwar Ibrahim mencadangkan perbincangan meja bulat, cadangan tersebut dibaca sebagai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

Anwar Ibrahim mengajak pemimpin Umno yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya.

Perkara yang mudah ini pun pemimpin Umno tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.

Siyasah Perubahan Dengan Maslahah dalam isu harga barang naik ketentuan Allah

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan.

Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Hebatnya negaraku..Musykil hospital besar, bekalan ubat tiada

Musykil hospital besar, bekalan ubat tiada
Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Pengalaman diminta mengambil bekalan ubat di hospital tentera ketika mengandungkan anak pertama membuatkan Nina (bukan nama sebenar) terpanggil untuk berkongsi apa yang dilaluinya.

Nina, 29, berkata, sebelum ini dia hanya mendengar cerita rakan-rakan yang pernah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan tentang hal ketiadaan ubat di farmasi hospital tersebut.

"Akak terpaksa tunggu hampir tiga jam di kaunter farmasi untuk mengambil ubat, tetapi apabila nama dipanggil akak dan yang lain dimaklumkan bekalan ubat tiada stok dan diminta datang kembali seminggu selepas itu.

"Mereka siap pesan supaya buat panggilan terlebih dahulu sebelum datang, dan seminggu kemudian apabila panggilan dibuat, bekalan ubat berkenaan masih juga tiada," katanya.

Menurutnya, ubat berkenaan terpaksa diambil di hospital itu selepas klinik yang dikunjungi tidak dibekalkan ubatan tersebut selepas dimaklumkan doktor yang bertugas bahawa ubat tersebut mahal dan hanya boleh diperoleh di hospital berkenaan.

KWSP tetap peraturan baru tingkatkan simpanan pencarum

OLEH RANJIT SINGH
September 09, 2013


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat keputusan untuk meningkatkan simpanan minimum pencarum untuk memastikan mereka mempunyai lebih wang semasa hari tua, tetapi secara tidak langsung mengurangkan pelaburan dalam industri unit amanah.

Peraturan baru KWSP untuk mengurangkan pelaburan dalam unit amanah ditetapkan pada ketika peningkatan kos menunjukkan simpanan pencarum tidak mencukupi untuk menampung kehidupan semasa bersara selepas berumur 55, lima tahun di bawah umur persaraan ditetapkan kerajaan iaitu 60.

“KWSP akan mengkaji semula jumlah simpanan asas ahlinya kepada RM196,800 apabila sampai umur 55 bermula Januari 2014, untuk memastikan simpanan cukup menampung keperluan persaraan,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar kepada The Malaysian Insider pada hujung minggu.

Beliau berkata, di bawah skim lama, sasaran simpanan untuk ahlinya adalah RM120,000 pada umur 55 dan ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Bagaimanapun, katanya, menerusi skim baru, RM820 sebulan dicarum selama 20 tahun dari umur 55 ke 75 manakala jumlah simpanan minimum yang ditetapkan pada 2008 ialah RM120,000 pada umur 55.

Golongan Pemimpin dan elit-elit di'atas' sana betulkah mereka menyelami akan masalah rakyat di'bawah'..???


http://panel.mustangcorps.com/admin/fl/upload/files/orang-miskin_gab%20345.jpg
Hari ini masuk genaplah hari ke-5 kenaikan harga tol sebanyak RM 0.20 dirasai oleh sume rakyat Malaysia. Sebentar td, perjalanan sy menghantar isteri ke stsen minyak Petronas Karak menemukan sy dgn seorang makcik yg uzur susuk tubuhnya cuba menjual keropok seperti yg biase kite temui. Kami pn belilah satu keropok, dan bagi makcik tersebut extra duit saku lebih untuk pulang kata isteri sy. Dalam perjalanan pulang ke rumah, xtau knape terimbas balik sepanjang kehidupan sy yg berumur ** tahun ini dengan pengalaman2 lampau bertemukan insan2 marhaen susah yg hidup di atas tanah tumpanya darahku.

Antaranya, sy pernah di tahan semasa menaiki moto oleh pengemis di traffic light dpn Solaris bertanyakan di mana die hendak ambil duit BR1M katanya. Bila sy soal selidik, rupanya die xpnh daftar lg untuk BR1M tersebut dan xsampailah hati nak beritahu yg die mungkin xlayak utk dapat duit tersebut. Sy tinggal di Klang, jgn terkejutlah di bandar Klang ramai sgt org susah, ad yang hidup di dalam rumah yg ditinggalkan, ad yg hidupnya kais brg recycle untuk makan (pengalaman kumpul seguni tin pn baru dpt rm8, rs xberbaloi lgsg), di sekolah rendah agama dulu ramai yg xmakan masa rehat sbb xberduit, minum air paip di masjid. Sy baru berpindah kerja dr KL, sbb company lama pindah ke Nilai, jauh kalau nk dikira tambangnya dan ramai jugak rakan seperjuangan yg jauh lebih susah dr sy pn terpaksa menerima tempiasnya dan berhenti (sedih dgr luahan masing2 pasal perit hidup xberduit). 

Barang Naik - Fathul Bari dikuliahkan oleh Dr Asri



Harga_Barang_Fathul_Bari

Fathul Bari, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) sebelum ini menulis dan berhujah untuk menyokong kenaikkan harga yang dibuat oleh parti yang disertainya. Lalu dia menggunakan hadis Rasullullah melalui tulisannya yang disiarkan Sinar Harian, 

Harga barang ketetapan ALLAH
Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” - Sahih. Abu Daud
Fathul Bari juga menulis, "Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia."

Gambaran dalam kepala Fathul Bari untuk memberi gambaran betul parti yang disertainya.

Kenyataan fathul Bari ini membuatkan Dr Asri Zainul Abidin tidak boleh diam untuk 'sekolahkan' Fathul Bari lalu dia menulis di FB

Ahmad Yahya tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas


Ahmad Yahya ALOR SETAR - Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya tidak akan mempertahan jawatannya pada muktamar Oktober ini.
        
Beliau berkata, keputusan itu dibuat sejak setahun lalu dan bukan atas faktor usia kerana masih layak bertanding sepenggal lagi.
          
“Saya berundur kerana mahu kota janji yang dibuat dalam Muktamar Dewan Pemuda Negeri Kedah tahun lalu di Padang Terap. Ketika itu, saya sudah nekad mahu beri laluan kepada muka baru untuk terajui,” katanya.
        
Ahmad yang juga Adun Alor Mengkudu berkata, walaupun menang dalam PRU13 lalu, ia bukan penghalang untuk melepaskan jawatan yang disandang sejak tahun 2009.
        
“Ketika itu saya sudah umum akan bagi laluan kepada pemimpin pelapis untuk gerakkan sayap parti. Seeloknya biarlah diberi nafas dan semangat baru dalam kepimpinan tertinggi Pemuda,” katanya yang tidak akan tunduk pada desakan jika ahli tetap mahunya terus mengemudi sayap ini.
         

Jika tak suka pun janganlah dok dengki kerja seni orang lain..!!

Lukisan dinding unik Ernest kali ini diconteng
Wartawan Sinar Harian

GEORGETOWN - Tidak bertanggungjawab, entah apa sebabnya, lukisan seorang artis mural terkenal, Ernest Zacharevic sudah beberapa kali cuba dirosakkan.

Terbaru, lukisan dinding yang terletak di Lebuh Armenian itu diconteng dengan perkataan ‘nonsense’ (karut).

Ernest yang berasal dari Republik Lithuania Eropah itu meluahkan kecewanya di laman sosial facebook miliknya.

Dia yang kini berada di tanah kelahirannya memaparkan gambar hasil lukisannya itu di laman sosial berkenaan.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan tentang sikap orang yang melakukannya,” katanya melalui laman berkenaan.

Sebelum diconteng dengan tulisan berkenaan, pada 18 Ogos 2013, sekali lagi kegiatanvandalisme berlaku apabila bakul basikal lukisan mural berkenaan cuba dicabut individu tidak bertanggungjawab.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...