TERKINI :

Sunday, September 8, 2013

Selepas Minyak naik kini depa nak sedut GST pulak... tahniah UMNO BN.. janji tak ada perang..!!

GST yang bakal dilaksana kurang dpd 2 tahun KETETAPAN ALLAH jgk ke?

Apabila Fathul Bari gunakan Lidah yang Allah beri untuk menjilat pemimpin - Ooo ini semua ketentuan ALLAH..!!

Sendiri boros, sendiri tak reti urus kewangan, lepas tu salahkan Tuhan. Jangan pandai pandai guna Firman Tuhan untuk tutup salahlaku. 

nah ambik sebijik apa kata Ust Asri Zainal Abidin dekat penagmpu macam nie..

Live Perlawanan Persahabatan : Kedah FA Vs Sg. Ara FC


TEKAN PLAY BUTTON UNTUK TONTON LIVE
Dibawa oleh SALURAN KEDAHFATV

[Dedah] Minyak Malaysia tidak naik ikut harga minyak mentah dunia..!!

Naik tidak sejajar dengan harga minyak mentah

KUALA LUMPUR: Kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah sejak dua tahun lalu sekiranya benar harga kenaikan ditentukan oleh harga pasaran.

Malah, kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mengekalkan kuota pengeluaran kepada 30 juta tong sehari dan ianya ke dilihatkal sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan tujuh juta tong sehari dari simpanan Shale Oil.

Naik Minyak 20sen boleh.. tapi bila nak isi 20 sen tak boleh pula..!!!



kretiviti anak muda melayan isu minyak naik 20 sen...
http://infopanaz.blogspot.com

Mesir Hari Ini & Semalam antara Rakyat, Tentera & Yahudi


#Unite4Egypt

Mesir Semalam;
Tentera bersama rakyat menentang yahudi

Mesir hari ini;
Tentera bersama yahudi menentang rakyat

Sumber: الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"

Penyeludup kereta mewah ditahan SPRM dipercayai berkait “Mr Clean‎”

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
September 08, 2013

Sindiket penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.

Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.

Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.

Anaknya, Akhtar Shaharuddin memberitahu The Malaysian Insider beliau percaya pembunuhan bapanya berkait dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus kepada penipuan dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.

Dialog: Anwar nafi wujudkan kerajaan perpaduan

Nizam Zain
7 September 2013

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila cadangannya untuk mengadakan dialog terbuka dengan kerajaan diputarbelitkan pemimpin Umno.

Anwar juga mengulangi pendirian dan menafikan bahawa dialog kebangsaan itu bukannya untuk membincangkan soal kerajaan perpaduan seperti mana yang dilakukan oleh sebilangan kecil bekas pemimpin Pas tidak lama dahulu.

"Dia (Khairy) tidak baca mesej merdeka saya, kenyataan saya hanya merujuk kepada hal itu (dialog).

"Saya hanya sentuh empat isu iaitu tadbir urus, jenayah, ekonomi dan hubungan kaum," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mengatakan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan cadangan dialog terbuka itu.

Saya sudah sedia mati, kata Pak Samad

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
September 08, 2013
Latest Update: September 08, 2013 09:30 am

Hujan lebat petang hari itu seakan merestui kehadiran insan yang banyak menyumbang bakti kepada negara meskipun pada hari itu ada ura-ura beliau akan ditangkap polis.

Laungan iqamah di Masjid Negara memanggil jemaah segera mendirikan saf untuk sama-sama menunaikan solat Asar secara berjemaah.

Waktu itulah kelibat beliau muncul berbaju Melayu dan berkain samping serba putih membina saf bersama jemaah lain.

Selesai solat, empunya diri yang dimaksudkan Datuk A. Samad said atau lebih mesra digelar Pak Samad menuju ke satu ruangan di pinggir masjid untuk beriktikaf.

Beberapa jam sebelum itu, ada khabar angin mengatakan Pak Samad akan menyerah diri kepada polis selepas solat Asar namun suasana tetap tenang dan sakinah seperti rumah Allah yang lain.

Beliau kelihatan sedang membaca selembar dua dari kitab suci al-Quran sebelum diminta kebenaran untuk ditemubual secara mengejut oleh The Malaysian Insider.

Tengku Razaliegh Boleh Jadi Presiden Kalau Ahli Umno Berani

Mohd Sayuti Omar, 

PANDANGAN SUBUH

Jumaat lalu Tengku Razaleigh Hamzah telah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Langgak Golf Kuala Lumpur. Jarang sekali Tengku memanggil sidang akhbar. Apabila beliau membuat sidang akhbar adalah hal-hal tertentu yang beliau merasakan penting untuk diperkata dan diperjelaskan. Ideanya untuk membangun negara dengan memberi pandangan dan sebagainya juga hanya tersalur menerusi sidang akhbar.

Kenapa dikatakan penting, kerana kalau tidak penting beliau tidak panggil sidang akhbar, beliau boleh bercakap kepada kawan-kawan rapatnya sahaja kemudian mereka akan tolong sampaikan kepada wartawan atau direct kepada sasarannya.

Dalam sidang akhbar itu beliau bercakap mengenai beberapa topik termasuk isu semasa. Soal kenaikan bahan bakar (petrol dan diesel) 20 sen seliter. Baginya kenaikan itu wajar dan sesuai kerana rakyat tidak perlu bergantung sangat kepada subsidi kerajaan. Perkara ini sudah lama menjadi pegangan Tengku Razaleigh, rakyat harus independent dari bergantung kepada kerajaan.

Dalam sidang akhbar itu beliau juga menyentuh mengenai cadangan Anwar Ibrahim yang meminta Najib Razak memanggil satu dialog kebangsaan untuk membincang beberapa isu terdesak masa kini; mengenai ekonomi, polirisasi kaum, jenayah dan urus tadbir. Tengku Razaleigh yakin sekiranya diadakan dialog ia akan memberi apa-apa kebaikan. Tengku Razaleigh seorang yang percaya kepada konsep mesyuawarah.

Naik harga minyak umpama jatuhan domino

Hashim Ahmad Shiyuti
8 September 2013

KESAN domino adalah satu frasa kata yang mendefinisikan kesan berangkaian dan saling kait mengait di antara satu perkara kepada perkara yang lain.

Sekeping domino yang dijatuhkan akan menjatuhkan domino-domino lain yang tersusun secara satu persatu sehingga selesai kesemuanya.
Begitu juga dengan apa yang akan terjadi kepada sesuatu perkara yang dikaitkan dengan kesan domino.

Kenaikan harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah merupakan domino pertama yang terjatuh dan akan memberi kesan kepada harga barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada produk yang akan dihasilkan.

Sebagai kesudahan, pengguna akhir akan menerima peningkatan kos secara inklusif dan kesan berganda ke atas kesemua barangan yang digunakannya.

Selain itu, harga barangan juga akan meningkat disebabkan oleh adanya mereka yang menangguk di air yang keruh.

Goreng pisang pun guna RON95!

TOK PERAK

*MINYAK naik 20 sen seliter. Kerajaan kata ini tidak akan membebankan rakyat. “Ia tidak memberi kesan drastik kepada kos perniagaan, hanya sekitar 0.1 hingga 1.3 peratus sahaja,” kata Datuk Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pengusaha pengangkutan pula kata, kenaikan tersebut membebankan. Mereka menjangka akan menaikkan kos pengangkutan @ tambang antara 5 hingga 30 peratus. Akhirnya rakyat biasa yang akan membayar lebih.

Hasan kata, peniaga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang dan perkhidmatan melebihi 1.3 peratus. Tetapi sejarah membuktikan walaupun minyak naik satu peratus, barang naik lebih 10 peratus.

Contoh paling mudah ialah nasi lemak yang menjadi makanan kesukaan ramai rakyat. Kalau sebelum ini harga sebungkus RM1, ia boleh dinaikkan tidak lebih 1.3 peratus @ lebih kurang RM1.02 sen.

SPAD cuba bodohkan puak UMNO BN - Tidak ada Kenaikan Tambang tapi Bayaran Tambahan 10% diteruskan..

Selepas naikkan harga minyak, kerajaan benar ‘naikkan’ tambang

BULETIN ONLINE

Bila kena KERUMUN macam nie baru ada akai

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan, kerajaan benarkan pengusaha bas ekspres mengenakan tambahan tambahan sebanyak 10% kepada penumpang sehingga kadar tambang baru dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada ‘kenaikan tambang’ bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya.

Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad ini 8 September.

Urus perbelanjaan secara cekap elak ketirisan


Urus perbelanjaan secara cekap elak ketirisan  
Urus perbelanjaan secara cekap elak ketirisan. - Gambar Hiasan
SHAH ALAM – Kerajaan perlu memastikan pengurusan perbelanjaannya yang lebih cekap bagi mengelakkan ketirisan.

Seorang pedagang mata wang yang enggan namanya didedahkan berkata, antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan defisit ialah dengan memotong kos projek mega yang menelan belanja tinggi.

“Antara kebimbangan apabila bercakap mengenai ekonomi Malaysia ialah kita berbelanja terlalu banyak sehingga mengalami defisit. Jika bajet kerajaan terus mengalami ketirisan, ia sesuatu yang tidak bagus untuk jangka panjang.

Hapus rasuah selamatkan berbilion ringgit


Nurul Izzah  
Nurul Izzah
TEMPOH 100 hari selepas PRU13 telah berlalu, Sinar Harian Online cuba mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai pencapaian PR dan komen beliau mengenai isu semasa terutamanya dialog perpaduan anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga minyak serta isu belanjawan yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

SINAR HARIAN ONLINE: Tempoh 100 hari selepas PRU13 telah berlalu. Bagaimana YB melihat kedudukan PR  ketika ini terutama dari segi sokongan rakyat? Dalam PKR sendiri dan parti gabungannya bagaimana?

NURUL IZZAH: Pada saya kita telah melakukan yang sedaya upaya  pada PRU yang lepas sehingga mendapat undi sebanyak 51.8 peratus daripada undi rakyat. Ini bermaksud setelah usaha dibuat untuk meyakinkan rakyat  bahawa PR merupakan alternatif  yang terbaik. Alhamdulillah kita mendapatkan keputusan yang amat memberangsangkan, itu penting.

Selain itu, ia memberikan kami lebih rasa kebertanggungjawaban menerima amanah yang begitu besar selain mendesak pilihan raya direformasikan dan membuat petisyen seperti mana dibuat oleh pihak BN di kerusi-kerusi yang berkontroversi akhirnya kita telah bertemu untuk mewujudkan Belanjawan Alternatif  2014.

Ini kerana kita rakyat berharap kepada kita untuk menawarkan belanjawan yang dapat menjaga kebajikan mereka.

Ibu tunggal pertaruh nyawa ambil air


Ibu tunggal pertaruh nyawa ambil air  
Rosli (lima, kiri) bersama sebahagian anggota Rela Kampung Berjaya yang turun padang memberi bantuan kepada Zaiton (lima, kanan) di kediamannya.
ALOR SETAR - Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya hampir setiap hari semata-mata untuk mendapatkan bekalan air Sungai Kedah untuk kegunaan harian dia dan anak lelakinya di kediaman kecil mereka berhampiran Kampung Seberang Taman Badak, dekat sini.

Lebih menyayat hati, dua beranak ini melalui hidup sukar dipercayai akibat tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih mahupun elektrik untuk meneruskan kehidupan mereka disebabkan kurang berkemampuan.

Zaiton Hanafi, 50, berkata, dia dan anak lelakinya, Mohd Syafiq Abdullah, 16, sudah tinggal di kawasan berkenaan kira-kira setahun  lalu setelah tidak berupaya menampung perbelanjaan termasuklah keperluan harian dan rumah sewa mereka.

Pemilik cuak, senapang dibuang



Pemilik cuak, senapang dibuang  
Senapang angin yang ditemui polis selepas dibuang pemiliknya, kelmarin.
 
BALING - Sebanyak enam laras senapang angin buatan sendiri telah ditemui, empat di kawasan kolam ikan di Kampung Dalam Wang, Pulai, dan dua lagi di kawasan Kampung Charuk Kelubi, Tanjung Pari  petang kelmarin.

Kesemua senapang itu dijumpai dibuang pemiliknya ekoran rampasan senapang jenis sama di Kampung Tanjung Pari 3 September lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kesemua senapang buatan sendiri itu dibuat menggunakan barangan terpakai.

Menurutnya, senapang berkenaan dipercayai dibuang sebelum ditemui polis.

“Kita percaya mereka memiliki senjata ini mulai risau sehingga bertindak membuang senapang terbabit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling semalam.

[GEMPAR] Salleh Yaakob Maut, Isteri Cedera Disambar Petir


on Friday, September 6, 2013 at 3:21 AM
TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.
Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...