TERKINI :

Friday, September 6, 2013

Kebaikan yang diperolehi Singapore dan Brunei apabila keluar dari Malaysia..


ROS oh ROS...takan ikut skrip UMNO kot..?

Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno

Harakahdaily, 06 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.

Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.

Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.

Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.

Kenapa murid gagal kuasai Matematik & Sains..?


Kajian: Murid gagal kuasai Matematik, Sains

Oleh: Tarikh: September 6, 2013

KUALA LUMPUR - Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Umno pandang serong terhadap Ikhwan Muslimin - Anwar

Harakahdaily, 06 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN mempunyai perasangka buruk terhadap gerakan islam Ikhwan Muslimin.

Anwar mendedahkan, sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah dinasihatkan oleh perisikan supaya tidak bertemu wakil gerakan Islam itu yang datang ke Malaysia ketika itu.

Bagaimanapun beliau tidak mengendahkan 'nasihat' itu, namun sekadar menukar tempat pertemuan.

“Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi’ Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya.

“Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya.

"Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari,” katanya dipetik Selangorku.

Ku Li masih duduk usha line lagi nak cabar Najib atau tidak..!


Ku Li masih timbang peluang cabar Najib


1:55PM Sep 6 2013

Bekas menteri Kabinet Tengku Razaleigh Hamzah masih teragak-agak untuk membuat keputusan sama ada akan mengemukakan namanya bagi merebut jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti Oktober.

Tengku Razaleigh berkata beliau masih perlu menimbangkan sama ada Umno menginginkan beliau di jawatan tersebut, dan sama ada beliau boleh menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Pertimbangan saya tadi sama ada saya layak sama ada saya dikehendaki sama ada saya boleh memikul tanggungjawab itu dengan berkesan dan baik,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Bekas naib presiden Umno itu turut menyatakan kebimbangan ke atas sistem baru yang diperkenalkan Umno dalam pemilihan kali ini.

Katanya, beliau melihat bahawa syarat baru tersebut antara lainnya "menghalang tenaga muda dalam parti".

Bila disamakan kesilapan dengan jenayah

oleh - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

September 05, 2013

Saya tertarik dengan segelintir yang mendakwa diri mereka beraliran 'salaf' tetapi bersikap jauh dari jalan salaf. Apabila politik yang mereka bernaung di bawah ketiaknya menyokong rejim tentera di negara yang sedang bergolak itu, mereka pun menari rentak yang sama. Seakan mereka melupai pembunuhan, pembakaran masjid, gas yang meragut anak-anak tidak berdosa dan segala macam kezaliman lain, yang mereka sibuk ia membaca dalil pengharaman demonstrasi.

Dalil pembunuhan bagai dilupakan. Kemudian mereka mengiktiraf pula perampasan kuat secara tentera yang jauh lebih ganas dari demonstrasi. Tambahan lagi, mereka cari dalil-dalil menunjukkan golongan islamist yang menang secara peraturan itu tidak tepat akidahnya dan ada kesalahan fekahnya.

Malangnya, dalam masa yang sama, tidak pula mereka bertanya tentang akidah sosialis, sekularis, liberalis dan segala macam lagi yang dianut regim yang zalim itu. Seakan al-Quran, al-Sunnah dan ajaran salaf itu hanya terpakai untuk menilai golongan Islamist sehalus-halusnya tetapi dibiarkan mereka yang zalim bermaharajalela.

Terimalah ‘hadiah’ atas kemenangan BN


Oleh Abd Shukur Harun


Kenyataan seorang menteri bahawa, “jika harga ayam naik, jangan makan ayam,” kini menjadi kata-kata popular dalam kalangan orang ramai dan menjadi analogi baru pula, “jika harga minyak naik, jangan pakai minyak.”

Kata-kata ini banyak didengar di pasar-pasar, di warung roti canai, di hentian teksi, dan di banyak tempat rakyat biasa berada. Tetapi bukan dalam kalangan golongan ahli korporat kaya atau super kaya yang berlegar di padang golf, di lobi hotel mewah atau super mewah, di bilik mesyuarat para pembesar negara atau di bilik mesyuarat ahli korporat di kompleks mereka.

Golongan elit ini tidak tersentuh dengan harga minyak naik, justeru mereka disediakan segalanya percuma oleh syarikat mereka, sementara pembesar negara juga segalanya percuma disediakan oleh kerajaan.

Golongan elit ini kebanyakannya tidak pernah ke pasar, ke kedai barangan keperluan harian, tidak pernahpun ke stesyen minyak, jauh sekali hendak menjenguk meter harga minyak. Segalanya dilakukan oleh pemandu mereka. Keluarga mereka biasanya hanya menghantar orang gaji mereka untuk pergi ke pasar membeli barang keperluan, atau van khusus yang menghantar barang keperluan itu ke banglo mewah mereka.

Ada pun Akta untuk didakwa puak jahat nie selain dikalutkan dengan Akta Ordinan Darurat

Ops Cantas: Polis buka 56 kes bawah PCA

Khalid Abu Bakar  
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka 56 fail kes di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) berikutan lebih 3,000 tangkapan dibuat dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, daripada 56 fail kes itu, sebanyak 21 orang telah ditahan reman di bawah Akta PCA 1959 dan Akta 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Sementara itu, sembilan pendakwaan akan dijalankan dengan 11 kes masih dalam siasatan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana sehari bertajuk "Masyarakat dan Jenayah: Di Manakah Kita" di sini hari ini.

Zahrain jadi duta ke Indonesia, pejuang setia Umno dapat apa?


oleh - Shahbudin Husin

Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi.

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.

Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam Umno percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.

Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.

Duta Baru Malaysia Ke Indonesia Tidak Ada Kriteria?

SUSUPAN MALAM                                                                            

Menteri Luar Anifah Aman telah mengesahkan bekas ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamaed Hashim (foto) dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Bagaimana pun bila Zahrain akan memulakan tugas masih belum diketahui. Wiama Putera akan mendapat persetujuan dari pihak pemeritah Indonesia terlebih dahulu. Oh...

Indonesia sebenarnya tidak ada hak untuk menolak perlantikan itu kerana ia adalah hak mutlak kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan berhak melantik duta mereka ke negara yang mempunyai hubungan diplomatik tanpa persetujuan negera berkenaan. Indonesia bagaimana pun hanya boleh untuk tidak memberi kerjasama dengan mana-mana duta apabila mereka tidak yakin atau berpuas hati dengan individu yang dilantik. Misalnya kalau Indonesia mengadakan kenduri kahwin, mereka boleh dan tidak salah kalau tidak mengundang Zahrain.

Tetapi tindakan itu jarang berlaku. Sebab ia akan dibalas. Sesebuah negara ada hubung diplomatik kena menerima sesiapa sahaja duta atau perwakilan negara yang dihantar ke negara berkenan tanpa perlu memeriksa usulkan siapa mereka. Apakah mereka berkerabut, balar atau pun telinga besar sebelah?

Itu tidak menjadi soal, walaupun ia boleh dipersoalkan oleh Indonesia. Sudah tentu kerajaan Indonesia menyelidiki siapa duta baru ke negara mereka itu. Walaupun latar belakang Zahrain serta fahaman politiknya tidak penting dan diambil kira oleh kerajaan Malaysia seperti kata Anifah Aman, tetapi perkara itu tentu disuluh tengok oleh pemerintah Indoensia.

Kuantan - Driver Lori membuat bantahan pada SPAD | Video & Gambar

Tiada kena mengena dengan Syiah tapi ADUN PAS tolak enakmen kerana berlawan dengan Syariah

oleh Zulkifli Yahaya, 

http://2.bp.blogspot.com/-KeTWloY9OuY/Uh7zau_WDQI/AAAAAAAANOE/A3YkpUAsAQg/s400/PAS+SYIAH+BABI.jpg
TAJUK Sinar yang membuat ramai pembaca konfius
Ramai yang marah-marah kepada Adun PAS Kedah, apabila sebuah akhbar harian menyiarkan sebagai tajuk utama muka hadapan 'Enakmen Anti Syiah Lulus' sedangkan 9 Adun dari PAS tidak menyokong enakmen yang dibentangkan oleh kerajaan Umno dalam Sidang Dun Kedah baru-baru ini.

Hujah mereka, walaupun enakmen itu dicadangkan oleh Umno tetapi oleh kerana ia membawa kebaikan, yakni tegas membanteras ajaran syiah yang menyalahi aqidah, maka ianya patut disokong. Tuduhan yang lebih liar ialah Adun PAS Kedah adalah penyokong Syiah sebab itu tidak mahu wujud enakmen untuk bertindak tegas terhadap Syiah. Begitulah sikap segolongan manusia yang gemar mengulas tanpa meneliti terlebih dahulu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik penolakan PAS terhadap enakmen yang kononnya anti Syiah itu.

Sebenarnya enakmen yang dibentang dan diluluskan dengan sokongan majoriti Adun BN tersebut ialah Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 bukannya 'Rang Undang-undang Anti Syiah' bahkan sepatah perkataan syiah pun tidak terkandung dalam enakmen tersebut. Justeru, penolakan PAS terhadap enakmen tersebut tiada kena mengena dengan isu Syiah.

Sembilan yang menentang enakmen tersebut terdiri tujuh Adun PAS dan dua KeADILan. Ustaz Azizan Razak (Sungai Limau) dan Dato' Taulan Rasul (Tokai) tiada dalam Dewan ketika pengundian, manakala Adun KeADILan dan DAP yang bukan Muslim tidak mengambil bahagian dalam pengundian kerana tidak mahu mencampuri urusan Islam.

Tarif air KHTP naik 20 peratus Ogos 2014


Mukhriz Mahathir  
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengumumkan tarif air bagi kegunaan perindustrian di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) akan meningkat 20 peratus mulai 1 Ogos 2014.

Bagaimanapun, ia bersetuju mengekalkan tarif T3 iaitu RM1.05 meter padu kepada pengilang terbabit sehingga 31 Julai 2014.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tarif T3 sudah diguna pakai sejak 1 Oktober 2010 hingga 31 Julai lalu perlu dikaji semula.

"Bermula pada 1 Ogos 2014, Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan mengguna pakai tarif T4 iaitu RM1.41 meter padu kepada 21 akaun melibatkan 15 kilang di KHTP.

"Tidak kira siapa termasuk yang sebelum ini menikmati tarif  agak istimewa iaitu RM1 meter padu akan dikenakan tarif T4," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Masjid Derga - Tanah wakaf kubur pun orang dah bina rumah

Tanah kubur semakin sempit

ALOR SETAR - Kepadatan penduduk di sekitar Bandaraya Alor Setar kini menimbulkan masalah apabila Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan atau lebih dikenali dengan nama Masjid Derga, dikatakan semakin sempit dan terhad.

Kedudukan tanah perkuburan yang terletak di tengah bandaraya itu dikatakan antara punca tanah perkuburan tersebut tidak dapat menampung jumlah keperluan penduduk.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Irfan, Azizan Hashim, 59, berkata, tanah perkuburan itu sudah beroperasi kira-kira lebih 100 tahun.

Menurutnya, selain jenazah dari anak kariah, pihak pengurusan masjid dahulu turut ‘membuka pintu’ kepada anak kariah dari tempat lain sehingga menyebabkan tanah perkuburan seluas dua hektar itu semakin sempit.

"Masalah bertambah serius apabila tanah wakaf perkuburan ini turut di dibina perumahan menyebabkan keluasan tanah perkuburan yang diwakafkan terhad.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...