TERKINI :

Thursday, September 5, 2013

Janji di Tepati : Minyak Naik 20sen, Harga Rumah Cuma Naik 10sen sahaja..!!


Harga rumah naik 10% paling rendah dan ia tak membebankan.

Kalau harga rumah ialah RM89,000 sebelum kenaikan 10% maka harga baru kenaikan ialah RM89,000.10.

10% = 10 sen....
Alaa naik 10 sen je....
http://1.bp.blogspot.com/-oJcQM3myX-c/TY1CrVpo_hI/AAAAAAAABZE/RXUOu-0AuJw/s320/big_smile1.png

Hari ini BOS BESAR BN KEDAH akui bajet 2013 yang dibentangkan PR awal tahun bukanlah fantasi

Muhammad Sanusi Md Nor

 

Masa bajet 2013 dibentangkan oleh PR dengan sasaran pendapatan 640 juta, puak BN kata ini bajet bankrap, mustahil dan muflis...

Kata depa kutipan premium tanah yg disasarkan 150 juta tidak masuk akal... Tup-tup hari ni bos besar BN Kedah kata hasil boleh lebih drpd itu. Dia kata buat kali pertama dlm tempoh 5 tahun, pendapatan berlebihan.

Nak habaq bagi sejak 2009, 2010, 2011, 2012, Kedah mencatat surplus (lebihan). Tahun2 itulah mencatat sejarah bajet surplus yg tak pernah berlaku dlm era BN sblm 2008. BN mampu capai lebihan kalau ikut cara PR menjana pendapatan dan belanja berhemah. Kalau boros dgn artis, event2 grand cara BN, byk mana pendapatan pun tak pernah cukup...

Penangan Dacing Baghdad Yang Uzur, Rakyat Terkedu Di Tipu..!!!

PENANGAN DACING BAGHDAD, RAKYAT TERKEDU DITIPU !!

http://3.bp.blogspot.com/-ohq2WRxAnI4/UIqi7-B4nnI/AAAAAAAAAFM/WTHtSTRydGY/s320/pangkah.jpg 
 
SELEPAS sahaja Kerajaan 47% ini membentuk kerajaan, kita sudah melihat rupa hodohnya kerajaan yang tidak berkat ini.  Bermula dengan isu saman AES, kenaikan tambang bas ekspress, kenaikan harga ayam, kenaikan harga gas memasak kesemua disegerakan untuk menunjukkan kuasa mereka kepada rakyat yang memilih mereka.
Rakyat dipermainkan sedemikian rupa.  Pengusaha bas meminta tambang bas dinaikkan sehingga 30 %.  Rakyat membantah dan Pakatan Rakyat terus mengkritik kenaikan tersebut, akhirnya atas alasan kononnya prihatin dengan kehendak rakyat, tambang bas hanya dinaikkan sebanyak 10% sahaja.  Hakikatnya, tujuan untuk menaikkan tambang bas telah berjaya.  Rakyat tertipu begitu sahaja.
Apabila naik pula harga gula, rakyat diminta jangan terlalu banyak makan gula dibimbangi terkena penyakit kencing manis.  Naik pula harga ayam sehingga mencapai tahap RM9.50 sekilo menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini di beberapa tempat, seorang 'Menteri Cap Ayam" pun menasihati rakyat jangan suka makan ayam, bertukarlah kepada ikan.  Tidakkah Menteri itu sedar ikan sardin pun sudah naik harga?  Rakyat terpedaya begitu sahaja.  Begitu juga apabila harga sayur naik, Menteri ini meminta rakyat rajin berkebun.  Mana tanah kebun?  Bukankah kroni-kroni kamu sudah rembat?  Tanah Rezab Melayu pun kamu rembat, bahkan ada tanah kubur pun kamu mahu rampas.

Ada pihak cadang cukai jalan dimansuhkan untuk kenderaan 2000cc kebawah

PDAM cadang kerajaan mansuh cukai jalan

Zahrain dapat hadiah dari BN bagi jadi DUTA BESAR MALAYSIA ke INDONESIA

Zahrain dipilih duta besar Malaysia ke Indonesia

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim 

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

"Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia.

"Bagaimanapun, tarikh memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan daripada kerajaan Indonesia," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini hari ini.

Nah ambik hangpa.. Bantuan kepada IPP itu adalah subsidi untuk rakyat

Bantuan kepada IPP adalah subsidi untuk rakyat

KUALA NERANG - Kerajaan persekutuan tidak memberikan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk menghasilkan bekalan elektrik, sebaliknya bantuan yang diberikan itu adalah subsidi kepada rakyat.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid bantuan sebanyak RM13.70 bagi Juta Unit Termal British (MMBtu) yang diberikan kepada IPP adalah untuk membantu rakyat mengurangkan tarif elektrik.

Bacaan Untuk Macai : Naik 20 sen tapi rakyat kena tambah RM22 sebulan


Harga minyak SHAH ALAM – Kenaikan harga petrol dan diesel di negara ini dilihat memberi kesan kepada pelbagai perspektif kehidupan terutama kepada golongan kelas pertengahan dan bawah.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Nor Ghani Md Nor menyentuh soal kesan yang berkait-kait ekoran kenaikan harga bahan api itu,  meskipun nilai 20 sen dianggap kecil oleh segelintir pihak.

“Yang jelas, ada kesan langsung kepada harga barangan. Saya tak dapat nak jangkakan berapa peratus tetapi, tentu ada kesan sebab melibatkan diesel dan petrol, terutama diesel yang menjadi input kepada proses pengeluaran dan pengangkutan.

“Kesan seterusnya kepada kesejahteraan rakyat. Terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sebab 20 sen itu, peningkatannya 11 peratus daripada harga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, pengurangan subsidi oleh kerajaan boleh mengurangkan defisit kerajaan sehingga RM3.3 bilion, tahun depan, namun itu bukan satu jumlah yang besar.

Janji di Tepati : BN akan naikkan harga rumah demi kesejahteraan rakyat semua

Pemaju: Harga minyak naik, harga rumah juga naik

http://www.berdikarionline.com/wp-content/uploads/2012/04/perumahan-rakyat-386x290.jpg 

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

Minyak dengan Proton... sama tapi tak serupa...

oleh Zul Hazmi

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4c/First_generation_Proton_Saga,_Kuala_Lumpur.jpg 

Minyak dengan Proton... sama tapi tak serupa...

Minyak kita kualiti tinggi jd kita export keluar & kita import yg murah untuk kita guna.... tapi kita jual pulak yg murah yg kita import dgn harga mahal kpd rakyat... lagi untung berganda-ganda....

Petronas kata minyak di perairan Malaysia ni minyak mahal... kualiti tinggi.. jadi kita export ke luar negara... untung berlipat kali ganda...

Minyak yang kita guna pulak ialah bukan minyak kita tapi kita import minyak murah...

Harga minyak naik: Siapa untung?


Harga minyak

MULAI tengah malam tadi, harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter berikutan pelaksanaan seterusnya dasar rasionalisasi subsidi.

Kalau masih ada yang belum lupa, harga semua bahan petroleum naik dengan banyak pada bulan Februari 2006 apabila bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan dasar itu.

Inilah demokrasi pilihan raya. Sebelum dan ketika pilihan raya, semua pihak yang berebut kuasa akan menjanjikan yang terbaik – janji ditepati.

Kita pun janganlah terperanjat sangat kalau beban kewangan yang terpaksa kita tanggung tidak berhenti di sini.

Bacaan ilmiah untuk MACAI UMNO BN : Harga Minyak Kita Yang Ke 8 Termurah di Dunia..!!

Mohammad Agus Yusoff

Watleklok Skit's photo.Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Mana 'pengundi BN' nie... mai pakat UNDI di SINAR HARIAN bagi mengiyakan kerja buat NAJIB nie..!!!

KEPUTUSANNYA

Akibat Tidak Menghormati Azan... Allah hantarkan pesanan...!!



Pelbagai pengalaman misteri meguji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ni berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

20 sen: Duit raya untuk rakyat

Penulis TamuPerdana Menteri menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula dari hari ini. Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

DPPM kesal dengan tindakan kerajaan yang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kebergantungan subsidi dan defisit negara, dengan memindahkan beban tanggungan subsidi petrol dan diesel kepada rakyat keseluruhannya, tanpa mengemukakan langkah yang konkrit untuk meningkatkan pendapatan negara dan menghentikan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

Kenyataan seperti "kenaikan harga minyak boleh ditampung dengan peningkatan BR1M", "orang berkereta besar boleh menampung kenaikan harga minyak", "kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan yang banyak kepada harga barangan" ternyata merupakan alasan yang merendah-rendahkan kebijakan masyarakat dan mencerminkan sifat elitis kepimpinan negara yang tidak lagi dapat menjiwai nurani rakyat.

Malaysia jual hasil minyak mentah kita yang mahal keluar dan beli yang murah proses dalam negara

Petroleum murah: Petronas buat penjelasan

Petronas  
Petroliam Nasional Bhd (Petronas)

PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.

Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Menteri jimat dahulu, potong elaun, kurangkan majlis keramaian


 Dr Zaharuddin Abdul Rahman  
Dr Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.

“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hebatnya BN memerintah...11 tahun negara dalam hutang..


11 tahun dalam hutang  
Sumber: www.tradingeconomics.com I Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia

RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Nilai Ringgit Semakin Jatuh berbanding Dolar Singapura


http://www.monnaiesdumonde.net/billets/asie/singapour_p01d_r.jpg

Apabila SPRM berat sebelah isu GLC Kedah?

Oleh Zulkifli Yahaya

Pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah didiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM2 juta untuk menaja dana politik pada PRU-13 lalu.
(Bersama Datuk Shukri Abdul SPRM di Cairo, Mesir - 
foto tiada kena mengena dgn tulisan ini)

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, SPRM menerima beberapa aduan dan menjalankan siasatan berhubung penyelewengan wang syarikat bagi dana politik khususnya menjelang PRU-13.

Berita tersebut menjadi tajuk utama akhbar Berita Harian 27 Ogos 2013. Laporan akhbar yang menjadi 'suara' BN itu dipanjangkan dengan menggambarkan bahawa GLC yang dimaksudkan ialah Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar yang pernah dilaporkan mengalami kerugian oleh Ketua Audit Negara semasa di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Terima kasih Datuk Seri Najib, tuan menceriakan hidup kami....

Zulkifli SulongTerima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga minyak malam kelmarin. Kerana jasa baik Datuk Seri, laman-laman sosial aktif semula. Kerana jasa baik Datuk Seri, hidup kami berseri semula selepas Facebook dan Twitter kami berdentung-dentang dan berkicau riang.

Inilah sudut baik pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen itu. Sebaik saja selesai pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, kemeriahan laman sosial khasnya Facebook dan Twitter hilang sama sekali, tidak sebagaimana menjelang pilihan raya lalu.

Kalau ada pun pada awal-awal sebaik sahaja selesai PRU13. Itu pun kerana masing-masing ghairah dengan pelantikan pimpinan negara dan negeri yang baru.

Namun selepas selesai pembentukan kerajaan negeri Selangor (kerana Selangor paling lewat membentuk kerajaan) keghairahan itu hilang. Hingga semalam selepas 'hadiah' diumumkan Datuk Seri Najib.

Tindakan Najib ini bertepatan dengan formula mentadbir negara menjelang dan selepas kempen pilihan raya berdasarkan kehendak kerajaan dan kehendak rakyat.

Elaun Minyak pak menteri wajib di potong..

Rafizi: Potong elaun minyak menteri

Rafizi Ramli  
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang. 

"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.

"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...