TERKINI :

Wednesday, September 4, 2013

Untuk orang kaya 15 sen, untuk si miskin 2 kupang... Hidup BN..!!!

Raden Sharers Albanjari

http://www.ohtidak.com/fhoto/Screen-Shot-2013-09-02-at-7.33.27-PM.png

untuk orang kaya 15 sen, untuk si miskin 2 kupang ! yoolaaaaa...!!

Syukur bro...dalam dua hari minyak naik dua kali...haha. hebat dok kerajanaan kita? Hebat! Pecah rekod tu, zaman Najib ni buat rekod ini. Aku tau aku pun tak pakai Ron97 ni...dulu ja aku pakai, minyak ni dikelaskan sebagai "minyak orang kaya". Malam ni kereta besar, BMW, AUDI, VOLVO, beratur panjang di stesen minyak...semalam kereta cap Proton, Produa, Toyota, Honda...

Nak komen apa pulak ni Ron 97 Naik? Aku rasa gembira, ini baru adil orang miskin-sederhana disamaratakan bersama "orang kaya".haha. Lepaih ni orang kaya pula bersuara hentam kerajaan...Tahniah BN...ini hadiah kemenangan anda kepada kami, orang miskin-sederhana dan orang kaya! Semua rasa...ini baru 1 Malaysia...haha

Pengundi BN terduduk tersungkur...undi BN rakyat senang

Apabila KETUA PEMUDA PAS melatah dan takut-takut dengan "UG"...!!!!



Aduhai KETUA PEMUDA PAS... Anwar bukan mengajak berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Buat apa ajak bergabung dwngan parti yang akan kalah akhirnya?

Dia mengajak mengadakan rundingan meja bulat antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat mencari jalan menyelesaikan masaalah nasional seperti rasuah, polarisasi kaum, keadaan keselamatan dalam negara, pengurusan ekonomi dan sepertinya. Tidak timbul pun idea menubuhkan kerajaan perpaduan.

Baru ajak berunding meja bulat, hangpa dah naik sasau dan sawan tak tentu hala. Anwar bukan main sembunyi2 rundingnya dia umum masa ucapan hari kemerdekaan... tak macam PAS suatu ketika dahulu... ada jumpa PAKLAH senyap2 sampai PAKLAH umum kata jumpa baru kelamkabut maklum kat rakyat...samai jumpa KULI runding nak angkat jadi PM jika PAS menang...

Jadi jangan melatah la bang.....

Tawaran Anwar mengadakan rundingan Meja Bulat

oleh Sakmongkol AK47,

Biarlah keangkuhan dan kesombongan UMNO jadi pengajaran kepada PAS. Lain kali jika UMNO ajak PAS berbincang untuk mencari penyelesaian kepada masaalah bangsa Melayu, kata kepada UMNO, kalau mereka mahu buang masa mereka silakan; masa PAS amat berharga. Respons terhadap tawaran Anwar oleh beberapa pemimpin UMNO, mendedahkan hipokrasi UMNO untuk menyelesaikan masaalah negara. Ramai rupa nya dari kalangan pemimpin UMNO suka kepada rasuah, suka negara kita diurus oleh kepimpinan tidak cekap, suka kepada pertelingkahan kaum, dan suka kepada penyelewengan kuasa.

Anwar bukan mengajak berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Buat apa ajak bergabung dwngan parti yang akan kalah akhirnya?

Dia mengajak mengadakan rundingan meja bulat antara UMNO/BN dan Pakatan Rakyat mencari jalan menyelesaikan masaalah nasional seperti rasuah, polarisasi kaum, keadaan keselamatan dalam negara, pengurusan ekonomi dan sepertinya. Tidak timbul pun idea menubuhkan kerajaan perpaduan. Baru ajak berunding meja bulat, pimpinan UMNO naik sasau dan sawan babi meracau tak tentu hala.
Jika UMNO tidak mahu berbincang, kita biarkan sahaja. Lambat laun, kecurangan yang mereka lakukan akan mengejari dan menangkap mereka. Ketika itu, Pakatan Rakyat boleh menubuhkan suruhanjaya kebenaran- Truth Commission. Siapa yang tidak mahu dijel, boleh memilih untuk mengaku dan memulangkan sebahagian besar harta dan kekayaan yang mereka curi. Kalau tidak, mereka kita jelkan. Sesiapa yang menyalahi undang2 akan dihukum.

Mengelak Strategi Sama Rakyat Perlu Ubah Otak Kerajaan

ISENG-ISENGAN

Saya selalu tidak gopoh atau pun gila-gila dalam memprotes apa-apa tindakan kerajaan yang dirasakan membebankan rakyat atau diri saya sendiri. Saya suka mendiamkan diri dan melihat rakyat, khasnya yang pandai menulis dan pandai bercakap melayaninya. Kenapa? Jawabannya mudah sahaja, siapalah kita untuk melawan keputusan kerajaan.

Kerajaan sama dengan raja, rakyat adalah hamba. Selamanya rakyat akan menjadi abdi kepada raja. Cuma bezanya hari ini pembentukan institiusi itu saja. Raja dilihat bersendiri manakala kerajaan dilihat bersama, demokratik. Walhal raja dengan kerajaan sama sahaja, memerintah mengikut kehendak dan nafsunya.

Misalnya dalam isu kenaikan harga bahan bakar hari ini, bukan main lagi rakyat meluahkan perasaan dengan berbagai ragam dan cara. Mereka memperli dan mempersendakan kerajaan terutamanya Najib Razak. Pemimpin pembangkang juga mengambil bahagian sama untuk mengkritik Najib yang motif utamanya agar rakyat berpaling kepada mereka.

Naik minyak: Kerajaan ulangi janji tidak tertunai 7 tahun lalu

ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
September 04, 2013

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/cars-queue-petrol-stration-price-020913-TMI-Nazir_400_266_100.jpg
Tujuh tahun lalu, iaitu pada tahun 2006, ketika menaikkan harga minyak, kerajaan pernah membuat janji yang sama dengan apa yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Ketika itu, kerajaan berjanji akan menggunakan penjimatan RM4.3 bilion dari kenaikan harga minyak untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di negara ini.

Namun, ia tidak pernah dilaksanakan. Pengangkutan awam di negara ini tetap pada kadar yang sama di mana rakyat tidak boleh bergantung kepadanya.

Jalan raya di Malaysia penuh dengan kenderaan persendirian dan kesesakan berlaku di mana-mana kerana jalan raya penuh dengan kenderaan.

Hari ini, Putrajaya berjanji akan menggunakan sebahagian hasil daripada potongan subsidi minyak sebagai ganjaran kepada penduduk luar bandar yang membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu, melalui pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan juga sedang melihat cara membangunkan kawasan berkenaan.

Alhamdulillah... caj kenderaan pulak naik 5%...baguih sungguh kerajaan BN nie..!!

Caj kenderaan perdagangan naik 5 peratus hari ini

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari ini.

Presidennya Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan caj itu mendapat persetujuan daripada 1,000 anggotanya yang juga pengusaha kenderaan perdagangan berikutan kenaikan harga minyak diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad lepas.

Beliau berkata kenaikan caj itu mengambil kira kos tambahan yang perlu ditanggung antara RM130 hingga RM150 bagi setiap perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur atau Singapura.

"Sebelum harga minyak naik setiap kenderaan perdagangan ini menggunakan antara 700 hingga 800 liter diesel pada kadar RM1.80 seliter. Tetapi kenaikan 20 sen ini akan menambahkan lagi kos, namun kadar lima peratus tersebut masih rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha lori di Kawasan Perindustrian Mergong di Alor Setar.

RON 97 pulak depa penaik... 15 sen jee bukan banyak pun...

RON97 naik 15 sen mulai malam ini

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Bil Elektrik TNB Naik Sejak Meter Baru & Tarif Elektrik Naik Lagi Selepas Ini!

Bil Elektrik TNB Naik Sejak Meter Baru & Tarif Elektrik Naik Lagi Selepas Ini! Komen Anda?

Bil Elektrik TNB
Selepas rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita kenaikan harga minyak RON 95 & diesel sebanyak RM0.20 (SEPERTI DI SINI), nampaknya musim kenaikan demi kenaikan kos sara hidup yang membabitkan rakyat Malaysia tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Malah akan ada lagi yang menyusul. Dan…..
Dan, kenaikan tarif elektrik akan mengambil giliran yang seterusnya bagi meneruskan trend kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia terutamanya yang menghimpit golongan berpendapatan serdahana rendah dan berpendapatan rendah.
Jikalau dahulu, seiingat Berita Semasa dahulu setiap 400kwh pertama hanya dikenakan caj sekitar RM0.218 sahaja. Sekarang?

Apa nasib 301,000 Melayu ini apabila minyak naik 20sen..???

 
301,000 Melayu itu apalah nasib mereka..???

Jelajah #bantahTPPA Bakal Pertemukan DS Anwar & Tun Mahathir di pentas kemuncak.


Kenyataan Umum
4 September 2013

Ketika kemelut kenaikkan harga harga petrol dan diesel menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat, ramai yang terlepas pandang betapa tanah air ini sebenarnya berdepan musibah yang jauh lebih besar iaitu penjajahan ekonomi melalui perjanjian TPPA.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan. Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan. Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai 'kata sepakat' yang dinafi dari pengetahuan umum.

Proses kesedaran terhadap bahaya TPPA berada di kemuncak sebelum dipadamkan oleh isu harga minyak yang bakal menyebabkan harga semua sektor keperluan dan perkhidmatan melambung. Ia sekaligus mengalih perhatian rakyat supaya melupakan malapetaka yang jauh lebih besar.

BN Tipu HINDRAF, HINDRAF Tipu India

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 3 September 2013 di Ipoh

                                       BN Tipu HINDRAF, HINDRAF Tipu India


Masyarakat India telah memberi sumbangan yang cukup besar untuk kemajuan dan pembangunan negara ini. Tetapi, kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengiktiraf segala pengorbanan kaum India. Tambahan pula, kaum India sering ditipu dan dipergunakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. Lebih 50 tahun, MIC telah bersekongkol dengan UMNO untuk menipu dan menindas masyarakat India. Sekarang pemimpin-pemimpin lain pula diperalatkan untuk mencapai tujuan yang sama. Ini adalah kerana masyarakat India sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan MIC.

Pada 18 April 2013 berlaku satu lagi malapetaka untuk kaum India di negara ini. Media arus perdana telah  melaporkan insiden ini sebagai satu peristiwa bersejarah untuk masyarakat India.  Pada pandangan saya, apa yang berlaku pada hari itu bukanlah  perkara bersejarah untuk dibanggakan malah merupakan peristiwa titik hitam bagaimana Barisan Nasional sekali lagi menipu masyarakat India dengan mengatur strategi dengan begitu licik sekali.

Perairan Johor kini hanya boleh dinikmati penyelam 'kaya' sahaja



Surat di atas yang mula tersebar dalam kalangan komuniti penyelam skuba tempatan pada laman-laman sosial sudah mula menimbulkan keresahan. Manakan tidak, bermula bulan hadapan, setiap daripada mereka bakal dikenakan bayaran RM200 seorang sehari untuk menyelam di Taman Laut Sultan iskandar (TLSI) yang terdiri daripada gugusan Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar.

Malah keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat pada satu sidang akhbar selepas perasmian sidang Dewan Undangan Negeri, oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertempat di Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Apa yang mengejutkan ialah tindakan drastik untuk mengenakan caj konservasi terlalu tinggi bagi penyelam skuba untuk membolehkan mereka menyelam di keenam-enam pulau berkenaan. Caj konservasi berkenaan menurut Ayub adalah bagi membolehkan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) membiayai program pemulihan hidupan marin dan biologi, termasuk penyelidikan serta program pendidikan bagi memastikan kesinambungan nilai mencapai pengiktirafan pengurusan cemerlang.

Najib akan menjadi hebat semula jika beliau umum perkara nie....!!

ADA BERANI KA NAJIB BUAT UNDANG-UNDANG NIE..??

Lepas PRU13 BN hadiahkan harga tambang teksi 'naik'

Persatuan teksi cadang naik tambang

Persatuan teksi cadang naik tambang

KLUANG - Persatuan Pemandu Teksi Melayu Kluang bercadang menaikkan harga tambang susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa, semalam.

Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.

Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.

“Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.

“Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengekalkan lagi Najib sebagai PM umpama menambah dosa

oleh - Shahbudin Husin

Kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya. Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada. Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.

Ditambah pula, dengan kemeriahan sambutan Hari Raya yang masih terasa dengan Perdana Menteri dan semua menteri kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.

Di kala GLC umum untung billion-billion kerajaan umum harga minyak naik 20sen..!!

Lokman Adam · 10,082 like this.

KENYATAAN MEDIA: KENAIKAN HARGA RON95 & DIESEL

Harga petrol di Malaysia dalam sejak 23 tahun yang lalu (1990)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak RM 0.46.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak RM 1.38 dan turun sebnyk RM 0.90.

Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak RM 0.25.

Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

[Video] Cara PR hendak menurunkan Harga Minyak !!


Mana pergi kapal selam negara yang berbillion ringgit ??

Mana pergi kapal selam negara yang berbillion ringgit tu dalam menjaga keselamatan nelayan tempatan dan perairan negara dari di ceroboh?




Dikejar 24 bot nelayan asing
3 September 2013 

KUANTAN - Hampir 500 nelayan pukat jerut tempatan bersama 21 bot terpaksa melarikan diri selepas dikejar 24 bot pukat tunda nelayan asing ketika keluar secara beramai-ramai untuk meninjau kerosakan unjang dan rumah ikan di kawasan kira-kira 44 batu nautika dari perairan Kuantan, semalam.

Insiden kira-kira jam 10 pagi itu menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan kerana mereka turut diancam menggunakan senjata bahaya termasuk senjata api.

Nelayan Vietnam sabotaj nelayan tempatan

KUANTAN - Golongan nelayan di daerah ini ketakutan untuk turun ke laut kerana terdapat ancaman daripada nelayan warga asing walaupun mereka menangkap ikan di kawasan perairan negara.

Proton SAGA BLM dalam medan perang di bumi Syria

Mujahideen Harakat Islamiah Muthana menggunakan Proton Saga BLM sebagai kereta kawalan jauh membawa bahan letupan di Syria.

Mungkin kerana proton paling murah kot!!

- ALBA

Geng Kongsi Gelap dah pakat lari berselindung di negara jiran

Anggota kongsi gelap berselindung di negara jiran

Khalid Abu Bakar  
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Ops Cantas Khas yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lebih dua minggu lepas, dilihat telah memberi tekanan kepada anggota kongsi gelap apabila mereka cuba mencari perlindungan di negara jiran.
  
Berikutan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi memburu kumpulan kongsi gelap kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk.
  
Untuk operasi dalam negeri, katanya PDRM menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  
"Kita akan pantau semua pintu masuk sempadan supaya mereka tidak dapat keluar," katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pertauliahan Kor Sukses Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.
    

WARGAKILANG: Jln-Jln Malam Merdeka - di rumah lampu minyak tanah

WARGAKILANG: Jln-Jln Malam Merdeka

Petang semalam saya dalam diskusi sesama kami thru email, saudara Shukri TYDP NGO Wargakilang ajak kami berkumpul kat kedai dia, sembang-sembang minum kopi sambil tengok orang main bunga api sambut MERDEKA. Saudara Wahab Isa, Ketua Wargakilang Utara reply balik, dia kata:

“Kalau boleh pi rumah orang kampung yang masih guna pelita minyak tanah sambut MERDEKA pun ok juga”

So, tanpa dirancang malam tadi, selepas Isyak kami bertolak ke sebuah rumah di sempadan daerah Baling/Sik, Kedah saja nak merasa tengok macam mana orang sambut merdeka tanpa api tanpa bekalan elektrik ini.
(Meredah gelap malam dengan torchlite di malam merdeka, tak pasti pula kenapa sdra Shukri pakai vest pantul cahaya, mungkin dia risau takut lembu atau pun babi hutan langgar kami)

Dengan RON 97/95 pun NAJIB boleh putar alam tanpa ada bantahan dari sesiapa..??

 

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak (Ron 97) yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70...

Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

RON95 lebih mahal berbanding RON97, kegilaan apakah ini?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...