TERKINI :

Tuesday, September 3, 2013

Puak PAS ber'UG' dalam selimut... ANWAR ber'UG' di khalayak ramai.. ini yang kita kena bezanya..!!!

Naib Ketua Pemuda Pas Perlu Tahu Membeza Keadaan

SUSUPAN PETANG                                                                          

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss sepatunya dapat membezakan bentuk dan suasana pelawaan kerjasama yang dibuat di antara Anwar Ibrahim agar diadakan dialog perpaduan dengan saranan diwujudkan kerajaan perpaduan (UG) yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin Pas tertentu tidak lama dahulu.

Bahawa dari segi semangat dan pendekatan kedua cadangan kerjasama itu berbeza. Dalam soal ini bukan saya bermaksud ingin membela mana-mana pihak, tetapi bercakap sesuatu yang benar dan nyata serta jangan cuba menegakkan benang yang basah.

Pelawaan atau cadangan Anwar agar Najib Razak memanggil segera untuk diadakan dialog bagi kepentingan bersama berdasarkan isu semasa ia dibuat secara terang dan nyata tidak tersembunyi. Anwar membuat seruan itu menerusi perutusan khas beliau sempena hari ulang tahun kemerdekaan negara. Semua orang baca dan mengetahuinya.

MENTERI pun tak mau isi minyak guna duit sendiri...!!

Nazri: Cadangan Rafizi bodoh

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh".

Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen.

Kerana 20 sen itu....

Kerana 20 sen itu....

http://duacongkak.files.wordpress.com/2011/10/20sen-1973-btk-1a.jpg
Ada nelayan bakal termenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh..

Dari 20 sen itu..
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana NEGARA MASIH AMAN!

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Kerajaan Malaysia.

 
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.

Najib! Kenapa tak subsidi RON97?.. Kan harganya lebih murah dari RON95 tu..


Kata Najib.. Negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan. 

Rasionalisasi subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.

"Ini adalah langkah untuk membantu rakyat juga. Ekonomi yang stabil akan memberi kesejahteraan kepada rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di pejabatnya.

Kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam semalam selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal sebelum itu.

Jom debat isu minyak naik, cabar Rafizi pada Umno

Malaysiakini

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/437/300x254x811151c3bc6fd8ae9e4c15174cad7da1.jpg.pagespeed.ic.Hcg7ByT1nA.jpg
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar pemimpin Umno berdebat berhubung kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang bermula tengah malam tadi.

“Mungkin saya patut gesa debat dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mana-mana pemimpin Umno yang berani,” katanya dalam pesanan di Twitter.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan diesel dan petrol RON95 naik 20sen seliter sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter

Awas!! Selepas minyak, banyak lagi kenaikan sedang menunggu

Oleh - Shahbudin Husin

Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja. 

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di Twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Exco K'jaan Negeri Kedah perli golongan bantah 'Minyak Naik'..!!!

suraya
YB. DATUK SURAYA BINTI YAACOB., PJN., SDK., AMK., BKM., JP.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan


Subsidi petrol, diesel 'lipat ganda' beban rakyat


Harga minyak

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, pengurangan subsidi  harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen itu akan "melipat gandakan" bebanan terhadap rakyat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, pengumuman  tersebut bukan hanya memberi kesan kepada pemilik kenderaan persendirian dan awam tetapi turut  melibatkan kenaikan harga barangan keperluan asas yang lain.

Menurutnya, kenaikan harga tersebut akan menambahkan beban kepada golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Kenaikan harga ini memang mengejutkan semua pihak, tetapi bagi pihak kerajaan ia mungkin berguna.

"Saya lihat perkara ini akan menambah beban kepada rakyat sekiranya tidak diadakan langkah lain bagi mengurangkan beban itu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Isu kongsi gelap: Cukup-cukuplah berdrama Zahid

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Naib Presiden PKR, N.Surendran  
Naib Presiden PKR, N.Surendran

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR N.Surendran mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini.

“Bagi saya isu ini hanya untuk menarik perhatian ahli Umno sahaja.

“Hal ini kerana pemilihan Umno akan dijalankan tidak lama lagi, jika Zahid bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan ini, mana tindakannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Menurut Surendran, pendedahan nama mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah tidak dapat merungkai permasalahan yang melanda negara selagi tindakan tegas dan menyeluruh tidak dilaksanakan.

Pihak kementerian dengan kerjasama agensi di bawahnya kini sedang menjalankan Ops Cantas bagi mengesan dan menahan individu yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

Minyak dan Naik Minyak


Antara sebab utama kejatuhan kerajaan Pak Lah ialah menaikkan harga minyak. Pak Lah dilihat lemah bila beliau yang sering digambarkan selalu tidur tidak dapat berbuat sesuatu dalam membendung kenaikan harga minyak ini. Rakyat bangkit dan membenamkannya dengan menafikan majoriti 2/3.

Sejarah ini haruslah menjadi ikhtibar yang berguna kepada Najib atau Najib memang mahu ke lubang yang sama dengan Pak Lah. Dari segi politiknya Muhyiddin sudah boleh mula membayangkan memakai baju melayu hitam untuk mengangkat sumpah sebagai PM yang baru. Namun Muhyiddin perlu lebih efisien mengorak langkahnya agar tidak tersunggkur sebelum Najib benar benar rebah.

Mahathir berjaya mengekalkan kerajaannya kerana hampir keseluruhan zamannya minyak hanya naik pada kadar yang sangat minimun. Zaman emas inilah di mana Anwar sebagai menteri kewangan. Mereka berdua sama sama menegakkan yang kebaikan ekonomi waktu itu angkara masing masing. Takpa lah sapa yang bertanggungjawab asalkan rakyat yang memperolehi keuntungan.

Analogi mudah kenaikan harga minyak

Dr Azman Ibrahim, 03 Sep 2013

Izinkan saya membuat analogi mudah

Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran.

Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka. (Gambar hiasan)

Tahun ini disebabkan harga rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal lagi atuk ini telah memasang strategi.

Kebun rambutan itu dipagar. Di pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan.

Sampai saja anak-anak cucu di kampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu pagar kebunnya.

PKR desak Najib potong subsidi korporat, bukan naikkan harga minyak

OLEH MD IZWAN

Pengumuman kenaikkan harga minyak kepada 20 sen yang diumum Datuk Seri Najib Razak adalah langkah salah, sebaliknya PKR mendesak supaya Putrajaya memotong subsidi korporat terlebih dahulu.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), langkah Putrajaya tersebut adalah jalan pintas kerana kerajaan sewajarnya menimbang memotong subsidi korporat yang lebih besar nilainya.

"Kami bertegas bahawa PKR menentang sebarang kenaikkan harga minyak selagi subsidi korporat (dalam bentuk subsidi gas kepada industri dan penjana bebas) tidak distrukturkan semula kerana ia adalah tidak adil menghukum rakyat kebiasaan yang sudah pun bergelut dengan kesempitan," kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Rafizi menganggarkan jumlah subsidi korporat yang diberikan kerajaan adalah hampir dengan pemotongan subsidi petrol dan diesel yang berjumlah RM14.8 bilion diumum Najib semalam.

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

NONESyarikat pengangkutan kontena akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, jika kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan anggota kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.

Kenaikan harga minyak- tanda negara semakin muflis

oleh - Parti Sosialis Malaysia

September 03, 2013

Parti Sosialis Malaysia (PSM) melihat tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan harga minyak RON95 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13. Ia adalah tanda negara kita semakin muflis.

Ini juga adalah tanda bahawa Kerajaan BN semakin hari cuba menjauhkan diri daripada polisi memberi subsidi kerana pemberian subsidi bercanggah dengan polisi neo-liberal dan sistem pasaran kapitalis.

Sebelum ini, Perdana Menteri pernah berhujah bahawa hanya RON97 akan dinaikkan harga mengikut harga pasaran tetapi RON95 akan tetap disubsidi. Kini terbukti bahawa selepas tamatnya PRU13, satu demi satu langkah diambil BN untuk mengambil balik sedikit keselesaan yang rakyat nikmati.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan langkah drastik untuk mendapatkan balik pinjaman PTPTN tetapi ia ditarik balik. Kemudian kerajaan mengatakan bahawa GST terpaksa diperkenalkan dan kini pula harga minyak dinaikkan. Semua ini menunjukkan kedudukan kewangan yang semakin rapuh.

Harga Minyak Naik : Ramai Rakyat sensitif tapi Kerajaan BN buat pekak badak jaa..!!

Orang ramai sensitif kenaikan harga minyak

minyak  
Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk membuat bayaran di Stesen Petronas Kampung Baru berikutan kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen.

Dalam mana-mana kerajaan di dunia, kenaikan harga barangan asas mempunyai hubungan rapat dengan populariti kerajaan.

Semakin naik harga dan kos hidup, semakin tidak popular sesebuah kerajaan.

Dan dalam banyak-banyak keperluan asas, harga makanan dan petrol antara yang paling sensitif kepada pengguna.

Buktinya, di negara seperti Indonesia dan Greece, kenaikan harga barangan menyebabkan rakyat yang berasa hidup mereka terhimpit memprotes dan bertindak hingga menjejaskan imej negara dan populariti kerajaan.

Namun, kerajaan Malaysia semalam mengejutkan rakyat apabila menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter bermula hari ini.

Mengapa harga petrol yang perlu dinaikkan, atau dikurangkan subsidinya?

Akhirnya minyak naik 20 sen. Cukai baru selepas ini?

OLEH MD IZWAN
September 02, 2013

Ramai pemandu kereta mengunjung stesen minyak malam ini, kerana ingin mengisi penuh tangki minyak kereta mereka sebelum harga minyak RON95 dan disel naik mulai tengah malam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 2 September 2013.
Ramai pemandu kereta mengunjung stesen minyak malam ini, kerana ingin mengisi penuh tangki minyak kereta mereka sebelum harga minyak RON95 dan disel naik mulai tengah malam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afifi Abd Halim, 2 September 2013.

Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.

Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter dan diesel pula RM1.80 seliter.

Menurut Najib lagi, kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1.00 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

"Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun 2010, dimana mengalami kenaikkan sebanyak 5 sen seliter.

Anwar: Negara pengeksport minyak patut turun harga


SHAH ALAM - Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara pengekspot sepatutnya mampu menurunkan harga minyak.

Namun, beliau mendakwa amalan boros Kerajaan BN telah menyebabkan rakyat terbeban.

"Hentikan pembaziran dan rasuah.

"Malaysia ekspot minyak!," tulisnya laman sosial mikro Twitternya malam tadi.

Beliau berkata sedemikian sebagai respons terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Subsidi Minyak sebenarnya "Tidak Pernah" wujud..!!

Sinar Harian dedah penipuan subsidi minyak yang tidak wujud?

sinar harian minyak subsidi
sinar harian minyak subsidi

Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Harga Minyak Naik : Keputusan 'HARAM JADAH" dari kerajaan NAJIB BN..!!

Harga minyak: Keputusan memeranjatkan

minyak naik 
 Kenderaan bersesak-sesak di stesen Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, berikutan pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

SHAH ALAM – Pengumuman kenaikan harga diesel dan minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi memeranjatkan dan dijangka meningkatkan kos terhadap pengusaha serta pengguna di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Abu Samah Bachik berkata, pihaknya tidak dimaklumkan awal mengenai kenaikan itu dan pengumuman tersebut sememangnya sesuatu yang tidak diduga.

“Pada mulanya kami hanya dengar khabar angin dan anggap ia tidak betul. Kami tidak menjangkakan kenaikan yang begitu mendadak dan kadar 20 sen itu memang banyak dan akan membebankan pengusaha stesen minyak kerana kita perlu mengeluarkan modal lebih untuk membeli stok minyak.

478,848 calon UPSR duduki peperiksaan tahun ini

KUALA LUMPUR - Seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis mulai 10 hingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini menyebut, daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu.

"Seramai 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi,” katanya.

Harga RON95, diesel naik 20 sen

NAJIB ketika mengumumkan kenaikan harga minyak di Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

"Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam sidang akhbar di sini semalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...