NONEPemuda PAS berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu konsisten serta aktif memastikan sebarang konsert yang dianjurkan mengikut syariat Islam, bukan hanya dalam isu persembahan kumpulan metal Amerika Syarikat (AS) Lamb of God.

Menyambut baik bantahan jabatan itu terhadap konsert Lamb of God pada 28 September ini, dewan itu berkata mereka musykil kerana Jakim didakwa jarang bersuara menyatakan bantahan sama sebelum ini.

"Pemuda PAS berpandangan Jakim seharusnya bersifat tegas dengan membantah mana-mana persembahan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia serta boleh merosakkan akidah umat Islam," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil (lihat gambar).