TERKINI :

Sunday, September 1, 2013

Rumah rakyat di kawasan MB di Jerlun tampal dengan kain ja apa cerita nie?


Guna kain tampal dinding rosak

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: September 1, 2013


JERLUN - Seorang ibu tunggal gigih membesarkan empat anaknya di kediaman mereka di Kampung Kuala Jerlun, dekat sini, dengan kerja mengeringkan ikan selepas kematian suaminya akibat kencing manis kira-kira 10 tahun lalu.

Che Wa Bahari, 52, berkata, walaupun dirinya turut dibantu anak lelakinya Ghazali Omar, 28, yang mengambil upah sebagai nelayan namun, pendapatan yang diperoleh tidak menentu setiap bulan dan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan mereka.

“Akak juga ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan, namun wang itu diperlukan untuk menampung keperluan dan kelengkapan persekolahan dua anak yang masih belajar.

“Walaupun, akak dan anak-anak terpaksa menumpang teduh di rumah yang rosak teruk dan hanya menunggu masa untuk roboh ini, kami tetap tinggal di sini kerana keadaan mendesak, selain tiada tempat berlindung lain,” katanya.

Alangkah indahnya Malaysia jika Kak Jat menang lagi ketua wanita umno..


Shahrizat pertahan ketua wanita Umno


Subky Latif, 01 Sep 2013

Sekalipun rata-rata dalam kalangan Umno dan di luar Umno mengira Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah liabiliti kepada Umno dan khusus Wanita Umno sendiri, tetapi Shahrizat tetap tidak berganjak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

Ramai pula dari kalangan pimpinan Wanita Umno menyokongnya dan mahu dia terus dengan jawatan itu.

Apakah dia seorang pimpinan yang baik atau sebaliknya, ia adalah masalah Umno khususnya Wanita Umno seandiri. Jika ia buruk ialah adalah masalah Umno dan Umno dan Wanitanyalah yang akan menanggung bebannya.

Jika ia baik pun, dengan segala masalah yang dihadapi, tidak perlulah hendak dibangkit apa yang berlaku yang dialami oleh keluarganya dan dia seandiri pun sudah menerima tempiasnya, maka tidaklah banyak yang menguntungkan partinya.

Indeks jenayah di Kedah turun 12 peratus

Oleh: Tarikh: September 1, 2013

ALOR SETAR - Indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan sebanyak 12 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata dalam tempoh itu, 5,214 kes dilapor berbanding 5,933 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Dari jumlah ini 2,199 kes berjaya diselesaikan dan bagi tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 2,777 kes diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah-terima tugas Timbalan Ketua Polis Kedah yang baru di Ibupejabat Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Ahmad berkata berdasarkan kajian, jenayah kekerasan mencatat 1,117 kes manakala bagi tempoh yang sama tahun lepas, 1,153 kes dicatat iaitu menurun sebanayak 3.12 peratus.

Rakyat 'suspects everybody and trust nobody'

oleh Aspan Alias

Banyak cadangan dari banyak pihak supaya Anwar mencadangkan dialog perpaduan yang beliau mahukan itu di Parlimen jika beliau serius untuk melihat perpaduan itu. Ramai berpendapat jika ia dilakukan cara itu, ia merupakan jalan yang paling ‘transparent’ sekali dan boleh di lihat dan di dengar oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini.

Dengan cara itu maka ia bermakna membawa rakyat sekali bersama-sama untuk mengambil keputusan besar itu dan jika hasilnya tidak sebaik mana pun, rakyat sekali akan menerima beban kegagalan itu. Rakyat akan merasakan yang mereka telah di bawa bersama dalam mengambil satu-satu keputusan besar itu.

Ianya tentulah lebih baik dari berunding di antara dua orang yang sedang dalam keadaan terdesak dan mahukan rakyat menerima sahaja apa yang mereka berdua putuskan. Berunding cara terbuka inilah yang sebaik-baik cadangan daripada perundingan yang dilakukan di dalam semak atau di sebalik bukit bukan yang tidak diketahui umum.

Geng kongsi gelap dok tuntut ilmu kebal lah pulak..!!!

Ahli kongsi gelap sanggup tuntut ilmu kebal

Shamsuri  
Shamsuri

SHAH ALAM – [Dikemaskini] Demi pengaruh dan kuasa, ada segelintir ahli kongsi gelap yang sanggup menuntut ilmu kebal di negara jiran, Indonesia dan Thailand.

Mendedahkan perkara itu, pendakwah bebas, Datuk Shamsuri Shafie berkata, ia diakui sendiri oleh bekas ahli kongsi gelap yang sudah kembali ke pangkal jalan.

“Menjadi ahli kongsi gelap ini memerlukan keberanian kerana mereka akan terlibat dalam aktiviti jenayah. Sebab itu, ada yang sanggup menuntut ilmu kebal yang dilarang dalam agama.

“Dengan memiliki ilmu ini, mereka jadi lebih berani dan tidak takut untuk bertindak di luar batasan. Semua ini disebabkan mereka terlalu taksub untuk berkuasa di dalam kawasan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut mengenai ilmu kebal yang diamalkan, Shamsuri yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi berkata, terdapat pelbagai jenis seperti susuk, mantera dan cincin permata khas dipakai oleh pengamal ilmu hitam berkenaan.

Teringat Idea pakai Baju Melayu pie Mekah.. mai depa nie bantai Baju Kurung layan pesta arak..!!

Berbaju kurung ke pesta arak merdeka

Berbaju kurung ke pesta arak merdeka  
Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.
KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Panas!! Bekas Ketua Pengarah Utusan Dakwa Parti Komunis Malaya Adalah Pejuang Kemerdekaan

Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina. Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu.
"13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56.
"Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor.
Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah.
"Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura.

Mahu sekat air sungai Kedah ke Pulau Pinang, UMNO macam penjajah

BUKIT MERTAJAM, 1 SEPTEMBER : Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyifatkan tuntutan Kerajaan Negeri UMNO Kedah supaya air disekat ke Pulau Pinang sebagai bertentangan dengan semangat kemerdeaan dan hanya dilakukan oleh mereka yang bermentaliti penjajah.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan ADUN UMNO Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah baru-baru ini yang mencadangkan laluan air Sungai Muda ke sempadan Pulau Pinang disekat.

Ahmad Bashah mendakwa sekatan itu harus jika Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang enggan membayar kepada negeri Kedah kerana telah mengambil air mentah dari sana.

“Cadangan Ahmad Bashah ini jelas menunjukkan bahawa UMNO masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka. Pertama sekali, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia.

Bekas anggota TUDM mati ditembak berhampiran restoran bapa

Bekas anggota TUDM mati ditembak berhampiran restoran bapaIPOH: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di  deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi tadi.

Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.

Pertemuan mirip UG pemuda PAS, Isma bincang politik Melayu-Islam

oleh - Zainulfaqar Yaacob

September 01, 2013
Latest Update: September 01, 2013 05:55 pm

Ada muka baru dan ada muka lama selepas musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan At-Tantawi berjaya mengesahkan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang begitu gagah lagi lantang pun tumbang di kubu sendiri, Pasir Emas, di tangan Nik Abduh Nik Aziz (Timbalan Ketua Pemuda PAS).

Walaupun keputusan itu masih mengejutkan beberapa pihak, keputusan itu seharusnya diterima secara terbuka.

Yang membantu hingga menang calon pilihan mereka, Alhamdulillah. Yang tewas, cuba lagi pada PRU14 nanti.

TPPA: Apa yang berubah lepas 5 tahun?

Anas Alam Faizli
12:29PM Sep 1 2013

ULASAN Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai".

Antara penentang utama FTA ialah menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan.

Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.'

Khairy Jamaludin, yang ketika itu turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik.

Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Ahli politik guna gangster, M’sia tidak selamat?

KUALA LUMPUR: Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini.

Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.

“Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.

“Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini,” katanya lagi.

Fuyooooooooooooooo.. Iklan Merdeka RM450 Ribu hanya untuk 2 minit 40 saat

Gafim Pula Desak Finas Jelaskan Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu

PETALING JAYA: Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

"Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai.

"Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.

Noramin : Tanda Putera - Sial punya filem !

Timeline Photos

FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)

Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian!

Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat membahayakan penontonnya!

Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA.

Bukan soal kerajaan perpaduan tetapi penyelesaian isu rakyat – Anwar


DSAI_hq2

Dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bukannya menjurus kepada pembentukan kerajaan perpaduan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak berbangkit sama sekali isu kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Memetik Keadilan Daily, Ketua Umum PKR itu ketika menjawab soalan pemberita, berkata ia amalan biasa dalam sesebuah negara demokrasi.

“Dalam negara demokrasi asasnya ialah meletakkan rundingan semua pihak termasuk pembabitan pembangkang.

“Jadi apa salahnya diadakan rundingan untuk membincangkan beberapa isu asas.

“Pakatan memperoleh suara majoriti rakyat yang mahu melakukan perubahan. Kita akui gerak kerja mesti diteruskan untuk menyelamatkan negara,” katanya.

"KL Gangster 2" tumpas di tangan "Internate Gangster"

 VS
Alkisah , tak keruan Ayah Long Gengster KL apabila cawangannya berjaya diserang beberapa hari ini. 
Ini berikutkan dikatakan ada satu komplot Abang Long dan juga Ayahanda menyeludup keluar stok - stok penting untuk dikeluarkan kepada orang ramai pada 3 Oktober ini .
Filem tersebut akan ditayang pada 3 Oktober 2013 kini boleh didapati di Internet.
Ternyata , barang yang dianggap penting tersebut telah jatuh ke tangan kumpulan "Internet Gengster" yang sungguh kejam dan bermahajarela di seluruh malaysia malah mempunyai keahlian di seluruh dunia telah menyebarkan berjuta - juta salinan barang tersebut.

AIR & KUASA : UMNO bagi kepada Singapura.. OK.. tapi bagi kepada negeri PR.. KO..!!

Air: Umno didakwa layan Singapura lebih baik dari negeri Pakatan

Umno didakwa melayan Singapura lebih baik berbanding dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam pengurusan air.

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, ini ekoran cadangan Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanafiah agar laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.

Umno, dakwa Steven, sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.

"Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari Umno melayan negeri-negeri PR," katanya.

Awas !! Jangan cuba-cuba nak ugut merogol anak jiran anda.. padah jawabnya..!!

Padah ugut rogol anak jiran

Padah ugut rogol anak jiran  
Anamalai kelihatan tenang ketika gambar dirakamkan media.

GEORGETOWN - Akibat mengugut akan merogol dan membunuh anak jiran, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu sejurus M Anamalai, 58, menukar pengakuan bersalah sejurus pertuduhan yang dibacakan jurubahasa pada sebutan kes.

Mengikut pertuduhan, Anamalai dituduh mengugut merogol anak perempuan jiran sebelah rumahnya dan mengugut membunuh anak lelaki jiran yang sama dalam masa tujuh hari, pada 15 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah jirannya di pangsapuri Desa Intan, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 7 malam.

Piala Malaysia : Kedah tewas 4-0 dan keputusan yang lain...


Apabila Muhammad Ali & Mike Tyson meluangkan masa bersama...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...