TERKINI :

Saturday, August 31, 2013

Adakah sudah tiba masanya semua pimpinan tertinggi PR berundur terutama Anwar...


Sembuh satu datang satu, yang dah baik pun kembali menanah

Oleh Aspan Alias

Cadangan Anwar supaya Najib jangan bertangguh lagi untuk duduk dengan Pakatan Rakyat untuk duduk berunding di meja bulat mendapat reaksi yang tidak memberangsangkan. Anwar telah meminta BN dan Pakatan Rakyat duduk bersama membincangkan masalah besar negara seperti masalah keselamatan, dan berbagai-bagai lagi isu yang dihadapi negara sekarang ini. Anwar berkata beliau sanggup menerima kekalahan dalam PRU13 yang lalu dan PR dan BN elok bersatu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Saranan Anwar ini dianggap oleh setengah pihak di dalam dan diluar BN sebagai tindakan politik ‘desperate’ Anwar kerana telah gagal memenangi pilihanraya yang lalu. Beliau begitu berkeyakinan sebelum pilihanraya itu yang PR akan pasti memenangi PRU ke13 itu sehinggakan beliau telah memberikan amaran keras kepada SPR dan mana-mana pihak yang bersama BN akan diambil tindakan setelah PR berkuasa dan beliau menjadi Perdana Menteri..

Tidak mungkin Anwar akan mengeluarkan kenyataan sebegitu melulu jika beliau tidak mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangi PRU 13 itu. Dalam politik jejak kita di dalam air pun boleh diikuti musuh apatah lagi membaca hati pemimpin yang ghairah kuasa seperti Anwar itu. Bukan satu perkara yang susah untuk ‘menyelami air di dalam tunggak’ apabila membaca kenyataan Anwar itu. Seperti kata ramai yang menghubungi saya, Anwar itu hanya hendak menjadi Perdana Menteri dengan apa jalan sekali pun.

Penyokong Ikhwanul Muslimin terus berhimpun


Oleh: Tarikh: August 31, 2013

KAHERAH - MESIR. Ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin dilapor meneruskan protes terhadap kerajaan sementara Mesir yang disokong tentera di seluruh negara, semalam.

Jurucakap pegawai berkata kepada Al-Jazeera, protes berlaku di beberapa kawasan termasuk Nasr City, Mohandessine, Giza, Zagazig, Menuofia dan Dakahlia dalam kawasan Delta Nil.

"Perhimpunan menuntut keadilan ke atas presiden digulingkan, Mohammed Mursi, turut melibatkan kawasan Shoubra al-Kheima, Qalyobua iaitu kampung halaman Mursi," katanya.

Polis Kedah tahan 5 lagi suspek kongsi gelap


Oleh: Tarikh: August 31, 2013

ALOR SETAR - Lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Geng 04 dan Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas Khas di sini petang semalam dan awal pagi ini, menjadikan 183 suspek ahli kongsi gelap ditahan di Kedah setakat ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata empat lelaki dari Kubang Pasu berumur antara 20 hingga 30 tahun diberkas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam ketika cuba masuk ke Thailand, kira-kira 5.40 petang semalam.

"Polis mendapati semua empat lelaki itu mempunyai tatu lambang ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai Geng 04 apabila diperiksa. Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan," kata Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Selepas 2009 nampaknya negara kita kekurangn idea mencipta logo merdeka...?


Masih adakah sebuah kerajaan yang mentadbir kita?

Oleh Aspan Alias

Walaupun negara telah selesai mengadakan pilihanraya, keadaan dan perasaan tidak menentu masih di rasakan dikalangan orang ramai. Rakyat merasakan keadaan lebih buruk, seolah-olah mereka tidak lagi ditadbir oleh sebuah kerajaan. .

Harga barangan masih tinggi. Keselamatan rakyat bertambah membimbangkan kerana setiap hari ada sahaja nyawa yang hilang dan harta benda dirompak melalui pecah rumah dan ragut. Dimana-mana kedengaran jenayah dilakukan dan melibatkan nyawa rakyat dari berbagai-bagai peringkat umur.

Dua hari lepas seorang eksekutif syarikat penerbangan berumur 30 tahun telah mati ditetak di hadapan rumahnya. Nyawa begitu murah dan jumlah kematian melalui kejadian jenayah ini nampaknya hampir sama dengan kematian bagi sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan.

Rakyat merasakan kerajaan sudah bertambah miskin dan dalam pada itu mereka (Rakyat) akan berhadapan dengan GST dan lain-lain. Berbagai-bagai isu timbul dan yang terakhir timbul isu penayangan Tanda Putera, filem yang di kontroversikan oleh parti pembangkang. Di Pulau Pinang tayangan filem itu diharamkan dipanggung-panggung kerana kerajaan DAP negeri itu mempunyai kuasa untuk melarangnya dari ditayangkan. Segala yang berlaku mendapat reaksi yang negatif dari pihak yang bertentangan.

Sejak bila dalam PAS dah tak boleh berpeza pendapat sampai nak singkir mana yang tak disukanya..??

Ada sekelompok penyokong PAS yang cuba menyingkirkan beberapa pemimpin PAS kerana perbedaan perdapat.

oleh Muammar Qaddafi

http://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/09/648px-pas_logosvg.png
Hairan dengan sikap satu kelompok penyokong PAS yang cuba menyingkirkan beberapa pemimpin PAS dari PAS kerana perbedaan perdapat.

Yang lucunya,mereka selalu mainkan isu kepelbagaian jemaah dimana mereka menolak wujudnya jemaah lain selain PAS.. Ingat lagi hujah seorang sahabat dari PAS, katanya "PAS adalah jemaah paling benar sebab ia paling lama di Malaysia, tidak perlu wujud jemaah lain hanya kerana berbeza pendapat,tegurlah dari dalam jika ingin menegur, bukan menubuhkan jemaah baru yang akan menimbulkan perpecahan dalam gerakan islam"

Tapi bila ada pimpinan yang berbeza pendapat,mereka mahu halau keluar?

Nampak tak jelik mereka?Nampak dak peningnya mereka!
 

KL Gangster 2 yang bocoq tu hanya 50% kualitinya....ini bermakna....!!

Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'

Bocor: 'Saya akan saman berjuta ringgit!'  
Datuk Yusof Haslam

“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

Al Fatihah - Ayahanda Leman Raja Lawak meninggal dunia

http://1.bp.blogspot.com/-xQ9iXE5Xwi0/UP_X9kwfpMI/AAAAAAAABas/cClhYItGYVU/s320/Al-Fatihah.png


Sidang Dun pertama Mukhriz ‘pecah rekod’


Sidang Dun pertama Mukhriz ‘pecah rekod’  
Mukhriz (kanan) bersama Adun BN sejurus selesai Sidang Dun.

ALOR SETAR - Persidangan Dun Kedah bagi mesyuarat kedua penggal pertama yang ke-13, baru sahaja melabuhkan tirai, Selasa lalu.

Pelbagai aspek diperkatakan ramai berikutan kesungguhan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir memanfaatkan persidangan itu untuk kerajaan mahupun pembangkang mengusulkan pandangan berhubung isu-isu dibangkitkan.

Ia melakar sejarah tersendiri apabila berlaku perubahan dalam kerajaan negeri, yang kini ditadbir semula BN setelah menang dalam PRU13 lalu.

Pertama kali juga menyaksikan kepetahan Mukhriz selaku ketua kerajaan dalam Dun termasuk Ketua Pembangkang baharu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang dipilih ekoran bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih dalam rawatan.

Jika sebelum ini, Azizan yang ‘mesra pembangkang’ bertikam lidah dengan diselitkan perumpamaan mencuit hati dengan Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Mahdzir Khalid, di mana kedua-duanya ‘orang lama’ di negeri ini, kali ini diterajui ‘orang muda’ yang cukup berkaliber, sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Selamatkah tiga naib presiden ini?



Oleh Yusuf Harun

KEMPEN untuk semua jawatan yang dipertandingkan dalam Perhimpunan Agung Umno pada 19 Oktober nanti dilihat baru masuk gear satu - tidak seperti jawatan presiden dan timbalan presiden yang berkemungkinan menggunakan gear automatik.

Justeru belum tahu lagi siapa bakal menentang siapa. Namun, tentu sekali perang kecil-kecilan Umno sudah pun bermula.

Di tempat-tempat lain, hampir separuh daripada 20,000 cawangan dari 191 bahagian telah menjadi medan pertempuran pemimpin peringkat cawangan.

Petanda yang memberikan alamat dan gambaran awal, sama ada ketua-ketua baru bakal mengetuai bahagian tertentu ataupun berlaku status quo sudah dapat dinilai berasaskan pemilihan di peringkat cawangan.

Dalam pada itu berita panas mula kedengaran di sana sini. Dalam perkampungan Wanita Umno misalnya, sudah bertiup khabar mengatakan Shahrizat Abd Jalil, penyandang jawatan Ketua Wanita Umno bakal disaingi Azalina Osman Said, mantan Ketua Puteri Umno.

Jangan anggap kezaliman Saddam adalah dari ajaran Islam hanya kerana memusuhi Syiah


Terdapat kecenderungan yang salah dalam sikap sekelompok manusia; iaitu apabila sesuatu pihak dimusuhi maka semua pihak yang turut berperang dengan musuh tersebut adalah benar.

Sebab itu tidak pelik jika terdapat pemimpin politik dari PAS, KeADILan atau DAP yang menyertai Umno atau parti komponen BN, atau sekurang-kurangnya 'bersama' dengan mereka selepas individu berkenaan berkonfrontasi dengan parti sendiri. Walhal wadah  yang disertai (atau bersama) itu adalah pihak yang ditentang habis-habisan sebelum ini.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam pernah saling berseteru kerana merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Apabila Musa pula tiba-tiba bermusuh dengan Tun Dr. Mahathir atas beberapa sebab, maka beliau boleh bersama dengan Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir. Ia sekadar satu contoh. Banyak contoh lain dalam pengalaman politik Malaysia.

PAS KEDAH KALAH - Hang kata aku.. Aku kata kat hang.. akhirnya semua mandom dan mendung

BERDENTUM LINTAQ, TELAGA DI KAMBUS: HARAP AIR DALAM BESI, API DALAM
KACA - RUPANYA BALA.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

19 SYAWAL 1434H (ISNIN) 26 OGOS, 2013

http://4.bp.blogspot.com/-19b1Rhscp8E/UiFxO_otj5I/AAAAAAAASDI/nsR82pJ-Zuw/s1600/2013-08-31_122931.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-19b1Rhscp8E/UiFxO_otj5I/AAAAAAAASDI/nsR82pJ-Zuw/s1600/2013-08-31_122931.jpg

PAS - PR tempoh dan rempoh PRU13.

Seusainya PRU13 pada 5 Mei 2013 Ahad jam 5 petang, dan diikuti
keputusan PRU13 yang diumumkan oleh SPR secara resmi keseluroh negara.
Termasoklah keputusan PRU13 untuk negeri Kedah Darul Aman, iaitu
kira-kira 131 hari yang lalu ketika rencana ini dibuat. Sah PAS - PR
Kedah Darul Aman kecundang dan tumbang. Takdir, nyatalah PAS - PR cuma
mampu bertahan sepenggal penuh 5 tahun menjadi kerajaan negeri Kedah
dan semua mantan Adun baik PR maunpun umNO(Baru)bN) mendapat pencen
penuh. Makanya kerajaan negeri Kedah Darul Aman kembali dalam genggam
dan cengkam umNO(Baru)bN Kedah. Umpama sirih pulang keganggang, bak
pinang pulang ketampok dan belut balik kelumpur. Kenapa dan mengapa
jadi macamtu, rakyat tolak PAS - PR dalam PRU13?

Fakta dan faktor yang diperkata dan dipersetujui oleh sebilangan besar
rakyat pengundi, dari penyokong PAS - PR sendiri, sampai ketika lanie
sekira-kiranya seperti berikut:- Ianya adalah kesan langsung yang
terhasil dari gagah dan subornya pertarongan dalaman sesama sendiri
dikalangan pemimpin PAS Kedah, PAS Kawasan dan dalam PR juga tidak
terkecuali. Dalam rumusan rambang didapati; gejalanya berpunca dari
bersunggohnya pemimpin PAS - PR Kedah yang berbalah dan bertarong
sesama sendiri diangkat dijadikan sebagai musoh. Sampaikan mereka lupa
untuk bersatu, berpadu untuk menghadapi musoh hakiki mereka yang
sebenar dan lawan politik mereka yakni umNO(Baru)bN.

Anwar ikrar tiada persempadan semula selagi SPR tidak ditukar

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan ada tahun ini selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada kekal.

Demikian ikrar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider.

Tahun ini, sampailah sudah masanya persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dibuat.

Ini bermakna, bila-bila masa sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat.

Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...