TERKINI :

Friday, August 30, 2013

Teras kesal Datuk Husam Musa dikambinghitamkan

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid

Teras kesal Datuk Husam Musa dikambinghitamkan oleh pihak yang mencemburui kelantangan beliau untuk menyatakan kebenaran, tapi didakwa sebagai menghasut.

Tindakan menahan beliau seorang Wakil Rakyat yang dikenali ramai dan juga seorang pemimpin kanan kepada parti politik di Kuala Lumpur dan dibawa ke Kota Bharu pada 21 hb Jun yang lalu adalah aneh,  kerana ia tidak menunjukkan amalan professional di pihak polis sendiri.

Walaupun pihak polis mendakwa bahawa beliau telah dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 namun jelas ia adalah dakwaan terpilih kerana kenyataan menghasut yang jauh lebih merbahaya pernah dikeluarkan oleh Tun Mahathir, Ibrahim Ali dan oleh akhbar Utusan Malaysia sendiri.

Pendakwaan pihak polis terhadap beliau, seperti pemimpin pembangkang yang lain, sangat bersifat terpilih kerana ia dipengaruhi oleh parti politik yang memerintah.

Bagi Teras ini adalah kes yang bukan pertama kali malah telahpun dilakukan beberapa kali bagi menyekat pemimpin pembangkang menyatakan pandangan kepada rakyat.

Selepas 1Israel.. Anwar nak dedahkan pulak "Endless Possibilities" juga datang dari Israel

Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Sekarang kita ada bukti cukup. 
Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul“Sekarang lebih berat. 
Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Muhyiddin bakal senasib Ghafar Baba?

oleh - Shahbudin Husin

August 30, 2013

Walaupun belum membuat pengumuman rasmi jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.

Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihan raya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Walaupun masih ada mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman jawatan bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang.

Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik bos mereka itu.

Antara Lambang, Logo & Tatoo 49 kumpulan kongsi gelap di dedahkan oleh Polis

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/670/300x375xb3817bfe676664c8f65399e7a0fe1c5f.jpg.pagespeed.ic.KGML71k4im.jpg

Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’

TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.

Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.

Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari.

Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Read More

Adaka ANWAR akan digelar pengkhianat rakyat selepas ini...?

Nampaknya apa rentak tari yang akan di mainkan lagi selepas ini...
Kita sama sama saksikan apa episod seterusnya......

Akhirnya KU LI mengundur diri...


PAS: Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh.

"Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di kebanyakan negara maju," katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

Wahai PAS.. Salahkah pemimpin kritik parti sendiri?

oleh Zahiruddin Zabidi

Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme (2009) adalah buku karangan Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar.

Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2010 oleh The Malaysian Insider Sdn Bhd.

Pada tahun 2012, sebuah lagi buku sebagai kesinambungan buku yang pertama itu pula terbit dengan tajuk Rejuvenasi PAS: Idea, Realiti, Aplikasi ke Arah Aspirasi Masa (2012) terbitan Ilham Centre.

Sebelum kedua buah buku Dr Mujahid ini terbit, sebuah buku dwibahasa berjudul Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia (2009) terlebih dahulu diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia - ITBN (kini dikenali sebagai Institut Terjemahan & Buku Malaysia - ITBM).

Pengarangnya adalah Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau pada masa itu merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap ahli Parlimen Temerloh dan merupakan timbalan menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Mukhriz - Kedah akan guna tenaga solar

Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
KULIM - Kerajaan Kedah merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai pengguna tenaga solar berikutan Kedah kini menjadi pengeluar panel solar secara besar-besaran, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya sebagai permulaan kerajaan negeri akan memasang panel solar di bangunan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada.

Mukhriz berkata Kedah boleh dikatakan antara pengeluar panel solar terbesar di dunia dengan adanya dua syarikat pengeluar panel solar yang besar di Kulim Hi-Tech Park di sini, oleh itu tiada alasan untuk Kedah tidak menggunakan tenaga solar.

Pendang - Bukit Jenun pendam tragedi

Wartawan Sinar Harian
30 Ogos 2013

Bukit Jenun pendam tragedi 
Pekan lama Bukit Jenun yang terkenal

BAGI yang tidak mengenali Bukit Jenun pastinya akan beranggapan tiada apa yang  istimewanya di situ, namun di sebaliknya, tempat itu mempunyai sejarahnya tersendiri pada satu ketika dahulu.

Bukit Jenun merupakan kawasan di dalam daerah Pendang  yang  berada di Mukim Air Puteh dan terletak di lokasi agak terpencil, iaitu lebih kurang 32 kilometer ke Selatan Bandar Alor Setar.

Bukit Jenun dikelilingi oleh bukit-bukit kecil dan ada sesetengah daripada bukit itu masih berhutan tebal dan setengah daripada kawasannya pula terletak di kedudukan rendah dan berpaya, yang  dimanfaatkan  oleh  penduduk  dengan tanaman padi.

Di kawasan ini dikatakan terdapat dua jenis tanaman utama iaitu padi ditanam di sebelah barat dan tanaman kedua adalah getah yang ditanam di sebelah timur. READ MORE

Isu Insaniah: Ambil tindakan jika benar salah

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
30 Ogos 2013

Amiruddin Hamzah 
Amiruddin Hamzah

ALOR SETAR - Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

"Kalau berlaku penyelewengan yang dikesan dalam IHSB, saya minta kerajaan negeri ambil tindakan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, biarpun perkara itu perlu diberi perhatian serius, namun perkara berkaitan kegagalan pembayaran gaji kepada kakitangan IHSB juga tidak wajar diabaikan.

"Pada masa sama, masalah kakitangan IHSB juga perlu diberi perhatian. Saya difahamkan lebih 200 orang yang masih belum dapat bayaran gaji mereka ditambah pula status mereka sebagai kakitangan IHSB masih menjadi tanda tanya.

"Kita minta kerajaan negeri tolong segera selesaikan masalah mereka yang gagal dibayar gaji sejak empat bulan lalu," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, kepincangan pengurusan dan kewangan dalam anak syarikat IHSB didedah secara terperinci dan turut mengejutkan pemimpin pembangkang.

Menurut laporan itu, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kewangan yang meruncing berpunca daripada kos operasi yang tinggi, antaranya pembayaran gaji kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IHSB yang juga CEO Insan Medic mencecah RM35,000.

Nik Aziz: 'Itu usaha kuburkan Insaniah'


Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 30, 2013

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan kerajaan negeri Kedah dalam menangani isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian berkenaan.

Menurutnya, cara kerajaan Kedah yang kini ditadbir parti lawan jelas menampakkan keinginan mereka untuk melemahkan perjalanan institusi pengajian agama berkenaan apabila kemasukan Julai 2013 lalu merosot sehingga 50 peratus.

“Kontroversi yang melanda Insaniah boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pusat pengajian berkenaan dan tidak mustahil ia boleh menguburkan institusi pengajian tinggi agama di negara ini,” katanya yang dipetik melalui Facebooknya, semalam.

Bangla semakin kurang ajaq.... nanti yang 1.4juta nak datang entah camna lagi kelaku mereka...


Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik


SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, memaklumkan dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.

"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi. —

Kenapa kami tak sokong Enakmen tersebut - Adun PAS

Ustaz Ahmad Yahaya [admin]

ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.

Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.

Punca masalah air Felda Lubuk Merbau akan dikenal pasti

Mahdzir Khalid (berdiri, dua dari kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri Felda Lubuk Merbau di Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah, kelmarin.

PADANG TERAP 28 Ogos - Masalah bekalan air di Felda Lubuk Merbau di sini yang sering menghantui kira-kira 3,000 penduduk terutama ketika musim perayaan akan diatasi segera setelah puncanya dikenal pasti.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, satu mesyuarat membabitkan jawatankuasa khas menangani masalah itu akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan pihaknya, pengurusan Felda terbabit serta Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menjangkakan masalah yang menjejaskan kehidupan harian penduduk Felda itu akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

PAS Kedah minta Mukhriz tidak alih isu KUIN

POKOK SENA: PAS Kedah meminta kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak mengalihkan isu pokok berkaitan kemelut Kolej Unversiti Insaniah (Kuin) sepertimana penjelasan yang dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selam ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong.

"Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis  penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu.

“Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini.

Mahfuz ucap tahniah kepada Adun PR Kedah

POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada semua Adun Pakatan Rakyat negeri kerana berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik semasa  persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) pada 25 hingga 27 Ogos lalu.

Katanya, barisan Adun Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah telah berjaya memiankan peranan masing-masing pada sidang tersebut.

"Ini menampakkan kebolehan dan keupayaan kita walaupun sebahagian dari kita adalah muka baru, tetapi berjaya mengambil bahagian untuk menyentuh perkara-perkara yang membabitkan isu rakyat termasuk yang meyentuh tentang isu Islam itu sendiri.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...