
Sebenarnya rang undang-undang (RUU) yang dibentangkan dalam DUN Kedah ialah Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013, TIADA Enakmen Anti Syiah yang dibentangkan !
Kenapa kami Adun-Adun PR beragama Islam mengundi untuk tidak menyokong RUU ini ? Sebab hukuman yang dicadangkan dalam RUU ini bercanggah dengan hukum syarak, macammana nak disebut sebagai "Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah" ?
Malahan Adun-adun (BN) yang luluskan enakmen ini patut dikenakan tindakan bawah fasal 8 enakmen kesalahan jenayah syariah 2013 (EKJS) -kerana- mempersenda ayat Al Quran atau Hadith sebab dalam EKJS yang mereka lulus, contohnya minum minuman memabukkan kalau didapati bersalah akan kena denda tak lebih RM 3 ribu atau dipenjara tidak melebih 2 tahun atau keduadua sekali, padahal hadis sahih sebut bagi kesalahan di atas hendaklah di SEBAT pelakunya !