TERKINI :

Wednesday, August 28, 2013

Apabila Syaitan Berkata-Kata....!!!

Syaitan berkata:

http://fc04.deviantart.net/fs70/i/2011/182/0/c/beautiful_view_of_a_mosque___by_ya_allah-d3kmxie.jpg
1. Orang Islam yg mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan solat adalah 'Bapaku'.. kecuali wanita.

2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'saudaraku' .

3. Orang yg ruku & sujud mendahului imam adalah 'anakku' .

4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah 'ibuku' .

5. Wanita Islam yg tidak memakai tudong adalah 'istriku' .

6. Orang Islam yg makan tanpa membaca bismillah terlebih dahulu adalah 'anakku' .

7. Orang yg tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'sahabatku' .

Aduhai.. PKR nak buat open house pun tak boleh kaa..!!

Majlis Aidilfitri PKR dihalang
William Mangor | August 28, 2013
Beliau hairan kerana aktiviti raya ini bukanlah acara politik tetapi merupakan majlis ramah tamah Aidilfitri
BETONG: Permohonan untuk menggunakan beberapa kawasan lot parkir untuk mengadakan majlis ramah tamah Aidilfitri yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Betong dihalang oleh Majlis Daerah Betong (MDB) atas pelbagai alasan yang meragukan.

Jurucakap PKR Betong, Abang Kassim Abang Bujang melahirkan kekecewaan terhadap MDB kerana menghalang majlis awam.

“Aktiviti di Betong ini adalah satu aktiviti yang PKR kawasan Betong lakukan selepas pilihan raya. Cuma masalahnya apabila kita memohon daripada Majlis Daerah Betong (MDB) untuk menggunakan beberapa lot parkir dibawah pejabat PKR cabang Betong ditolak oleh MDB,” katanya.
Beliau hairan kerana aktiviti raya ini bukanlah acara politik tetapi merupakan majlis ramah tamah Aidilfitri, tetapi permohonan PKR ditolak oleh MDB atas alasan yang tidak munasabah.

Ahli perniagaan Melayu serah resolusi bantah TPPA kepada Najib

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Najib  tiba di 'Majlis Sepetang di Aidilfitri MTEM' di Intan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim., 28 Ogos, 2013.
Najib tiba di 'Majlis Sepetang di Aidilfitri MTEM' di Intan. 
Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim., 28 Ogos, 2013.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan resolusi bantahan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mengandungi 75 ketetapan untuk Putrajaya penuhi jika mahu menyertai perjanjian, kata Ketua Pengarah Eksekutif MTEM, Nizam Mahshar.

Antara intipati kandungan Resolusi Persidangan Meja Bulat bantahan TPPA yang ditegaskan MTEM adalah termasuk perkara berkaitan ubat-ubatan, harta intelek, dan juga perolehan kerajaan.

Selain itu, MTEM juga jelas Nizam telah menemui Ketua Setiausaha Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria untuk menyertai jawatankuasa yang mengendalikan kajian analisis kos manfaat dalam hal TPPA.

"Beliau akan mempertimbangkan permintaan kami," kata Nizam merujuk kepada pertemuan dengan KSU Miti tersebut ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sepetang Aidilfitri anjuran MTEM yang turut dihadiri Najib petang tadi.

Rais dok kalut Bendera murah dari harga rokok... Kain Tudung Kepala yang murah tu pun bini hang & Najib tak mampu beli...!!


Gesaan terbaru Lembaga Tabung Haji dibawah Pengerusi yg baru bila di Mekah & Madinah

 
  • Apabila kita meletak yang bukan "ahlinya" menerajui institusi agama, maka beginilah jadinya...
  • Pergi bumi Rasulullah SAW pun nak bawa identiti Melayu ke? Ptutnya bawa sunnah..baru sedap mata memandang
  • Baju melayu melambangkan budaya saja tapi kalau pakai jubah dapat pahala sunah mana mau......
  • Bukan nak halang pakai baju melayu... dok sana tu cari pahala laa..dah mudah dah dengan jubah nie dari dok pakai sampin dengan baju melayu..mau nak terberak terkencing
  • Entah laa pikiaq la cara nak bagi murah ka kos haji, cara nak bagi servis mantap ka di tanah suci...macam-macam lagi boleh buat aih dari dok pikiaq benda nie...

Laporlah SPRM pun tapi bayar gaji kakitangan Insaniah tu bayarlah dulu...!!

KUALA LUMPUR: Apa jua tindakan yang diambil Kerajaan Kedah berhubung isu Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB), Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir digesa terlebih dahulu membayar gaji 268 kakitangan IHSB yang tertunggak sejak Mei lalu hingga 25 Ogos.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu sebenar adalah keengganan kerajaan Kedah untuk membayar tunggakan gaji kakitangan IHSB namun mereka cuba mengalihkan isu ini dengan menimbulkan pula isu penyelewengan.

"Kalau ada di kalangan mereka (268 kakitangan) yang menyeleweng sila ambil tindakan kepada orang berkenaan. Takkan kesemua mereka ini menyeleweng," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Malah beliau turut mencabar Mukhriz Mahathir untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan sebelum ini jika benar-benar berlaku penyelewengan.

Jika anda tak mau pasang bendera sudah lah.. tapi jangan pulak dok kata gila kat orang yang nak pasang..!!

Dia patriotik tapi dianggap gila

Pernah dianggap gilaPernah dianggap gila
Pernah dianggap gila
Semua hiasan dilakukan sendiri dan turut dibantu anaknya.

TIKAM BATU – “Acik dah tegar dicaci, dimaki dan dianggap gila hanya kerana mahu ceriakan persekitaran rumah dan restoran mi udang dengan ratusan bendera Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan.

Demikian luahan Abdullah Ahmad,  65, atau lebih mesra disapa Acik, seorang pengusaha mi udang di Batu Lintang, Tikam Batu yang sanggup berhabis ribuan ringgit demi meluahkan kecintaannya kepada negara.

“Bukan sahaja kanak-kanak yang gelarkan Acik gila, malah ada antara orang tua turut bersikap begitu.

“Acik tidak faham dengan semangat orang sekarang menyambut merdeka, adakah sekadar melaungkan perkataan itu semata- mata tanpa terdetik di hati dan meresap ke dalam jiwa mereka,” katanya.

Undang-Undang bab Syiah : 21 Adun BN Sokong manakala 9 Adun PR tidak menyokong, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.

Kedah anggap isu Syiah selesai

Datuk Mukhriz Tun Mahathir  
Datuk Mukhriz Tun Mahathir

ALOR SETAR - Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 diluluskan pada sidang Dun lewat malam tadi dengan semua 21 Adun BN menyokong menerusi undian belah bahagi.

Bagaimanapun, 9 Adun PR tidak menyokong, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah yang pertama kali diadakan pada sidang Dun dibuat untuk mendapat persetujuan majoriti.

Beliau berkata, sepanjang proses perbahasan, berlaku sedikit kontroversi apabila pembangkang tidak bersetuju secara prinsipnya kerana beranggapan pelaksanaannya mesti mengambil kira soal hudud.

Puak zalim juga bersandarkan 'Islam'


Susah untuk rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang berjiwa lembut, untuk memahami mengapa begitu kejam pihak tentera dan polis kerajaan haram Mesir menyerang, menyeksa dan membunuh rakyatnya sendiri yang turun dengan tangan kosong untuk membantah rampasan kuasa.Begitu banyak laporan yang tersiar di media maya melalui audio visual perihal kekejaman pihak tentera, termasuk menggunakan samseng membunuh rakyat dengan sewenang-wenangnya, meroboh dan membakar khemah penyokong Mohamad Morsi, menyerang orang ramai hingga ke dalam masjid bahkan sanggup membakar Rumah Allah itu. Ada tahanan yang sudah ditangkap, dibunuh begitu sahaja dalam trak yang berkunci dengan dilemaskan asap gas pemedih mata. Ada laporan menyebut terdapat yang ditembak sewaktu dalam tahanan.

Laporan terakhir menyebut bahawa lebih dua ribu orang awam dibunuh manakala lebih sepuluh ribu tercedera. Sehingga kita tertanya-tanya, jenis makhluk apakah polis dan tentera Mesir dan para pemimpin kerajaan yang memerintah Mesir kini? Kumpulan manusia atau binatang buas?

Ahli Politik terlibat dengan "KONGSI GELAP" lah pulak..

Ahli politik ternama didakwa naungi kongsi gelap

http://3.bp.blogspot.com/-gJ9sTk7y5Ng/TfhXKxY1DbI/AAAAAAAAAcM/yCZ-Jx786GY/s400/filem%2BKL%2BGangster.jpg
Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Memorandum Anak Syarikat KUIN kepada YAB MB Kedah

Memorandum Anak Syarikat KUIN kepada YAB MB Kedah

 


Berikut adalah Memorandum yang telah dipanjangkan kepada YAB Menteri Besar Kedah. Jutaan terima kasih kepada YAB MB kerana sudi meluangkan masa bersama kami.


Pemimpin tidak mencipta pengikut tetapi mencipta lebih banyak pemimpin

Zul Hazmi


Pergerakan kempen mereka boleh diikuti di page facebook : Zulhazmi4KP .

"MERAKYATKAN PEMUDA, MEMUDAKAN RAKYAT"

 "PEMIMPIN TIDAK MENCIPTA PENGIKUT TETAPI PEMIMPIN MENCIPTA LEBIH BANYAK PEMIMPIN"

Aku nak petik kata-kata seorang ustaz.... aku kata itu kata-kata dia sbb sebelum ni aku tak penah jumpa kata-kata tu.... kalau ada yang tau asal usul kata-kata mutiara tu boleh betulkan.... Kata Ustaz tu...

Petikan kata-kata tu selari dengan tema tawaran aku sebagai calon Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia iaitu Merakyatkan Pemuda Memudakan Rakyat.

Sebagai seorang pemimpin yang menanggung amanah untuk memimpin, kita tidak hanya boleh selesa dengan ramainya pengikut tetapi tidak ramai pengikut kita itu boleh memimpin. Apa akan jadi jika ditakdirkan semasa kita memimpin itu, kita ditimpa musibah keuzuran atau kematian. Siapa akan menggantikan kita sebagai pemimpin jika kita tidak mencipta pengikut kita sebagai pemimpin.

Bala menunggu peminjam PTPTN

Subky Latif, 28 Ogs 2013

Gara-gara BN memenangi semula PRU 13, para peminjam PTPTN kini diancam bala sepanjang hidup jika gagal menjelaskan pinjaman itu selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi nanti.

Mereka yang gagal melunaskan pinjaman itu sama ada kerana sengaja tidak mahu menjelaskannya atau tidak terdaya menunaikannya atas kesempitan hidup akan disenaraikan di bawah CCRIS itu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.

Mangsa itu akan hilang kelayakan untuk memiliki kereta, rumah dan lain-lain sebagai tambahan kepada sekatan keluar negara. Status mereka mungkin sama dengan orang yang muflis. Jika mereka orang Islam tidak layak menunaikan haji dan umrah.

Kerana takut ugutan itu mengancam peluang Umno dalam PRU14, Pemuda Umno menentangnya. Kerajaan pun takut kesannya, maka tidak jadi ia kuatkuasakan setakat ini.

Seingat saya, si muflis sebelum merdeka dulu layak memiliki basikal. Dia tidak boleh memiliki motosikal. Masa itu belum ada motosikal kecil seperti Honda. Pakaian yang dibolehkan kain kaki iaitu kain tebal.

Barack Obama ziarah Malaysia Oktober nanti...patutlah pemilihan agung Umno depa tunda..!!

Tiada persetujuan TPPA ketika lawatan Obama Oktober ini
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 28, 2013

Gambar fail menunjukkan NGO berdemonstrasi membantah pakatan perdagangan TPPA.Gambar fail menunjukkan NGO berdemonstrasi membantah pakatan perdagangan TPPA.Perjanjian perdagangan bebas yang penuh kontroversi tidak akan ditandatangani ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama datang ke Kuala Lumpur dalam rangka kerjanya pada Oktober depan, kata sumber, selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, ia sedang menjalankan analisis kos manfaat terhadap pakatan itu.

Tetapi, jika Putrajaya bersetuju dengan perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) itu selepas kajian selesai dan menerima maklum balas, ia mungkin dimeterai ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke AS tahun depan, tambah sumber berkenaan.

“Tidak akan ada sesi tanda tangan dalam tempoh terdekat ini. Kerajaan bimbang mengenai penolakan terhadap TPPA,” sumber memberitahu The Malaysian Insider.

'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'

NONEPKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

Ketua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.

Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini.

Antara kebangga KLCC yang patut rakyat Malaysia yang bangsa MELAYU ambik tahu..!!


http://www.molon.de/galleries/Malaysia/KL/KL_CC/images01/05%20Petronas%20towers%20and%20Suria%20KLCC%20mall.jpg 
berbangga dengan ketinggiannya
http://www.bell.kz/upload/images/suria_klcc_kuala_lumpur.jpg 
berbangga dengan pusat membeli belahnya

Ngap Sayot, Kedah sama handal

Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Kedah mensia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Sarawak dalam aksi Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Darulaman malam tadi.

Keputusan itu menyebabkan skuad kendalian Datuk Ahmad Shafie itu kekal di tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata selepas tiga perlawanan namun saingan dalam kumpulan itu masih terbuka luas.

Kedah tampil agresif di awal permainan apabila mengasak kubu pasukan pelawat menerusi percubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-10 namun rembatan derasnya terkena palang ketika penjaga gol Sani Anuar Kamsani sudah pun tertewas.

Tugas perempuan VS tugas lelaki

Photo: Tugas perempuan VS tugas lelaki

MENURUT Sosiologi, Arlir Hochschild, ada satu istilah iaitu ‘shift kedua’ yang menggambarkan pekerjaan wanita perlu dilakukan di rumah dan di luar rumah.

Istilah ‘home sweet home’ pun susah dirasakan kerana selepas seharian bekerja di pejabat dan kembali di rumah, wanita masih perlu terus bertugas.

Berdasarkan laporan Bureau of Labor Statistic pada Jun tahun ini, ‘shift kedua’ masih menjadi masalah bagi wanita kerana hanya 20 peratus lelaki yang membantu kerja rumah seperti bersih-membersih dan mencuci pakaian.

Sebelum berumahtangga, pernahkan anda terfikir kehidupan shift kedua ini?

Bermula dengan kehidupan seorang isteri dan kehidupan seorang ibu? Siapa lebih sibuk? Suami? Isteri? Ayah? Ibu?

Sebaik saja bergelar isteri dan ibu, tanggungjawab wanita bertambah berlipat gandan. Mana nak urus rumahtangga, suami, anak-anak dan kemudian ditambah pula dengan tugasan di pejabat.

Letih? Suami patut fikirkannya!
MENURUT Sosiologi, Arlir Hochschild, ada satu istilah iaitu ‘shift kedua’ yang menggambarkan pekerjaan wanita perlu dilakukan di rumah dan di luar rumah.

Istilah ‘home sweet home’ pun susah dirasakan kerana selepas seharian bekerja di pejabat dan kembali di rumah, wanita masih perlu terus bertugas.

Berdasarkan laporan Bureau of Labor Statistic pada Jun tahun ini, ‘shift kedua’ masih menjadi masalah bagi wanita kerana hanya 20 peratus lelaki yang membantu kerja rumah seperti bersih-membersih dan mencuci pakaian.

Sebelum berumahtangga, pernahkan anda terfikir kehidupan shift kedua ini?

Mad Bashah!! Nak sekat sungai ni hang tiru Israel ka?

Oleh AnakSgDerhaka

 

Walau siapapun penasihat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ini.. nasihat yang diterima dan disuarakan olehnya ada persamaan dengan kekejaman Regim Yahudi terhadap rakyat Palestin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalam,telah mencadangkan agar Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

Kekejaman Israel sememangnya diketahui umum.. antara kekejaman mereka terhadap rakyat Palestine menyekat berbagai bantuan yang disalurkan dari seluruh dunia kepada rakyat Palestin.

Selain itu Amnesty International pernah melaporkan kebiadaban Israel bukan sahaja dengan merampas tanah, malah kini mengawal serta menyekat penggunaan air bersih di bumi Palestin.

Alhamdulillah.. akhirnya SPRM tahu jalan nak mai Kedah selepas Mukhriz tunjuk arah..!!


Alhamdulillah...akhirnya SPRM dah jumpa jalan untuk mai ke Kedah.. mai jangan tak mai.. siasat jangan tak siasat..kasi humban semua manusia-manusia yang dok buat onak dan duri kat rakyat Kedah nie.. 

Tak kisah hang zaman sapa.. Azizan ka Mukhriz ka Sanusi ka Syed Razak ka Mahdzir Khalid ka...kasi siasat semua....

Nie ke BONGKAR 403 apa cerita..??

Jika benar KUIN pincang... Sila bawa ke depan manusia yang dok buat onak itu...!!

DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN

NONEDewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) (kanan) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.

[GEMPAR] 15 anggota polis ditahan

15 anggota polis ditahan

15 anggota polis ditahan  
Mohd Shukri (dua kanan) bersama-sama Kong Soon (kiri) dan beberapa tetamu khas memotong kek sempena sambutan rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran IPD Kampar, semalam.

KAMPAR - Polis Perak telah menahan 15 anggota dan pegawainya yang disyaki terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, perbuatan tersebut membabitkan anggota berusia antara 20 hingga 50 tahun dan perbuatan mereka berjaya dikesan melalui siasatan yang dijalankan polis ke atas anggota berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan anggota yang ditahan telah dikesan mengambil dadah jenis methaphetamine.

“Pihak kami telah menjalankan ujian saringan air kencing ke atas anggota polis berkenaan dan mereka didapati positif dadah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...