TERKINI :

Tuesday, August 27, 2013

Apabila EXCO PBT Kedah dedahkan jumlah lesen hiburan zaman PR..maka bersorak sakan 'blogger UMNO BN'...!!


KEPADA EXCO PBT & BLOGGER UMNO BN YG DOK SYOK BANTAI PR BAB LESEN HIBURAN YG DIBENTANGKAN DALAM DUN KEDAH TADI YG HANGPA KATA BANYAK TU MAI KAMI NAK HABAQ SATU JAA..

LESEN HIBURAN TU HGPA TOLONG DETAILKAN SAT HIBURAN MCMANA..SETAHU KAMI NAK BUKA CYBERCAFE PON KENA APPLY LESEN TU... NAK BUKA FUN FAIR PUN KENA APPLY LESEN TU NAK BUKA DISKO MENARI SPENDA PON KENA APPLY LESEN TU LANIE HABAQ BAGI DETAIL LAA BARU KITA BOLEH BANTAI SAMA2 JIKA BETOI DEPA LULUSKAN LESEN HIBURAN DISKO PUB MENARI BOGEL MCM KITA DOK PIKIAQ NIE...

Tudia.. 577 lesen hiburan yang telah diluluskan oleh kerajaan Kedah terdahulu..!!


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata kerajaan negeri tidak memandang ringan masalah sosial dan akan terus menggiatkan usaha mengekang gejala itu.

"Kerajaan negeri telah mengambil ketetapan bahawa kita tidak akan keluarkan lesen hiburan yang baharu dan saya telah mengarahkan pihak terbabit untuk melihat perkara ini," katanya menjawab pertanyaan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah)yang ingin tahu berhubung jumlah lesen dan cukai hiburan dipungut kerajaan negeri sepanjang lima tahun bermula 2008.

Badrul Hisham memberitahu dewan, kutipan cukai hiburan bagi 2008 melebihi RM714,000, lebih RM2.25 juta (2009), lebih RM2.99 juta (2010), lebih RM4.06 juta (2011) dan lebih RM4.02 juta (2012).

Katanya, 577 lesen hiburan dikeluarkan di negeri ini sehingga Julai 2013. - BERNAMA

Sebanyak 577 lesen hiburan yang dikeluarkan itu boleh tak perincikan lesen untuk hiburan macamana kerana setahu yang di maklumkan lesen hiburan ini merangkumi semua jenis hiburan termasuk hiburan keluarga, hiburan fun fair, rumah urut tapak kaki, restoran ada karoeke serta cybercafe pun kena mohon lesen ini.

Inilah yang dilema dialami oleh kerajaan terdahulu kerana semasa permohonan dilakukan ia memenuhi syarat yang diberikan namun apabila sudah dapat lesen ia berlaku lain pula dimana yang urut tapak kaki jadi urut lain, yang karoke siap tunggang..itu masalahnya.

LIVE - Piala Malaysia : KEDAH vs SARAWAK

Saksikan LIVE PIALA MALAYSIA antara

KEDAH vs SARAWAK

di link bawah ini :

Warga Putrajaya pun tak gantung bendera... !!

Di P'jaya sendiri masih kurang bendera berkibar

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

Kerajaan Kedah Diminta Sediakan 'Kertas Putih" untuk isu KUIN

Sidang DUN Kedah Perjelas Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - Kerajaan Kedah Diminta Sediakan 'Kertas Putih".. Jom Terjah!!!


ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) di sini Selasa.
Phahrolrazi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan 'kertas putih' yang menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.

Adakah SYIAH akan diperang seperti AYAH PIN & ARQAM selepas diistiharkan haram??

Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram


 
NONEMenteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.

Sinar beri penjelasan - Kenapa kami siar kenyataan Prof Dr Mohammad Selim?

Kenapa kami siar kenyataan Prof Dr Mohammad Selim?

Muka depan

SINAR HARIAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian di atas pandangan mahu pun juga kritikan hangat terhadap paparan Sinar Harian bertarikh 26 Ogos yang berjudul 'Dalang konflik Mesir didedah.'

Wawancara dengan seorang saintis politik Mesir, Profesor Dr Mohammad Selim, adalah untuk memberi ruang dari sudut pandang berbeza berkenaan krisis yang melanda negara itu.

Sebelum ini, kami memuatkan pelbagai laporan di muka hadapan Sinar Harian dengan tajuk 'Rakyat Tentang Tentera', 'Sapu Bersih' yang menggambarkan kekejaman Al-Sisi terhadap rakyat Mesir termasuk bagaimana 'Sumpah Ikhwanul Muslimin' bagi menjawab penentangan rakyat terhadap rampasan kuasa sehingga berakhir dengan pertumpahan darah.

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept di Kedah

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.

Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik.

“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.

Kes Altantuya: Pendakwaan fail notis rayuan


PUTRAJAYA - Pendakwaan telah memfailkan notis rayuan berhubung pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.

Notis itu difail pada hari yang sama mahkamah memutuskan rayuan kedua-dua tertuduh, katanya kepada Bernama.

Tun Abdul Majid juga berkata pendakwaan akan memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan kes itu.

Kedamaian rimba dan “hantu” Altantuya

oleh - A Kadir Jasin

Hujung minggu di Pulau Banding dan Tasik Temengor, Hulu Perak, melapangkan dada seolah-olah lebih jauh dari Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih melegakan.

Terima kasih kepada Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, kerana meminta pandangan orang luar – badan-badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penyelidik dan wartawan tua – dalam usaha beliau membangunkan Pulau Banding sebagai gerbang Taman Diraja Royal Belum.

Hujung minggu yang baru berlalu ahli sains, penyelidik, pegawai kanan kerajaan persekutuan dan negeri serta sahabat alam semula jadi hadir simposium anjuran Yayasan Pulau Banding bagi membincangkan hasil ekspedisi ke Sungai Enam pada akhir tahun 2011. Yayasan Pulau Banding dibiayai oleh Mustapha dan para penderma.

Hatta ucapan dari lubuk hati exco muda Kerajaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi, turut melapangkan dada. Bahasa Melayunya bagus, bahasa Inggeris tidak ada cacat cela.

Alhamdulillah masih ada pemimpin muda politik yang idealistik dan bercakap dari hati. Doa saya orang muda seperti beliau tidak akan dirosakkan dan menjadi korup akibat kuasa atau dicantas oleh politikus tua yang tamak kuasa.

Enam golongan perempuan yang kurang layak dijadikan isteri


 photo suami-isteri.jpg

Enam Golongan Perempuan Yang Kurang Layak dijadikan Istri :

1. Al -Anaanah: banyak berkeluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah: suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaana: ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

Merdeka yang hambar, siapa yang patut disalahkan?

ANALISIS BERITA OLEH ZULKIFLI SULONG, P
ENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Seorang kanak-kanak berdiri di deretan Jalur Gemilang yang dipasang di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.
Seorang kanak-kanak berdiri di deretan Jalur Gemilang yang dipasang di Kuala Lumpur. Gambar The Malaysia Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Ogos, 2013.

Hanya beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-56. Namun, ramai masih tidak sedar kedatangan hari penting untuk negara ini.

Perbincangan hangat dalam media sosial bukan untuk menambahkan semangat bagi menyambut kemerdekaan tetapi untuk mencari sebab dan alasan kenapa mereka tidak berminat untuk meraikannya.

Penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhujah, sambutan kemerdekaan sudah diculik oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Ia bukan lagi sambutan untuk semua rakyat Malaysia tetapi untuk mengingati perjuangan tokoh Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut menyambut kemerdekaan mereka tahun ini.

Antaranya ialah Singapura pada 9 Ogos, Korea Selatan (15 Ogos) dan Indonesia (17 Ogos).

Hampir semua negara itu menyambut hari kemerdekaan mereka dengan meriah bahkan rakyatnya teruja sekali menunggu kedatangan hari bersejarah itu.

Polemik Ulamak vs Profesional - Siri Pengurusan krisis

oleh Zul Hazmi
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - An-Nisa' ayat 1
Ayat ini dgn jelas Allah sebutkan bahawa kita semua manusia dijadikan bermula dr yg satu dan kemudiannya berketurunan lelaki dan perempuan yang ramai berbagai-bagai. Allah juga memerintahkan kita memelihara hubungan antara satu sama lain bukannya memutuskan perhubungan.

Seterusnya Allah berfirman dlm surah An-Nisa' ayat 59 spt berikut :

Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu. Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang paling elok dan (ianya) kesudahan yang paling baik.

Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembali kpd Allah & Rasul.

Sambutan Merdeka: Mengapa Saya Tidak Kibarkan Bendera?

Oleh: Amir_ziyad

Saya dan anda semua adalah ‘anak merdeka’, betul tak?

Ini jika kita anggapkan semua yang lahir selepas pada tarikh merdekanya Malaysia daripada Inggeris iaitu pada atau selepas 31 Ogos 1957.

Setuju?

Jika ada yang lahir sebelum dari tarikh tersebut dikira bukan anak merdeka.Tetapi lebih tinggi tahap dan martabatnya iaitu boleh digelar ‘anak juang’ yang merujuk kepada generasi ibu, ayah, datuk dan nenek moyang kita yang ketika itu hidup susah, sukar, miskin dan juga dijajah oleh Inggeris.Hidup mereka waktu itu bolehlah kita andaikan hidupnya sebagai ‘anak juang’ yang sentiasa berjuang untuk memerdekakan tanahair.

Walaupun kira-kira tak sampai seminggu sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 tahun (Hari Sabtu nanti) bagi tahun 2013 ini, saya pasti dan sedar tidak ramai anak muda yang berumur 20 hingga 40-an yang ghairah serta begitu patriotic untuk menyambutnya.

Mengapa?

[DEDAH] Ini dia UMNO rosak sampai ke usus


Persidangan Agung Mesyuarat UMNO Cawangan Kg Sg Jelutong, dalam Bahagian Kuala Pilah yang telah dijalankan semalam, 20hb Ogos 2013, telah ditangguhkan di atas keputusan yang dibuat oleh wakil bahagian.

Saya menerbitkan posting ini kerana apa yang berlaku di dalam persidangan cawangan ini boleh dijadikan contoh paling klasik, bagaimana rupabentuk perangai dan mentaliti pemimpin yang sedang memegang kuasa di dalam parti hari ini memimpin dan mengurus parti.

1. Demi untuk mempertahankan kuasa, Ketua Cawangan sanggup melakukan apa saja.

2. Ketua Cawangan merangkap Adun Juasseh telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai wakil rakyat untuk mengarahkan orang-orangnya memberi ugutan kepada ahli-ahli, terutama warga emas, ibu tunggal dan surirumah sepenuh masa, jika kelompok sasaran ini memberi sokongan kepada saya selaku calon yang bakal mencabar beliau sebagai Ketua Cawangan.

Kenapa Rakyat Suram Untuk Kibar Jalur Gemilang

Semangat suram kibar Jalur Gemilang
Yasmin Ahmad Zukiman

Empat hari lagi menjelang ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara, semangat mengibarkan Jalur Gemilang ternyata suram.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan kenderaan yang lalu-lalang di sekitar ibu kota tidak melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang patriotik, cintakan negara.

Kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama ibu kota seperti di Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang turut dilihat tidak berbuat demikian.

Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, semangat mengibarkan Jalur Gemilang terserlah apabila kebanyakan kenderaan dan kawasan kediaman dihiasi dengan bendera Malaysia, sehingga ada yang berjaya mencuri tumpuan orang ramai dengan rupa dan bentuk yang pelbagai.

Kebanyakan individu yang ditemui Bernama berhujah semangat patriotik tidak semestinya dizahirkan melalui pengibaran Jalur Gemilang dan ada juga memberi pelbagai alasan yang lain.

KedahLanie ucapkah TAHNIAH kepada POLIS DI RAJA MALAYSIA..!!!

1,911 orang ditahan dalam Ops Cantas Narkotik di seluruh negara
Bernama | 

KUALA LUMPUR: Seramai 1,911 orang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Ops Cantas Narkotik selama tiga hari bermula Jumaat lepas di seluruh negara.

Pengarah JSJN Datuk Noor Rashid Ibrahim hari ini berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,772 kes telah dibuka termasuk 26 kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada operasi itu iaitu heroin sebanyak 10,410.41 gram, syabu (6,793.35 gram), ganja (778.91 gram) dan Erimin 5 (1,097 biji).

Dalam operasi itu, katanya, polis turut menangkap 30 anggota kongsi gelap terdiri daripada kumpulan Geng 04, Geng 08, Geng 555, Geng Raj dan Geng 18 yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

"Polis tidak menolak kemungkinan mereka turut terlibat dalam pengedaran senjata api berikutan penemuan senjata itu di Perak, Pulau Pinang dan Kedah ketika melakukan serbuan di makmal memproses dadah," katanya pada sidang media di ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Bolehkah cinta kepada negara dipaksa-paksa?

Bolehkah cinta kepada negara dipaksa-paksa?
APAKAH perlu sebuah undang-undang untuk memastikan mana-mana bangunan kerajaan atau swasta memasang bendera pada bulan sambutan kemerdekaan? Apakah perlu sebuah undang-undang untuk kita menunjukkan kecintaan, kasih dan sayang kepada ibu pertiwi ini?

Itulah persoalan yang timbul selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa kementeriannya akan mengkaji keperluan untuk memperkenalkan undang-undang bagi mewajibkan hal itu.

Alasannya, masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta yang tidak mengibarkan bendera negara biarpun hari ulang tahun kemerdekaan Malaya — yang hari ini dikenali sebagai Malaysia selepas dibentuk bersama oleh Sabah dan Sarawak — tinggal hanya beberapa hari saja lagi. Sekarang ini, kata beliau, kerja memasang bendera itu sukarela.

Cadangan itu bukanlah satu jawapan kepada masalah yang ada. Ia sebaliknya menimbulkan banyak tanda tanya tentang cinta kepada negara, tentang negara, tentang kita dan tidak kurang mustahaknya, tentang cara kita berfikir.

Mukhriz Anak Derhaka..?

Mukhriz bercanggah dengan Dr Mahathir dalam isu TPPA



Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) bercanggah dengan pendirian bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya mendedahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebaliknya berkata kerajaan tidak perlu bertindak demikian.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan masih belum menandatangani perjanjian tersebut dan ia tidak akan diteruskan jika memudaratkan rakyat.

"Kerajaan negeri beri jaminan bahawa tidak akan ada sebarang persetujuan kalau ia (TPPA) menjejaskan Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Jangan beranggapan bahawa dalam proses rundingan, seolah-olah ia (TPPA) sudah dipersetujui," katanya.

"Seperti yang kita maklum dalam mana-mana rundingan sudah tentu kita kena simpan rahsia takut dibocor kepada pihak belah sana. Maklumlah dalam TPPA ini ada 12 negara terlibat dan sekarang ini banyak komen datang daripada kebocoran maklumat contohnya Wikileaks," katanya yang dipetik berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam.

Akhirnya..AS mengaku bersekongkol gulingkan Mursi

AS bersekongkol gulingkan Mursi

AS bersekongkol gulingkan Mursi 
 Penyokong Mursi membantah rampasan kuasa oleh tentera.

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akhirnya membuat pengakuan menerusi majalah The Week bahawa mereka berkomplot dalam rampasan kuasa tentera ke atas bekas Presiden Mesir digulingkan, Mohammed Mursi.

Dipetik laporan AP, majalah yang turut memaparkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi dengan tajuk “Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?” itu turut menyiarkan kenyataan AS menyokong tentera walaupun sebelum ini mereka tidak mengiktiraf penggulingan Mursi secara rasmi.

AS yang merupakan dalang di sebalik pergolakan di Mesir kini dilihat cuba berselindung di sebalik gesaan supaya Mursi dibebaskan.

Seorang "Peguam Muda" akan bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS di Muktamar nanti..



Mengikut maklumat dari facebook, seorang peguam, mungkin akan bertanding jawatan Ketua Pemuda (Zulhazmi4KP) ,dan aku sendiri yakin, sekiranya beliau menang, insyAllah kegemilangan pemuda akan terserlah dan sekaligus beri kekuatan berganda kepada PAS dan sekaligus memberi kekuatan yang baru buat Pakatan Rakyat..
Namun, aku fikir peguam zul pasti akan melalui laluan yang tersangat sukar utk menang memandangkan kalau ikut rekod jawatan dalam PAS, ramai naik slow2 dari bawah.. utk terus ke jawatan tertinggi, memang kesukaran berganda walaupun jasa beliau kepada perjuangan itu ada. cuma kalau ad strategi yg mantap,seperti buat debat antara calon KP, peluang ada..

KDN akan umum senarai nama kongsi gelap


Ahmad Zahid Hamidi  
Ahmad Zahid Hamidi

Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

KUIN - apa perlunya JV dengan MAHSA?

Muhammad Sanusi Md Nor


Kuin Menjalankan jv dengan Mahsa college dlm kursus kejururawatan krn lesen utk mengadakn kursus itu tidak lagi dikeluarkan sewaktu KuiN memohonnya, dan MAHSA ada lesen itu, maka jv adalah adalah alternatif yg baik supaya kursua itu ada di KUIN dlm usaha mengejar usaha menjadi universiti penuh .

Dlm kes kursus perubatan, KUIN punyai semuanya, lesen, kelulusan MMC, pensyarah dll. Apa alasan ia dijual kpd Mahsa? Kalau anak syarikat KUIN (insaniah Holding) yg mewujudkan Insan Medic bg melaksanakan kursus perubatan, dan insan medic tak memiliki apa yg disyaratkan oleh badan2 yg mengendalikan kelulusan, pengiktirafan dan perlesenan, kursus perubatan tak mungkin boleh ditawarkan di kuin sejak awal lagi... 

Pentadbiran Sekolah Yang Bangang...Halang Murid Guna Komputer sebab Kerajaan Selangor yang berinya..

Pentadbiran sekolah halang murid guna komputer sumbangan Pakatan

SHAH ALAM 26 OGOS: Pentadbiran sebuah sekolah di sini dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan kerajaan Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.

Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.

“Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik,” katanya.

Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram.

Perkhidmatan feri penumpang Langkawi yang tidak efisien & masih di takuk lama

Khidmat feri masih di takuk lama

Khidmat feri masih di takuk lamaKhidmat feri masih di takuk lama 
Om menunjukkan tiket yang terpaksa dibeli semula.

KUAH - Pelbagai aduan pengguna terhadap perkhidmatan feri penumpang yang tidak efisien langsung tiada tindakan seolah-olah mereka ini kebal serta dilindungi oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut keuntungan tanpa mempedulikan masalah dihadapi pengguna terutama penduduk dan pelancong yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Pengguna perkhidmatan feri, Om Bahari, 43, berkata, perkara itu berlanjutan sejak sekian lama bukan sesuatu yang baru kepada pengguna terutama penduduk yang sering ke tanah besar untuk urusan kerja.

Nikah Mut’ah: Satu Tipu Daya Menghalalkan Zina


MOHD YAAKOB MOD YUNUS
26 Ogos 2013

Manisnya ImanSoalan:
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan mut’ah yang diamalkan oleh penganut Syiah. Dan mengapa Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat menentang perkahwinan bentuk ini? Sekian.
Jawapan:
Islam amat menitikberatkan kesucian institusi kekeluargaan melalui konsep perkahwinan yang dapat memelihara kehormatan, hak-hak kaum wanita, nasab keturunan dan membanteras budaya jahiliah seperti pengamalan seks bebas serta pelacuran.

Namun, kehadiran fahaman Syiah yang sering dikaitkan sebagai salah satu aliran mazhab dalam Islam telah menggugat institusi kekeluargaan serta mencemar kehormatan kaum wanita yang dilayan tidak ubah seperti pelacur jalanan dengan menghalalkan nikah mut’ah (kontrak).

Apa itu nikah mut’ah? Ia adalah satu proses di mana seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.

Pernikahan ini berakhir apabila berakhirnya tempoh tersebut tanpa perlu adanya perceraian. Juga tiada kewajipan memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri serta tiada waris-mewarisi di antara keduanya apabila salah seorang meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh pernikahan.

Pernikahan ini juga tidak mensyaratkan adanya saksi dan tidak disyaratkan mendapatkan keizinan wali. Status wanita yang melakukan nikah mut’ah ini sama dengan wanita sewaan atau hamba abdi.

Punca Azilah & Sirul dibebas oleh mahkaman didedahkan

Keterangan tak cukup untuk sabit Azilah, Sirul

Altantuya Shaariibuu  
Altantuya Shaariibuu
 
PUTRAJAYA - Keterangan mengikut keadaan adalah tidak mencukupi dan tidak cukup kukuh untuk mengekalkan sabitan kesalahan dua anggota unit tindakan khas polis membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut penghakiman Mahkamah Rayuan.
 
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini berkata mahkamah dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korperal Sirul Azhar Umar kerana kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan.
 
"Kami sedar akan jenayah kejam yang telah dilakukan tetapi kesalahan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) telah tidak dibuktikan secara memuaskan, (maka) kami dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada perayu," katanya.
   

Kenapa Masjid Kembali "SUNYI" Selepas Ramadhan..???

Apabila ibadat jadi adat
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
Gambar Zakaria Idris

Sepanjang Ramadan, masjid atau surau sentiasa dipenuhi dengan umat Islam yang sentiasa hadir untuk menunaikan ibadah selain dilihat masing-masing tekun melakukan amalan.

Tetapi sesudah Ramadan melabuhkan tirai, ruang-ruang rumah Allah kosong dan tidak lagi meriah seperti sebulan sebelumnya dan hanya tinggal imam, bilal mahupun tok siak serta sebilangan kecil jemaah yang tidak sampai 10 orang.

Di manakah jemaah lain yang setiap kali azan berkumandang mereka sentiasa memenuhi saf masjid sepanjang Ramadan? Adakah amalan tadarus al-Quran hanya berlaku pada penghulu segala bulan itu sahaja?

Situasi sama juga berlaku terhadap anak-anak yatim apabila mereka hanya mendapat perhatian dalam bulan Ramadan tetapi dalam bulan-bulan lain, kebajikan golongan itu dikesampingkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...