TERKINI :

Monday, August 26, 2013

Antara ISRAEL & MALAYSIA siapa guna dulu slogan 'Endless Possibilities'..???

 
JOM BONGKAR!!! Inilah jadinya bila puok2 tegar UMNO Mazidul Akmal Sidik sibuk nak pertahankan yg batil. Agak2 lah nak bodek tu. Hebatnya kalau ISRAEL yg ciplak slogan 'Endless Possibilities dari M'sia.

TERBUKTI Israel dahulu guna slogan tersebut seawal 21 Disember 2011 lagi. 'Backup' sgt2 akhirnya kantol jugak kebenarannya!!!

~SR~

Apabila Sinar Harian Iktiraf Rampasan Kuasa Al-Sisi keatas kerajaan Morsi...????


"EDITOR SINAR HARIAN, MINTAK MAAF CEPAT DAN JANGAN BUAT KERJA BANGANG LAGI!" - Dr Tanaka Mustafa
Oleh: Abdul Malik

Saya cukup kecewa dengan temubual yang disiarkan oleh wartawan akhbar tempatan, Sinar Harian hari ini dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem yang bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah".

Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.

Pertanyaan saya satu kepada Sinar Harian, adakah anda mengenali siapa profesor ini yang 90 peratus kenyataannya adalah fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan rakyat Mesir yang menuntut hak.

Gobala & Ibrahim Ali : Sembang luaq kencang masuk mahkamah habis pakat kecut perut..

[TERKINI] Majalah Mangga di fatwakan HARAM

Majalah Mangga Difatwakan Haram Oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan bahawa status majalah "Mangga" menurut syara' adalah haram kerana mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat dan ianya bertentangan dengan syariat.
Keputusan fatwa ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan disahkan sendiri oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman,Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin B. Hj. Ahmad
Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; 
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Sayangkan negara perlu terbit dari dalam diri, bukan setakat tempelan....

oleh Aspan Alias


Saya terbaca berita yang kempen mengibarkan Jalur Gemilang kurang medapat sambutan. Menteri yang bertanggungjawab berkata kerajaan akan melakukan cara dan kaedah yang sesuai bagaimana hendak membuatkan keseluruhan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang itu dengan penuh semangat semasa parayaan ulang tahun kemerdekaan negara kita.

Pengibaran Jalur Gemilang ini sudah tidak berapa mendapat perhatian orang ramai sejak empat tahun dahulu, tetapi keengganan rakyat memberi perhatian pengibaran Jalur Gemilang itu lebih nyata lagi pada tahun ini. Tidak tahulah samada pengibaran itu akan dilakukan dengan paksaan atau dengan cara apa. Tetapi pengibaran Jalur Gemilang itu sememangnya salah satu cara menzahirkan rasa sayang dan cintakan negara.

Protes terhadap Waytha Moorthy untuk jaga air muka Najib

oleh - Mohd Sayuti Omar

Pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy yang dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai hadiah atas sokongan NGO Hindu itu kepada Umno/BN dalam pilihan raya lalu mungkin sudah mengenal cara Umno berpolitik dan hati budi pemimpinnya. Apa yang berlaku adalah pengajaran buatnya.

Belum sampai setahun berada dalam kabinet Najib Razak, kini pemimpin Hindraf itu sudah dapat merasai bagaimana veto Umno sebagai sebuah parti menjadi tulang belakang kepada BN. Hendaknya beliau tidak menyesal dengan apa yang berlaku dan itu adalah hukum karma ke atasnya. Waytha Moorthy kini berdepan dengan kecaman dan cemuhan anggota kabinet Melayu. Beliau diminta melepaskan jawatan dan keluar dari kerajaan.

Setakat ini dua menteri Melayu yang 'menghalau' Moorthy kerana tidak berpuas hati dengan cara Moorty mempertikaikan insiden lima samseng India ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini. Zahid Hamidi kesal dengan sikap Moorthy yang dianggap tidak wajar mempertikaikan kenyataan polis.

Kakitangan Kuin Holding Hanya Setaraf Anjing Jalanan...UMNO menang Kedah senang....

Keluhan pekerja Kuin Holding.....

Salam Tuan, saya adalah diantara rakyat Kedah yang dicabuli hak gaji kami. Dah 3 bulan gaji kami ditangguh. Saya dah cuba hubungi UMNO Kedah, Pemuda UMNO, UMNO Bakar Bata dan juga Pejabat MB sendiri.

Sayangnya semua lepas tangan, pakat passing saya sana kemari. Padahal dulu kata UMNO memang Kedah senang. Saya bukan nak cari salah sapa-sapa. Saya cuma nak hak saya. Saya sedih sangat dilayan oleh "pembela rakyat" sebegitu rupa.

Macam kami ni sampah dipandangan mata mereka. Kami bukannya p goyang kaki kat opis, kerja tungging terbalik sebagai kuli. Tiba-tiba hak kami diragut dan direntap.

Raya dan puasa kami penuh berduri. Bukan kami berkira sangat baju raya kuih raya apa semua. Kami tak perlu pun semua tu, tapi sampaikan nak makan pun kena ikat perut ni tuhan saja yang tau.

Termuramah oleh SINAR dengan PROF MESIR.. Macam geng Al-Sisi ja mamat nie..???

Dalang konflik Mesir didedah

Profesor Dr Mohammad Selim  
Profesor Dr Mohammad Selim

BERMULA hari penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, diikuti pengisytiharan darurat, pergolakan di Mesir dipenuhi dengan pelbagai spekulasi dicetuskan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Bagi mendapatkan gambaran jelas konflik yang berlaku di negara itu, Sinar Harian (SH) mengadakan wawancara eksklusif bersama saintis politik Mesir dari Universiti Kaherah, Profesor Dr Mohammad Selim (MS) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Ikuti wawancara bersama Ketua Meja Global, Liza Hasan, jurufoto kreatif Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki dan jurukamera Md Nidzam Osman. Siaran wawancara ini juga boleh dilayari menerusi www.sinarharian.com.my/sinar-tv

Apakah sebenarnya berlaku di Mesir pada 13 dan 14 Ogos?

MS: Polis berada di dua dataran utama di Rabaa Adawiyah dan Dataran Nadha. Dua kawasan ini menjadi kawasan protes penggulingan Mursi oleh saudara Muslim dan gabungannya. Mereka sudah berada di sana empat ke enam minggu sehingga menjadikan kawasan itu lumpuh. Di Rabaa Adawiyah ialah kawasan besar dengan kepadatan dua juta penduduk. Sebuah lagi kawasan (Dataran Nadha) berhampiran dengan Universiti Kaherah yang mempunyai kapasiti pelajar lebih 500,000 dan 15,000 profesor, juga hampir lumpuh. Kami menganggap perkara itu sebagai protes biasa.

Khalid jawab fitnah mahu 'jatuh kepimpinan ulama'


4:40PM Ogos 26 2013

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menepis tuduhan "fitnah" yang dilemparkan terhadapnya termasuk penyebaran poster bahawa beliau mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS sejak bulan Ramadan lalu.

Katanya, beliau juga dituduh 'lebih PKR dari PAS', 'menjatuhkan Almarhum Hassan Shukri', mahu menjatuhkan presiden', 'mahu menjatuhkan ulama', dan 'tidak wala' dan thiqah' ekoran isu pertembungan di Kota Damansara.

Dalam tulisan di blognya semalam, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat menyifatkan semua tuduhan itu "ada kena mengena" dengan pemilihan muktamar yang dijadual berlangsung pada November ini.

"Dan ada juga kena mengena yang rapat dengan hala-tuju yang ingin dibawa golongan yang ingin ‘menyelamatkan PAS dan menyelamatkan presiden' (kononnya).

"Ada yang tidak senang dengan sikap saya mempertahankan Pakatan Rakyat walau dalam apa jua keadaan. Apa jua yang saya katakan, ia untuk membela dan mempertahankan PR.

PAS Kelantan perlu panggil tokoh lama...

oleh Mohd Sayuti Omar,

Bekas pemimpin dan tokoh Pas Kelantan yang terlibat dalam pembentukkan kerajaan Kelantan tahun 1990 dahulu yang masih ada diminta tampil atau diberikan peranan untuk menenangkan keadaan Pas dan kerajaanya di Kelantan pada masa ini.

Mereka yang mempunyai pengalaman serta ada kepakaran tersendiri bagaimana hendak memastikan kerajaan Pas Kelantan bertahan dalam keadaan ianya dihimpit oleh pihak musuh. Masih ramai pemimpin Pas kebanyakan wakil rakyat di era 90-an dahulu masih sihat dan mampu memberi suntikan perpaduan di kalangan ahli Pas. Mereka juga menjadi benteng kepada kekuatan Tokguru Nik Aziz.

Penampilan mereka adalah penting memandangkan suasana Pas di Kelantan pada masa ini tidak berapa smooth apabila berlaku pertikaian oleh pihak tertentu terhadap kepimpinan Ahmad Yakub serta kritikan kepada beberapa orang Exconya. Demikian juga beberapa polisi dan pendekatan yang diambil nampak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pihak.

Saya merasakan Ahmad Yakub sendiri sebagai seorang yang jujur dan ikhlas memerlukan kerjasama atau bantuan bekas tokoh-tokoh Pas ini. Antara mereka yang boleh disebut ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Hashim Hj Omar, Wan Abdul Rahim Wab Abdullah, Abdul Fatah Haron, Omar Muhammad dan lain-lain.

Biarkan Ordinan Darurat dalam kubur

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Baik dalam Parlimen atau di luar Parlimen ahli ahli Parlimen BN kuat meneriak agar Ordinan Darurat ( EO ) yang telah dimansuhkan dan kini berehat di dalam kubur untuk dihidupkan semula. Alasan mereka hanya dengan EO gejala jenayah berat dapat diselesaikan.

Mantan Ketua Menteri Melaka , Ali Rustam pergi lebih jauh lagi - beliau menyalahkan pemimpin Pakatan Rakyat ( PR ) di atas segala jenayah pembunuhan ala mafia yang berlaku sekarang. Mahathir pula menyatakan Kerajaan BN menggadaikan kebebasan dengan pemansuhan EO.

Mantan Ketua Polis Negara (KPN ), Rahim Noor dan KPN pula mahukan Kerajaan menghidupkan semula EO. Agak lucu juga Rahim Noor bercakap tentang jenayah dalam keadaan beliau sendiri telah gagal memastikan keselamatan orang yang ditahan di lokap polis-tempat yang sepatutnya paling selamat-benar benar selamat. Adakah beliau telah lupa bagaimana beliau sebagai KPN telah mencederakan Anwar Ibrahim di dalam lokap polis. Jika polis melakukan jenayah sudah dikira jijik bagaimana pula jika Ketua Polis yang melakukan jenayah dan jenayah pula dilakukan di dalam lokap polis?

Dr M selamat hayat politik Najib

Oleh M FAQIH

DATO’ Seri Najib Razak masih selamat biarpun prestasi Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008.

Sedangkan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 suara nyaring mahu Dato’ Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi berundur. Paling vokal suara itu turut diteriakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya sekarang mengapa Najib diselamatkan daripada situasi itu. Mengapa tiada pemimpin Umno yang berani menempelak Najib, sedangkan reputasinya jauh lebih teruk.

Tengok nasib MCA sekarang hanya tinggal enam kerusi Parlimen. Sedangkan pada 5 Mei lalu MCA mencuba nasib di 15 kerusi Parlimen. Gerakan pula tinggal kerusi tunggal di Simpang Renggam.

Tengku Anwar ucap terima kasih kepada Azizan


400 skuad khas polis untuk uruskan persepsi, atau jenayah?

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 26, 2013

Cukup-cukuplah dengan PERSEPSI ini.

Apabila orang ramai mengadu secara berterusan tentang jenayah yang berleluasa, lebih setahun lalu Putrajaya mengatakan ia hanyalah PERSEPSI.

Cerita mengenai PERSEPSI ini sekali lagi timbul baru-baru ini, kali ini oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengatakan dua skuad khas terdiri daripada 400 anggota terlatih ditubuhkan bagi menangani jenayah. Mereka akan memberi laporan secara langsung kepada Bukit Aman dan bukan kepada kontinjen polis negeri atau daerah.

"Ia diwujudkan bagi pengurusan persepsi... kononnya polis semua rasuah," kata Ahmad Zahid dalam satu forum pada Sabtu. Perkataan PERSEPSI keluar lagi.

Sudah pasti 400 anggota polis ini diberikan tugas untuk menamatkan festival jenayah di Malaysia. Secara jujurnya Zahid harus bercakap secara terus terang: rasuah berleluasa dalam pasukan polis menyebabkan dua skuad khas itu terpaksa ditubuhkan.

Sidang Dun Kedah sudah tiada live bila Mukhriz memerintah..


Semangat Merdeka bermusim

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
xnuripilot.blogspot.com
Jitra

http://mejakerusi.files.wordpress.com/2010/08/2811733164_0f6d8295b6.jpg

OGOS-September, negara meraikan 'Musim Patriotisme' sempena 'Hari Kemerdekaan' pada 31 Ogos dan 'Hari Malaysia' pada 16 September.

Tahun ini sewajarnyalah Hari Kemerdekaan ke-56 bertemakan 'Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku' setelah negara dikejutkan dengan pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013. Sebanyak 10 wira Pasukan Keselamatan terkorban angkara kedurjanaan Pengganas Kiram.

Mungkin terdapat rakyat, terutama golongan pasca 2 Disember 1989, tidak terlintas di dalam pemikiran mereka bagaimana insiden ini boleh berlaku. Mana mungkin warga negara asing menuntut hak terhadap sebahagian negara Malaysia tercinta ini!

Apakah signifikannya 2 Disember 1989? Sudah pasti tarikh tersebut begitu bermakna kepada warga Pasukan Keselamatan. Pada hari itu, ternoktahlah era insurgensi apabila Parti Komunis Malaya (PKM) menandatangani 'Perjanjian Perdamaian' dengan negara Malaysia dan Thailand di Hatyaai. Dengan itu, perjuangan PKM untuk menjadikan Malaysia sebagai 'Democratic Republic of Malaya' semenjak penubuhan parti itu akhirnya berkubur.

Dulu hangpa kata Azizan dapat maklumat salah sebab tu lingkop KUIN..tapi dok tengok Mukhriz pun 2x5 janie...!!??



Idea asal untuk memulakan program sains kesihatan pun asalnya bermula dari era Dato Sri Mahadzir Khalid menjadi MB. Beliau yang mencadangkan agar program kejururawatan dijalankan di KUIN.

Selepas Tan Sri Ustaz Azizan menjadi Pengerusi ALP KUIN, beliau meneruskan usaha tersebut. Disebabkan kementerian telah memberhentikan pengeluaran lesen utk program kejururawatan, maka kerjasama dengan MAHSA College dijalankankan untuk 'berkongsi' usaha melahirkan jururawat yang boleh menggunakan karier mereka sebagai medium dakwah. Saya turut terlibat dalam bengkel bersama MAHSA untuk mewujudkan usahasama ini.

Apabila mendapati bahawa peranan doktor dan jururawat amat besar dalam dakwah, khususnya kepada pesakit2 yang berdepan dengan isu qada qadar, putus asa, fiqh solat ketika sakit, diambang kematian etc. ALP KUIN berusaha utk mewujudkan program perubatan di KUIN. Selain matlamat dakwah sebagai matlamat utama, Program Perubatan di KUIN turut dirancang sebagai salah satu strategi dalam kerangka menaik taraf KUIN sebagai unversiti penuh.

Nahas bas: Siasatan hampir selesai

NORFARAHAH OTHMAN & NURUL ZAILA MOHD TAHIR

Nahas bas  
Pasukan penyiasat dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (MIRO S) membuat siasatan punca kemalangan pada bas yang dibawa keluar dari gaung di KM3.6 Jalan Genting-Kuala Lumpur.

BENTONG - Siasatan ke atas bas henti-henti yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 3.6 Jalan Genting- Kuala Lumpur Rabu lalu hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan sudah dijalankan di tempat kejadian semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

Katanya, selepas berpuas hati dengan siasatan dijalankan, bas itu akan diserahkan kepada syarikat bas terbabit.

“Bas sudah dibawa ke Bentong dan ditempatkan di tempat khas bagi mengelakkan ia menjadi tumpuan orang awam.

Aduhai Anak-Anak hangpa dok lari dari rumah buat apa...tak kesian ka mak bapak yg besaqkan hangpa..???

Rayu anak gadis segera pulang

Rayu anak gadis segera pulang  
Mohd Fauzi menunjukkan laporan polis dan gambar 
anaknya, Noor Atashsya Nabila yang hilang.

SUNGAI PETANI - “Adik selalu tanya, mana kakak (Noor Atashsya Nabila, 15) kerana sudah tiga hari tidak pulang." Demikian rintihan seorang bapa, Mohd Fauzi Mat Hassan, 42, dari Bandar Amanjaya, Sungai Petani yang merayu supaya anak sulung dari empat beradik itu segera pulang ke rumah kerana seluruh ahli keluarga terlalu sayangkannya.

Pesara tentera itu berkata, anak keduanya, Nur Quratul Aini, 4, terlalu rapat dengan kakaknya, sering mencari Noor Atashsya sejak dia tiada.

“Saya juga bimbang dengan kesihatan anak kedua yang terlalu rindu kepada kakak sulung sehingga boleh menyebabkannya jatuh sakit,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain Nur Quratul Aini, Noor Atashsya turut mempunyai sepasang adik lelaki kembar berusia enam bulan yang cukup disayanginya.

Rakyat perlu bersatu perangi Syiah - Tunku Annuar

Tunku Annuar Sultan Badlishah (duduk tengah) dan Mukhriz Tun Mahathir (duduk, tiga kiri), Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (duduk, dua kiri) serta Md. Rozai Safian (duduk, kiri) bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah selepas Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-13 di Wisma Darulaman, Alor Setar, semalam. - utusan/Safrizal Azmi

ALOR SETAR 25 Ogos - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah menyeru semua pihak bersatu menangani penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tunku Annuar turut berharap perkara itu tidak dipolitikkan kerana semua pihak bertanggungjawab menanganinya dan perbalahan berhubung perkara tersebut tidak harus timbul kerana sudah disepakati secara bersama.

"Kerajaan perlu bertegas menangani penularan ajaran tersebut yang turut ditolak Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mengamalkan ajaran ASWJ selain daripada ajaran ini yang bercanggah dengan hukum syarak adalah dilarang.

Antara Simbol 4 Jari dengan Nasik Lemak telor Mata..mana yang patut kita boikot..???


Ramai yg tidak sedar bahawa NASI LEMAK TELUR MATA yg femes sebagai menu sarapan kita sebenarnya merupakan agenda yahudi + freemason + illuminati.

Kerana apa? Lihat sendiri :

● Telur mata itu membentuk seperti satu mata atau "all-seeing eye" yg merupaka simbol freemason.

● Nasi lemak itu sengaja dibentukkan seperti piramif yg juga menjadi simbol freemason dan illuminati.

● kacang goreng yg berwarna kemerah2an itu merupakan simbol red bean army

● sambal yg seakan2 warna darah itu merujuk kepada "blood brotherhood" yg menjadi asas kesatuan freemason.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...