TERKINI :

Sunday, August 25, 2013

Jika macam nie la kelaku Rakyat, BN & PR...Tidak tahu bila perubahan sebenar boleh berlaku....???

oleh Aspan Alias

Pemimpin yang sebenar dan yang 'natural', tidak akan bermatlamatkan untuk mengekalkan nama atau legasi mereka. Pemimpin seperti ini akan melaksanakan tanggungjawabnya secara jujur dan tidak akan melakukan sesuatu untuk legasinya sendiri. Legasinya akan dengan sendirinya wujud secara natural. Pemimpin seperti ini mempunyai sahsiah yang tinggi dan tidak akan mempunyai kesanggupan untuk menjatuhkan keunggulan negara dan rakyatnya serta nama buruk bagi nya selepas persaraan.

Pemimpin yang unggul bagi sesebuah negara itu tidak akan membenarkan dirinya di pengaruhi oleh unsur untuk kepentingan peribadi dan keluarganya. Pemimpin yang mempunyai unsur kepentingan peribadi yang tinggi ia akan membawa negara kekancah perpecahan kerana setiap keputusannya tidak akan lagi keputusan yang betul dan tepat.

Selalunya pemimpin seperti ini adalah seorang yang ‘gentleman’ dan mempunyai etika yang tinggi. Pemimpin yang beretika itu tidak perlu bertindak atau tidak bertindak kerana takutkan kepada undang-undang kerana pemimpin yang beretika yang tinggi itu tidak akan mudah melanggar undang-undang. Etika yang tinggi itu dengan sendirinya mengelak mereka dari terlanggar undang-undang itu. Mereka seperti ini mempunyai maruah dan mempunyai sikap malu terutamanya kepada rakyat yang dipimpinnya itu.

Siang tadi ja aku sound SPR buat Undang-Undang cam harta mak bapak depa.. Malam nie dah kena tegoq dah..!!!

SPR patut panggil parti politik bincang

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
 Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - PR mahu Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) memanggil semua parti politik untuk berbincang mengenai sebarang perubahan dalam undang-undang pilihan raya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, perbincangan itu penting bagi menyalurkan pandangan masing-masing.

“SPR perlu maklumkan dahulu pada parti-parti politik sebelum mereka buat apa-apa keputusan.

“Setakat ini, kita tak nampak lagi, apakah bentuk ataupun draf rang undang-undang itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha SPR itu, beliau akui masih terlalu awal untuk pihaknya menyokong atau menolak undang-undang tersebut.

“Terlalu awal untuk kita menyokong atau menolak undang-undang itu. Sebab itu penting untuk kita tahu apa kandungannya.

Kejadian Mencuri ala 'DIE HARD 2013' berlaku siang tadi di KL...

Lari dari ditahan, langgar 15 kenderaan

Kenderaan dinaiki suspek sarat dengan hasil barangan samun  berjaya dipintas polis di terowong SmartLari dari ditahan, langgar 15 kenderaan 
Kenderaan dinaiki suspek sarat dengan hasil barangan 
samun berjaya dipintas polis di terowong Smart.

SERDANG – Dua individu yang dipercayai baru selesai memecah dan mencuri barangan dari  sebuah kereta di Bandar Kinrara 5 nekad melanggar hampir 15 kenderaan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, petang tadi.

Dalam aksi kejar mengejar selama sejam dari Bandar Kinrara hingga ke Kuala Lumpur itu, kedua-dua berusia lingkungan 20-an akhirnya berjaya diberkas selepas kereta dinaiki merempuh pembahagi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung kes pecah sebuah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan komersil di Bandar Kinrara kira-kira jam 1.50 tengahari.

Hargai nyawa, Jangan kejar masa, Jika dah mati apa pun dah tak guna..!!!


 JANGAN BIARKAN ANAK ANDA MENZIARAH PUSARA ANDA SEBEGINI!!!

SETIAP kali tibanya musim perayaan atau cuti sekolah, perkara utama yang sering menimbulkan kebimbangan pemimpin negara adalah angka kemalangan yang direkodkan sama ada mengorbankan nyawa atau kerosakan harta benda.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sebenarnya menjadi faktor utama berlakunya masalah ini walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan.

Hal ini merupakan perkara yang menyedihkan apabila rakyat Malaysia yang terkenal dengan kekayaan budi bahasa dan kesopanan hilang budi bahasa apabila berada di jalan raya.

Kemungkinan juga faktor lain yang menjadi punca keselamatan di jalan raya terjejas adalah infrastruktur jalan raya yang kurang baik di sesetengah tempat seperti jalan berlopak dan keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik. Namun perkara seperti ini boleh dielakkan sekiranya pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan berhati-hati.

Apabila MELAYU pakat ketawa ketika tengok Budak Namawee KENCING ORANG MELAYU..!!

Melayu kena kencing - Siti Jarum

https://sphotos-a-ord.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/p480x480/600767_516947958384882_288136403_n.jpg

Beberapa hari lalu Siti menerima beberapa e-mel daripada pembaca yang mendakwa budak Cina, Namawee buat hal lagi.

Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.

Semasa adegan ini, menurut pembaca yang menghantar e-mel kepada Siti, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.

Ada orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

Surat terbuka kepada pemandu bas ekspres

Muhamad Azan Bin Safar,

Saya mulakan tulisan ini dengan merakamkan jutaan penghargaan saya kepada seluruh pemandu bas di tanah air kita yang rela berkorban masa dan tenaga mereka demi menghubungkan jutaan rakyat Malaysia ke mana-mana destinasi yang dituju. Saya juga masih berfikir tentang betapa besarnya pengorbanan mereka yang kerap meninggalkan keluarga di rumah demi mencari rezeki dan sesuap nasi bukan hanya untuk diri sendiri tetapi isteri dan anak-anak di rumah.

Umum mengetahui hari perayaan yang akan menjelang tiba, kesibukan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman pasti akan menjadikan pemandu bas untuk bekerja lebih masa daripada waktu kebiasaan sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengisi masa separuh hari dalam kehidupannya hanya di dalam bas sahaja. Namun para pemandu tetap menawarkan khidmat terbaiknya kepada para pelanggan agar sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jutaan rakyat Malaysia yang mendapatkan khidmat mereka harus menghargainya.

Namun ada kegusaran yang bermain di hati saya selama hampir 10 tahun menjadi pelanggan kepada banyak syarikat bas ekspres, iaitu sifat sebahagian para pemandunya yang dilihat agak tidak cakna dengan waktu solat yang sedang berlalu khususnya waktu Subuh yang tiada istilah jamak baginya. Kesungguhan mereka untuk sampai cepat ke akhir destinasi dengan pengabaian terhadap waktu solat yang sekejap itu sedikit sebanyak merisaukan pelanggan muslim yang saya yakin mereka adalah majoriti dalam menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Adakah untuk ambik hati orang cina maka DBKL buat Projek RM12 juta untuk bina hab makanan di Bukit Bintang

Utusan pertikai projek 12 juta hab makanan Cina di Kuala Lumpur
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek hab makanan Cina Bukit Bintang. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.
Datuk Bandar KL, Phesal Talib dikritik Utusan Malaysia kerana projek 
hab makanan Cina Bukit Bintang. - Gambar The Malaysian Insider 
oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melalui kolumnisnya Awang Selamat meneruskan serangan terhadap masyarakat Cina selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13), kali ini dengan mempertikai hak kaum Cina untuk mendapat keistimewaan dan bantuan pihak kerajaan.

Utusan melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengecam kaum Cina dengan mempertikai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina hab makanan Cina betaraf antarabangsa di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep berkenaan di ibu negara.

Punca Rakyat Dingin Kibar Jalur Gemilang?


Hilang sokongan punca rakyat dingin kibar jalur gemilang

bendera

SHAH ALAM, 19 OGOS: Kegagalan kerajaan menyediakan peluang ekonomi yang baik selain majoroti rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada menjadi kayu pengukur hilangnya minat rakyat untuk mengibar jalur gemilang disaat menjelang hari kemerdekaan hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata perkara ini berlaku apabila pemimpin yang menjadi pemerintah tidak menghiraukan kebuntuan rakyat terhadap ekonomi dan keadaan hidup yang menekan.

Menurut Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) berkata sikap kerajan yang mempolitikkan segala isu menyebabkan rakyat muak dan menolak Umno/BN.

“Rakyat telah menolak kerajaan minoriti BN selain sejarah yang di momokkan kepada rakyat semuanya berkisar kepada sejarah perjuangan pemimpin Umno dan bukannya sejarah pejuang kemerdekaan negara.

Tiru Israel: Tiada PM sehebat Najib, kata Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 25 Ogs 2013 [HD]

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan "rasa kagum" dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan "Endless Possibilities".

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

"Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.

"Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel," katanya sinis.

Agus pelik ada penyokong PAS KELANTAN yang taksub sampai tahap histeria...!!!

Mohammad Agus Yusoff

http://3.bp.blogspot.com/-Kk60I3uLQQE/Twvb3Xg8HeI/AAAAAAAAA10/_J7lVAKGxpg/s320/Pas-Kelantan-300x202.jpg
Politik ini bukan ilmu matematik. Politik tidak ada jawapan betul atau salah kerana ia penuh dengan interpretasi dan persepsi. Maka, jika ada perbezaan interpretasi raikanlah, apa lagi jika perbezaan itu untuk kebaikan rakyat dan negara.

Saya pelik apabila teguran saya kepada kerajaan negeri telah menyebabkan sesetengah penyokongnya menjadi histeria. Histerianya di tahap luar biasa sehingga boleh membuatkan rakyat menjauhi PAS, jikapun tidak muak atau membenci PAS.

Saya tegur kerajaan negeri untuk kemajuan negeri dan rakyatnya. Dan apabila ada orang yang taksub ini tidak faham, maka saya pelik. Orang seperti inilah yang menjadi penyokong yang membawa rebah.

Soal pertemuan saya dengan TMB sudah selesai. Saya bersetuju untuk jumpa dan beliau juga sudah maklum hal ini. In Sha Allah pertemuan itu akan saya laksanakan secepatnya. Tunggulah pengumuman yang saya akan buat nanti.

Baguih punya SPR buat UNDANG-UNDANG - Kumpul sama geng dia lepas tu pikiaq bagi untung depa..!!!

SPR mungkin perkenal undang-undang baru
Ahmad Fadli KC
12:40PM Ogos 25 2013

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu mungkin akan memperkenalkan undang-undang baru berkenaan daftar pemilih.

Beliau berkata ia merupakan antara hasil perbincangan bersama kakitangan SPR dalam pemukiman selama seminggu di Shah Alam minggu lalu.

Dalam pemukiman itu, warga SPR meneliti kelemahan yang wujud dalam undang-udang berhubung daftar pemilih, dan akan mengusulkan beberapa pindaan.

"Jika terlalu banyak pindaan perlu dilakukan, adalah lebih baik satu undang-undang baru pendaftaran pemilih diperkenalkan," katanya.

Shbery Cheek dah kurang waras sampai nak wujudkan undang-undang wajib kibar bendera..!!

Zaid: Shabery politikkan isu patriotisme
Nigel Aw


Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mewujudkan undang-undang mewajibkan Jalur Gemilang dikibar sewaktu bulan Kemerdekaan, sebagai mempolitikkan isu patriotisme.

"Di Amerika Syarikat pada tahun 1970, semua orang membantah perang Vietnam dan membakar bendera negara mereka sendiri dan juga gambar presidennya.

Di sini, rakyatnya taat setia tetapi kerana mereka mahu mempolitikkannya, maka mereka melabelkan satu kumpulan sebagai tidak taat setia dan entah bagaimana, jika mereka mengibarkan bendera itu, maka mereka menjadi orang yang taat setia," kata Zaid (kiri) di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ke-7.

Tambahnya, jika dengan hanya mengibarkan bendera maka ia akan membuat seseorang lebih setia, maka kerajaan tentunya telah melakukannya lama dahulu.

Zaid, yang menjawab soalan daripada pelajar, berkata, selain 'patriotisme policing', beliau juga tidak bersetuju dengan 'moral policing'.

Rakyat Bangladesh didahulukan, pekerja Bangla diutamakan

Truper Malaya,

Langkah kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh adalah amat dikesali. Sudah banyak kali kerajaan tunduk kepada majikan dan pihak lain berkepentingan. Sering kali juga kerajaan memberi berita gembira kepada menteri dari Bangladesh yang datang melawat.

Adakah kita sebegitu lemah hingga mudah tunduk kepada desakan negara Bangladesh yang sememangnya ingin seberapa ramai rakyat mereka meraih faedah ekonomi di sini?

Sebelum ini kerajaan meringankan pelaksanaan skim gaji minimum walaupun tujuan asalnya ialah menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan. 1.4 juta pekerja asing baru adalah satu jumlah yang sangat besar menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia.

Bilangan 1.4 juta ini pekerja baru ini jika ditambah dengan jumlah hampir 2 juta pekerja asing sah dan 1 juta pekerja asing yang bekerja secara haram sudah melebihi angka 4 juta orang.

Ada beratus-ratus barang keperluan asas hanya 40 sahaja yang tak kena cukai GST.....Tahniah 1Malaysia..!!!

40 barang keperluan asas dikecualikan cukai jika GST dilaksanakan - Bernama

40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni (kanan). Gambar fail.
40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni (kanan). Gambar fail.

40 barang akan dikecualikan jika GST dilaksana, kata Husni (kanan). Gambar fail.Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan danperkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Beliau berkata kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan, dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Kita sedang berbincang dengan NGO dan syarikat korporat sebelum keputusan mengenai GST diputuskan bagi mengambil kira kesejahteraan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Kampung Kuang Hilir, di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata GST bukan cukai baru yang akan diperkenalkan, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

PEGUAM NEGARA kata EO tak berjaya pun mengekang jenayah.. Polis dan Zahid hanya ketagih sahaja..!!

EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.

"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.

Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.

Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.

Dah ada KUIN di K.Ketil 'galak' dok transfer balik Mergong.. selepas tu student pulak kena charge yuran lebih..!!

 

ADUAN DARI PELAJAR PENGAJIAN ISLAM.

berkaitan yuran jam kredit yang tinggi berbanding senior mereka, jawapan yang mereka perolehi dari pentdbiran, mereka perlu menanggung kos renovation banggunan di mergong, padahal yang mereka perolehi hanya bilik kulliyyah yang sempit.

hasil perbandingan yang telah admin lakukan, admin melihat bukan sahaja yuran mereka di naikkan tetapi juga yuran 1 jam kredit mereka tidak sekata...

BERAPAKAH HARGA SEBENAR 1 JAM KREDIT ???

Ketua Pemuda PAS sudah baca hadis dah jangan gila kuasa...

oleh Al-Hilam

http://2.bp.blogspot.com/-5-8CKmYpCo4/UKUalfU2bZI/AAAAAAAAFZw/w-Oztkc35Fc/s640/nasarudin+tantawi.jpg
He He He.. Ketua Pemuda PAS sudah baca hadis dah jangan gila kuasa... Hallo YB takan dah kecut dah kot orang nak tanding jawatan ketua pemuda tuu.. Sejak bila jawatan dalam PAS tak boleh ada orang nak menawar diri untuk merebut jawatan.. Jika macam nie kelaku YB pun dah nak sama dengan UMNO dah seperti hendak pegang jawatan atau hedak warisi jawatan kepada suku sakat YB sahaja....

Ingat PAS itu FOR ALL.... ada ramai ahli di bawah dan ada pelbagai juga ahli dibawah.. cubalah berlapang dada sesiapa pun nak mintak jawatan tu biarlah kawasan yang menentukan kerana tak ada sesiapa pun dapat naik jadi ketua atau berjawatan dalam PAS jika tiada pencalonan dari bawah melainkan secara yang mendapat jawatan secara lantikan oleh kepimpinan tertinggi PAS...

Pemikiran luar tabie Ustaz Fathul Bari



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sokongan yang diberikan oleh beberapa negara Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa tidak semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.

“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.

Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa. Kadangkala cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang jahil.

Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa. Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.

Pernah kehilangan dompet?

oleh Muhammad Sanusi Md Nor,

Opsss Ini bukan CAMEL.. ini LEVIS...
Aku ada dompet lama yang masih dipakai hingga sekarang. Dompet yang sudah hilang warnanya ini berjenama Camel - lebih banyak warna hitam, bertompok-tompok, walaupun warna asalnya ialah coklat cerah, mungkin kulit lembu dari Argentina atau Australia. Beberapa poketnya sudah koyak. Penarik zipnya sudah putus, semuanya ternganga saja bila dibuka. Tapi ia serasi dengan poket belakang seluar aku.

Nilainya RM99.00 waktu ia dibeli tahun 2005, di beli di Langkawi. Beberapa kali dompet ini tersalah letak. Puas mencari menyelongkar, berhenti mengingat, mencari lagi. Puas bertanya anak isteri di rumah, tanya kawan-kawan yang bermusafir bersama atau satu pejabat.

Kata mak mertua, kalau dada berdebar kencang, dompet itu betul-betul hilang. Kalau cari tak jumpa-jumpa, tapi dada tak berdebar, dompet tu tak hilang, hanya salah letak. Cari lagi! Katanya.

Dok main stail tembak rambang la pulak..!!!

6 lelaki cedera terkena tembakan rambang

ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang cedera ditembak di rusuk kanan.

NIBONG TEBAL - Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kopitiam di Taman Kasawari, Simpang Ampat dekat sini cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara rambang malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, enam mangsa yang berusia 30 hingga 50 tahun itu cedera di badan, rusuk dan punggung selain luka di kaki dipercayai terkena serpihan peluru.

NIe baru semangat rakyat dengaq semua sama-sama berganding bahu lawan 'orang jahat' bukannya 'orang politik'..!!

Skuad Bukit Aman turun operasi

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/POLIS.jpg
PETALING JAYA - Dua skuad khas dengan kekuatan masing-masing seramai 200 anggota dan pegawai ditubuhkan polis Bukit Aman untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, skuad terlatih diketuai Komisioner Polis itu telah memulakan operasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.

Muda-muda lagi hidup dah jadi penyamun..apa nak jadi la dengan hangpa nie..???

Geng anak toyol kena cekup

Geng anak toyol kena cekup  
Suspek yang ditahan dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.

KULIM - Tiga suspek terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah yang sering berlaku di kawasan kampung dan taman perumahan di sini akhirnya ditahan Polis dari Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim (IPD).

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis telah membuat pemantauan sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan terhadap suspek awal pagi kelmarin.

“Kumpulan ini lebih dikenali dengan nama geng anak toyol dan bergerak aktif melakukan jenayah itu bermula jam 11 malam hingga 4 pagi. Polis telah mendapat maklumat lengkap tentang suspek sejak seminggu lalu dan membuat serbuan terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.

Perhimpunan Staf IHSB & Anak-anak Syarikat IHSB untuk serah memorandum kepada YAB MB Kedah esok di Depan Wisma D.A

Penyerahan Memorandum Tuntutan Gaji & Kebajikan Staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB kepada YAB Menteri Besar Kedah 

(Untuk sebaran & sokongan. Berikut adalah email lanjutan penyerahan memorandum staff IHSB yang teraniaya kepada YAB Menteri Besar Kedah. Semoga cara ini akan mendapat perhatian yang sepatutnya dari beliau dan orang ramai yang prihatin.)

Salam YBhg. Dato' / Prof / Prof Madya / Dr / Tuan /Puan,

Segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan Persidangan ADUN Negeri Kedah akan bermula pada Isnin, 26 Ogos 2013 ini di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Jawatankuasa Bertindak bagi kebajikan staf Insaniah Holdings Sdn. Bhd. bercadang untuk menyerahkan Memorandum Tuntutan Gaji & Kebajikan Staf Insaniah Holdings & anak-anak syarikat IHSB kepada YAB Menteri Besar Kedah pada pagi 26 Ogos sebelum ADUN mula bersidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...