TERKINI :

Saturday, August 24, 2013

Benarkah Kerajaan PAS Kelantan wujudkan Timb EXCO dengan elaun tambahan RM1500..???

Perlantikan Timbalan Exco Songsang?

CERITA SABTU                                                                                   

Minggu lepas telah berlangsung majlis angkat sumpah 10 orang Adun yang dilantik menjadi timbalan Exco kerajaan Kelantan. Rasanya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan jawatan timbalan Exco. Jawatan timbalan Exco ini tidak mempunyai kuasa dan hak bagi mengganti Exco melainkan hanya membantu tugas-tugas Exco diluar 'kerasmian'.

Ahmad Yacub
Ertinya mereka tidak boleh mengganti Exco dalam apa-apa urusan rasmi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga tidak boleh menjawab soalan sebagai ganti Exco yang tidak ada dalam Dewan. Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

Sebelum diulas mengenai perlantikan Exco dan majlis angkat sumpah di hadapan MB. Ahmad Yakub itu, suka dijelaskan mengenai sejarah atau pun kenapa jawatan Exco ini diwujudkan. Dari kaca mata umum atau secara helah politiknya ia adalah untuk membantu Exco yang kononnya banyak tugas dan urusan.

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah. Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara," demikian ucapan bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan perwujudan jawatan timbalan Exco dipetik.

Alasan itu adalah retorika politik. Hakikat sebenarnya ialah untuk memberi elaun tambahan kepada wakil-wakil rakyat khasnya yang dilantik menjadi timbalan Exco itu. Kalau tidak silap mereka diberi elaun sebanyak RM1,500 sebulan. Denagn wang tambahan itu dapatlah timbalan Exco itu membiayai projek didalam kawasannya bagi menghadapi pilihan raya.

[LIVE] Piala Malaysia : Kedah Vs Perak (Std. Darulaman Alor Setar)


:: KLIK PLAY ::

SIARAN LANGSUNG DIBAWA OLEH KFATV

[ADV : Cristiano Ronaldo Top 5 Goals | MyTV HD ]

Senarai hampasss pimpinan UMNO yang ahlinya buat-buat tak nampak..!!!

Harap ahli cepat lupa


Pemilihan sudah dekat dan masa begnilah orang UMNO paling terer dalam bab berkempen. Dalam pilihanraya umum, hampassss...

Hujah stail lama. Isi kandung yang basi. Debat tak mahu. Ceramah takut orang tak datang. Risalah, poster, kain pampang dan banner tak menyampaikan mesej yang tepat. Asyik umum ini dan umum itu.

Bilik gerakan hanya untuk makan minum dan sembang-sembang. Pasal kebanyakkan kerja out source supaya calun saja yang kejar sana ke mari jumpa dan salam ribu-ribu orang sampai tangan nak tercabut.

Bila bab pemilihan UMNO, sinilah masing-masing tip top. Berkempen hingga ahli boleh terlupa segala dosa dan noda masing-masing dalam perkiraan untuk undi. Kempen masa raya inilah masa untuk pastikan ahli yang akan undi lupa.

Apabila Datuk Mahfuz Omar berbahas pasal 'budaya' dalam parlimen..!!

Pertemuan budaya Mahfuz dan Paksi - Dinsman
August 24, 2013

http://www.malaysiaedition.net/wp-content/uploads/2013/04/mahfuz-omar.jpg
Tak tahulah bagaimana ceritanya hingga Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena (Kedah) boleh berbahas mengenai budaya dalam Parlimen pada 15 Julai. Itu sesuatu yang jarang-jarang sekali diangkat sebagai bahan perbahasan di Parlimen oleh ahli-ahli Yang Berhormat kita, baik di pihak kerajaan apatah lagi di pihak pembangkang.

Dan yang diangkat oleh Mahfuz pada 15 Julai itu pula bukanlah suatu perbahasan biasa. Ia menyentuh soal budaya sebagai suatu kuasa dunia. “Tidak cukup jika kerajaan sekadar berbangga mahu mewujudkan Malaysia sebagai negara yang berbudaya, tetapi gagal mengangkat negara selama ini sebagai kuasa budaya dunia.” Demikian dia dilaporkan berhujah.

Dan katanya lagi, “untuk memulihkan ekonomi yang merudum mungkin agak sukar, tetapi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menguasai budaya agak mudah, kerana negara ini merupakan sebuah negara yang terkumpul tamadun besar dunia di dalamnya.” Maka dia mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu institut yang dinamakan ‘Institut Diplomasi Budaya’, bertujuan untuk “mewujudkan perpaduan masyarakat serta pembinaan tamadun daripada pelbagai aspek bangsa dan budaya.”

Antara yang Juara dan kecundang dalam kes Altantuya


 
Kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Sharibuu lebih berliku-liku berbanding menaiki ke Cameron Highlands. Terbaru, dua anggota polis (gambar) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dibebaskan dari dakwaan pembunuhan itu pada Jumaat. The Malaysian Insider melihat pihak yang tercalar reputasinya dan siapa pula yang lepas bebas.

Kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Sharibuu lebih berliku-liku berbanding menaiki ke Cameron Highlands. Terbaru, dua anggota polis (gambar) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dibebaskan dari dakwaan pembunuhan itu pada Jumaat. The Malaysian Insider melihat pihak yang tercalar reputasinya dan siapa pula yang lepas bebas.

KECUNDANG

* Malaysia

Kita tahu namanya dan anak-anak beliau turut merindukannya. Kita tahu pada 2006, beliau datang ke Malaysia untuk menuntut $AS500,000 daripada Abdul Razak Baginda yang pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau telah dituduh membuat kacau dan didapati hilang yang kemudiannya telah dibunuh. Kita tahu butiran imigresennya telah dimusnahkan menjadikan beliau tiada bukti datang ke Malaysia. Kita juga tahu tiada pihak yang dapat membuktikan beliau masih hidup.

[PANAS] Anak Timb Pengarah Kastam dedah punca kenapa bapanya ditembak dan kelembapan siasatan kes ini..!!

Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Beranikah Perwakilan memberi peluang kepada bukan ulama untuk memegang jawatan 5 kerusi tertinggi dalam PAS..?

TUKAR PEMIMPIN: Perwakilan muktamar perlu berani untuk memberi peluang kepada bukan ulama' untuk menduduki lima kerusi tertinggi dalam jawatankuasa PAS Pusat.

Itu bukan suatu kesalahan dari sudut moral atau peraturan.

Ketika ahli PAS sudah pun tahu prestasi ulama' semenjak sekian lama mereka memimpin PAS, apa salahnya ahli PAS mengambil kesempatan untuk memberi peluang dan menilai prestasi bukan ulama' pula untuk memimpin PAS.

Jika Dr Agus menilai kerajaan Kelantan selepas 100 hari, ahli PAS sudah menilai pretasi ulama' melebihi 100 bulan.

Apa kata, beri peluang kepada bukan ulama' dan pada hari ke 101 mereka memimpin PAS, ahli PAS suarakan penilaian mereka? Adilkan?

Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India


Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India.

Hari ini di Forum Pencegahan Jenayah, Hadi berkata senarai polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali sehingga 30 Julai menunjukkan 71 peratus adalah kaum India, 23 peratus Cina dan hanya bawah lima peratus Melayu.

Dalam pembentangannya, beliau berkata kumpulan India telah menggunakan selatan Thailand.

Tazkirah Untuk Ustaz UMNO, PAS, DAP, MCA, PKR dan sewaktu dengannya...!!

nukilan Faisal Hamdi

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/07/Tentera-Mesir.jpg
"Wahai ustaz, saya terlihat ada seorang ibu dibunuh, seorang ayah disembelih, seorang gadis dirogol, semuanya berlaku di hadapan mata saya ustaz. Apa yang patut saya buat sekarang?"

"Baliklah ke rumah, taat dan jangan melawan...."

"Tapi ustaz....."

Satu Sejarah : Korban di Genting & Pembebasan Suspek Pembunuh Altantuya

RENUNGAN

Malaysia mencatat dua sejarah dalam tempoh tidak sampai 73 jam. Iya walaupun ia menggeri, menyedih dan menyesalkan ia adalah sejarah kerana ia peristiwa. Dua peritiwa dimaksudkan itulah tregedi bas Genting jatuh ke gaung sedalam 60 meter menyebabkan 37 orang maut. Menakala peristiwa kedua ialah pembebasan dua bekas anggota UTK Cik Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari disabitan membunuh model Mongolia, Altantuya.

Persitiwa bas jatuh gaung berlaku kelmarin di selekoh km 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur. Kejadian itu menggemparkan negara dan merupakan kemalangan terburuk di negara ini. Semua orang memberi perhatian atas kejadian itu dengan pelbagai rasa dan perasaan.

Manakala sejarah kedua pula dicatat hari ini apabila Mahkamah Rayuan yang dianggota tiga orang Hakim; Mohamad Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimu Tuan Mat menerima rayuan mereka berdua yang disabit kesalahan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pembebasan kedua mereka itu disambut dengan air mata oleh setengah orang, dan terima dengan rasa penuh kekagetan dan kehairanan misterius.

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuanKUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.

"Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kuin Oh Kuin : Kini Semuanya Bukan PANDIR lagi tapi sudah jadi KADOK....

Saya terlibat secara langsung dalam merangka kurikulum perubatan KUIN. Template asal diambil dari UIA dan dipinda dengan menambah dan membuang mana mana bahagian dengan tujuan menjadikan kurikulum ini selaras dengan falsafah pendidikan KUIN. KUIN beli template ini dari UIA. Lebih kurang sama dengan harga sebiji Myvi.

Antaranya sabjek yang ditambah ialah Islamic Revealed Knowledge (IRK) iaitu tajuk yang menyentuh konsep dan panduan perubatan dalam islam. Tujuan IRK ini ialah untuk mengembalikan hak perubatan moden ini balik kepada orang Islam. Ramai yang tidak tahu bahawa perubatan moden ini asasnya dibina oleh orang islam. 

Tokok perubatan dan sains islam seperti Ibn Sina, Ibn Rush, dll telah menulis buku teks islam yang kemudiannya menjadi rujukan dan asas kepada perubatan moden dibarat. Perubatan inilah yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh orang barat dengan diberi jenama baru iaitu allopathy medicine. Waktu itu tamaddun Islam terencat kerana umatnya sibuk bergaduh sesama sendiri.

Mesir dan projek pembodohan

Hishamuddin Rais

Saya telah menggarap empat tulisan mengenai Mesir. Selain dari keinginan saya untuk membawa pencerahan saya juga turut sama "bertamarod". Tamarod membawa makna berontak/melawan. Saya garap tulisan itu agar kita dapat bersama merayakan garis politik jalan raya yang dibawa oleh anak-anak muda di Mesir.

Tamarod kini bukan hanya di Mesir, bukan hanya di Turki, bukan hanya di Brazil. Kini tamarod sedang merebak ke seluruh dunia. Kita telah membaca bagaimana tamarod di Brazil telah berjaya mengagalkan kenaikan harga tiket bas. Kita telah melihat bagaimana tamarod di Istanbul telah menjadikan Edorgan tempang dalam cita-citanya untuk menjadi presiden Turki.

Demonstrasi jalan raya kini telah menjadi satu budaya politik dunia. Dalam dunia pasca moden hari ini jalan raya adalah tempat pertempuran politik untuk menuntut keadilan, menuntut hak dan melawan kezaliman. Jika tahun enam puluhan anak muda telah bergerila di hutan, bergerila di padang pasir dan bergerila dalam bandar, kini metod politik pasca moden telah berubah. Anak muda kini turun ke jalan raya.

Jangan nanti SADA penaik bil ayaq untuk tampung kos buat menara pulak..!!

Menara Sada dijangka siap 2016

Menara Sada dijangka siap 2016 
 Adzmi (berdiri) beramah mesra bersama tetamu yang hadir, semalam.

ALOR SETAR - Pembinaan menara Syarikat Air Darul Aman (Sada) setinggi 15 tingkat dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sada, Datuk Adzmi Din berkata, kerja-kerja ke arah pembinaan itu telah pun mula dilaksanakan pada bulan April lalu.

Beliau berkata, untuk sementara waktu, sebarang operasi melibatkan Sada akan dilakukan di bangunan Wisma Negeri serta Bangunan Sultan Abdul Halim.

“Kerja-kerja pembinaan telah pun bermula pada tahun ini dan kita sasarkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada sidang media semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri Sada di dataran perkarangan Masjid Zahir, semalam.

Menurutnya, kos pembinaan menara baru Sada dan menaik taraf bangunan lama dianggarkan sebanyak RM65 juta.

Tahniah Polis - 3 Penjenayah di tahan dalam 'Ops Cantas'

3 ditahan hari pertama Ops Cantas
IPOH - Hari pertama Ops Cantas di sini menyaksikan kejadian berbalas tembakan dipercayai melibatkan empat penjenayah di Taman Syukur, Bercham, dekat sini kira-kira jam 11 mlm tadi.

Difahamkan tiga lelaki berjaya ditahan pihak polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri dengan menyorok di salah sebuah rumah penduduk di Lorong Medan Bercham Selatan 4.

Sehingga jam 12.15 malam, pihak polis masih cuba mengesan penjenayah terbabit yang dipercayai mempunyai senjata api.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...