Khairul Naim Rafidi,
Saya begitu tertarik apabila ramai yang “melabon” tentang kisah-kisah 'penipuan' dan lakonan citrawarna SPR. Tidak kira sebelum dan selepas PRU, SPR sering menjadi subjek kepada kemarahan banyak pihak yang mengkritik kebebasan badan tersebut.
Antara isu yang menjadi perdebatan hangat adalah berkenaan dengan pemilihan anggota suruhanjaya itu sendiri.
Dalam hal ini saya sarankan kita selak kembali helaian undang-undang tertinggi Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara 114(1) memetik :
“Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain.”
Jelas dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa tujuh individu tersebut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat (consultation) daripada Majlis Raja-Raja.