TERKINI :

Wednesday, August 21, 2013

Peguam KASE gelihati dengan saranan KPN untuk blacklist lesen memandu pesalah yang enggan jelas saman..!!

JENAKA KETUA POLIS NEGARA


Utusan Online 21 Ogos 2013 melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata seramai 1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana enggan menjelaskan tunggakan saman bakal berdepan tindakan lesen memandu mereka dibatalkan. Tindakan tersebut katanya akan dilaksanakan dalam masa terdekat ekoran peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Op Selamat III.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] gelihati dengan kenyataan tersebut. KASE memohon jasa baik Kamar Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang PDRM agar menasihati Ketua Polis Negara [KPN] berkaitan bidangkuasa PDRM sebelum membuat sebarang kenyataan agar tidak menjadi bahan ketawa dunia yang akhirnya akan menjatuhkan maruah pasukan Polis.

[GAMBAR] Kemalangan Bas Jatuh Gaung Melibatkan 49 Mangsa

Kemalangan Bas Jatuh Gaung Melibatkan 49 Mangsa

21 Ogos 2013 - Kemalangan di alamat KM3 Lebuhraya Karak melibatkan sebuah bas telah terjatuh gaung sedalam 40 meter. Kejadian berlaku kira-kira 2.48 petang tadi (terima panggilan). Laporan selanjutnya akan dikemaskini dari masa ke semasa.

& JBPM Negeri Selangor 

Kalau dengar nasihat Dr M, UMNO itu pelindung Melayu, dunia akhirat

oleh Aspan Alias

http://2.bp.blogspot.com/-VKWF5JQxHrw/TkQCKdUV0RI/AAAAAAAAAK8/-sNE4HYtgVM/s1600/Mahathir-UMNO.jpg
Desakan dari setengah pihak dalam UMNO untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO supaya tidak ditandingi bertambah nyaring. Walaupun perlembagaan memperuntukan sesiapa boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi ada pihak yang tidak mahu diadakan pertandingan itu kerana ditakuti akan memecah belahkan parti.

Tidak ada siapa yang boleh melakukan apa-apa kerana pimpinan diatas tidak yakin dengan peruntukan perlembagaan parti mereka sendiri. Tetapi pucuk pimpinan boleh diubah tanpa pertandingan kali ini seperti yang berlaku semasa Najib mengambil alih kepimpinan dari Abdullah Badawi dahulu.

Najib boleh dialih jika cara yang sama dilakukan seperti yang dilakukan kepada Abdullah dahulu. Asas menolak Abdullah dulu adalah diatas kegagalan Abdullah mendapatkan kemenangan 2/3 majoriti di Dewan Parlimen. Najib mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil maka elok jika dilakukan cara pengambil alihan dari Najib mengikut cara Abdullah berhenti dahulu.

Tan Sri Azizan Selamat angkat sumpah Adun hari ini di wad hospital Sultanah Bahiyah

TAN SRI AZIZAN ANGKAT SUMPAH ADUN HARI INI
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Mantan Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

Prosedur tersebut diadakan khusus kepada beliau di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah, di sini tengah hari tadi.

Angkat sumpah itu diadakan dihadapan Speaker Dun Kedah, Dato' Paduka Md Rozai Shafian dengan turut disaksikan Timbalan Speaker Dun, Azmi Che Husain dan Setiausaha Dun, Syed Isa Syed Ibrahim.

Hadir sama Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Dato' Anas Ahmad Zakie dan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Ustaz Azizan yang merupakan Adun Sungai Limau mengangguk setuju dengan teks sumpah dibacakan kepadanya sebelum menurunkan cap jari di watikah akuan sumpah Adun.

Beliau merupakan satu-satunya Adun yang belum mengangkat sumpah dan prosedur tersebut terpaksa diadakan khusus buatnya berikutan masih menerima rawatan sejak pembedahan Mei lalu.

Dari Fail Sejarah KUIN: Demikianlah Wajah Politik BN Di Sebalik Akujanji Palsu!

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

http://3.bp.blogspot.com/-BLHF2jIQ7hU/T_wE8nSzRRI/AAAAAAAAAWs/8Y0BPH5ya7o/s400/kuin.jpg

Kampus Tetap

Dari Sungai Senam menganjur ke Kg Padang Pulut dan Bukit Hangus, Jeneri, terdapat sebidang tanah seluas lebih kurang 570 ekar. Tanah yang masih berstatus pertanian itu diberikan kepada Insaniah (KUIN) semasa Dato' Seri DiRaja Syed Razak menjadi MB Kedah sekitar tahun 2005 untuk dibina kampus tetap.

Namun, proses mengubah syarat tanah tidak sempat dilaksanakan kerana Menteri Besar selepas itu pula (DS Mahdzir Khalid) mempunyai cadangan lokasi baru di Suka Menanti. Walaupun plan susun atur sudah disiapkan di lokasi cadangan Menteri Besar baru itu, rancangan ini tergendala kerana masalah pengambilan tanah sawah yang akan menelan kos yang lebih tinggi untuk dibina bangunan. Sementara tanah tapak cadangan asal di Jeneri terbiar, diceroboh oleh penduduk dan akhirnya pada 2011, ia diserahkan kepada MBI untuk pembangunan ladang getah bagi menjana pendapatan kepada KUIN. ( Tidak pasti adakah rancangan ini diteruskan selepas PRU13.)

Rancangan Menaiktaraf KUIN

Selepas kampus tetap, muncul cadangan untuk menaik taraf KUIN sebagai universiti penuh. Ia telah di cadangkan oleh kepimpinan KUIN dan Kerajaan Negeri sejak zaman Mahathir Khalid (2006- Mac 2008), tetapi tidak mampu direalisasikan.

Pada era Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN, semua aspek pengembangan KUIN seperti penambahan fakulti-fakulti baru, membawa masuk profesor-profesor dan pembinaan Kampus Tetap yang menjadi prasyarat untuk menaik taraf ke tahap universiti penuh dapat dilaksanakan. Setelah dokumen permohonan naik taraf universiti penuh dapat disiapkan, semua syarat telah dipenuhi, hasrat ini akan tercapai setelah Kampus Tetap di Kuala Ketil disiapkan. Ini hanya terlaksana di zaman Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan pengalaman, kesungguhan dan keupayaan kepimpinan yang miliki oleh Ustaz Azizan. Dalam tempoh 3 tahun sahaja dia telah menunjukkan cara dan jalan menamatkan 'ding-dong' yang berlarutan berbelas tahun!

Malangnya, PRU-13 mengembalikan KUIN ke era 'ding-dong' setelah BN berjaya berkuasa semula di Kedah. Apa yang berlaku kini adalah seperti ada api nyalaan demdam dan khianat.

Tindakan Mukhriz mengarahkan Pemangku Rektor selepas PRU-13, Dato' Barni Mohd Noor (yang dilantik dengan membelakangkan syarat kelayakan sebagai Pemangku jawatan itu yang ditetapkan oleh Kementerian) melaksanakan beberapa tindakan drastik berikut;
...
1) Memberhentikan pengambilan pelajar ke beberapa program pengajian.
2) Menamatkan kontrak pensyarah-pensyarah berstatus Profesor dan Profesor Madya yang sedang menyelia tesis pelajar-pelajar pasca siswazah.
3) Mengecilkan bilangan fakulti (Kulliyyah IT dan Multimedia digabungkan dengan Kulliyyah Kejuruteraan).
4) Mengarah Kulliyyah Muamalat pindah balik ke Mergong.
5) Menyerahkan program perubatan kepada IPT lain.

...adalah langkah mengundur ke belakang dan menutup jalan KUIN untuk memohon naik taraf sebagai universiti penuh. Inilah akibat menyerahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, malah buta sejarah. Tindakan mengundur ini telah membuktikan bahawa bukan sekadar Pemangku Rektor itu termasuk dalam kategori 'bukan ahli', Mukhriz dan barisan Exconya juga tergolong dalam kelompok tersebut. Jelas ketara langkah-langkah ini dibuat hasil kesumat yang menyala.

Rancangan Kampus Tetap

Perancangan asas untuk pembinaan kampus tetap sudah dibuat pada zaman Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar lagi. Beliau mencadangkan satu lokasi di Yan (design & prototaip pun sudah disiapkan), tetapi kepimpinan negeri berubah sebelum ia dapat dijelmakan. kepimpinan DS Syed Razak pula mengubah cadangan itu supaya dibina Jeneri, Sik. Hanya setakat menyediakan tanah sebagai tapak, kepimpinan negeri berubah lagi.

Dato' Seri Mahdzir Khalid pula mengubah cadangan supaya dibawa ke Suka Menanti ( walaupun design dan gambar arkitektur pun sudah disiapkan), tetapi masalah berkaitan pengambilan balik tanah sawah penduduk berbangkit, maka ia tertangguh buat kali ketiga. 'Ding-dong' KUIN tiada kesudahan, tiga orang Menteri Besar BN/UMNO 'menyorong' KUIN ke sana ke mari, berasaskan kepentingan kelompok masing-masing, walaupun mereka datang dari parti yang sama. Ini bukti nyata, bahawa BN tidak mampu mendepani kepimpinan dan pengurusan sebuah universiti, menjelmakannya menjadi nyata, hanya mampu memilih tapak untuk 'mengundang projek dan kontrak' dengan berbagai kepentingan.

Era Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan mengubah budaya kerja dan senarai keutamaan bagi negeri dan rakyat Kedah. Tanpa kepentingan selain amanah rakyat dan negeri, dengan Islam sebagai teras, bagi menjayakan Kedah Sejahtera, maka pendidikan diletakkan di senarai teratas. Ustaz Azizan adalah penyelesai kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh tiga orang Menteri Besar daripada BN berkaitan Kampus Tetap dan menaiktaraf KUIN.

Perancangan asal pembinaan di Suka Menanti dipindahkan ke Kuala Ketil disebabkan oleh keluasan tanah, matlamat pembangunan bandar baru, perancangan pembangunan masa depan, jaringan perhubungan, pembangunan sosial setempat dan kepadatan penduduk. Tapak cadangan lama yang melibatkan pengambilan tanah rakyat dan kawasan sawah akan mengancam pengeluaran makanan (padi) selain melibatkan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang, akibat harga pasaran tanah bandaraya Alor Setar dan terpaksa ditimbus.

Tanah PKNK di Kuala Ketil adalah jawapan paling tapat untuk masalah ini, dan Ustaz Azizan telah membuat pilihan bijak dari semua faktor. Kampus Tetap KUIN akhirnya tersergam indah, menjadi mercutanda baru Kedah, hanya dengan kos RM330 juta, sempurna dirasmikan pada 29 Januari 2013.

Walaupun asrama tidak dapat disiapkan, berikutan peningkatan kos bahan binaan akibat syarat baru oleh JKR (berpunca daripada runtuhan stadium di Terengganu), namun sudah ada persetujuan dengan Daruaman Realti dan PKNK sebagai penyelesaian. Dua GLC kerajaan negeri itu telah diarahkan menyiapkan segera kawasan perumahan baru yang sedang rancak berjalan di sebelah kampus tetap yang akan disewa sebagai kediaman dan asrama pelajar dan kakitangan KUIN.

Pada waktu itu, projek perumahan berskala besar ini dijangka siap dan boleh diduduki pada bulan September 2013. Asrama sementara pasang siap juga sudah dimulakan pembinaannya sewaktu PRU-13 berlaku. Pro-Canselor yang baru dimasyurkan pada Januari 2013, Dato' Afifuddin Omar segera mencadangkan blok-blok dewan kuliah yang masih kosong diubahsuai menjadi asrama. Ia segera dilakukan, namun jarum-jarum jahat segera menikam Kementerian Pengajian Tinggi agar tidak membenarkannya, atau lesen ditarik balik.

Inilah rantaian sebahagian rencana untuk memadamkan pencapaian tinggi kerajaan Pakatan Rakyat memartabatkan KUIN, walaupun kita telah berjaya menyempurnakan kegagalan mereka, atas matlamat yang sangat murni. Ia terus marak menyala selepas kuasa beralih kepada BN dalam PRU-13, membakar kejayaan anak bangsa menjadi arang dan abu.

Catatan sejarah KUIN ini dan tindakan-tindakan semberono selepas PRU-13 menimbulkan banyak persoalan. Andainya Kerajaan Negeri era Sanusi Junid, Syed Razak dan Mahdzir Khalid, yang juga daripada UMNO sudah merancang pembinaan kampus tetap, dan menaiktaraf KUIN sebagai univerisiti penuh, kenapa timbul pula isu dana dan perbelanjaan pengurusan KUIN yang didakwa terlalu tinggi pada zaman Mukhriz? Apa pula kepentingan Mukhriz apabila men'ding-dong' kan semula KUIN?

Apakah justifikasi Mukhriz untuk menidakkan usaha semua Menteri Besar terdahulu termasuk daripada UMNO untuk membina kampus tetap KUIN?

Kenapa semua Menteri Besar terdahulu sanggup memberi prioriti dalam peruntukkan kewangan untuk membangunkan kampus tetap KUIN, meluaskan peluang dan kemudahan pendidikan tinggi, tetapi tidak bagi Mukhriz, atas alasan ingin membina rumah untuk rakyat?

Apakah kerajaan UMNO sebelum ini dan sekarang mampu membina kampus dengan saiz dan kapasiti setanding dengan yangtelah tersergam di Kuala Ketil dengan kos yang lebih murah?

Jawapan kepada semua persoalan ini mungkin hanya satu sahaja. Anda saja sebutkan!

"Bukan Soal Mazhab, Tetapi Berebut Kuasa"

oleh Muhammad Sabu

Shah Iran yang bermazhab Shiah dan penasihat agamanya adalah terdiri dari ulamak Shiah. Kerajaan Shah amat pro barat dan menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Israel. Amerika dan tenteranya menjadi penasihat kepada Shah Iran dan rakyat Amerika diberi layanan istimewa di Iran.

Iran juga menjadi pembekal minyak kepada Israel di bawah rejim Shah. Selepas perang 1967 negara-negara Arab membuat embargo minyak kepada sekutu Israel – Iran tidak mengindahkan seruan Al Malik Faisal untuk embargo minyak terhadap sekutu Israel.

Imam Khomeini mengetuai rakyat Iran melancarkan revolusi dan menumbangkan kerajaan Shah yang disokong oleh Amerika, Israel dan sekutu Eropah. Imam Khomeini bermazhab Shiah dan melancarkan revolusi menjatuhkan kerajaan Shah Iran yang juga bermazhab Shiah. Ribuan anak muda ditembak oleh polis Shah, Black Friday 1978 mencatatkan sejarah hitam, polis Iran bersenjata lengkap membunuh pelajar dan anak muda yang tidak bersenjata. Bukan revolusi Shiah melawan Shiah, tetapi revolusi “merebut kuasa”. Mustad’afin melawan mustakbirin, yang ditindas (oppressed) melawan yang menindas (oppressor) , ini bukan soal mazhab.

AES : Pi Mai Pi Mai Tang Tu...!!!

SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES]
PI MAI PI MAI TANG TU

Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara bahawa perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] dikekalkan. Dalam masa yang sama menyatakan bahawa Kerajaan merancang untuk memperbaiki sebarang kelemahan dalam perlaksanaannya iaitu dengan menubuhkan Jawatankuasa pemandu bagi meneliti dan mengkaji semula perlaksanaan AES. Antara cadangan yang disebutkan ialah dengan Kerajaan mengambil alih perlaksanaan AES daripada syarikat swasta.

Pengumuman ini ekoran janji Kementerian pada 2 Ogos 2013 untuk mengkaji semula perlaksanaan AES ekoran maklumbalas dan rungutan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Badan Bukan Kerajaan dan parti politik. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] dalam respon pada 5 Ogos 2013 telah menyatakan bahawa kami tidak meletakkan sebarang harapan kerana ianya tidak lebih daripada ungkaran lapok yang hanya indah khabar dari rupa. Dengan pengumuman Pemangku Menteri bahawa AES kekal, jelas bahawa telahan dan jangkaan KASE adalah benar. Semuanya indah khabar dari rupa.

Muktamar PAS 2013 - Kerusi Ketua Pemuda PAS panas... sebab ada calon tawar diri untuk bertanding..!!

oleh Al-Hilam

 

Nampaknya kepanasan Mukatamar PAS pada kali ini telah mula terasa bahangnya. Kerusi panas yang mula terasa ialah tempat mana yang sedang diduduki oleh YB TEMERLOH iaitu kerusi KETUA PEMUDA PAS.

Kerusi ini pada kali ini rasanya akan ada pertandingan kerana sekarang ini telah wujud satu gerakan dari bawah oleh sekelompok anggota pemuda telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi tersebut. Gerakan ini telah mengangkat seorang lawyer muda iaitu Sdr Zulhazmi Shariff untuk menduduki jawatan tersebut.

Kempen untuk menawan jawatan ketua pemuda ini telah mula bergerak dengan membawa satu tema "Menyokong Zul Hazmi sebagai Ketua Pemuda PAS, bagi mengembalikan martabat Pemuda PAS untuk segenap lapisan masyarakat".

Pergerakan kempen mereka boleh diikuti di page facebook : Zulhazmi4KP .

Batu kapur punca gempa bumi di Kupang

21 Ogos 2013

ALOR SETAR - Kejadian gempa bumi kecil berukuran 3.8 skala Richter yang melanda Kupang, Baling hari ini berkemungkinan disebabkan struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh pada dasar bumi.

Pakar Sistem Maklumat Geografi (GIS), Shahrol Niza Omar berkata, kejadian gempa bumi kebiasaannya berlaku apabila terjadi pergerakan mengejut di permukaan bumi.

Menurutnya, apabila berlaku pergerakan atau pergeseran batu dalam tenaga yang tersimpan di dalam bumi, permukaan bumi akan turut bergerak.

“Kawasan yang dilanda gempa bumi kebiasaannya mempunyai struktur tanah yang tidak stabil dan kukuh.

“Kemungkinan juga mempunyai bongkah batu yang besar. Apabila berlaku hujan, aliran air akan membawa tanah dan air bawah tanah.

Agus : Aduhai TMB Kelantan.. Usah melatah tunggu kedatangan saya!


ADUHAI, TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN

Apabila TMB menjawab posting saya tentang isu Kelantan dalam Malaysian Insider hari ini, empat perkara tersentap di hati saya. Pertama, jawapan beliau adalah self-indulgent (syok sendiri). Justeru syok sendirilah, maka jawapan yang beliau berikan penuh fantasi dan terkeluar dari isu sebenar yang saya timbulkan.

Apakah isu sebenar yang saya timbulkan? Isu yang saya timbulkan ialah soal pembangunan negeri, yakni lebuh raya rakyat, stadium dan bekalan air bersih. Saya tidak sentuh langsung soal pelantikan Datuk Husam kerana itu adalah soal parti yang di luar dari keperluan dan keprihatinan saya. Yang saya pentingkan ialah kemudahan yang diperlukan oleh rakyat untuk tindakan kerajaan negeri, bukannya soal pelantikan Datuk Husam.

Jika betullah saya menulis tentang perasaan tidak puas hati saya berkenaan dengan pelantikan Datuk Husam, boleh TMB bagitahu saya bila saya tulis hal ini? Di mana saya tulis? Untuk pengetahuan TMB, usahkan untuk menulis hal ini, bercakap dan mengulas hal ini pun saya tidak berminat. Justeru TMB mempunyai famtasi yang tinggi dalam soal ini, sebab itulah saya katakan beliau syok sendiri.

KUIN - Mukhriz akan cari rektor yang lagi baguih disamping mengingatkan pembangkang jangan cakap banyak..!!

Mukhriz kenalpasti rektor baru Kolej Insaniah

Mukhriz Tun Dr Mahathir  
Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bakal menerima rektor baru yang lebih berpengalaman, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi seorang rektor.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata satu temuduga telah berlangsung baru-baru ini melibatkan tujuh orang calon yang dikendalikan tokoh-tokoh akademik ternama yang dilantik dalam satu jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa khas ini terdiri daripada tokoh-tokoh akademik termasuk exco kerajaan negeri (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain) dan Datuk Azimi Daim (Setiausaha Politik) yang mewakili Pejabat Menteri Besar.

"Yang lain ialah tokoh-tokoh akademik yang dicadangkan Kementerian Pendidikan. Dalam masa terdekat akan dapat rektor baru yang sangat berkaliber sebab semua calon-calonnya adalah hebat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Lahad Datu - Tiadakan siapakah yang hendak pertahankan anggota polis yang di penjara 7 tahun itu..??

oleh NN

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/polis.jpg

Aku tengok berita hari ini.. seorang anggota polis di dakwa dan dipenjara 7 tahun kerana didakwa menyembunyikan maklumat dlm insiden Lahad Datu, tetapi kita jangan buat2 lupa.. Menteri Lembik & Lembab Kerismuddin sendiri yg mengeluarkan kenyataan Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas..!!

Last2 bila berlaku insiden penceroboh ini.. anggota polis pulak yg kena dakwa.. apa ke bangang sedang berlaku dlm negara skg ni ye?? mungkin Kerajaan Najib Razak lebih gilakan undi & Transfromasi

Yg jadi Dalang Lahad Datu, Kerajaan terus mendiamkan diri.. tapi kerana pegawai polis ini seorang Melayu, senang pulak kena tangkap..di dak wa dan jatuhkan hukuman....

[Panas] Selepas Video Ust Wan Ji kini keluar pula Video Tun Mahathir suruh Derhaka Raja..!!!


[PANAS] Ustaz Terajang Anak Murid


Ustaz Abdullah Khairi - Hidayah itu sememangnya milik Allah.

Seringkali kita mencemuh budak2 nakal.. tp tidak pernah kita tegur dia.. tidak pernah kita menyampaikan perkara yg baik2 kepada dia..

Kita pandai mencemuh sahaja.

Mari kita hayati kisah Ustaz Terajang Anak Murid

Like & Share

Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur - TG Nik Aziz

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, 
20 Ogs 2013

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Hari Terbuka Aidilfitri PAS 1434 - Apabila "Orang Lama" PAS bercakap sambil berfikir sehalus-halusnya..!!

Apa salah hari terbuka Idilfitri di Taman Melewar?
Subky Latif, 20 Ogs 2013

http://4.bp.blogspot.com/_lCzaHwMZ4-Y/TBb5zhQJqBI/AAAAAAAAI3A/-r1Q1xP8W_o/s400/IMG_8518.JPG
Hari terbuka Idilfitri PAS Pusat tahun ini pada 25 Ogos ini akan diadakan lagi di padang Kelab Sulltan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Sebagaimana biasa hari terbuka itu dimakmurkan oleh semua dan meriah seperti biasa. Sebagaimana orang pergi ke Markaz PAS Taman Melewar, maka beagitu juga orang berduyun-duyun ke Kelab Sultan Sulaiman.

Tetapi apa lebihnya ia diadakan di Kelab Sultan Sulaiman daripada di Taman Melewar dan apa kurangnya sambutan pada tahun-tahun sebelum ini di Taman Melawar yang tidak ada di Kelab Sultan Sulaiman?

Jawapannya tidaklah banyak lebih Kelab Sultan Sulaiman itu dari kompleks PAS yang sudah bertukar menjadi kampus KUIZM – Kolej Islam Zulkifli Mohamad. Sama jugalah majunya PAS itu bila Pejabat Agung di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar dengan pjabat agung di Jalan Raja Laut. Ia jadi sekutu penting Pakatan Rakyat bukan kerana markaznya berpindah ke tengah bandar sesak yang susah pakir.

Gempa bumi lemah landa Kupang, Kedah

Titik gempa bumi menghampiri Malaysia
Oleh: rozmal
 
"

Guru, pelajar sekolah di Baling rasai kesan gegaran

20 Ogos 2013 KEDAH : Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini.

Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya.

Beberapa laporan gempa bumi di Malaysia sebelum ini serta laporan titik gempa yang menghampiri Malaysia di http://gempamalaysia.blogspot.com"

Mahasiswa disenarai CCRIS, Tarif Letrik Naik, Apa Lagi Kerajaan Mahu?

Kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan dan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei lalu, akhirnya 'klimex' tersebut dibuktikan sebagai titik bermulanya nasib yang lebih malang untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk tempoh 5 tahun, dan tidak mustahil untuk tempoh lagi 50 tahun.

Semua harus sedar bahawa PRU13 adalah peluang terbaik untuk bukan sahaja menyelamatkan negara ini, malah rakyatnya juga. Semua harus sedar betapa perubahan dasar negara ini untuk menjadi lebih mesra rakyat, mesra kepada rakyat dalam ertikata sebenar hanya boleh berlaku selepas tumbangnya regim Barisan Nasional. Ini fakta yang klasik, walaupun masih belum dibuktikan namun ia satu kepercayaan umum.

Minggu ini ada dua berita tidak baik, pertama mengenai kenaikkan tarif letrik dan kedua fasal peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman secara konsisten bakal kehilangan hak untuk 'hidup' apabila nama disenaraikan dalam sistem CCRIS. Ini sangat pelik, apakah negara ini sudah rosak apabila pinjaman untuk melanjutkan pelajaran sudah setaraf dengan pinjaman kad kredit, sewa-beli kenderaan dan pinjaman perumahan. Padahal terma 'pinjaman' itu sendiri sepatutnya diganti biasiswa.

SUNGAI PETANI - Yang Dipertua MPSPK akan pastikan kemudahan asas di naik taraf

MPSPK naik taraf kemudahan asas
Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


ISMAIL Said (kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada 
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan MPSPK, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 19 Ogos - Usaha untuk menaik taraf persekitaran beberapa lokasi tumpuan pelancongan di daerah ini akan dilakukan bagi memastikan terus menjadi daya tarikan kepada pengunjung dalam tempoh terdekat.

Yang Dipertua Majis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Datuk Ismail Said berkata, langkah berkenaan penting berikutan Sungai Petani dan daerah Kuala Muda umumnya mampu menjadi satu destinasi pelancongan popular di kawasan utara.

"Saya berhasrat menaik taraf persekitaran beberapa kawasan pelancongan sedia ada seperti Galeri Hutan Paya Bakau Jeti Semeling, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Pusat Arkeologi Lembah Bujang dan Guning Jerai untuk memastikan sektor itu terus berdaya maju.

"Antara langkah yang akan diambil adalah membaik pulih landskap dan memastikan agar kebersihannya sentiasa terjaga," katanya.

100 hari Mukhriz, masih dibayangi Tun Mahathir

oleh Zulkifli Yahaya

http://1.bp.blogspot.com/_CL41AJZBcWU/SDGnOVSwp0I/AAAAAAAAC3E/GjRjPJwDiMY/s320/mahathir%2B%26%2Bmukriz.jpg
Mukhriz & Tun
Datuk Mukhriz Mahathir - dengan imej jubah berkopiah muncul di mana-mana, di paparan billboard dan banner seluruh Kedah. Di luar papan iklan pun imej sebenar Mukhriz kelihatan agak 'Islamik'. Sewaktu para Exconya turun ke program rasmi dengan baju Melayu bersamping, Menteri Besar Kedah itu pula hanya berkopiah putih dan berkain pelikat. Di waktu Subuh, ramai jemaah masjid yang terkejut kerana tiba-tiba Mukhriz muncul bersolat subuh.

Jarang sekali para pemimpin Umno dapat turun ke pondok-pondok pengajian di Kedah tetapi Mukhriz boleh melakukannya. Beliau hadir dan diraikan.

Dahulu, penguasa pusat pendidikan Islam, khususnya pondok dan sekolah agama rakyat di Kedah agak terasing dengan Umno. Mungkin kerana dianggap kubu PAS. Di era Mukhriz bukan setakat Umno tiada masalah dengan banyak pondok, NGO yang bergerak atas nama tahfiz dan pusat pengajian juga tidak kekok berkunjung hormat ke pejabat Menteri Besar. Itu kelebihan Mukriz yang tidak mampu dilakukan oleh Menteri Besar Kedah dari Umno sebelum ini.

Piala Malaysia - Singapura 2 - 2 Kedah



LionsXII 2 (Sharil Ishak,10', Syafiq Ghani,64')
Kedah 2 (Alan Guc,22',90'(p))

BUKIT JENUN – Mai pakat tolong keluarga nie sat... YB, Pej. Zakat & JKM pun jika sudi boleh juga..!!!

Suami rayu bantuan kewangan

Suami rayu bantuan kewangan 
  Md Nayan (kiri) menunjukkan bil hospital yang perlu diserahkan ketika membuat bayaran. Nor Hamiza pula menunjukkan keadaan ibu angkatnya yang perlu diberi rawatan dialisis tiga kali seminggu.

BUKIT JENUN – 'Saya tak mampu bayar bil hospital,' begitulah luahan seorang suami yang gagal menjelaskan bil rawatan isterinya yang menghidap penyakit buah pinggang akibat kesempitan hidup.

Md Nayan Said, 63, berkata, sebelum ini dia pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  namun gagal mendapat maklum balas.

Menurutnya, isterinya, Sharifah Long, 61, mula sakit sejak November tahun lalu dan perlu berulang alik tiga kali seminggu ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk melakukan dialisis.

“Kesempitan hidup menyebabkan bil yang dikenakan sepanjang tiga minggu mendapatkan rawatan di wad gagal dijelaskan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...