TERKINI : Benarkah Tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum 7 tahun, bayaran muka 20% bermula September?

* Gambar sekadar hiasan
Jika benar Ini pastinya sesuatu yang mengejutkan
dan bakal mempengaruhi keseluruhan industri automotif negara. Khabar
angin sedang bertiup kencang mengenai Bank Negara Malaysia bakal
mengurangkan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum 7 tahun dan
bayaran muka 20% untuk pembelian semua kereta baharu berkuatkuasa
September 2013! Setakat ini beberapa bank telah mengeluarkan pekeliling
mengenainya dan masih belum ada pengumuman rasmi dibuat.
Adakah dengan pengurangan tempoh
pinjaman sewa beli kereta ini bakal mengakibatkan industri automotif
bakal merudum? Ataupun ini salah satu strategi untuk menekan pengeluar
kereta untuk menurunkan harga kereta jika jualan mereka merosot akibat
penguatkuasaan tempoh maksimum baharu pinjaman sewa beli? Yang pastinya
bakal pembeli kereta baharu bakal merasa tekanan untuk menyediakan
bayaran muka 20% dan terpaksa membayar ansuran bulanan lebih tinggi.