TERKINI :

Monday, August 19, 2013

Rahsia kenapa KWSP nak kaji caruman dikeluarkan usia 60 terbongkar...!!!

 
RM470.6 bilion
1 BILION 1000 JUTA
BAYANGKAN 470.6 BILION!!!
Itulah jumlah hutang kerajaan BN merembat wang KWSP...
dan sebab tulah hangpa kena keluaq duit makin lambat...
dulu 55 dah nak genjak pie 60..thah thah lepas nie dia bagi monthly pulak

TAHNIAH.. ini baru boleh rakyat panggil POLIS DIRAJA MALAYSIA...


POLIS LANCAR OP CANTAS KHAS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Op Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin.

Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.

Mesir - Macam berjanji pulak mahkamah nie.. mai hari nie Mubarak pula dibebaskan dari penjara..!!!

Greenboc


Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.

Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.

Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!

[TERKINI] JUMAAT nanti kes Altantuya akan panas semula... kita lihat siapa yang kena..!!!

Nasib dua bekas polis sabit kes pembunuhan Altantuya diketahui Jumaat

http://1.bp.blogspot.com/-LrnKFVhJHHo/UazSnyCVl-I/AAAAAAAA2bI/l5xzkOlCuyc/s640/Altantuya-1-300x202.jpg
MISTERI MUKA DUA ANGGOTA POLIS YANG DIKATAKAN MEMBUNUH ALTANTUYA
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini berhubung nasib dua bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu di hutan simpan berhampiran Shah Alam pada 2006.

Kaunsel Datuk Hazman Ahmad yang mewakili bekas polis Azilah Hadri berkata kepada The Malaysian Insider hari ini beliau dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah rayuan berhubug tarikh keputusan tersebut.

Azilah disabitkan bersama dengan Koperal Sirul Azhar Umar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 19 hingga 20 Oktober, 2006.

Kedua-duanya merupakan anggota Pasukan Khas Bukit Aman, dan juga pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdanna menteri dan juga Menteri Pertahanan.

Wakil peguam bagi Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin, turut mengesahkan tarikh berkenaan.

Pusingan kedua Karpal lawan Zahid di mahkamah?

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
August 19, 2013

Karpal Singh dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu lagi berhubung kes saman seorang ahli perniagaan.

Saman yang dikatakan selesai melalui proses rundingan bulan lalu dijangka berbangkit semula selepas Ahmad Zahid mengumumkan bahawa ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah memaafkannya.

“Dia memohon maaf kepada saya dalam satu pertemuan bersama pihak ketiga dan saya memaafkannya," Ahmad Zahid memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini.

"Saya difahamkan kes ini selesai,” katanya.

Namun, Karpal mendakwa Ahmad Zahid melanggar arahan rundingan dengan mendedahkan perkembangannya.

"Malah saya sendiri selaku peguam kepada Ahmad Bazli tidak mendedahkan butiran rundingan. Amir Bazli bersumpah untuk menjaga kerahsiaan seperti syarat yang ditetapkan dalam rundingan," kata peguam veteran itu.

Macamana POLIS buat kerja nie.. tahulah anda ada kuasa...!!

Rumah di ceroboh, digeledah tanpa waran

Rumah di ceroboh, digeledah tanpa waran Rumah di ceroboh, digeledah tanpa waran
Rumah di ceroboh, digeledah tanpa waran
Ahmad membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

RANTAU PANJANG - “Maaflah, kami tersalah rumah,” kata pihak berkenaan, yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang pengetua di Taman Nering, jam 3 pagi, kelmarin.

Setelah pihak terbabit memeriksa rumah selama lima minit, pengetua yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, salah seorang daripadanya memohon maaf kerana tersilap rumah.

Rosakkan beberapa pintu

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 56, memohon penjelasan daripada pihak berkenaan, menceroboh kawasan rumah pada lewat malam tanpa mempamerkan waran geledah.

Ketika kejadian katanya, dia dan isteri bersama dua anak sedang tidur di dalam bilik, terkejut dengan ketukan kuat di bahagian pintu depan rumah.

Serentak dengan itu, mereka mendengar jeritan seorang lelaki yang mengarahkan mereka membuka pintu dengan segera.

“Jika saya enggan membuka pintu, mereka menjerit akan memecahkan pintu dan menceroboh masuk.

“Walau siapa pun berada di luar, saya tidak akan buka kerana berhak untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta benda,” katanya.

Jawapan Pencacai Kenapa Kerajaan Ganti Honda dengan Proton...!!

Ini Jawapan Untuk Pembangkang, Kenapa Kerajaan Gunakan Honda Ganti Proton.

Terharu aku baca jawapan dia neh. Tak sangka ia terlalu bijak sampai tak terkata aku dibuatnya. 

Hehe.

Ganti Perdana Dengan Honda Tak Menjejaskan Proton

PEMBANGKANG memang tak sedar diri, kadang-kadang tak perasan bahawa kenyataan yang dibuat akan memakan diri semula. Contohnya dalam isu pertukaran kenderaan rasmi kerajaan daripada Proton Perdana kepada Honda Accord yang giat dijadikan isu sekarang.

Kononnya pertukaran itu melambangkan kerajaan pun tidak menyokong industri automotif tempatan, tidak patriotik dan sebagainya yang buruk-buruk.

Tapi dia terlupa banyak benda. Pertama, kalau nak kata tidak menyokong industri automatif tempatan, kerajaan negeri pembangkang memang layak dijadikan contoh paling ideal. Di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, kenderaan Perdana tidak digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri, sebaliknya Toyota Camry.

Sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan persekutuan, semua agensi kerajaan masih lagi menggunakan Proton sebagai kenderaan jabatan dengan pengguna terbesar ialah dari polis dan tentera (antara sebab kenapa nombor plat Wilayah cepat bergerak).

Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?

Maksud Simbol Empat Jari Yang Jadi Fenomena Facebook

R4BIA | Simbol Rabaah jadi fenomena di facebook, apa maksud Rabaah?

Rabaah | R4BIA | Simbol empat jari
Rabaah yang mmbawa maksud Empat. Asal dari perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Di Mesir kebanyakkan tempat atau daerah menggunakan istilah nombor dan mereka menggunakan simbol isyarat jari dalam urusan seharian terutama dalam pengangkutan awam. 
 

Q&A: Bermusafir pada hari Jumaat

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 19 Ogs 2013

Soalan;

Saya mohon pendapat mengenai solat bagi orang yang bermusafir. Situasi adalah seperti berikut -

1. Saya menaiki penerbangan pada hari Jumaat. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 10 pagi dan tiba di Alor Setar jam 10.45 pagi. Adakah saya perlu mengerjakan solat Jumaat atau cukup sekadar solat Zuhur?

2. Saya menaiki penerbangan pada hari Jumaat. Semasa solat Jumaat sedang berlangsung, saya masih berada di dalam kapal terbang. Apabila tiba di destinasi, adakah cukup sekadar saya mengerjakan solat Zuhur sahaja?

Sekian, diharap ustaz dapat membantu dalam perkara tersebut. Terima kasih.

Jawapan;

TAHNIAH... PTPTN akan joint partner dengan CCRIS...

KLIK SINI

ha ha ha ambik hangpa..org nak hapuskan hutang hangpa...semua pakat tak kelapaq...sekarang hang terimalah madu yg hangpa pakat pangkah baru2 nie..

Sudah 4 bulan kakitangan Kuin tidak dibayar gaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang telah tertunggak selama empat bulan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan KUIN.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

[VIDEO] Akhirnya Ust Abdullah Khairy meletak jawatan sebagai guru...


Nasihat Mahathir adalah sokong membawa rebahnya bangsa Melayu

oleh - Sakmongkol
August 19, 2013

Bila Dr Mahathir mengkritik Umno tetapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama Umno kerana masa depan orang Melayu berada dengan Umno - saya teringat lagi pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda.

Bila Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.

Masa depan bangsa Melayu berada dengan Umno? Jika begitu lebih baik kita berikrar solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Umno. Pesan Zaaba ialah kita orang Melayu jangan bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu kerana dalam masa yang kita bertahan itulah, pemimpin kita menjual aset negara dan merompak serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan bergantung harap kepada mereka.

Merbok - Nah ambik hangpa... Bicara apa ke belum petisyen tu.. hakim boh hukum petisyen cacat....


BN kekal menang di Parlimen Merbok - Bernama

August 19, 2013

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya Alor Setar hari ini menolak petisyen difailkan calon PKR, Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kawasan itu.

Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden.

"Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana.

Peningkatan kadar jenayah kegagalan 100 hari pentadbiran Najib, kata PAS

Oleh Mohd Farhan Darwis

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di sidang akhbar di ibu pejabat PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Ogos, 2013.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di sidang akhbar di ibu pejabat PAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 Ogos, 2013.PAS melihat peningkatan kadar jenayah dan kes bunuh melanda negara adalah kegagalan dalam 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan peningkatan kes jenayah bunuh menyumbang kepada kesejahteraan rakyat di samping peningkatan kos sara hidup dan juga hutang kerajaan yang semakin meningkat.

"Peningkatan jenayah dalam negara kita, ini pencapaian 100 hari yang cemerlang, jenayah bunuh meningkat sehingga menjejaskan keselesaan hidup rakyat," katanya secara sinis ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur hari ini.

Cadangan Dr M di tolak mentah-mentah oleh Najib

Najib tolak cadangan Dr M untuk swastakan MAS
OLEH MD IZWAN

Najib menolak gesaan Dr Mahathir mengenai penswastaan MAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19, Ogos, 2013.Najib menolak gesaan Dr Mahathir mengenai penswastaan MAS. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19, Ogos, 2013.Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian.

Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.

"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.

"Walaupun MAS masih terus mengalami kerugiaan, bagaimanapun pelan pemulihannya sudah pun menampakkan hasil dan trennya adalah jumlah kerugian sudah berkurangan," kata Najib semasa sidang media di rumah terbuka Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini bagi menjawab gesaan Dr Mahathir semalam.

Geng mencuri di Rumah Kenduri dan Rumah Terbuka tumpas..!!

Walid Ismail

Assalamualaikum kepada warga kepala batas.. berwaspada la anda semua sekiranya ada menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka.. majlis kenduri kendara... baru tadi kami dapat tangkap satu sindiket mencuri di rumah kenduri.. sindiket yang menhantar dengan kereta jenis MyVI di tepi jalan.. 2 orang lagi pergi wat kegiatan mencuri di rumah kenduri.. modus operasi mereka.. berbaju kurung... muka manis..buat buat mcm kenal tuan rumah.. dan memakai beg tangan besar.... awas semua....

niat bukan untuk mengaibkan orang itu..tapi sekiranya anda nmpak muka org ni.. berhati hati la.. mungkin ada org lain lagi.. pemandu kereta MyVI itu berjaya melarikan diri.. kes ini berlaku di satu majlis kenduri di PAYA KELADI TENGAH Kepala Batas. bertarikh 18/08/2013..

dari : FACEBOOK

Dalam waktu bergelora, idea jual MAS timbul lagi

ANALISIS BERITA OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
August 19, 2013


Gambar fail menunjukkan pesawat MAS.Gambar fail menunjukkan pesawat MAS.Kita di sini lagi. Putrajaya kini menimbulkan semula idea untuk menjual Penerbangan Malaysia (MAS), yang tidak menguntungkan kepada syarikat korporat Malaysia kerana walau pelbagai perancangan dibuat, pembawa bendera Malaysia itu masih tetap berada dalam lautan kerugian.

Perkara ini pernah dilakukan hampir 20 tahun lalu, ketika ia ditadbir Tan Sri Tajudin Ramli. Kerajaan rugi besar dalam proses itu.

Putrajaya tidak sepatutnya mendengar nasihat Tun Dr Mohathir Mohamah mengenai penswastaan MAS, sekali lagi. Bukankah beliau adalah perdana menteri ketika Tajudin memegang tampuk kawalan terhadap MAS dengan membeli 32 peratus saham Bank Negara untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Mesir terkini: Mantiq BANGANG ulama' muda Umno pengikut dajal berjenama salafi?

Kira hebat la kot boleh sokong orang yang bunuh orang Ihkwan dan dalam masa yang sama perli PAS, satu peluru untuk isu Mesir terkini yang depa boleh jaja rata blog dan facebook.

mesir-terkini-mantiq-bangang-fathul_bari
Sinarharian melaporkan:
Dalam kemaraan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza.

Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya. - Sinarharian.
Sat, jangan buat kesimpulan lagi pasai juga dilaporkan:

Apabila Utusan Malaysia menjadi Utusan Mesir..!!

Utusan Buat Onar Lagi.. Saksikanlah!!


Semalam akhbar Utusan menyiarkan satu laporan agensi berita yang bertajuk ‘Pelampau punca Mesir bergolak’ yang memetik kenyataan penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy yang merujuk gerakan Ikhwan Muslimin yang menyertai perhimpunan pro Morsi sebagai pelampau.
Berita itu disiarkan di muka surat 20 dan juga di Utusan Online.
Oleh itu Ikatan Muslimin Malaysia menggesa akhbar Utusan agar menarik balik satu laporan berita yang disiarkan dalam akhbar itu yang mengatakan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai pelampau yang menjadi punca pergolakan Mesir.

Ku Li Hampir Pasti bertanding Presiden Umno


Menjelang pemilihan Umno pada 19 Oktober depan, kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi sebutan sama ada beliau akan bertanding jawatan Presiden Umno atau sebaliknya.

Meskipun beberapa negeri sudah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, keadaan itu sebenarnya hanya berlegar-legar di peringkat atasan sahaja.

Sebaliknya, di peringkat bahagian dan cawangan, masih kedengaran suara yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.

Ia bukan saja untuk menterjemahkan transformasi politik dilakukan oleh Najib yang sedia mengubah peraturan pertandingan tetapi juga untuk membuktikan amalan demokasi masih lagi subur dalam Umno.

100 Hari Kerajaan BN - Menjadikan Negara Berpendapatan Tinggi Atau Berhutang Tinggi..??

Mohammad Agus Yusoff

http://3.bp.blogspot.com/-G5zp_ZLX-R4/UVRZ7wxuVeI/AAAAAAAAAXM/NRmf8G7ySvU/s1600/hutang.jpgDALAM SISTEM KEWANGAN, penarafan kredit yang dijalankan oleh Agensi Penarafan Kredit seperti Standard & Poor's, Moody's dan Fitch Ratings adalah penting untuk mengukur tahap keupayaan kewangan sesebuah negara. Dalam hal ini, semakin rendah penarafan yang diberi bermakna semakin tinggi risiko untuk negara tersebut untuk gagal membayar hutang (bon) yang diterbitkan.

Oleh sebab itulah, tiga minggu lepas, apabila agensi penarafan Fitch menurunkan taraf unjuran kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia cukup membimbangkan saya.

Mengapa Turunnya Penarafan Kewangan Negara?

Mengikut laporan Fitch, mereka menurunkan kadar penarafannya kerana melihat pengurusan kewangan kita adalah lemah. Hutang negara meningkat dari 39.8% peratus daripada KDNK (GDP) pada tahun 2008 kepada 51.6% pada tahun 2011 dan 53.3% pada akhir tahun 2012. Bajet defisit pula meningkat dari 3.8% pada tahun 2011 kepada 4.7% pada tahun 2012.

Kesan daripada penurunan penarafan ini dapat segera dirasa apabila Ringgit Malaysia susut di paras tiga tahun terendah berbanding Dollar Amerika dan 15 tahun terendah berbanding Dollar Singapura. Mata wang yang rendah ini menyebabkan barangan import menjadi semakin mahal dan barangan eksport menjadi semakin murah yang tentunya menekan kedudukan akaun semasa negara.

Inilah natijahnya apabila "Ulamak" telah dibrainwash and dieducatedkan oleh kekayaan, pangkat dan kedudukan terjamin dan dijamin...

dulu ada ulama muda umno yg kata tiada jihad di Palestin....sekarang iktiraf kerajaan haram CC pulak dah...Bila duk dlm umno punah segalanya....ulama pun punah ranah...

Tapi apa nak heran.....sheikhul azhar pun boleh sokong CC firaun....inikan pula fatul bari yg kecil-kecilan nie.... inilah yg terjadi bila "ulama" malaysia sama mcm UAE, Jordan, Arab Saudi. telah dibrainwash and dieducatedkan oleh kekayaan, pangkat dan kedudukan terjamin dan dijamin...

Kalau mcm ni punyer "ulama", baik amik contoh lain, Malaysia IKTIRAF ISRAEL ke.. sama je.. iktiraf xsama ngan sokong tindakan israel bunuh rakyat palestin. YOU DONT NEED TO BE A MUSLIM TO PITY MESIR, U JUST NEED TO BE A HUMAN...
Iktiraf kerajaan Mesir tak semesti sokong tindakan

Fathul BariSHAH ALAM – Dalam kemaraan umat Islam mendesak negara Arab lain tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya pula menyatakan pandangan berbeza.

Beliau yang dipetik dari akaun mikro Twitternya berkata, sokongan yang diberikan oleh negara Arab tersebut terhadap kerajaan sementara Mesir tidak membawa erti jika dibandingkan dengan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyatnya.

“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.

'Tak sangka ALLAH balas cepat'


KHALILAH GUSTI
19 Ogos 2013


KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Polis harap pada lampu ajaib selesai kes tembakan


Harap pada lampu ajaib selesai kes tembakan  
Mahfuz mengambil kesempatan memasak roti canai kepada tetamu yang hadir.
“Mereka perlu buat siasatan secara menyeluruh mengenai dakwaan-dakwaan yang mengatakan ada perkara-perkara perhubungan sulit antara pihak pegawai tinggi polis dengan penjenayah, kongsi gelap serta sebagainya,”

ALOR SETAR - Pas menyifatkan tindakan polis dalam menangani insiden tembakan di negara ini seperti mengharapkan keajaiban pada lampu ajaib.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan pihak polis untuk mengendalikan kes itu.

“Saya nampak polis hanya mengharapkan keajaiban lampu ajaib yang akan meredakan kes tembakan.

“Tetapi apa yang berlaku sehingga sekarang adalah kejadian tembakan semakin menjadi-jadi. Malah setiap hari ada saja kes tembakan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pokok Sena, kelmarin.

Ibu Lina Joy terus berdoa mohon anak kembali Islam

Kalthum Omar, ibu kepada Lina Joy berkongsi perasaan sedih anaknya yang murtad itu kepada para hadirin yang hadir dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.

"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga," katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.

Strategi licik murtadkan Melayu

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Strategi licik 'kontekstualisasi' iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam sedang giat disebarkan di negara ini untuk mendorong orang Melayu murtad.

Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar berkata, strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.

Menurut A. Karim, strategi itu bukan lagi rahsia kerana satu kajian di peringkat ijazah doktor falsafah mengenai kehidupan masyarakat Melayu Kristian di Malaysia telah dilakukan oleh seorang paderi di Amerika Syarikat (AS).

"Paderi ini telah menemubual sekitar 20 orang Melayu yang menjadi Kristian dan antara penemuannya di dalam kajian itu adalah tiada tanda salib atau Bible dalam rumah orang terbabit.

Surau jadi tokong: Jahil atau sengaja?

Oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

APA sudah jadi dengan Malaysia sejak akhir-akhir ini. Penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi. Surau menjadi tokong. Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi mendakwa ia dibenarkan dan bukan satu kesalahan, sebagai menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi. Siapa yang ajar mereka?

Ya, saya tidak nafikan Islam itu adalah sejagat, tetapi kesejagatannya tidak bermakna kita boleh berkongsi Tuhan atau rumah ibadat, seperti agama lain. Jangan kerana terlalu ghairah dengan gagasan 1Malaysia, sehingga semuanya boleh dikongsi. Dalam Islam, perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam.

Alasan pengurusan resort tersebut amat tidak logik. Walaupun ia dibina menggunakan wang sendiri. Itu bukan bermakna, sesiapa sahaja boleh mempergunakan surau tersebut? Apatah lagi sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi ‘Nur Muhammad’ di atas surau tersebut.

Saya tidak mempertikaikan jika ia berlaku di negara bukan Islam. Tetapi di Malaysia sebagai negara Islam, sudah tentu saya tidak dapat menerimanya.

'Artikel 88 tidak patut wujud'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0819/Kosmo/Sukan/su_01.1.jpg
PRESIDEN FAM, Sultan Ahmad Shah (dua dari kiri) mempengerusikan Kongres 
FAM ke-49 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin.
Saya menyambut baik tindakan FAM yang akhirnya membuat keputusan meminda artikel berkenaan, namun bagi saya, artikel berkenaan sepatutnya tidak ada dari dulu lagi. - Datuk Seri Shahidan Kassim

SEGALA yang 'terbuku' di hati bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya diluahkan sebaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan meminda Artikel 88 Statut FAM 2010-2014 kelmarin.

Biarpun gembira dengan keputusan FAM meminda artikel berkenaan, Shahidan mengakui bahawa artikel itu tidak sepatutnya diwujudkan.

Ini kerana menurut beliau, Artikel 88 yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM memberikan kenyataan media berhubung badan induk itu adalah sesuatu yang tidak relevan sama sekali.

Apabila NAJIB sendiri angkut anak bini takan dia nak kata tidak pada Nazri Aziz..!!

JANGAN BUAT NEGARA NI SEPERTI HARTA MERDAK MAK BAPAK SENDIRI.

Berbagai pihak nampaknya memberi reaksi negatif susulan Najib membela dan menyokong sahabatnya Nazri Aziz untuk meletak anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Mengikut undang-undang memang tidak ada halangan asalkan jangan guna wang Kerajaan untuk bayar gaji, elaun atau imbuhan. 

Kata Nazri dia guna duit poketnya sendiri untuk membayar gaji Nedim anaknya malah Nedim boleh jadi offisboy tetapi datang kerja memandu Ferrari. 

Duit poket Nazri yang datang dari gaji menteri dibayar pada anaknya samalah seperti masuk poket kiri keluar poket kanan dari baju yang sama. Seringkali baju Pak Menteri mempunyai poket yang banyak dua di bawah dua di atas seperti baju ‘telok belanga’. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...