TERKINI :

Saturday, August 17, 2013

Ahli Ikhwan membuat rantaian manusia mengelilingi gereja....


Adakah kerajaan Malaysia masih iktiraf Pemerintah Mesir Yang Zalim sehingga saat ini..?


Krisis Mesir: Kerajaan mana harus dirunding?


Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK Tarikh: August 17, 2013

SHAH ALAM – Di saat semua pihak masih ternanti-nanti pendirian rasmi kerajaan Malaysia berhubung kekejaman yang berlaku di negara Islam, Mesir, pelbagai cadangan dikemukakan.

DAP menggesa kerajaan supaya segera memanggil sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan negara itu terhadap rakyatnya.

Pas pula menyeru komuniti antarabangsa termasuk kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa daripada rakyat Mesir itu.

Pemimpin negara kapiaq pun dah putus hubungan dengan Mesir namun yangbdi negara Islam masih dok OIC....


Syiah: Usaha halus pecahkan PAS

Oleh ZULKIFLI SULONG

Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.

Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.

Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.

Hebatnya Nazri dok pertahan anak...


KeKeberanian Nazri Aziz Melantik Anaknya Seharusnya Diberi Pujian

Oleh Shahbudin Husin

Meskipun BN hanya menang tipis 133 kerusi Parlimen dan cuma meraih 47 peratus undi popular dalam pilihanraya lalu, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta sahabat karib Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi, telah melantik anaknya sendiri, Nedim sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya itu.

Tindakan beliau itu segera mengundang kritikan serta cemuhan banyak pihak pihak, termasuk dari dalam UMNO sendiri. Nazri dilihat tidak berselindung ingin menyuburkan amalan kronisme dan nepotisme dalam kementeriannya sedangkan amalan itu begitu ditentang di seluruh dunia, bahkan antara punca kejatuhan banyak kerajaan di negara Arab dan Afrika Utara adalah disebabkan alaman itu begitu berleluasa sehingga menimbulkan kebencian yang tak terbendung lagi di hati rakyat.

Sudah masanya TNB & PENGGUNA membebaskan cengkaman IPP


IPP harus terima realiti


KEBELAKANGAN ini, berlakunya perbincangan yang hebat di media massa berkenaan dengan peranan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam cubaan mendapatkan tender pembinaan stesen janakuasa.

Persatuan Penjana Tenaga Bebas Malaysia (Penjanabebas), yang merupakan persatuan untuk penjana tenaga bebas (IPP) memohon agar TNB dikecualikan dalam proses bidaan terbaharu kerana mereka percaya bahawa TNB mempunyai kelebihan yang tidak setanding dengan IPP terutamanya dari segi pembiayaan.

Bagaimanapun, TNB menegaskan bahawa mereka mendapat tender melalui penawaran harga yang kompetitif.

Ulamak Umno punya pemikiran - Ibarat nasihat mufti Perlis supaya berdamai dengan perompak yg masuk rumahnya..!


Hebatnya pemikiran rakyat Malaysia sekarang ini, cemburu ja siap bunuh dengan bom..!


Kerani Bukan Sasaran, Cemburu & Dendam Motif Letupan Bom di Tumpat


KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA). "Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

BN KEDAH sedang membersihkan kesan pemerintahan PAS..

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


Sejak dapat memerintah semula negeri Kedah, BN Kedah mula melancarkan program-program membersihkan kesan pemerintahan PAS. Mari kita lihat beberapa pembersihan yang berlaku belum sampai satu tahun pemerintahan mereka:

1) Projek pertanian di kawasan pembalakan.

Kita sedia maklum, kerajaan Mukhriz umum untuk menghentikan sementara pembalakan di kawasan Pedu, Kedah. Alasannya - kawasan tadahan, walhal pembalakan bukan di kawasan tadahan. Sebenarnya, pembalakan telah lama berhenti dan projek pertanian sudah dimulakan di kawasan tersebut. Hanya pengumuman kosong untuk menunjukkan kuasa sebagai MB baru.

2) Projek membersihkan KUIN

KUIN adalah kolej kerajaan negeri sebelum pemerintahan PAS lagi. Tetapi KUIN menjadi projek mega pendidikan semasa kerajaan PAS. Walau apa cara sekalipun, projek ini mesti digagalkan untuk memadam nama baik pemerintahan PAS. Pembersihan di KUIN menjadi sedikit sukar kerana sudah wujud kampus induk yang tersergam indah. Namun pembersihan ini wajib dilaksanakan, kerana sakit hati tidak mungkin dapat diubati jika kampus tersebut dibiarkan. Kursus-kursus yang diperkenal semasa pemerintahan PAS mesti dimandulkan dan dimansuh secepat mungkin sebelum putik masak ranum. Demikian jua kampus induknya!

Apabila saja BN menang tokey papan iklan pun dah mula lupakan tulisan jawi..!!

Tidak guna tulisan jawi
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Mat Noh Ahmad
Mat Noh Ahmad Mat Noh Ahmad

ALOR SETAR - Biarpun kerajaan negeri mencadangkan untuk mengekalkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan di seluruh Kedah selepas diperkenalkan semasa pentadbiran PR, namun terdapat beberapa pemilik dikesan masih berdegil untuk melaksanakannya.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Alor Setar mendapati terdapat kewujudan banyak papan iklan baru yang tidak menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan masing-masing.

Hasil pemerhatian mendapati, kebanyakannya adalah melibatkan papan iklan syarikat perumahan, perbankan, promosi perniagaan, pasar raya dan ada juga dipercayai milik kerajaan negeri serta kerajaan persekutuan.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengambil tindakan kepada pemilik berkenaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...