TERKINI :

Friday, August 16, 2013

Harga Kereta, Rakyat Bodoh atau Dibodoh?


Harga Kereta (ini pon nak di politik kan)

Aidilfitri tempohari, kami sempat bertanyakan seorang rakan kami yang baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama 3 tahun. Antara soalan yang kami tanya, "Berapa Jepun jual kereta tempatan mereka (Toyota & Honda) kepada rakyat Jepun?". Rakan kami memberitahu, setakat Honda di Jepun, ianya dijual sekitar RM30,000 sahaja.

Kos hidup di Jepun sangat tinggi, tapi pendapatan di Jepun juga amat tinggi. Kalau setakat nak beli iPhone tu, hanya 1/3 gaji sahaja dari gaji basic sebulan. Kalau di Malaysia? Tak ramai yang mampu sampai perlu kumpul berbulan-bulan baru mampu beli.

Korang tak pelik ke, kenapa Jepun boleh jual kereta tempatan mereka pada harga serendah RM30k sedangkan Malaysia menjual kereta tempatan dengan kualiti dan teknologi yang tidak menyamai kereta Jepun pada harga yang jauh lebih tinggi? Kalau Jepun boleh jual kereta buatan mereka RM30,000 sahaja di sana, patutnya Malaysia boleh jual dengan harga lebih murah lagi untuk Proton di Malaysia (atau atleast, benarkan rakyat untuk beli apa sahaja kereta kegemearan mereka bukan dengan harga yang sangat mahal)

Semua dah jadi Balachi Assisi...!!!



Mesir bermandi darah... Ribuan rakyat Mesir yang mempertahan & memperjuangkan kebenaran syahid ditangan Tentera & Kerajaan Mesir sendiri, saudara sesama Islam sendiri...

Kerajaan Malaysia masih berdiam diri...

Pakatan Rakyat sekadar berdemo & mengeluarkan kenyataan mengutuk mengutuk & mengutuk... Kedutaan Mesir di Malaysia masih beroperasi seperti biasa... Hubungan Diplomatik antara Malaysia & Mesir masih berjalan seperti biasa...

Pembangkang (Pakatan Rakyat) sama-sama bengong... Langsung x de desakan atau usaha untuk beri tekanan pada Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO/BN supaya putuskan terus apa saja hubungan dengan Mesir... Halau Duta Mesir di Malaysia, hentikan serta-merta apa sahaja hubungan ekonomi & lain-lain dengan Mesir.

Wake up Muslim, Wake up Malaysian...!!!

Usaha Mursi yang disembunyi - benarkah beliau gagal?

Usaha Mursi yang disembunyi
Dr Maszlee Malik

Bahagian Pertama

Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Andai Guan Eng yang suruh Rukun Negara dikaji semula....!!

MB Johor saran Rukun Negara dikaji semula

KLUANG - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata satu kajian perlu diadakan supaya Rukun Negara lebih bersifat akomodatif dan interaktif untuk diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat di negara ini.

Mohamed Khaled berkata penghayatan terhadap lima prinsip Rukun Negara amat diperlukan supaya semangat perpaduan pelbagai kaum di negara ini dapat diperkukuh.

"Rakyat perlu memahami lima prinsip Rukun Negara kerana ia merupakan salah satu faktor untuk mempertahankan pemuafakatan dan keharmonian.

"Kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan merupakan dua prinsip utama yang menjadi pemangkin semangat patriotisme dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita," katanya berucap pada majlis pelancaran bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang ke-56 peringkat negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata pendidikan sejarah juga memerlukan tafsiran baharu supaya pemahaman yang mapan dapat dibentuk dalam usaha memperkukuhkan permuafakatan antara kaum.

Apabila INDIA MUSLIM nak diiktiraf sebagai MELAYU..???

Apabila YB UMNO kata HUDUD BUKAN PENYELESAIAN..??


orang yang menetang hukum HUDUD boleh batal islam nya, jadi kalau yang terang2 menentang ni maka jatuh kafir, keturunannya kafir dan zuriatnya kafir. tempatnya di neraka jahanam.

Aku tak pandai bab agama, pengetahuan ku cetek, namun antara yang aku tahu ialah hukum hakam yang datang dari Allah tidak boleh dipetikaikan keberkensanannya ... Atau boleh gugur akidah ....

DAP bidas puak Umno yang dok perli mereka buat pemilihan semula CEC...


Pemilihan semula CEC: DAP bidas Khairy


Harakahdaily, 16 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: DAP hari ini membidas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa kononnya parti itu "akhirnya mengaku bersalah" apabila memutuskan untuk membuat pemilihan semula CEC parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook (gambar), berkata dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana pucuk pimpinan DAP mengambil keputusan membuat pemilihan semula disebabkan mereka tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan parti.

"Sekiranya DAP tidak akur kepada arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), risiko yang perlu ditanggung ialah pembatalan pendaftaran parti.

"Inilah perangkap politik yang dipasang oleh Umno kerana objektif utama mereka ialah untuk memusnah dan melenyapkan DAP dari arena politik Malaysia. Di atas pertimbangan politik tersebutlah, DAP mengambil keputusan untuk akur kepada arahan ROS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dialoq di Kedutaan Mesir sebentar tadi.. yg pasti macai ada di mana-mana...



Akhi Fairuz Al-Jengkawi Kisah Ustaz Wan Subki (Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia) bertemu wakil Kedutaan Mesir di Malaysia :

"Ini kali ketiga Himpunan Aman diadakan untuk Morsi dan rakyat Mesir. Pertemuan kali ketiga ini membuatkan saya lebih bersemangat! Bila kami tiba di pintu masuk kedutaan, mereka tidak membenarkan masuk. Jika ada urusan, selesaikan di sini sahaja. Maka, saya pun berkata kepada wakil Kedutaan Mesir :

"Saya telah banyak kali ke pejabat-pejabat kerajaan, kedutaan-kedutaan, tapi adakah ini layanan kamu kepada kami?"

Kemudian, barulah mereka benarkan kami masuk. Itupun, hanya membenarkan 2 orang wakil NGO sahaja. Kami dibawa ke pejabat dan bertemu dengan pihak kedutaan.

Ini dia punca pasaipa pengundi muda tolak PR masa PRU13 tempohari..


Punca Pengundi Muda Melayu Tidak Sokong Pakatan Rakyat Di Dedahkan


Pengundi muda Melayu dan kali pertama mengundi didoktrinkan dengan isu identiti Melayu yang digunakan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk menanam ketakutan terhadap pembangkang, kata pembuat undang-undang Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Mereka berkata, itu adalah sebab pengundi muda Melayu dan pengundi kali pertama memilih untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) – seperti didedahkan dalam kajian corak mengundi oleh Merdeka Center, baru-baru ini.

Rafizi Ramli (gambar) daripada PKR dan Zairil Khir Johari daripada DAP, berkata penemuan daripada kajian itu tidak begitu mengejutkan.“Kami tahu ia adalah pertempuran yang sukar untuk mendapatkan pengundi muda Melayu –mereka berumur antara 21 hingga 26 – untuk mengundi kami,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider.

Ini kerana, katanya, mereka dalam kumpulan umur itu baru sahaja keluar daripada sistem pro-BN, di mana mereka dibiarkan untuk percaya bahawa mereka perlu berjuang mempertahankan hak orang Melayu.“Ini boleh dilihat di sekolah, university dan di mana juga.

Mereka sama seperti pengundi luar bandar – mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana.“Imej yang disampaikan oleh BN ialah PR tidak berminat langsung dengan hak Melayu, menyebabkan mereka takut kepada kami,” katanya.

Antara Orang politik dan SPR ...????

oleh Khairul Naim Rafidi,

Saya begitu tertarik apabila ramai yang “melabon” tentang kisah-kisah 'penipuan' dan lakonan citrawarna SPR. Tidak kira sebelum dan selepas PRU, SPR sering menjadi subjek kepada kemarahan banyak pihak yang mengkritik kebebasan badan tersebut.

Antara isu yang menjadi perdebatan hangat adalah berkenaan dengan pemilihan anggota suruhanjaya itu sendiri.

Dalam hal ini saya sarankan kita selak kembali helaian undang-undang tertinggi Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara 114(1) memetik :

“Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain.”

Jelas dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa tujuh individu tersebut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat (consultation) daripada Majlis Raja-Raja.

Hal ini secara kiasnya berbeza dengan pelantikan – pelantikan lain yang memerlukan nasihat Perdana Menteri. Oleh itu, YDPA bertanggungjawab memastikan pelantikan bebas daripada pengaruh politik.

Laluan sukar menanti Najib..adakah Najib akan di 'rempuh' oleh kawan..???


Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords’ dan penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia, tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu.

Difahamkan perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda Umno mereka.

“Tindakannya untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Umno mengasingkan persempadanan utama dalam parti dan menimbulkan kemarahan di kalangan individu berkuasa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan kepimpinan,” kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang terkini.

Mesir Terkini - Demontrasi mega akan dilakukan hari ini untuk rakyat pula mengepong tentera


Satu tamparan untuk PR..jangan ingat pengundi muda bulat-bulat sokong anda..??

Kejutan PRU13: lebih ramai golongan muda Melayu sokong BN
August 16, 2013
Latest Update: August 16, 2013 07:09 am

Apa yang dijangkakan: Pakatan Rakyat (PR) menang mudah undi pengundi kali pertama dan golongan muda dalam Pilihan Raya 2013. Apa yang tidak dijangkakan: Barisan Nasional (BN) mendapat lebih undi Melayu dalam kategori ini.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13), tanggapannya adalah PR akan mendapat sokongan besar pengundi kali pertama dan pengundi muda kerana fokus mereka kepada pelbagai isu termasuk rasuah yang akan menjadi tarikan kepada pengundi muda.

Pembangkang juga mempunyai ahli politik muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong yang mendapat sokongan daripada golongan muda Malaysia.

Tetapi, menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, ini tidak berlaku. Beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, mencadangkan pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.

Menurut Ibrahim, segmen ini akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya akan datang kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan Melayu.

Orang lain tembak orang lain kena dakwa... pening aih..!!!

Pemandu teksi dalam kes Hussain Najadi didakwa memiliki senjata api
OLEH MUZLIZA MUSTAFA
August 16, 2013

Pendakwa kes pemandu teksi memiliki senjata api di luar mahkamah di Jalan Duta. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2013.
Pendakwa kes pemandu teksi memiliki senjata api di luar mahkamah di Jalan Duta. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2013.

Pendakwa kes pemandu teksi memiliki senjata api di luar mahkamah di Jalan Duta. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 Ogos, 2013.Seorang pemandu teksi didakwa hari ini atas kesalahan memiliki pistol dan peluru, lebih dua minggu selepas dia ditahan bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan pengasas Bank Pembangunan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi, bulan lalu.

Chew Siang Chee, 45, yang berada dalam tahanan polis sejak 30 Julai lalu, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan atas kesalahan memiliki pistol semi automatik .9mm Walther dan magazine.

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 4 akta sama atas kesalahan memiliki secara haram empat butir peluru .9mm.

Semua bahan itu ditemui dalam peti pos di Kondominium Desa Cindaimas di Jalan Sekutu off Jalan Kuchai Lama di Brickfields pada 3 Ogos.

Chew mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Mesir : Penyokong Ikhwanul Muslimin melancarkan serangan balas



Mesir

KAHERAH – Keganasan baharu tercetus di Mesir kelmarin apabila penyokong Ikhwanul Muslimin melancarkan serangan balas, sehari selepas tindakan ganas pihak tentera mengosongkan lokasi perhimpunan di dataran masjid Rabaa Al-Adawiya dan beberapa lokasi lain yang meragut sekurang-kurangnya 525 nyawa dan mengundang kritikan antarabangsa.

Mereka yang begitu marah dilaporkan menyerang pondok kawalan di Sinai dan bandar Assiut, menyebabkan dua anggota polis maut.

Penunjuk perasaan turut membakar sebuah pejabat kerajaan di Giza. Di Iskandariah, beratus-ratus penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi menutup jalan sambil berarak.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad menegaskan, kemarahan kumpulan yang mempunyai jutaan ahli itu sudah di luar kawalan.

Dengar kata MASHA UNIVERSITY akan ambik alih kuliah perubatan di KUIN K.Ketil...

MENABUR ANGIN MENUAI BADAI II

hingga hari ini tiada kenyataan resmi dari mulut MB sendiri mengenai status Kulliyyah Perubatan dan Sains Kesihatan (KMHS) di KUIN. Mungkin belum sampai saat yang tepat untuk beliau mengumumkan keputusan itu kepada media massa.

Kelmarin, beberapa MAHSA secara resmi mengadakan pertemuan dengan kakitangan KMHS . Iku hadir dalam pertemuan itu ialah beberapa pelajar dan ibu bapa mereka.

Kedah : KFA adakan MOU dengan kelab bola EPL yg kepunyaan tokey ekoq Malaysia


Kedah berpeluang jejak kaki ke Stadium Cardiff City


Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


SKUAD bola sepak Kedah ditawarkan ganjaran istimewa iaitu peluang menjejakkan kaki ke Stadium Cardiff City jika berjaya muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Tawaran tersebut dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Mahathir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab Wales itu di Alor Setar, Kedah malam kelmarin.

Menurut Mukhriz, tawaran itu adalah wajar sebagai penghargaan kepada pemain dan pengurusan pasukan.

Katanya, hasil kerja keras para pemain, strategi jurulatih selain sokongan padu peminat, misi itu tidak mustahil untuk dicapai.

Awat yang takut sangat nak Isytihar harta... Penang ok ja bagitau rakyat berapa YB dia ada!!

MB: Kedah belum cadang wajib Adun isytihar harta

Oleh: Tarikh: August 15, 2013

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah belum bercadang mewajibkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata ketika ini belum ada lagi konflik kepentingan yang memerlukan semua Adun berbuat demikian.

"(Hanya) di peringkat exco sekarang ini mesti isytihar harta dan liabiliti kepada saya. Itupun sulit, untuk pengetahuan saya sahaja. Ia seperti mana saya sebagai Menteri Besar mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Mesir berdarah...mana OIC & PBB?


Konflik Mesir: Mapim gesa adakan sidang tergempar


Oleh: Tarikh: August 15, 2013

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini mencadangkan kerajaan mengambil inisiatif mengadakan sidang tergempar dengan negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menghentikan pembunuhan orang awam di Mesir.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kerajaan juga perlu memanggil duta Mesir dan mengisytiharkan kutukan ke atas pimpinan tentera Mesir yang terus mengambil tindakan ganas terhadap penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan sejak awal Julai lalu.

"Kami telah menghantar surat kepada perdana menteri hari ini menuntut agar satu sidang tergempar diadakan bagi menghentikan keganasan terhadap penduduk Islam di Mesir.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...