PM Norway jadi drebar teksi dekati pengundi  
Stoltenberg turut memakai seragam lengkap pemandu teksi ketika membuat penyamaran pada Jun lalu. Foto: EPA

OSLO - NORWAY, Perdana Menteri Norway, Jen Stoltenberg 'bertukar profesion' menjadi pemandu teksi, Jun lalu dalam usaha untuk mendekati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum pada 9 September depan.

Menerusi rakaman video dimuat naik ke dalam beberapa laman sosial termasuk YouTube, Stoltenberg menyatakan tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mendengar sendiri pendapat atau keluhan orang ramai walaupun sudah lapan tahun tidak memandu.

Difahamkan menurut Press TV, sebuah kamera tersembunyi turut ditempatkan di dalam teksi Mercedes hitam dipandu beliau untuk merekodkan reaksi penumpang dan Stoltenberg juga berbesar hati memberi perkhidmatan teksi percuma kepada mereka.