TERKINI :

Monday, August 12, 2013

Apa kes polis sewa pistol kepada penjenayah suatu masa dulu...?



http://www.hmetro.com.my/articles/Bayarkomisenlepasrompak/Article

Isu surau: Pengurus resort ditahan

JOHOR - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan.

Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada 2.00 petang ini.

"Satu pasukan khas diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Lee Kuan Yew lagi sayangkan UMNO untuk memerintah negara dari DAP..


Kerajaan BN adalah Kerajaan UNDI POS & AWAL..

BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal

Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre.

Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).

Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters.

Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.

Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.

Apabila Menteri Zahid cakap merapu bab TEMBAK, PISTOL & ORDINAN DARURAT..!!

DAP Persoal Kenyataan Zahid, Mana Datang Itu Senjata Api?


Kenapa Senjata Api Secara Tiba-Tiba Mudah Didapati Di Malaysia? - DAP

PETALING JAYA: DAP mahu mengetahui mengapa dilihat adanya bekalan bersedia senjata api di Malaysia, berikutan peningkatan kejadian tembakan baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng berkata, walaupun hukuman berat terhadap pemilikan senjata haram, ia tidak kelihatan menghentikan kongsi gelap daripada menggunakan senjata api.

"Menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat yang mengeluarkan banyak penjenayah yang lebih serius dalam masyarakat bukanlah menjelaskan sepenuhnya bagaimana bekalan senjata secara tiba-tiba meningkat di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengenai pemansuhan Ordinan Darurat, Lim berkata, ia tidak menjelaskan apa yang beliau sifatkan sebagai "lonjakan" secara tiba-tiba terhadap bekalan senjata tempatan.

Ubah jangan tak Ubah wahai SPR... janji BN menang.. tak gitu..??

SPR oh SPR... bauatlah apa pon SPR oi janji BN menang tak gitu..???
SPR bentang cadangan ubah sistem pilihan raya

Abdul Aziz Mohd. Yusof

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan kepada parti-parti politik berhubung cadangan mengubah sistem pilihan raya negara yang diamalkan ketika ini bagi mendapatkan persetujuan semua sebelum dilaksanakan pada masa depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakan perubahan yang turut melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan negara.

"Ada perkara yang sudah kita buat tetapi perkara yang serius kita sedang mengkaji lagi dengan teliti.

Alasan Jurulatih Chong Wai pasai pa kalah dengan Lin Dan malam tadi..!!

Menang cara kotor

LIN Dan (kanan) melihat keadaan kecederaan Lee Chong Wei sehingga pemain negara terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Guangzhou, semalam.

GUANGZHOU - Senario awal kelihatan seperti Datuk Lee Chong Wei yang terdesak untuk memburu gelaran dunia pertama, namun hakikat sebenarnya berbeza kerana tuan rumah yang terdesak hendakkan Lin Dan menang sehingga melakukan taktik kotor asalkan ia berpihak kepada bintang mereka itu.

Selepas dimalukan dalam perseorangan wanita dan beregu campuran ekoran kekalahan dua bintang No. 1 dunia, Li Xuerui serta Xu Chen-Ma Jin, tuan rumah cuba memastikan nasib yang sama tidak menimpa Lin Dan.

Chong Wei jelas menguasai permainan ketika menang set pertama 21-16 tetapi pendingin hawa di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup di set kedua dan keadaan panas serta tidak berangin itu merubah sepenuhnya perjalanan perlawanan.

LANGGAR LARI - WAJA 1.6 SILVER PFR 5823 sedang di kesan...!!

Gambar Hiasan Sahaja

Jiwa TUANKU sangat dekat dengan KUIN..!!!


LOGO KUIN MACAM LENCANA SEKOLAH

Saya dapati setiap kali tulisan saya yang menyentuh KUIN pasti ramai rakan-rakan blogger khasnya blog-blog politik akan memetik dan mempautkan ke laman-laman web mereka. 

Pautan mereka samada disertai dengan komen atau tanpa komen atau cut and paste. Tidak kurang juga ramai yang menghentam saya malah ramai yang mentafsirkan mengikut kelok kecenderongan politik masing-masing.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa tulisan saya tentang KUIN langsung tidak ada niat atau telunjuk berkait bagi tujuan mempolitikkan gedung ilmu ini. Ianya juga bukan ditulis sekadar hentam keromo tanpa berlandaskan kesahihan dan fakta yang saya arkibkan sejak dari tahun 2009 lagi.

Kelangsungan itu saya juga memohon maaf kepada komentator-komentator kerana saya terpaksa menapis komen-komen saudara yang berbaur kesumat tanpa fakta sahih dan lebih kepada sentimen peribadi.

Mengapa PAS gagal dapat undi Felda?

Oleh ZULKIFLI SULONG, Pengarang Analisis dan Rencana
August 12, 2013

Mazlan Aliman yakin masa depan masih cerah untuk PAS di Felda.Mazlan Aliman yakin masa depan masih cerah untuk PAS di Felda.Mazlan Aliman (gambar) mula aktif dalam PAS pada 1985 sebagai penampal poster. Pada Muktamar PAS 2011 nama Mazlan paling popular di kalangan perwakilan PAS. Beliau mendapat undi tertinggi sebagai AJK PAS Pusat.

Kemenangan Mazlan adalah kerana beliau dilihat sebagai tokoh yang sedang berusaha untuk membuat satu penemuan baru iaitu menembusi kawasan Felda di seluruh negara yang selama ini menjadi kubu Umno.

Mazlan dan rakan-rakannya menubuhkan satu NGO iaitu Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada tahun 2007 dan Mazlan dilantik sebagai presidennya.

Dalam muktamar beberapa tahun sebelum itu, seorang perwakilan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari Kota Bharu mencadangkan PAS memperuntukkan RM1 juta untuk Mazlan.

Namun di sebalik semua ini, pencapaian PAS di semua kawasan yang mempunyai pengundi Felda di seluruh negara tetap tidak memberangsangkan dalam pilihan raya umum 2013 lalu.

PAS kalah hampir di semua 54 kawasan Parlimen dan kira-kira 90 kawasan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai Felda.

Apakah sebenarnya yang berlaku. 

Adakah Lee Chong Wei disabotaj pada final kejohanan dunia





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...