TERKINI :

Sunday, August 11, 2013

Dekat RM100,000 Mukhriz lulus hanya untuk bawa artis nyanyi di open house raya...!

Kenapa UMNO tunda mesyuarat agung di semua peringkat disebabkan pihak Amerika nak mai negara nie..?

Cadangan mengurangkan kemalangan... tapi bukan guna AES...!

Apabila Utusan Malaysia promosi Syiah...!


Kena Kencing lagi.. Ingatkan nak merasa dah BRIM RM1200.. Rupa rupanya baru nak kaji...!


Kadar BR1M dinaikkan tahun depan


Oleh: Tarikh: August 11, 2013

IPOH – Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

“Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.

Perlancaran buku paklah ditangguh sebab ada orang panas telinga...


Pelancaran buku Awakening ditangguh

Oleh: Wartawan Sinar Harian Tarikh: August 11, 2013

PETALING JAYA - Pelancaran buku ‘Awakening: The Abdullah Years In Malaysia’ ditangguh sehingga diberitahu kelak kerana 'pempolitikan' dalam laporan media.

Prof James UH Chin yang menyunting buku itu bersama Prof Bridget Welsh berkata, kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.

“Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai “Buku Pak Lah”. Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Azalina ucap tahniah pada Suraya sebab berani...


Suraya tawar diri tanding Naib Ketua Wanita


Oleh: JAMILAH HAMZAH Tarikh: August 8, 2013

SHAH ALAM – Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.

Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.

“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya.

Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.

Azalina sebelum ini disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, daripada mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Walaupun warga asing membanjiri ibukota tak apa.. janji kita masih aman...!


Warga asing banjiri ibu kota

Oleh: Tarikh: August 10, 2013

KUALA LUMPUR - Sempena cuti panjang Hari Raya ribuan pekerja asing mengambil kesempatan bersiar-siar di ibu kota namun budaya pengotor mereka terserlah.

Sampah bertaburan di merata-rata tempat meskipun tong sampah mencukupi disediakan dan ramai juga dilihat meludah sesuka hati di kali lima, stesen bas mahupun di pusat beli-belah.

Tinjauan Bernama di sekitar Pasar Seni serta Kompleks Kota Raya mendapati kawasan itu terutamanya di kaki lima bukan sahaja dipenuhi warga asing tetapi juga sampah sarap.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...