TERKINI :

Saturday, August 10, 2013

Wanita hamil mati makan lemang tidak benar - Polis


SIK 9 Ogos - Polis meminta orang ramai agar jangan percaya khabar angin mendakwa seorang wanita hamil mati selepas memakan lemang dipercayai mengandungi ular di dalamnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, berita itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sik dan negeri ini sejak seminggu lalu itu adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata, polis juga menerima maklumat bahawa berita palsu tersebut turut dimuat naik dalam laman sosial dan disebarkan secara meluas dalam internet menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Namun, siasatan awal mendapati berita itu adalah tidak benar, malah mengelirukan pengguna.

"Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti itu berlaku di daerah Sik atau tempat lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Intitusi rumah tangga umat islam Malaysia tahap kritikal...


Tiga pasangan Muslim bercerai setiap jam


Oleh: Tarikh: August 9, 2013

KUALA LUMPUR - Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.

Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.

"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.

Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.

Usah perjudi nyawa anggota polis wahai Kerajaan Najib

BUKIT MERTAJAM, 9 OGOS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) diminta tidak memperjudikan nyawa dan nasib pegawai polis dengan meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada keselamatan rakyat dan negara.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini bahawa secara purata seorang pegawai penyiasat (IO) perlu mengendalikan 19 kes siasatan sebulan manakala IO di kawasan “hot spot” pula perlu mengendalikan 20 hingga 30 kes sebulan.

“Berikutan itu kita dapat lihat bahawa Kerajaan BN memperjudikan nyawa rakyat dan membahayakan nyawa anggota polis kerana sibuk berpolitik dan enggan memberi sumber yang secukupnya untuk melawan jenayah,” demikian kata Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, dalam saranan Laporan Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin 2005, seorang IO sepatutnya mengendalikan lima kes sebulan.

Tembak! Tembak! Tembak! & Tembak!

Oleh ROZAID A. RAHMAN

DUDUK menyaksikan laporan Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam Isnin, 29 Julai sangat menganggu perasaaan dan jiwa.

Berita yang disiarkan silih berganti dengan kes pembunuhan dan tembakan. Buat seketika terasa seakan-akan kita sedang bermastautin dalam sebuah negara yang kacau bilau dengan jenayah tembak dan bunuh.

Ini sangatlah menakutkan dan membimbangkan lebih-lebih lagi untuk kita semua rakyat kebanyakkan.

Kita berada di atas jalan raya boleh dikatakan saban hari. Dan setiap kali kita berhenti di persimpangan lampu isyarat kita tidak tahu malah resah sama ada motosikal yang tiba-tiba berhenti di sebelah kereta kita itu adalah penjenayah atau siapa.

Begitu juga kalau kita singgah makan di restoran. Kita juga khuatir sama ada penjenayah akan menyerang restoran itu atau tidak.

Rupa-rupanya SYIAH nie dah lama dah pun di HARAM kan di Malaysia....


dah 1Malaysia haramkan SYIAH tapi KETUA SYIAH KEDAH relax jaa pie balai polis buat report kata ada org nak tembak dia...best tak hidup di Malaysia....hang nak SYIAH ka hang nak BOGEL ka hang nak TEMBAK ka nak jadi AYAH PIN ka lantak hangpa laa janji hangpa jangan SENTUH dan cuit PM & RAJA-RAJA MELAYU itu sahaja....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...