TERKINI :

Wednesday, August 7, 2013

Ketika Utusan Malaysia tidak terlalu berkuasa…

Oleh MalaysiaInsider

Dalam buku yang menceritakan tahun-tahunnya ketika memegang kuasa, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (gambar) membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai bagaimana beliau berurusan dengan Utusan Malaysia, jelas berbeza dengan bagaimana akhbar lantang itu diuruskan oleh Umno sekarang.

Abdullah terkenal sebagai seorang yang liberal terhadap media berita dalam usahanya untuk mengembalikan kredibiliti media selepas rosak teruk ketika media arus perdana berada di bawah pemerintahan Mahathir, tetapi Abdullah menetapkan ketegasan apabila berkaitan isu perkauman dan agama.

Merujuk kepada pekerja medianya, beliau berkata:”Saya tidak masuk campur kerja mereka kerana saya percaya mereka mempunyai kerja profesional untuk dibuat dan saya memberi ruang kepada mereka. Tetapi, apabila mereka menyalahgunakan keterbukaan itu dengan memainkan isu perkauman dan agama, seperti yang dilakukan Utusan Malaysia, maka saya akan panggil mereka dan beri amaran.”

Kuin: Mukhriz cuba lepas tangan, kenyataan bercanggah

Sarina Ismail, 07 Ogs 2013


POKOK SENA: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkenaan status Kolej Universiti Insaniah (Kuin), bertentangan dari fakta sebenar dan menjerat leher sendiri.

Menurut Mahfuz, Menteri Besar Kedah itu seperti mahu menyembunyikan fakta sebenar dan mahu lepas tangan apabila mendakwa status Kuin adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Kita kesal dengan kenyataannya yang tidak berpijak dibumi nyata. Kenyataan ini amat menyimpang dari fakta sebenar dan saya amat kesal seorang MB boleh mengeluarkan kenyataan seumpama ini," bidasnya ketika mengadakan sidang media di Pokok Sena, semalam.

Mahfuz sebelum ini membangkitkan isu pembekuan gaji kakitangan Insaniah Holding selama tiga bulan yang cuba di ketengahkanoleh Mahfuz baru-baru ini dan meminta Mukhriz selaku Menteri Besar menyelesaikannya.

"Apabila kita bertegas akan membawa hal tersebut kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, beliau (Mukhriz) mengeluarkan kenyataan 'lepas tangan' seolah-oleh kerajaan negeri tidak terlibat atau bertanggungjawab dalam hal demikian.

Gembirakan ibu bapa di hari raya


Oleh: FARUSH KHAN
Tarikh: August 7, 2013

Ini hari terakhir kita berpuasa. Mereka yang hati hampir dengan ALLAH akan menangisi pemergian Ramadan, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan dan keampunan.

Doakan moga kita semua dihitungkan bersama golongan itu, insya-ALLAH. Hari ini sebilangan besar daripada pembaca budiman tentunya sudah pun berada di kampung bersama ibu bapa, saudara-mara dan sanak-saudara.

Pada masa sama, ada juga segelintir yang terus beraya di bandar kerana mereka lahir dan dibesarkan di bandar serta mempunyai ramai kaum keluarga bermastautin di bandar.

Tetapi kebanyakan kita orang kampung. Kalau pun sudah tidak mempunyai ibu, bapa atau mertua, adik-beradik dan sanak-saudara masih ramai di kampung.

Kepada yang bergembira dengan keluarga di hari raya ini, kita ucapkan tahniah. Bagi mereka yang beraya dalam keadaan ibu bapa, anak, isteri atau sanak-saudara baru sahaja kembali ke rahmatullah, kita ucapkan takziah. Banyaklah bersabar dan terus berdoa agar mereka dikumpulkan bersama mereka yang diredai ALLAH.

Sedikit tip untuk pemandu wanita semua...


Tips untuk pemandu wanita sebelum, semasa perjalan

Oleh : Tarikh: August 6, 2013

KUALA LUMPUR - Pemandu wanita diminta memberi perhatian terhadap aspek keselamatan sebelum dan semasa perjalanan pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri, Khamis ini.

Sehubungan itu, mereka dinasihatkan mematuhi beberapa panduan sebelum melakukan perjalanan jauh pulang ke kampung, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan.

Beliau berkata antara panduan itu ialah memastikan ada teman bersama ketika memandu terutamanya pada waktu malam.

"Mereka juga perlu servis kenderaan iaitu memberi tumpuan kepada tayar dan brek. Periksa tekanan angin tayar.

Ops Tak Posa di Sg Petani

Lelaki selamba kena tahan

Lelaki selamba kena tahan
Premis yang ditemui beroperasi sebelum jam 3 petang
SUNGAI PETANI - Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam.

Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan.

Timboi geng Panji Hitam laa pulak dekat raya-raya nie...


Dalang 'Kumpulan Panji Hitam' sedang dikenal pasti


9:33PM Ogos 6 2013

Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara awal pagi semalam yang mendakwa pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah (kiri) berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian, lapor Bernama.

"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini.

"Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Penjelasan : Kenapa IHSB tuntut dari Kerajaan Negeri

Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...