TERKINI :

Tuesday, August 6, 2013

Dakwat kekal: boleh di guna di Hari Raya juga, bukan semasa PRU saja

oleh aspan alias

Posting kali ini adalah posting yang relaks dan tidak tertumpu kpada isu serius seperti politik dan keselamatan negara yang terancam dengan siri pembunuhan bersenjata yang berlaku 9 hari berturut-turut itu. Kita sedang berada diambang Hari Raya Aidulfitri yang sangat ditunggu-tunggu setelah sebulan beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun hijrah 1434 ini.

Saya terjumpa seorang yang baru keluar dari bank untuk mengeluarkan wang kertas satu runggit (RM1) yang agak banyak juga. Wang kertas seringgit itu tentulah untuk dijadikan sebagai wang untuk di berikan kepada kanak-kanak yang sangat bergembira dihari raya ini. Dia berkata yang dia ramai anak-anak saudara dan kanak-kanak kampungnya selalu akan datang ke rumahnya untuk mendapatkan duit raya semata-mata.

Seperti juga kita semua, ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan wang raya ini tentu lah berasa gembira melihat anak-anak kecil bersukaria apabia mendapat duit raya seringgit dua dari kita. Saya bertanya kepadanya bagaimana kalau yang ramai-ramai itu datang berulang kali kerana tentu dia tidak akan dapat tahu siapa yang sudah menerima dan belum menerima duit raya dia itu?

Pak Lah akui yang dia memang tak suka apa yang Mahathir lakukan..!

Pak Lah: Dr M lelaki penuh kontradiksi

9:00PM Ogos 6 2013

Dianggap sebagai "Mr Clean", beliau dipilih sebagai pengganti Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, hubungan mereka bertukar sebaliknya. Ini berkaitan isu menantu dan penasihatnya, yang dikenali "budak tingkat empat".

Bimbang legasinya terjejas, Mahathir kemudian memulakan genderang perang dan mula mengkritik kepimpinan Abdullah, yang dilihatnya sebagai pemimpin yang lemah.

Dan selepas kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan sokongan pada BN mula retak, Mahathir memutuskan merobek kerjaya politik Abdullah.

Dalam wawancara dengan sebuah buku baru, Awakening, the Abdullah Badawi years in Malaysia, Abdullah melontarkan kenyataan pedih kepada pendahulunya, dengan menggambarkan Mahathir sebagai lelaki yang penuh kontraldiksi.

Antara lain, Abdullah (kiri) berkata, jika beliau mengikuti hasrat Mahathir dengan projek-projeknya seperti landasan berkembar RM14.5 bilion, negara ini mungkin akan muflis.

Pak Lah dedah rahsia pasaipa dia selalu terlena depan majlis..


Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya

Jarni Blakkarly 5:00PM Ogos 6 2013


Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.

Najib kantoi dah... inilah sebab pasaipa proton ditukaq ke honda...!

Saman AES: Bertimbang rasalah kerajaan...

JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM – Ketika pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih di peringkat 'percubaan', pelbagai pihak menggesa kerajaan supaya membatalkan sahaja sistem yang dianggap membebankan rakyat itu.

Antara rungutan yang diutarakan kerana kompaun yang dikenakan terlalu mahal.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya lebih bertimbang rasa dalam mengenakan denda kepada rakyat kerana kesalahan lalu lintas.

“Kompaun yang dikeluarkan RM 300 kepada pesalah AES itu pun sudah cukup tinggi.

“Kerajaan perlu ada budi bicara dan bertolak ansur dengan pesalah yang mempunyai alasan yang munasabah apabila melanggari had laju yang ditetapkan.

“Mungkin mereka dalam keadaan kecemasan, kamera itu bukannya boleh kenalpasti sama ada pemandu berkenaan dalam keadaan kecemasan, jadi kerajaan perlu lebih bertolak ansur dan mempunyai budi bicara,” kata setiausaha agungnya, Datuk Dr Ma’amor Osman.

Realiti Kemelut Dun Kota Damansara: Wibawa Presiden Perlu Dinilai

oleh Mohd Sayuti Omar

RENUNGAN KE DALAM                                               

Mulanya saya tidak berminat memberi apa-apa komen atau ulasan mengenai pertembungan sesama sendiri di antara Pas, PSM (PKR) di kerusi Kota Damnsara, Selangor di dalam pilihan raya lalu sehinggakan kerusi itu melayang ke tangan calon BN, Halimaton Sadiah. Secara teorinya kalau kerusi itu ditandingi seorang sama seorang di antara Pakatan Rakyat dengan UBN, sudah sahih kerusi itu akan dimenangi oleh PR menerusi calonnya Dr Mohd Nasir Hashim.
Dr Mohd Nasir Hashim

Lagi pun Dr Nasir telah mewakili kerusi berkenaan pada pilihan raya 2008 lalu.

Cuba perhatikan undi yang diperolehi Dr Nasir dan calon Pas Rizuan Ismail. Nasir mendapat 14,860 undi manakala Rizuan mendapat 7,312. Kalau dicampur kedua undi mereka itu Pakatan Rakyat akan memperolehi 22,172 undi berbanding dengan Halimaton Saadiah yang menang dengan mendapat undi sebanyak 16,387. Sebab itu kalau mengikut teori (atas kertas) Dr Nasir akan menang dengan majoriti sekurang 10,000. Tetapi...

Bagaimana sikap diam saya itu akhir terbuka juga apabila kemelut huduh di Kota Damansara itu  menjadi polemik. Rasa tidak puas hati banyak pihak terlontar mengenainya. Isu kerusi Kota Damnsara itu tidak senyap begitu saja dan ia akan menjadi sejarah hitam yang akan disebut dan dijadikan iktibar. Rasa tidak puas hati khasnya di kalangan PSM (PKR) terus disebut-sebut. Kesalahan diletakkan kepada Pas. Pas dianggap sebagai tamak, tidak menghormati semangat kerjasama dan degil tidak mahu mengendah. Begitulah persepsinya walaupun yang merencana mengenai kasus itu hanya beberapa orang saja.

Kaedah mengajar agama perlu perubahan

Dr. Ismail Ibrahim

SATU perkara yang menjadikan orang merasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu adalah kerana ketika dia diberikan satu tanggungjawab, dia sering bertanya “kenapakah aku harus melakukannya?"

Apabila dia mengemukakan soalan itu kepada dirinya, maka akan timbullah berbagai-bagai jawapan dan rentetan persoalan lain yang sering kali tidak dapat dijawabnya.

Orang yang beragama Islam dalam bulan Ramadan ini umpamanya mungkin akan bertanya “kenapakah aku mesti berpuasa dalam bulan Ramadan ini?"

Soalan ini mempunyai jawapan yang banyak, bergantung kepada ilmu dan pelajaran, atau pengalaman seseorang itu. Bagi orang yang tidak mahu berfikir dengan mendalam untuk mencari jawapan bagi persoalan ini, maka dia hanya akan menjawab dengan mengatakan “kerana Allah SWT memerintahkan orang Islam supaya berpuasa, maka aku ini seorang Islam yang telah mencukupi syarat-syarat wajib berpuasa, maka aku mestilah berpuasa".

Buang semua atur-peraturan perlembagaan, kekalkan BAB 3 saja

oleh Aspan Alias

UMNO sebuah parti yang teramat unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.

Semasa UMNO lemah ia tidak perlu diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.

Dalam pilihanraya yang akan datang pula UMNO mesti mendapat kemenangan jauh rendah dari 133 seperti yang diperolehinya pada PRU yang ke 13 baru-baru ini dan ia tidak perlu berubah. Yang perlu diubah jika parti itu mendapat 140 kerusi sahaja.

Sekarang ini jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi maka jawatan Naib Presiden juga tidak perlu ditandingi dan hanya mengekalkan ketiga-tiga yang menyandang jawatan itu sahaja. Ada suara lagi, iaitu jawatan Ketua Pemuda dan Wanita juga jangan dipertandingkan.

Betulkah akan ada tambahan 100 meja judi lagi di Genting?

YOPE KEY-DARE,
Kuantan

http://sin.stb.s-msn.com/i/B7/92D2197FEB663E0D8999361EE91F_h498_w598_m2.jpg
Gambar Hiasan
BENARKAH projek RM3,000 juta bagi menaik-taraf "Kota Keriangan" Resorts World Genting (RWG) di Genting Highlands, akan turut melibatkan pertambahan 100 meja judi?

Ia adalah sebahagian daripada apa yang telah diuar-uarkan iaitu peruntukan kira-kira RM400 juta daripada keseluruhan bajet bagi pembinaan semula taman tema berkenaan dengan usaha sama syarikat perfileman Amerika Syarikat, 20th Century Fox.

Begitulah apa yang dibayangkan di dalam laporan di bawah tajuk berbentuk soalan - 100 more tables for Genting? yang diterbitkan oleh akhbar The Star menerusi ruangan StarBiz pada 31 Julai lalu.

Laporan berita itu memetik badan penyelidikan CIMB Research sebagai membuat jangkaan tersebut, lanjutan kepada pengumuman pelaburan RM3,000 juta oleh Genting Malaysia Bhd untuk menaik taraf resort bersepadunya itu.

[2 in 1] Berhati-hatilah dijalanraya.. bila dah berlaku sekupang pun dah tak guna..!!!

Lima kenderaan berlanggar

Lima kenderaan berlanggar 
 Keadaan tiga daripada lima kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
 
ALOR SETAR - Malang tidak berbau apabila lima pemilik kereta terbabit dalam kemalangan di Jalan Tandop, dekat sini, kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.

Difahamkan, ketika itu berlaku kesesakan lalu lintas dengan keadaan kenderaan bergerak perlahan dari selatan menuju ke arah utara Alor Setar.

Berada pada laluan sama, lima kereta terbabit berlanggar dari arah belakang antara satu sama lain.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kereta terbabit berada dalam satu barisan bahagian kanan jalan dan masing-masing bergerak perlahan.

Pesawah MADA dapat 'duit raya'

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan insentif projek estet padi kepada Saidin Omar (kanan) sambil diperhatikan Othman Aziz (dua dari kiri) di PPK 3-III MADA Kobah, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG 5 Ogos - Sebanyak 5,929 peserta estet padi berpusat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima 'duit raya' iaitu insentif bernilai RM19.8 juta bagi 9,914 hektar tanaman padi yang diusahakan mereka.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, insentif itu adalah bagi musim kedua tahun ini dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM30 juta insentif kepada seluruh kawasan MADA.

Katanya, pesawah yang menyertai projek estet padi berpusat di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Projek Permulaan (EPP) 10 itu diberi insentif sebanyak RM2,000 setiap hektar sebagai galakan dan jaminan kepada pendapatan mereka.

Teresa: 'Ada orang fitnah saya di bulan Ramadan'


Teresa 
 “Print screen” Facebook Teresa yang disebarkan
SHAH ALAM – Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.

Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.

Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya,  perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

“Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepada orang Cina.

“Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan,” tulisnya.

JPJ jawab isu nombor plat, cermin gelap, lampu putih

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengucapkan terima kasih kepada Tahir Bakar, Kuala Lumpur di atas aduan “Nombor plat, cermin gelap dan lampu putih bebas digunakan" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 12 Julai 2013.

Nombor Plat

Berdasarkan kepada peruntukan yang dikuatkuasakan, spesifikasi nombor pendaftaran yang perlu dipamerkan oleh pemunya kenderaan adalah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran Dan Pelesenan Kenderaan) 1959.

Peruntukan ini menetapkan spesifikasi nombor pendaftaran biasa (huruf dan angka) dan spesifikasi nombor pendaftaran khas seperti PROTON, PERODUA, WAJA, Putrajaya dan lain-lain lagi.

Maklumat mengenai spesifikasi nombor pendaftaran yang ditetapkan boleh dilihat melalui laman sesawang JPJ di www.jpj. gov.my.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...