TERKINI :

Sunday, August 4, 2013

KUIN - Habaq kata nak ngadap TUANKU terus kata nak selesai tunggakan gaji yang tak bayaq 3 bulan..

Kerajaan Kedah ikhtiar selesai tunggakan gaji kakitangan anak syarikat KUIN
 

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah petugas Insaniah Holding Sdn Bhd yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata isu tuntutan gaji tertunggak itu tidak sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri kerana ia tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.

"Insaniah Holding merupakan satu anak syarikat di bawah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), jadi kerajaan negeri memang tidak ada kaitan dengannya kerana selama ini kita hanya berurusan dengan Kuin dan bukannya dengan Insaniah Holding.

Kuin: Macam bunga jatuh ke tangan kera

Zulkifli Yahaya, 04 Ogs 2013

AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu.

Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat.

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu.

Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah.

Jika Mat Sabu Kagum Pemerintahan Iran hangpa kata Syiah nie TPM hadiri perlantikan Presiden Iran tak mau kata sama..!!

TPM di Tehran hadiri pelantikan presiden baru Iran
Abdul Muin Majid, Bernama
4:31PM Ogos 4 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Siapa yang tidak Patriotik Sekarang?


PR tidak patriotik.
PR dirasuk DAP yang suka guna kereta import.
PR melakukan pembaziran.
PR membelakangkan kemampuan kereta tempatan.
PR mengkhianati negara menggantikan kereta tempatan dgn buatan luar
PR sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan.

"Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan," - Mohd. Firdaus Abdullah, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM)

Pemimpin Umno nak tunjuk hero menjelang pemilihan

KUALA LUMPUR: Rasa panik akan berlakunya kebangkitan rakyat serta keghairahan menjadi wira menjelang pemilihan Umno mendorong pemimpin-pemimpin parti itu menzalimi rakyat yang tidak mereka sukai, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Sekarang ini falsafah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pasca pilihan raya umum ke-13 ialah haramkan, tangkap, tahan, reman, lokap, denda, penjarakan, menghina, Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-13, katanya lagi, kerajaan BN seperti ayam disambar helang.

"Bila fakta menunjukkan majoriti rakyat menolak mereka, BN tidak keruan lari ke hulu ke hilir.

"Perasaan takut dan cemas menangkap mereka," kata Mahfuz.

Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa-apa sahaja terus dituduh, dihina, ditangkap dan didakwa.

Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitanganInsaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika MenteriBesar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagalmenyelesaikanisupembayarangajikakitangansyarikatberkenaan.

Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei sehingga lalu.

"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.

Sempadan kita pun kena tengok juga.. Adakah senang sangat boleh lolos senjata nie..??

Tambah anggota polis belum tentu selesai kes


senjata api
 
KUALA LUMPUR - Meningkatkan bilangan anggota polis dan mempertimbangkan pembelian peralatan baru seperti litar kamera tertutup (CCTV) sahaja, tidak akan menyelesaikan kes jenayah berat membabitkan senjata api di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini kerana keutamaan terlebih dahulu harus diberi kepada usaha memperketatkan pengawasan di sempadan.

"Kita lihat bajet untuk menambahkan bilangan anggota polis dan kemudahan anggota-anggota itu banyak diberikan oleh kerajaan sebelum ini, namun jenayah berat seperti tembak-menembak tetap juga berlaku.

[Video & gambar] Masjid Besar Umawi yang berusia ribuan tahun hancur diserang pihak rejim Basyar..


Halab@Aleppo, Syria





Masjid Besar Umawi yang berusia ribuan tahun hancur diserang pihak rejim.. Di dalamnya terdapat maqam nabi Zakaria turut sama musnah bersama barangan-barangan lain..

Ketika masjid ini dibebaskan, botol-botol arak bersepah di dalam masjid ini, dan yang lebih teruk terdapat perempuan-perempuan yang ditahan dan dijadikan pemuas nafsu tentera regim..

Masjid ini kini di bawah kawalan para pejuang FSA, namun muncung-muncung sniper sentiasa ligat memerhati dan mencari mangsa...

Dok sembang mohong apa aih Jamil Khir oi.. Pie la tangkap Ketua Syiah kat Pendang nuu..!!!

2 enakmen diguna pakai sekat ajaran Syiah
1 Ogos 2013


Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom Datuk Seri Jamil Khir Baharom

KUALA LUMPUR - Pihak yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini boleh didakwa mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Mengenai Pelanggaran Fatwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata menerusi Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, individu yang menyebarkan fahaman Syiah boleh didakwa di mahkamah sivil.

"Negara mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan fahaman Syiah," katanya kepada pemberita pada majlis penghargaan Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) 2013 di sini, hari ini.

mai pakat tolong sahabat kita nie sat...Teringin jumpa adik kandung


Teringin jumpa adik kandung  
Mohd Firdaus hanya mempunyai gambar ibunya dan berharap ia 
dapat membantu untuk mengesan adikya itu.

BALING - “Masuk tahun ini, dah 23 tahun saya tak berjumpa adik, saya tak tahu dia tinggal di mana dan dengan siapa. Kalau boleh tahun ini saya nak beraya dengan dia,” kata Mohd Firdaus Abdullah, 25, abang kandung kepada Kalsom Abdullah, 23, yang terpisah sejak kecil lagi.

Mohd Firdaus berkata, disebabkan kesempitan hidup keluarga, ibunya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga angkat sejak umurnya baru beberapa bulan.

Menurutnya, adiknya yang ketika itu baru dilahirkan diletakkan di Hospital Sik dan sehingga kini dia tidak mengetahui siapakah yang menjaga adiknya itu.

“Dah puas saya mencari, tapi tidak membuahkan hasil. Nama adik pun saya tak tahu, tapi bila semak dengan Jabatan Pendaftaran menerusi nama ibu, mereka kata nama dia Kalsom Abdullah.

Bersabar, jalan raya bukan litar lumba!

oleh - Mohd Ali Muhamad Don

August 03, 2013

Seorang pelumba superbike warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terjatuh daripada motosikalnya dan kemudian dilanggar pula oleh pelumba lain ketika menyertai pusingan pembukaan perlumbaan Kejohanan Supersport Dunia di Litar Moscow baru-baru ini. Dengan kelajuan kira-kira 250km sejam kesilapan yang sedikit pastinya membawa padah walaupun kebiasaannya mereka dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih dan termoden masa kini.

Bayangkan pula bagaimana segelintir kenderaan penumpang dibawa pada kelajuan tinggi di atas jalan raya awam sambil berlumba sesama sendiri. Terdapat pula yang seolah-olah menjadi samseng jalan raya hingga merasakan bahawa mereka sahaja yang berhak menggunakan kemudahan tersebut dan mengetepikan hak pengguna yang lain.

Perbuatan seperti ini salah dan jauh menyimpang daripada nilai murni. Golongan yang suka memandu laju dan berbahaya sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada kecelakaan. Malah lebih memilukan apabila disebabkan oleh kecuaian mereka pengguna jalan raya lain pula terpaksa menanggung sengsara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...