TERKINI :

Saturday, August 3, 2013

Mukhriz akan roboh Pekan Rabu Alor Setar


Roboh Pekan Rabu untuk dibina semula


Oleh: Tarikh: August 3, 2013

ALOR SETAR - Pekan Rabu iaitu pusat perniagaan Bumiputera di bandar raya ini akan diroboh untuk dibina semula supaya lebih selesa dan lapang, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kompleks Pekan Rabu yang moden akan didirikan semula di tapak asal," kata Mukhriz kepada pemberita selepas meninjau pusat perniagaan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar Pekan Rabu penting kepada Alor Setar khususnya untuk industri pelancongan dan sehubungan itu pusat perniagaan berkenaan akan dibina semula agar lebih menarik.

Permohonan untuk tujuan itu telah diluluskan kerajaan persekutuan, katanya.

Pekan Rabu yang wujud sejak 1900 menjadi tarikan pengunjung serta sinonim dengan jualan makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Mahkamah Pilihan Raya untuk orang kaya?

Oleh: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI Tarikh: August 1, 2013

SHAH ALAM - Pas menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang menjadi tempat terakhir saluran sah rakyat mengadu kepincangan proses pilihan raya di negara ini, kini bertukar menjadi jalan buntu.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengenakan penalti melampau pada para pempetisyen, ianya dilihat seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan.

“Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihan raya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berita kata Azizan letak jawatan tidak benar..!

Azizan masih Adun Sungai Limau

Oleh: ROSLINDA HASHIM Tarikh: August 2, 2013

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun Sungai Limau.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu dalam PRU13, 5 Mei lalu, itu bukan alasan pihak tertentu yang cuba memanipulasi keadaan.

“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Menurutnya, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah yang dirujuk oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, tempoh berakhir untuk Azizan mengangkat sumpah jawatan adalah sebelum 23 September ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditanya ura-ura mengatakan Azizan sudah melepaskan jawatan sebagai Adun Sungai Limau dengan menandatangani dokumen berkaitan.

UMNO oh UMNO...bila bohong menjadi benar...!

Kemuncak kewartawanan Umno, bohong jadi benar

Harakahdaily, 03 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Kewartawanan Malaysia dalam negara Umno BN mencapai ‘kemuncak’ baru di peringkat antarabangsa apabila pembohongan menjadi kebenaran dan khayalan sebagai kenyataan.

Bagi Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, menjadi contoh bagi “transformasi” kewartawanan Malaysia kelmarin apabila ruangan komentar rasminya, “Bisik-Bisik”, yang ditulis oleh Awang Selamat, iaitu nama samaran bagi pusat perang saraf Umno-Utusan, telah melancarkan satu lagi serangan terhadap DAP yang telah meminta Pendaftar Pertubuhan menyatakan sebab mengapa ia memutuskan untuk mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti.

Kata Awang Selamat: "Awang teringat desakan orang politik termasuk bekas orang DAP sendiri yang mahukan DAP mengadakan semula pemilihan CEC ekoran dakwaam berlaku penyelewengan dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan". Lim berkata, pembohongan tentang 547 perwakilan hantu di Kongres DAP di Pulau Pinang Disember lalu, dengan dakwaan lebih mengarut bahawa semua 547 perwakilan hantu itu datang dari Pulau Pinang, adalah salah satu kepalsuan paling jelek pernah direka oleh wartawan-wartawan yang menjadi soldadu perang saraf Umno/BN. Mereka tidak memerlukan walau pun secebis bukti.

Petisyen pilihan raya: Mala petaka kepada sistem kehakiman negara

1). JUHAM amat terkejut dengan ‘trend’ penolakan majoriti Petisyen Pilihanraya oleh Mahkamah-Mahkamah Pilihanraya di seluruh Malaysia yang berasaskan alasan dan tafsiran undang-undang yang berbeza antara satu Mahkamah dan satu Mahkamah yang lain. JUHAM melihat ‘trend’ ini adalah suatu perkara yang amat berbahaya dan merupakan malapetaka kepada sistem kehakiman Malaysia.

2). Barisan Peguam JUHAM yang terlibat secara langsung dengan Petisyen Pilihanraya di seluruh negara rata-rata melahirkan rasa hairan dan terpinga-pinga dengan ‘trend’ ini, lebih-lebih lagi wujudnya pelbagai pandangan yang berbeza dan tiada konsistensi antara Hakim-Hakim Pilihan Raya sehingga menyebabkan ada Petisyen yang ditolak dan ada pula yang diteruskan dengan Perbicaraan walaupun alasan kepada Bantahan Awal terhadap Petisyen tersebut adalah alasan yang sama dan pernah diputuskan oleh Mahkamah-mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

KUIN - Mukhriz kata dari hasil siasatan dalaman mendapati banyak kepincangan berlaku dalam urus tadbir

Berlaku pembaziran skala besar
Oleh mohd. shariza abdullah
utusankedah@utusan.com.my

JERLUN 2 Ogos - Hasil siasatan dalaman mendapati banyak kepincangan berlaku dalam urus tadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di bawah kerajaan negeri terdahulu, termasuk pembaziran pada skala besar yang memburukkan lagi keadaan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan perkara itu sebagai memalukan dan banyak tindakan dilakukan oleh pengurusan Kuin terdahulu di luar kelaziman serta terdapat juga perkara dilihatnya tidak beretika.

Beliau berkata, antaranya ialah Kuin mendapat lesen daripada Kementerian Pendidikan tetapi menyerahkan operasi kuliahnya kepada syarikat yang ditubuhkan iaitu Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB) dan pada masa sama IHSB mewujudkan pula anak syarikat.

Menerusi cara itu, kata beliau, tenaga pengajar yang bergaji lumayan diambil dan wujud amalan nepotisme dalam kalangan kakitangan di peringkat anak syarikat berkenaan.

Pemuda PAS gesa Rajagobal tarik balik kenyataan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal yang dilapor menyalahkan aksi dalam bulan Ramadan sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya.

NONETimbalan Pengarah Lajnah Seni, Kebudayaan dan Sukan DPPM,
Fadhil Osman berkata kenyataan Rajagobal (kanan) sebelum ini hanya bertujuan menutup kelemahan beliau dalam membimbing skuad kebangsaan.

Menurutnya, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan pusingan kelayakan sukan Olimpik 2012 di London yang melibatkan pasukan dari Timur Barat dan Afrika yang majoritinya beragama Islam juga berlangsung dalam bulan Ramadan.

"Begitu juga dengan pemain liga-liga terkemuka dunia seperti EPL, Spanish Premiera Liga dan Bundesliga yang mempunyai ramai pemain beragama Islam namun tetap meneruskan latihan seperti biasa," katan Fadhil dalam satu kenyataan.

Fadhil sebaliknya menggesa Rajagobal agar menarik kembali kenyataannya sebelum ini dan meneliti kembali sistem latihan dan corak permainan yang diterapkan ke dalam skuad Harimau Malaya.

Isu Tembak - KJ membuktikan beliau bukan menteri yang cakap guna 'otak udang'

Khairy: Perlu tingkat kecekapan polis, bukannya undang-undang baru

Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baru.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu.

"Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima.

"Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi.

Ada orang nak dengaq apa yang dikatakan oleh TUN M bab TPPA

Dr Mahathir: TPPA bakal sekat perdagangan

August 03, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengkritik langkah kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana perjanjian itu bakal menyekat perdagangan bebas.

Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu, berkata perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dilaksanakan sebelum ini terbukti gagal kerana menerusi perjanjian itu, negara yang menyertai perlu mengawal selia perdagangan melalui perjanjian dan bukan perdagangan bebas.

Memberi amaran bahawa TPPA adalah terhad, beliau juga menyatakan bahawa perjanjian itu mempunyai unsur ancaman.

"Jika TPPA tidak diterima maka negara-negara yang keras kepala akan menghadapi sekatan terhadap kebebasan mereka untuk mengadakan perdagangan dengan ahli-ahli TPPA," kata Dr Mahathir menulis dalam kolum ulasan yang disiarkan dalam akhbar The New Straits Time.

Beliau berkata, Malaysia sedia ada sudah menikmati faedah daripada perdagangan dengan negara-negara dalam TPPA itu.

Politik menantu dan politik anak hantu

Oleh - Shahbudin Husin

Presiden PAS, Haji Hadi Awang tidak pernah tercemar kedudukan dan wibawanya sebelum ini. Tetapi kini kerana menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas yang didakwa mempunyai pengaruh serta sering campur tangan dalam urusan parti, titik-titik hitam seakan mulai muncul membayangi kepimpinannya.

Ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka oleh Haji Hadi sendiri, namun kini orang sudah bercakap macam-macam mengenai kepimpinannya. Semuanya kerana terlihat adanya pengaruh menantu dalam kepimpinannya sejak kebelakangan ini walaupun di zaman mudanya, Haji Hadi adalah pemimpin digeruni dan disanjung tinggi.

Isu ini bermula dengan pertelingkahan beberapa kerusi antara PAS, PKR dan PSM dalam pilihanraya lalu. Di DUN Kota Damansara, Zaharudin dikatakan mempengaruhi Haji Hadi menandatangai surat watikah kepada calon PAS meskipun dipersetujui bahawa kerusi itu ditandingi oleh calon PSM yang menggunakan lambang PKR.

Disebabkan hal itu, kerusi Kota Damansara yang sebelumnya milik PR melalui calonnya, Dr Nasir berubah tangan kepada BN. BN seperti menang percuma kerana berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN itu.

Koleksi bergambar kebangkitan rakyat Mesir


Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan.

"Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu.

"Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang.

Sudah tiba masanya PEROKOK memikirkan perkara ini...



10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Berhentilah...walaupun susah..tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Isya Allah ada jalannya...

Ust Azizan kekal YDP Jerai...????


 

[DEDAH] Kerajaan Bukannya Beri BONUS kat hangpa tetapi..............!!!


Hari ni aku cuba untuk memberi penerangan mudah pada kengkawan / korang yg selalu cakap “untung la kakitangan kerajaan ada bonus”…

Sebenarnya tiada istilah bonus pada kakitangan kerajaan ,yg ada hanyalah pemulangan “hak gaji kakitangan kerajaan”. Pasal apa?? 

Meh sini aku tunjuk simple calculation …pasei aku cikgu matematik,kena ler ajor mengkome matematik…

Setahun ada 365 hari , sebulan ada 30/31 hari ,Sebulan ada 4 minggu , Seminggu ada 7 hari…

Apa yang berlaku sekarang…Pemberian gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut BULAN.
365 / 12 = 30.4 . lebih kurang 30 hari la…

Mai sahaja BN perintah 3 bulan teruih Koperasi Beris boleh dividen yang tertinggi sepanjang 13 tahun.. hebat..!! hebat...!!

Ahli KPBB dapat durian runtuh

SIK - Ahli-ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB), di sini menerima 'durian runtuh' apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM2.147 juta, iaitu jumlah tertinggi yang pernah diagihkan sepanjang tempoh 13 tahun.

Mukhriz berkata dividen itu akan diagihkan kepada 552 penerima, dengan ketua isi rumah masing-masing akan menerima dividen berjumlah RM4,380.

"Terdapat seramai 552 penerima dan setiap ketua isi rumah yang terlibat akan menerima dividen pada tahun ini berjumlah RM4,380. Jumlah yang dibelanjakan oleh kumpulan ladang (Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd) ialah RM2.417 juta.

"Sejak 13 tahun, agihan dividen tahun ini yang paling tinggi, tetapi selepas ini kita akan berusaha untuk meningkatkan lagi hasil ladang, untuk kita kongsi dividen dengan semua peserta skim ladang ini," katanya pada Majlis Penyerahan Dividen KPBB, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, di sini, semalam.

Semoga Ahli Parlimen Baling tengok sat dengan titi yang nak roboh nie..

Sabung nyawa seberang sungai

Sabung nyawa seberang sungai 
BALING - Walaupun struktur titi yang teruk, penduduk di Kampung Cegar, Tok Kaya Pulai dekat sini terpaksa menyabung nyawa setiap hari melalui titi terbabit yang menjadi penghubung utama penduduk untuk ke pekan malah menghantar anak-anak ke sekolah.

Titi berusia lebih 30 tahun itu mula menyenget sejak beberapa minggu lalu sehingga penduduk terpaksa menutup kawasan itu walaupun ianya merupakan penghubung utama penduduk.

Penduduk. Che Ahmad Shafie, 59, berkata, keadaan itu mengakibatkan penduduk terpaksa menggunakan jalan yang lebih jauh untuk ke pekan bagi menyelesaikan urusan seharian.

“Dulu semua orang guna titi ini, nak ke pekan, nak hantar anak sekolah, jaraknya tidak berapa jauh. Tapi, bila dah macam ini, penduduk terpaksa guna jalan besar yang lebih jauh.

“Tapi ada yang tanggung risiko guna titi ini, sebelum ini, ada yang pelajar sekolah yang terjatuh kerana melalui titi ini,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...