TERKINI :

Friday, August 2, 2013

Tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat

Kelajuan bukan punca utama kemalangan
EDY NOOR REDUAN

SYUKURLAH, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikkan harga sayur, kenaikkan harga gas dan sebelum itu kenaikkan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.

Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuhraya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100km/j untuk semua jenama kereta.

Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?

Dulu duit penternak lembu di balon nya.. kini duit peneroka felda pulak...RM30juta tuuu.....

Pendedahan Rafizi.. Najib Bakal Menggelupur Lagi

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Exco Kedah dah mula cakap merapu....!!


"Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal intelektual dalam usaha melahirkan insan berkualiti di kawasan luar bandar. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, ini termasuk ilmu sains, teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan nilai etika serta moral tinggi. 

Kata beliau, salah satu faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar bukan hanya disebabkan kemiskinan fizikal semata-mata tetapi kerana kemiskinan minda. 

"Kemiskinan minda dan sikap inilah yang menjurus kepada kemiskinan fizikal kerana insan tidak berupaya untuk berfikir mencari jalan keluar memajukan diri mereka," katanya. 

Beliau berucap demikian dalam majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Masjid Al-Falah, Jeneri di sini semalam. (Utusan) 

Jika dihubung kait kenyataan ini dengan tindakan yang telah diambil ke atas Kolej Universiti Insaniah(KUIN) ianya ternyata bercanggah sama sekali dengan dasar dan tindakan Kerajaan Mukhriz. 

KUIN di Kuala Ketil ditutup dan di bawa balik ke Alor Setar atas cadangan Exco Pendidikan dan dinasihat oleh Pentadbir Negeri (yang bukan tokoh akademik) kini telah menjadi kecil. 

Ahli mahu menantu Hadi dihadap ke JK disiplin


NONESeorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi (atas).

Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

[PANAS] Masuk RTM - Rakyat Marah Kerajaan sebab tukar kereta rasmi dari Proton ke Honda




Tembak, bunuh : Purata 2 kes seminggu

Tembak, bunuh: Purata 2 kes seminggu - KPRU

Harakahdaily, 02 Ogs 2013

KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubTembak, bunuh: Purata 2 kes semingguung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini.

Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.

Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".

31/7/13 [Parit Buntar]

Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.

29/7/13 [Bukit Mertajam]

G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,

Ada AKTA PCA 1959 tapi dok kait dengan ORDINAN DARURAT juga sebab dok tembak kerap nie..!!!

Kerajaan guna Akta PCA 1959 banteras jenayah berat 
- Bernama

Kerajaan akan menguna pakai Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang sedia ada bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat tanpa menunggu penggubalan akta baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, Akta PCA, yang tidak diguna pakai dalam sistem perundangan negara pada masa ini, akan dilaksanakan dalam tempoh segera bagi menangani kes jenayah berat yang meningkat.

Beliau berkata, penggunaan Akta PCA itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu, susulan kebimbingan yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung peningkatan kes jenayah berat membabitkan senjata api.

"Kita memandang serius jenayah yang berlaku pada masa kini yang bukan jenayah biasa tetapi jenayah besar dengan pembunuhan berlaku sehingga ada orang kata Malaysia ini macam negara koboi.

"Apa yang berlaku (pembunuhan) sungguh menyayat hati yang memerlukan kita mengambil tindakan yang lebih tegas dan berani," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri dan Umno Johor, malam tadi.

Kejadian Tembak Terkini - Peniaga Emas pula yang kena...!!

Peniaga emas cedera ditembak di Pandan Indah

Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di ibu negara hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Ingat tak dulu Umno-BN bising sewaktu kerajaan PR Perak umum tukarkan kereta rasmi kerajaan negeri kepada Toyota Camry?

Pekeliling: Penukaran kenderaan rasmi kerajaan dari Perdana kepada Honda Accord.


Ingat tak dulu Umno-BN bising sewaktu kerajaan PR Perak umum tukarkan kereta rasmi kerajaan negeri kepada Toyota Camry?

Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

Ludahlah kelangit kena muka sendiri.

-RiskFactor-

Hebat juga menantu Hj Hadi... sampai dikatakan menjadi penyelamat PAS...


“Din Ayam” nafi sebagai menantu berkuasa, anggap diri penyelamat PAS

Zaharudin Muhammad.
Zaharudin Muhammad mengakui beliau adalah tulang belakang mempertahankan jati diri PAS dalam usaha kelompok kecil parti itu untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan tertinggi parti itu, tetapi menafikan dirinya sebagai seorang menantu presiden parti yang berkuasa.

Menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, beliau terpaksa menjadi entiti sokongan kepada presiden semasa Pilihan Raya 2013 kerana wujud usaha sabotaj daripada kelompok dalaman parti yang mahu prestasi PAS merosot.

Beliau turut menyelar laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang menyebutnya sebagai menantu berkuasa dalam PAS dengan menafikan perumpaan dirinya dan Abdul Hadi seperti hubungan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bapa mertuanya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya rasa lucu dengan perkaitan yang cuba diketengahkan. Jika perumpamaan itu diguna pakai, siapakah yang memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad dan siapa pula Datuk Seri Najib Razak?

Ali Rustam Dua Kali Lima Dengan Noh Omar

CATATAN SORE

http://1.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/TExi75jnGcI/AAAAAAAACM8/AA5PJUdKKYI/s400/NohOmar_sun.jpg
Apabila bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kalah sambil 'menyenggeng' di kerusi parlimen Bukit Katil kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pilihan raya lalu, saya tercari-cari apakah sebab musababnya. 

Pening saya mencari faktor kekalahannya. Sebagai seorang Ketua Menteri orang berkuasa dalam negeri Melaka, beliau sudah pasti mencari kawasan paling selamat untuknya. Tentulah kerusi Bukit Katil itu kawasan paling selamat. Tetapi kenapa kerusi itu memalukannya?

Tidak mungkin Ali Rustam memilih Bukit Katil kalau kerana alasan lain. Tetapi kenapa beliau kalah, bukan sedikit dengan majoriti cukup untuk dimakan selama 10 tahun. Situasi itulah yang menjadikan minda saya bergelabu mencari punca kekalahannya.

Jadi apabila beliau membuat ulasan-ualasan selepas kekalahan, termasuk membangkitkan soal khidmat dan jasanya di Melaka selama ini yang tidak dikenang pengundi (Cina) dan kenyataan terbarunya berhubung kekerapan berlaku jenayah berat (tembakan curi) ke belakangan kononnya disebabkan parti pembangkang, baru saya tahu kenapa wajar kalau Ali Rustam kalah.

Yang pandai membangkang, teruskan membangkang, jangan jadi kerajaan

Aspan Alias, 

Setiap negara ada ciri-ciri dan ‘attribute’ politik masing-masing. Ia berbeza diantara satu negara dengan negara yang lain. Ia mungkin bergantung kepada elemen sejarah yang juga berbeza diantara satu negara dan jajahan yang lain. Kita terus sahaja kepada keadaan dan situasi politik negara kita.

Politik negara kita adalah politik yang agak unik, kerana politik kita dimainkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan struktur asas politik kita adalah di dasarkan kepada sistem demokrasi yang agak unik kerana ia di ubahsuai mengikut keadaan dan infra-strukturnya yang berbeza dengan yang lain.

Pertamanya kita adalah sebuah negara Persekutuan dalam mana ia dianggotai oleh negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Ada empat belas negeri-negeri semuanya di dalam negara kita termasuk Wilayah Persekutuan yang mana ia ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan itu. Kita bukannya sebuah negara ‘unitary’ seperti negara Thailand atau Indonesia.

Negara kita adalah seperti negara AS dan Australia dalam mana negara-negara itu mempunyai negeri-negeri di dalamnya yang ditadbir oleh negeri-negeri itu sendiri. Negeri-negeri dinegara Persekutuan seperti kita mempunyai Dewan Legislatifnya sendiri serta kerajaan nya sendiri.

Malahan ada negara Persekutuan seperti AS, mereka mempunyai undang-undangnya yang berbeza diantara satu negeri dengan negeri yang lain yang berada dalam Persekutuan itu. Malahan diantara satu negeri dengan negeri dalam Persekutuan itu mempunyai struktur percukaian yang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dalam AS itu.

Blogger dedahkan apa disebalik AZIZAN, SANUSI, JAMIL & KUIN dengan KERAJAAN NEGERI KEDAH..!!!

"MUMMY ROKIAH HARUS MEMBUAT PENYELIDIKAN MENDALAM SOAL KUIN"- Anom July 31, 1:12 am

Anonymous July 31, 2013 at 1:12 AM 
 
Salam Ramadhan Mummy!!! Saya setuju apa yang Mummy tulis dan arah tuju Mummy yang menyokong kuat Dr Jamil yang pernah Mummy tuliskan dulu.
 
Oklah Mummy itu hak Mummy berpandangan. Mummy harus membuat penyelidikan mendalam soal KUIN yang berpindah ke Kuala Ketil.
 
Jangan babitkan Pentadbiran Negeri dalam soal ini kerana Pentadbiran waktu perancangan KUIN di Kuala Ketil telah tidak bersetuju dengan rancangan pembinaan Kampus KUIN di Kuala Ketil tersebut kerana kekurangan kewangan kerajaan.
 
Tetapi diteruskan juga oleh Kerajaan Negeri waktu itu konon untuk menunjukkan Kerajaan berupaya. Bila ditanya di dalam Dewan Negeri senang sahaja jawaban yang diberi.Kalau mereka terus memerintah mereka tahu untuk membayar hutang yang dibuat itu tetapi jika tidak memerintah terpulang kepada kerajaan yang ada.
 
Mummy!Jangan dibandingkan dengan IPTS yang lain kerana yuran yang dikenakan antara KUIN dan IPTS lain macam langit dengan bumi bezanya.Cuba naikkan yuran KUIN kalau tidak bergegar penentangnya.Ini sebenarnya masalah KUIN.Perkhidmatan dan segalanya mesti first class tapi bab yuran tiada class.

Menara Alor Setar lanjut waktu operasi

Menara Alor Setar lanjut waktu operasi
ALOR SETAR - Menara Alor Setar akan melanjutkan operasinya pada musim perayaan Aidilfitri, bermula hari raya pertama sehingga 18 Julai.
  
Menara Alor Setar dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, pada hari raya pertama, ia dibuka mulai 11 pagi hingga 12 malam manakala pada hari raya kedua sehingga 18 Ogos, bermula 9 pagi hingga 12 malam.
  
Pada hari biasa menara akan beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang bercuti panjang terutamanya di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, untuk melawatnya.- Bernama

BALING - Mat rempit dikepung

Mat rempit dikepung 
BALING - Tindakan sekumpulan mat rempit melarikan diri ke dalam kawasan kebun tidak berhasil, setelah tindakan mereka dapat dihidu polis.

Kesemua mat rempit yang berusia 13 sehingga awal 20-an itu berjaya ditahan ketika memasuki kawasan kebun di Kampung Sera, kira-kira jam 5 petang semalam.

Dalam ops samseng jalanan itu, sebanyak 15 motosikal disita melibatkan pelbagai kesalahan, manakala salah seorang mat rempit ditahan atas kesalahan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata,  polis menerima banyak aduan penduduk mengenai kumpulan terbabit yang sering mengganggu ketenteraman awam di Jalan Baru Kulim-Baling.

“Bukan sahaja merempit, malah mereka sering membuat bising sehingga waktu berbuka puasa,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...