• Peniaga sibuk goreng ayam  
  • Anggota penguatkuasa merampas makanan yang didapati dijual sebelum jam 3 petang.
SUNGAI PETANI – Seorang janda berusia 30-an sibuk memasak lauk-pauk ketika anggota penguatkuasa menjalankan operasi bersepadu di sekitar daerah melibatkan beberapa lokasi panas termasuk Tikam Batu, Tanjung Dawai, Taman Keladi, Bukit Selambau dan Tupah bermula jam 10 pagi.

Ketika serbuan pada jam 10.45 pagi di Tikam Batu juga didapati beberapa pelanggan yang kebanyakan lelaki beragama Islam berada dalam premis berkenaan.

Apabila ditanya, ada antara pelanggan yang menawarkan diri dan mengaku pemilik kedai semata-mata mahu membantu janda tersebut setelah premis itu dikepung penguatkuasa.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda yang mengetuai operasi, Zaiferi Zainul Abidin berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melibatkan 36 anggota.