TERKINI :

Wednesday, July 31, 2013

Tembak sana.. Syiah sini...tup tup gas masak naik harga...syukur kita masih aman..!



senyum tak perlu kata apa-apa.....!

Tarikh Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang

Oleh Mohd Sayuti Omar

Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri-siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi-kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabah Bernam kepada calon UBN manakala kerusi Sepang kepada calon Pas, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Memandangkan mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes-kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yanhg remeh, elok kalau parti-parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik dari meneruskan petisyen mereka dari dibicarakan.


Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).

Benarkah negara kita negara aman seperti diperkatakan?

oleh Aspan Alias

Benarkah negara ini negara yang aman? Benarkah yang rakyat negara kita bukan seperti setengah negara di Afrika dan banyak negara lain yang setiap rakyat bebas kesana kemari dengan selamat? Jika benar negara kita sebuah negara yang selamat untuk bergerak bebas kenapa setiap hari dan minggu kita mendengar tembakan dan pembunuhan berlaku terhadap manusia dan ia berlaku dimana-mana.

Yang terbaru ialah percubaan membunuh Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan yang berlaku di Bahau. Sebelum ini Timbaan Ketua Pengarah Kastam Di Raja Malaysia, Shaharuddin juga di tembak di persimpangan jalan di Putrajaya. Bunuh membunuh sudah menjadi begitu lumrah dan ia di syaki berlaku kerana pihak yang berkuasa terutamanya pihak penguasa seperti Polis dan lain-lain terlibat dengan kegiatan jenayah besar atau melindungi penjenayah kerana ada unsur rasuah yang tidak terkawal.

Apakah benar negara kita negara selamat? Ini persoalan yang sangat penting yang sehingga hari ini tidak ada pihak yang dapat diyakini yang kita semua berada dalam sebuah negara yang boleh di kategorikan sebagai negara yang aman..

Sanjeevan dikatakan menjadi mangsa penjenayah apabila beliau memberi isyarat yang beliau akan membongkar sindiket kegiatan dadah yang mungkin melibatkan pihak Polis. Jika ianya benar tidak sepatutnya Menteri bertanggungjawab awal-awal lagi menafikan yang pihak Polis terlibat dengan kejadian ini. Elok di lakukan penyiasatan dahulu.

Bagaimana penjenayah begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi awam?

1. Meskipun kerajaan menjadikan agenda pengurangan jenayah sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara, namun statistik dan laporan pendedahan jenayah di media akhir-akhir ini menunjukkan sebaliknya.

2. Daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April 2013 hingga 30 Julai 2013, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang telah berlaku. Mangsa jenayah pula meliputi golongan berstatus tinggi hingga ke status rendah. Tambahan lagi, kejadian-kejadian yang berlaku adalah di pekarangan umum seperti di tepi jalan, tempat parkir kereta dan berdekatan sekolah pada waktu pagi, petang dan malam.

3. Ekoran daripada kes-kes tersebut, timbul beberapa persoalan;

a)    Bagaimana penjenayah-penjenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai begitu mudah menembak serta menetak mangsa di lokasi-lokasi awam?

b)    Adakah senjata-senjata seperti pistol dan pedang samurai senang diperolehi di pasaran serta tidak terkawal?

c)    Benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wujud banyak kumpulan samseng/mafia yang mempelopori sindiket-sindiket haram seperti pembunuh upahan berprofil tinggi di negara ini?

SPR kata tak puas hati masuk mahkamah..bila masuk mahkamah tak bicara lagi Hakim asyik tolak apa cerita..???

PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya


KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Petisyen Pilihanraya - Apa yang boleh diharap kepada Mahkamah Pilihanraya..!!!

Petisyen pilihanraya- bentuk mengatasi isi

Mohamed Hanipa Maidin, 31 Jul 2013

Ramai sudah mengetahui banyak petisyen pilihanraya yang difailkan khususnya oleh PAS dan PKR telah ditolak oleh Mahkamah di peringkat bantahan awal lagi. Setakat artikel ini ditulis 5 petisyen yang difailkan oleh PAS di Kelantan telah ditolak. Begitu juga 2 petisyen PKR di Kelantan juga ditolak. Petisyen PAS bagi Parlimen Titiwangsa juga ditolak. Begitu juga Petisyen Parlimen Setiawangsa yang difailkan PKR juga ditolak. Petisyen Dun Mahkota di Johor juga ditolak meskipun wujudnya banyak Borang 14 yang mengandungi maklumat tidak betul yang dilakukan oleh SPR dan menjejaskan keputusan pilihanraya.

Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut.

Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor, peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu.

Catatan syiah yang ku kenali - pertembungan hujah antara dua golongan...!!!

Catatan syiah yang ku kenali siri 5

Tanggapan buruk dan tuduhan melampau penganut syiah terhadap para sahabat r.a adalah perkara yang sudah dalam makluman sejak sekian lama. Lantaran itu saya sentiasa mengambil sikap berhati-hati untuk membincangkan topik ini bersama mereka.

Ibarat anak dagang di rantau orang, kena pandai membawa diri. Apatah lagi di Kuliyah Perubatan dan Pergigian University of Baghdad ketika itu, bukan setakat saya anak Malaysia tunggal malah saya satu-satunya pelajar bukan Arab yang wujud.

Mungkin sahabat-sahabat berpendapat, kebenaran wajib dizahirkan walau di mana kita berada. Ya…! Saya akui hakikat dan tuntutan itu tetapi kita perlu berpijak di bumi nyata. Siapalah kita yang bersendirian di rantau orang untuk mengubah suatu anutan dan pegangan yang telah diwarisi dari datuk nenek moyang mereka lagi. Lantaran itu saya lebih bertindak sebagai pencari fakta dan maklumat untuk dibawa balik ke tanah air dan di sinilah medan kita untuk menyatakan kebenaran.

Walaupun dalam keadaan beringat, akhirnya hari panas dan tegang berlaku juga tanpa diundang. Seorang teman (tentunya syiah) yang tinggal di pinggir Baghdad berkali-kali memaklumkan keluarganya sangat ingin untuk bertemu dan berkenalan dengan saya. Undangan mereka saya tunaikan sebaik sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir di tahun keempat pengajian. Sekitar bulan Julai 1997, ketika cuaca panas membahang dengan suhu melebihi 45°C, di satu penempatan syiah di panggil Hayyu Adil.

Wajah Suspect Kes Tembak Mati Pengasas Ambank Tersebar.

Berikut di bawah ialah keterangan lanjut mengenai suspect yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan pengasas Ambank baru2 ini.

Orang ramai yang ada maklumat tentang suspect mohon tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Benarkah PAS dalam perpecahan?

Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem-kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula-mula berjinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun 1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yang diamanahkan.

Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang 'pelik2' yg diwarisi sebelum menyertai PAS.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari PAS atas nama Usrah, Tamrin, Kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Samada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Hj Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman(sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain, ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dok kalut SYIAH dalam PAS... nie yang terang-terang ngaku Ketua Syiah awat kerajaan tak ada tindakan

nie dia org yg ngaku dia syiah siap buat laporan polis lagi jadi masalah skrh jika dah dok bising kata syiah tu sesat la haram la siap buat fatwa apa bagai lagi..jadi apa tindakan selanjutnya keatas org yg ngaku syiah nie....

dah terang2 dia ngaku syiah kira dah terang2 dia langgaq fatwa takan pihak berkuasa nak tengok saja jaaa....

yang dok kalut cari siapa syiah dalam PAS tu apa kejadahnya...yg tu tuan tubuh tak ngaku lagi cuma dakwaan jadi kira yg tu nak kena siasat panjang lagi.... nie yg terang2 ngaku..apa tindakan hangpa.... sembang ja bagi deras pong pong pong...hujung dia tala kat PAS....

Adakah KUIN dah kena JUAL... ini dia notis Perpindahan Kuliah Muamalat dari K.Ketil ke A.Setar telah dikeluarkan...


Ooooooo BN ada hubungan sulit dengan Parti Komunis dekat cina...!!!!

Khairy diminta jelaskan hubungan BN dan Liga Pemuda Komunis China

30 July 2013

969726_655326977818089_1316894311_nKUALA LUMPUR, 30 JULAI: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diminta memperjelaskan perkembangan hubungan antara Barisan Nasional dengan Liga Pemuda Komunis China (Communist Youth League of China, CYL) lantaran pengakuan beliau semalam tentang kewujudan hubungan bukan kerajaan antara kedua entiti tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mengutuk sifat hipokrit Ketua Pemuda UMNO itu terhadap komunisme lantaran kerelaan untuk berdamai dengan parti komunis China meskipun parti tersebut jelas memberi bantuan kepada Parti Komunis Malaya.

Guan Eng berkata, andai begini keadaannya kenapa UMNO terus memainkan isu komunis sedangkan Parti Komunis Malaya bukan sahaja tidak lagi menjadi ancamana, malah sudah tidak wujud langsung.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Khairy berikutan isu tayangan filem ‘The New Village’ yang dituduh sebagai mengagungkan komunis. Baginya, adalah pelik bagi Khairy untuk mengamuk tentang apa sahaja yang berkaitan dengan komunis tetapi tidak ada masalah mengumumkan penubuhan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 bagi menguatkan ikatan antara Pemuda BN dengan pihak pemuda komunis China.

Adakah KERAJAAN NAJIB sedang cuba nak tipu rakyat bab TPPA..??

Mohammad Agus Yusoff

Pada sebelah pagi Khamis ini (1 Ogos 2013), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan hari terbuka di Matrade, Jalan Duta. Tujuannya satu: mendengar keluhan rakyat tentang TPPA dan memberi penerangan mengenainya. Ini adalah satu usaha Kementerian yang baik, tetapi setahu saya telah banyak penerangan seumpama itu diberikan, namun tidak satu pun penjelasannya yang menyakinkan.

Alih-alih apa yang kita dengar ialah Malaysia akan mendapat manfaat daripada TPPA ini kerana pasaran Malaysia akan lebih besar mengjangkau ke 793 juta orang orang di 60 negara Pasifik. Malaysia akan hebat kerana tidak lagi menjadi ‘jaguh kampung’, tetapi menjadi jaguh global. Barangan di Malaysia pula semuanya berkualiti kerana tidak banyak lagi barang tiruan yang dilambakkan di pasaran negara kita.

MITI juga cuba meyakinkan kita bahawa kita tidak akan berkompromi sekiranya perjanjian ini menggugat kedaulatan negara kita. Kita juga mempunyai pakar-pakar ekonomi dalam agensi kerajaan seperti UPE, Perbendaharaan dan Bank Negara untuk memantau keadaan ini.

Persoalannya, jikalah TPPA ini baik, mengapa dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam perundingan ini? Jika pasaran terbuka luas untuk Malaysia, mengapa China dan Korea Selatan tidak turut sama menyertai perundingan ini? Jika kerajaan cuba menjustifikasikan kemasukan Jepun dalam perundingan ini sebagai bukti TPPA itu baik, saya kira itu merupakan analisis yang silap. Jepun telah lama maju sebagai ‘pedagang dunia’ sejak sebelum datangnya TPPA lagi. Jadi Jepun tidak perlukan TPPA untuk mengajar mereka tentang perdagangan dunia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...