TERKINI :

Monday, July 29, 2013

Amannya Negara Kita.. Ada yang mati kena tembak lagi petang tadi..!!!

Pengasas Bank Arab-Malaysia ditembak mati, isteri cedera

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

July 29, 2013
Latest Update: July 29, 2013 07:11 pm
 
Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013. 
Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013. 

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.

Apa kecoh-kecoh nie... dah diesel tak ada naik basikal laa....!!!

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan segera krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak aduan daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di stesen-stesen minyak.

“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.

“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya.

Jika Presiden FAM sedaq macam Bekas Presiden BAM nie bagus juga rasanya..!!!

Nadzmi akui tak dapat formula lahir jaguh badminton dunia

Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh mengakui sepanjang 13 tahun beliau menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau tidak bertemu formula terbaik untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton dunia dari kalangan pemain negara.

Bekas presiden BAM itu berkata di bawah kepimpinannya, banyak perkara dilakukannya untuk mencapai matlamat itu, namun hasilnya adalah minimum apabila hanya Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mampu menempatkan diri mereka dalam kelompok terbaik dunia.

Beliau memberitahu bahawa pencapaian pemain Malaysia semakin membimbangkan dan ia menjadi cabaran buat kepimpinan baharu BAM bagi mencari formula terbaik untuk melahirkan pemain Malaysia yang bertaraf dunia.

"Sebagai Presiden BAC (Konfederasi Badminton Asia), kami ada berbincang bagaimana negara seperti China dan Korea Selatan begitu mendadak pencapaian mereka dalam melahirkan pemain-pemain hebat. Mereka melakukan sesuatu yang mana orang lain tidak tahu.

"Jika kita masih menggunakan taktik sama seperti yang dilakukan Indonesia dan Thailand, kita tetap tidak akan berubah. China telah melakukan pendekatan baharu, kita perlu mendapat mencari formula itu. Kalau kita kekal dengan cara lama, saya tidak yakin Malaysia dapat kekal dengan kejayaan sekarang," tegasnya.

Yang nak sekat internate apa hal pulak...?

Jangan salahkan internet, kata Pas

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ma

SHAH ALAM - "Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat".

Demikian kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, cadangan untuk menyekat akses internet yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menyelesaikan masalah kekeliruan rakyat.

Tambahnya, kegagalan kerajaan bertindak adil adalah punca rakyat menjadi keliru.

"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet," katanya.

Pistol.. Tembak.... Pistol.... Tembak.... nasib baik Malaysia masih aman...!


Seorang lelaki maut, 2 cedera ditembak ketika minum


Bernama 4:48PM Jul 29 2013

Seorang lelaki maut dan dua cedera parah apabila ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh pada 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata Jasrafveenderjeet Singh, 25, yang cedera di leher meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Dua lagi yang cedera Koo Loo Kong, 55, dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, kini dirawat di hospital yang sama dan keadaan mereka dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

"Jasrafveenderjeet yang sedang minum bersama rakan-rakannya telah dihampiri sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki dua suspek.

Demokrasi Mesir, kemenangan untuk segelintir penipu besar

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 28 Jul 2013

Al-Quran memaparkan bahawa di Mesir tercipta sejarah kemunculan Fir’aun, raja yang memerintah kerajaan paling zalim dan penipu dalam sejarah dunia. Al Quran adalah kitab suci petunjuk sepanjang zaman, bukan sahaja hukumnya, termasuk juga ceritanya. Peristiwa terkini menjadi kenyataan yang berulang bahawa Al-Quran adalah kalam Allah yang membawa petunjuk sepanjang zaman bukannya buku cerita.

Berlaku terkini selepas Arab Spring, satu pendedahan bahawa peristiwa pertengahan abad dua puluh yang baru berlalu oleh buku berjudul: Inside The Muslim Brotherhood, karya bersama Dr Yusuf Nada dan Douglas Thompson, memaparkan kisah benar berlaku di tahun lima puluhan (26 Okt. 1954), apabila regim tentera di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasir ingin mengatasi pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimin yang menguasai rakyat kerana dakwah, tarbiyah dan aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam tajuk Islam yang sempurna yang sangat adil terhadap semua. Walaupun adanya kerjasama yang baik dan aman oleh pihak Ikhwan dalam kerajaan bagi membuat perubahan selepas tentera mengambil alih kerajaan Mesir dan sehingga Ikhwan Muslimin bersama membebaskan Mesir daripada tentera British dan pembebasan Terusan Suez. Maka kerana takut dan dengki terhadap pengaruh Ikhwan di kalangan terbesar rakyat, maka satu drama bohong dilakonkan bagi mencipta tuduhan dan fitnah menyingkir Kumpulan Islam ini daripada bersama memimpin rakyat.

Mohon maaf pada Ani Arope

Subky Latif, 28 Jul 2013

Seorang pembaca telah menegur saya tentang sentuhan terhadap penamatan khidmat Tan Sri Ani Arope daripada menerajui TNB dalam satu tulisan saya di ruang ini sedikit hari lalu.

Dinasihatkan saya minta maaf kepada Tan Sri Ani Arope yang sekarang sedang dirawat kerana satu sakit yang serius. Dicadangkannya supaya saya menziarahinya.

Yang pertama saya menerima nasihatnya dengan ini minta maaf atas kekeliruan atas tulisan saya itu. Moga-moga Tan Sri dan keluarganya menerima permintaan maaf saya.

Saya sebenarnya menumpukan fokus terhadap khidmat cemerlang beliau sebagai pegawai kanan kerajaan. Kerana kecekapan pentadbirannya, maka setelah bersara daripada perkhidmatan dalam kerajaan, maka beliau diamanahkan antara lain mengepalai TNB.

Saya suka nyatakan bahawa saya tidak dekat sangat dengannya tetapi saya tahu tentang kecemerlangan perkhidmatannya.

Entah mengapa dalam tulisan saya itu saya tersentuh tentangnya yang tamat perkhidmatannya di TNB setelah berlaku blackout atau power failure agak panjang hampir seluruh Semenanjung.

Sudah-sudah la Rajagop[al & FAM oi.. baik hangpa semua berundur laa..dah lingkop dah bolasepak negara nie..!!

Tragedi bola sepak negara

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain kebangsaan menyifatkan kekalahan memalukan Harimau Malaya 0-5 kepada kelab kedua tercorot J-League 1, Shonan Bellmare dalam aksi persahabatan kelmarin, sebagai satu tragedi bola sepak tanah air.

Mereka berkata, maruah Harimau Malaya dicarik-carik kerana kekalahan besar tersebut.

Lantaran itu, kata mereka tiada sebarang alasan yang boleh diberikan jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal untuk menutup kepincangan Harimau Malaya sebaliknya satu formula drastik perlu dicari untuk memperbaiki prestasi yang semakin merudum.

Antara orang lama yang lantang bersuara adalah bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali, yang menggesa supaya rombakan perlu dilakukan bagi pasukan kebangsaan sebelum terlambat dan menyifatkan kekalahan itu sebagai memalukan.

Menteri Bangang ini salahkan rakyat lagi bila hutang meningkat..!!

 
baguih la jadi menteri lagu nie... rakyat banyak berhutang sekarang ini ialah untuk loan rumah dan loan kereta... rumah yg harga tinggi dan kereta yg harga separuh darinya untuk cukai kerajaan... 

Terkini Isu Semasa Mesir - kenyataan terbaru Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 28 Julai 2013 | 11.00 malam

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Dr.Muhammad Mursi. As-Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) As-Sisi sebelum menyingkir Dr.Muhammad Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu as-Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Dr.Muhamamd Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

NEGARA ALAMAI KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN

Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.

Alor Setar - 100 peniaga Pekan Rabu dakwa terjejas

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Kira-kira 100 peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mengadakan demonstrasi aman kira-kira sejam di pekarangan kompleks perniagaan berkenaan kerana mendakwa kewujudan tapak niaga di kawasan parkir menyulitkan mereka.

Peniaga, Abdul Hamid Muhammad, 59, berkata, sejak kompleks perniagaan itu beroperasi kira-kira 35 tahun lepas, perniagaan mereka tidak pernah terjejas.

“Bagaimanapun, sejak awal Ramadan ini apabila kawasan parkir dijadikan tapak niaga, sambutan diterima kami agak hambar dan kurang memberangsangkan.

“Ia turut mengakibatkan masalah meletakkan kenderaan berlaku apabila hampir 60 tapak parkir dijadikan lot tapak niaga, yang mana ia turut menyukarkan kami untuk membawa masuk stok ke dalam kedai,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka dikenakan saman apabila meletakkan kenderaan untuk memasukkan stok, walaupun beberapa kali mengemukakan aduan namun, pihaknya menerima maklum balas mengecewakan apabila pihak majlis bertegas untuk membenarkan perniagaan dijalankan.

RM50,000 zakat diagih kepada pelajar miskin

SUNGAI PETANI 27 Julai - Bank Rakyat Sungai Petani menyerah sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM50,000 kepada pelajar miskin di 77 sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda dalam majlis berbuka puasa di Hotel Park Avenue Sungai Petani, di sini baru-baru ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Ahmad Mazlan A. Manaf kepada Pegawai Pelajaran Kuala Muda, Abdul Razak Mat.

Pengurus Cawangan Bank Rakyat Sungai Petani, Othman Shahid berkata, sumbangan zakat itu untuk diagihkan kepada pelajar di 54 sekolah rendah dan 23 sekolah menengah di daerah itu.

"Mereka yang menerima wang RM100 seorang itu adalah daripada keluarga susah, kita harap mereka ceria apabila menerimanya di sekolah masing-masing sedikit masa lagi," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...