TERKINI :

Sunday, July 28, 2013

Apabila Sisters In Islam pertikai mufti

oleh - Ku Seman Ku Hussain

July 28, 2013

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengambil pendekatan tidak popular apabila dengan tegas melarang empat wanita Islam daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World baru-baru ini. Ketegasan Wan Zahidi telah menyelamatkan satu lagi percubaan memperlekehkan Islam di negara ini selepas beberapa pihak lebih menyelamatkan kuasa politik berbanding Islam.

Sebenarnya larangan terhadap wanita Islam menyertai Miss Malaysia World bukan perkara baharu. Pada 1996 sudah dikeluarkan fatwa yang melarang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu yang memakai pakaian mandi yang mendedahkan aurat.

Sepatutnya tanpa fatwa sekalipun, sudah tidak ada wanita Islam yang menyertai Miss Malaysia World di atas sebab yang disebutkan di atas tadi. Tidak perlu menunggu larangan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam kerana menyertai pertandingan ratu bukanlah suatu yang dapat mempertingkatkan kesucian Islam malah merendah dan sekaligus menghina Islam. Empat peserta Islam itu ialah Sara Amelia Bernard, Wafa Johanna De Korte, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan.

Salah seorang peserta, Sara Amelia berhujah, selepas fatwa itu dikeluarkan, ada peserta Islam misalnya Rima Fakih pernah memenangi pertandingan itu di Amerika Syarikat (AS) pada 2010 dan Hammasa Kohistani yang beragama Islam memenangi Miss England pada 2006. Dia merujuk penyertaan peserta Islam di luar negara sebagai asas kukuh untuk mewajarkan menyertai Miss Malaysia World.

Ketua DPP Gombak dan JUHAM


1. Setelah saya mengamati tulisan berbalas jawab antara keduanya iaitu Ketua DPP Gombak dan JUHAM berkait isu bekas calon PKR mahu saman Tuan Guru Hj Abdul Hadi, saya senyum sendiri penuh bangga terhadap reaksi anak buah. Point sepakat antara mereka ialah kasihkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS walaupun beberapa keadaan lain mereka berbeza pendekatan.

2. Sewaktu tercetus isu bekas calon PKR mahu saman Tuan Guru Presiden PAS, memang tiada siapa yang respon. Saya percaya masing - masing mempunyai cara takwil dan tafsir yang tersendiri terhadap keadaan ini. Bukanlah kerana mereka redha Tuan Guru Presiden di saman orang malah saya yakin , akan tampil para aktivis dan peguam kita untuk membela Tuan Guru Presiden. Namun sahabat saya dari JUHAM sebagai peguam yang sangat arif dengan mainan saman menyaman ini telah mampu menghidu lebih awal bahawa ini tidak lebih sekadar irama politik yang telah diketahui key note terutamanya apabila pengisytiharan saman itu di buat dalam suasana menghadapi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

3. Sementara pendekatan sahabat saya Ketua DPP Kawasan Gombak pula tampil memecah kesunyian lalu memuktamadkan bahawa ada pihak yang sedia membela Tuan Guru Presiden. Seolah - olah takdir kalamnya , beliau seperti berkata, kalau orang lain enggan bersuara untuk mempertahankan Tuan Guru Presiden, maka biar sayalah yang bersuara. Melalui bait - bait artikel beliau, saya yakin bahawa itu bukan kenyataan membodek kerana tidak ada apa pun habuan yang bakal beliau perolehi samaada harta atau pangkat. Sementelah Islam yang dipelajari melalui Usrah Gabungan saban minggu di Gombak tidak mendidik anggotanya menjadi pembodek. Kenyataan itu pastinya datang dari hati yang tulus kerana kasih dan cinta kepada pemimpin mereka yang cuba diseret ke mahkamah.

Antara penghinaan pemimpin BN tentang Islam


Kes penghinaan Islam di Internet oleh pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee sedang disiasat dan bakal berdepan hukuman.Penghinaan seumpama ini, bukannya pertama kali malah lebih mengecewakan ialah pemimpin Barisan Nasional yang mula mengorak langkah bernada celupar apabila membicarakan tentang agama Islam yang dikasihi umat

Bertitik-tolak dari situ, banyak pihak mula memberanikan diri mencela agama Muhammad sehingga kini sudah menjadi satu kebiasaan untuk memperleceh, mempergunakan dan mempersendakan agama.

Lebih mengecewakan, orang awam dikenakan tindakan keras sebaliknya melibatkan pemimpin BN, terlepas hukuman begitu sahaja.

Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:

1."..apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

Dilema Cina, dilema Melayu dan dilema rakyat serta negara

oleh Aspan Alias

Mahathir pun ada dilema.

Dr Mahathir berkata sekarang negara menghadapi ‘dilema Cina' dalam mana bangsa Cina sedang berada didalam satu dilema samada untuk merebut kuasa politik dan ekonomi negara sendirian dan mengenepikan bangsa Melayu dan sebagainya. Bangsa melayu sedang diusahakan oleh bangsa Cina untuk diketepikan dalam semua bidang. Begitulah bunyinya lebih kurang dalam apa yang beliau tulis dalam blog beliau dua tiga hari yang lepas.

Pengarang buku ‘Malay Dilemma’ ini kini mengarang satu lagi ‘dilema’, kali ini ‘Chinese dilema’ dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya ‘Chinese dilema’ dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.

Ia adalah dilema yang tidak dapat di selesaikan kerana budaya pemikiran dan politik orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang buruk yang terbentuk oleh kuasa BN itu sendiri. Dilema ini ditambah oleh sikap dan nilai perjuangan yang dpaparkan sebagai alternatif oleh pihak pembangkang yang juga tidak mampu memberikan penyelesaian terhadap dilemma yang di hadapi oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak

Oleh Roslan SMS

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah Islam.

Parti ini bermula dari sekecil-kecil gerakan, yang dipandang rendah dan lekeh, dijangka tidak panjang usianya kerana kurang diyakini dapat menambat minat dan sokongan rakyat berbandin Umno yang seakan usianya.

Tetapi lantaran istiqomah ahli-ahli dan pimpinannya yang didokong kuat oleh para ulamak PAS kekal dipersada politik tanahair sehinggalah ke hari ini. Malah kalau dikira usianya menjangkau Umno, kerana Umno dikira mati dan hidup semula akibat diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu.

Petisyen yang membuang masa.. sekadar hakim yang buat keputusan tanpa di bicara dan hujah dalam mahkamah..!!!

Anwar berang dengan kadar petisyen p'raya ditolak

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan kadar mahkamah menolak kes petisyen pilihan raya umum ke-13 yang difailkan oleh calon-calon Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, peguam beliau akan membuat satu pendirian yang kuat esok mengenai perkembangan berkaitan dengan penolakan petisyen pilihan raya, di mana calon-calon juga diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka.

"Peguam kami akan membuat pengumuman mengenainya di KL, kami sedang berbincang tindakan kami selanjutnya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau menyifatkan sebagai tidak masuk akal dan tidak betul, cara hakim-hakim menolak kes-kes tersebut atas alasan teknikal tanpa membenarkan kes-kes itu dibicarakan.

Malah, kata Anwar, Pakatan juga tidak boleh menerimanya sekiranya perkara yang sama juga berlaku kepada petisyen yang difailkan oleh BN.

Tokoh muda menggalas cabaran..!!

oleh - Nasrudin Hassan

Mendepani cabaran untuk menguasai pasaran gerak kerja Amal Islami menuju PRU ke 14 sekali gus menongkah arus pasca PRU 13 memerlukan gandingan mantap tokoh veteran yang berpengalaman dengan tokoh muda yang bertenaga dan memiliki visi jelas buat perjuangan Islam yang suci dokongan Parti Islam Se Malaysia [PAS]. Tanpa menafikan ketokohan, kehebatan dan keperluan tenaga tokoh veteran, masa depan jamaah memerlukan tokoh muda lebih ramai diberi laluan untuk mengambil posisi penting dalam kepimpinan.

Perkara paling asas ialah warisan dan proses peralihan kepimpinan jamaah. Ia perlu dilihat serius oleh semua peringkat organ jamaah Islam ini. Tanpa prejudis, jangan sampai laluan kepimpinan "tersumbat" gara - gara tokoh veteran "enggan" atau "lengah" memberi laluan kepada tokoh muda. Saya tidak menafikan bahawa perjuangan ini tidak dilihat serta tidak diukur dengan usia. Berjuang mestilah sampai ke mati dan saya tidak pernah mempersoalkan kedudukan ini.

Namun, apa yang saya bangkitkan ini ialah mengenai posisi kepimpinan. Laluan mesti diberikan secara terancang dan penuh strategik bersulamkan ukhuwwah islamiyyah yang tinggi. Justeru menjadi adab berjamaah secara tradisi, tokoh muda "segan silu" menapak ke hadapan selama mana tokoh veteran masih "bertahan" di posisinya.

Duta Vatican di Malaysia - Satu lagi kesilapan besar kepada Umat Melayu Islam Negara ini yang dilakukan oleh Najib

SATU LAGI KESILAPAN BESAR KEPADA MELAYU ISLAM NEGARA INI




Kita baru sahaja selesai pilihanraya yang ke 13 pada 5 mei yang lepas. Mengikut rumusan DS Najib, banyak kerusi BN kalah adalah akibat tsunami Cina. Kawasan-kawasan yang ramai pengundi Cina calun BN kalah dengan begitu teruk sekali. 

Pengundi Cina juga telah keluar beramai-ramai dengan slogan “Ini kali lah..” yang membawa mesej bahawa ini kali lah masanya selepas Merdeka mereka akan ajar betul-betul untuk nyahkan BN khasnya UMNO atau Pertubuhan Melayu Bersatu. Dalam lain makna "Ini kali lah.." untuk menguburkan kuasa Melayu. 

Kuasa Melayu nyaris-nyaris hancur malah sehingga kini ia sedang berada di tebing lubang kubur dan tidak siapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada pilihanraya yang akan datang yang di jangkakan pada tahun 2018. 

Inilah balasan yang orang-orang Melayu terima setelah menerima kerakyatan kaum lain. Ia memakan masa selama 56 tahun dan redap api perkauman yang membara sebenarnya tidak pernah padam. 

Ayuh Semua... Jangan biarkan Ramadan kita 'kemetot'...!!!

Oleh Zulkifli Yahaya

SETIAP kali PAS kalah pilihan raya, maka ulasan, muhasabah, kritikan, 'post mortem' dan sebagainya akan berjela-jela tersenarai sebab musabab kekalahan yang sebahagian besarnya terjurus kepada faktor-faktor nyata. Faktor tersebut seperti isu semasa, penipuan pihak lawan, demokrasi pincang, pengkhianatan dalaman, kelemahan jentera dan kekuatan pihak lawan.

Kekurangan yang berkaitan dengan urusan kerohanian atau munajat jarang tersenarai dalam 'post mortem'.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. pernah tidak menang-menang dalam pertempuran melawan musuh. Mereka melakukan muhasabah sejenak, lalu membuat kesimpulan bahawa mereka telah meninggalkan satu sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu bersugi. Selepas bersugi Allah turunkan kemenangan.

Catatan sejarah para sahabat ini pernah dirakamkan oleh Almarhum Dato' Fadzil Noor dalam satu ucapan dasar muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Almarhum mahu ahli-ahli PAS mengambil iktibar supaya jangan meninggalkan perkara yang mengundang pertolongan Allah dalam perjuangan.

SPR nie guna 'Teknologi' apa..????

Teknologi SPR
Oleh esmael


"SPR terus dipersoal kewibawaannya. Soalnya kenapa ? Mudah jawabnya, kerana SPR banyak menyimpan pelbagai cerita misteri pilihanraya. Misteri yang belum terungkai. Tetapi mengikut keperluan peruntukan dalam beragama, kebatilan akan terselah jua akhirnya. Maka benarlah kata pepatah bangkai gajah masakan dapat ditutup ? Lalu soalnya bila ? Tiada siapa yang boleh menjawab dengan tepat, sama-samalah bersabar dan tunggu episod seterusnya

Mempersoalkan integriti SPR bukan sahaja dari pembangkang malah pihak kerajaan sendiri. Tanda ketidakpuasan tentang keputusan pilihan raya lalu adalah sebagai buktinya. Kesilapan dan kecuaian SPR menjadi-jadi, membuat keputusan berat sebelah atau bermain silap mata seperti kejadian karan terputus ketika undi dihitung. Berlaku juga peti undi yang lambat sampai seperti dibeberapa tempat dikepulauan Langkawi, tidak seperti pilihanraya sebelum ini, walaupun pada hari pengundi lautan dipersekitaran kepulauan tersebut seperti hamparan karpet, dan kemudahan teknologi laut dan pengangkutan yang semakin canggih, tapi capaian antara pulau-pulau semakin sukar nampaknya. Atau heli pembawa peti undi tidak dapat mendarat pada waktunya di kawasan pendalaman Sabah, cuaca buruk dan amat membimbangkan ! Ahhh pekerja ladang teh di pendalaman Sabah sebenarnya tidak mengundi kerana mereka berbangsa Bangla atau pekerja upahan dari pergunungan di Tibet.

Guru-guru dibenarkan berpolitik, tapi ingat!! Wajib sokong umno sahaja!

Photo: Guru-guru dibenarkan berpolitik, tapi ingat!! Wajib sokong umno sahaja!!
KLIK SINI

Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak Syiah lah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu!

DrAzman IbrahimGeger bab syiah seminggu dua ni. Kawan-kawan sekelas saya di Univ Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya. Ada kurdi, Arab Iraq, Arab Palestin, Arab Yaman dan Arab Jordan. 5 orang saja sunni termasuk ambo! Bakinya syiah.. Kami belajar bersama, mengulangkaji bersama, buat presentation bersama, latihan praktikal di hospital pun sama-sama. Bukannya sehari dua, tapi 6 tahun. Belum lagi dikira penganut syiah yang hidup bersama dalam masyarakat.

Alhamdulillah... saya tetap teguh dgn aqidah ahli sunnah wal jamaah walaupun tak berjaya 'mengsunnikan' kawan-kawan syiah. Terpesongnya amalan dan aqidah orang syiah bukan setakat saya baca di buku dan kitab, tetapi mampu dilihat dengan mata kepala sendiri. Musim peperiksaaan kawan-kawan syiah datang bermalam dirumah sampai 2,3 hari untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.

Ulasan Ketua Pemuda berkenaan Kehebatan Anak & Menantu dalam PAS

Nasrudin Hassan

1. Sebentar tadi saya menerima e -mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredebiliti ulama' tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga di serlahkan dengan ketara.] Saya memilih untuk respon artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba - tiba sahaja nama Al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

Antara BILAL & ORANG KAMPUNG.. Siapa yang gila..????


 
SAPA GILA??

Seorang penduduk dikatakan gila, tetba pergi ke surau pada pukul 10 pg, lalu melaungkan azan.

Penduduk kg mendengar azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat. Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit

"hoi, pukul 10 pagi ni azan solat apa?"

Org gila menjawab:

" td azan yg betul pkl 6 pg ada 5 org je dtg, ni azan yg salah sekampung plak datang?"

Sapa gila?

JAWI nafikan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
  
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
  
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...