TERKINI :

Saturday, July 27, 2013

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO


Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?

Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.

Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.

Akhirnya Umno jadi parti yang tidak berkepimpinan

Harakahdaily, 27 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Perpaduan di antara kaum mula terencat pembinaannya apabila kepimpinan parti-parti seperti Umno dan MCA serta MIC mula menjadi lemah kerana berbagai sebab yang mereka hadapi.

“Umno menggunakan isu perkauman sebagai senjata untuk menakutkan orang Melayu untuik bersama-sama bersatu dengan bangsa bukan Melayu,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, pimpinan yang kian hari kian lemah itu terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mengekalkan orang Melayu bersatu di bawahnya.

Ini, ujarnya adalah disebabkan orang Melayu semakin hari semakin menjauhi Umno kerana masalah dan isu besar yang dihadapi Umno itu sendiri.

Baginya, Umno sudah ketandusan kepimpinan di setiap peringkat kerana mereka yang menjadi pemimpin datangnya dari mereka yang tidak berkepimpinan dan tidak dihormati oleh orang ramai.

Pasai apa kementerian Kesihatan nak tunggu siasatan Kerajaan Negeri sedangkan Hospital bawah pusat..!!!


Guan Eng: Saya tak pernah janji siasat doktor 'rasis'

NONEKetua Menteri  Lim Guan Eng berkata, beliau tidak pernah berjanji - secara lisan atau bertulis - untuk menyiasat dakwaan doktor 'rasis' kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana hospital terletak di bawah bidangkuasa kerajaan pusat.

Lim melahirkan rasa terkejutnya kerana didakwa sebagai telah berkata bahawa beliau telah "berjanji secara lisan atau bertulis" untuk menyiasat dakwaan serius mengenai "doktor rasis" di Pulau Pinang.

Lim berkata, dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hilmi Yahya (kiri) itu adalah "tidak benar" kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyiasatnya.

"Hilmi jelas tidak layak untuk menjadi timbalan menteri kesihatan jika dia tidak tahu bahawa hospital kerajaan di bawah bidangkuasa pengawasan dan eksklusif kementeriannya dan kerajaan pusat, bukan kerajaan negeri," kata Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Rakyat Selangor sedang meneripa "padahnya" sebab tak mengundi BN..!!!

Keluarga Pendapatan Bawah RM 3,000 Boleh Terima Skim MES

DENGKIL, 25 JULAI: Keluarga yang berpendapatan RM 3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.

Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor, kata Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

Sebelum ini, kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.

“Sekarang kita sedang melihat untuk membantu golongan menengah rendah pula. Kita naikkan sedikit tumpuan kita kepada mereka yang berpendapatan RM 3,000 ke bawah pula.

“Maknanya, kita tengok satu lapisan masyarakat lagi bagaimana kita nak bantu supaya akhirnya kita tengok pendapatan rakyat Selangor melebihi RM 1,500.

“Sekarang kita sedang kaji semula beberapa polisi, contohnya macam hadiah IPTA, kalau dahulu hadiah IPTA kita bagi kepada yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah, sekarang kita meletakkan supaya RM 3,000 ke bawah juga layak dapat.

Selepas di tawarkan menjadi senator dan timb. menteri rupa-rupanya Mat Bashah diturunkan pangkat...!!

PM Umum Senarai Pengerusi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang baharu.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata, pelantikan itu berdasarkan keputusan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti pada Jumaat.

Senarai penuh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri adalah:

1. Perlis:

Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim.Timbalan Pengerusi – Azlan Man.

2. Kedah:

Pengerusi – Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

3. Kelantan:

Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed.Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek.

Siapa yang memperbodohkan Undang-Undang Islam nie.. Peserta Ratu Cantik atau Jabatan Agama..???

KLIK SINI
 SIAPA YANG MENCABAR UNDAN2 ISLAM INI???
PETALING JAYA: Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F7%2F27%2Fmstar_berita%2F20130726170109&sec=mstar_berita

MasyaAllah apa sudah jadi niiiiii??? beginilah selagi namanya undang2 ciptaan manusia...Islam di malaya ni boleh diejas ikut suka hati... Islam sekular.

Jika zaman Pak Lah menantunya berkuasa adakah sekarang PAS juga ada pengaruh menantu..???

Kebangkitan pengaruh menantu, kali ini dalam PAS

Oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita
July 27, 2013

Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.

Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Mana bukti Pas amal Syiah?

 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
 
ALOR SETAR - Ada ahli Pas di Kedah yang diakui amalkan Syiah. Bagaimanapun, tuduhan kaitkan fahaman itu dengan pemimpin Pas di negeri ini, disifatkan karut.

"Jangan buat tuduhan melulu. Kalau nak dakwa kena ada bukti. Jangan cakap saja, label dari pemerhatian sedangkan ini perkara serius, babitkan akidah orang," kata bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi selepas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan wujud beberapa pemimpin parti politik di negeri ini terlibat fahaman itu. Menurutnya, tuduhan itu jelas tidak berasas, selain tanpa bukti kukuh.

“Tuduhan itu berunsur politik semata-mata,” katanya.

Menurutnya, tuduhan itu juga membahayakan kesepakatan yang terjalin antara umat Islam yang berbeza fahaman politik, dan jika disalah tafsir boleh memecahbelahkan umat Islam.

Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) melancarkan kempen ‘Selamatkan Insaniah Kuala Ketil’

Tekad pertahan kampus induk
Tekad pertahan kampus induk
Sebahagian pelajar yang hadir memberi sokongan terhadap kempen yang diadakan.
 
ALOR SETAR - Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) melancarkan kempen ‘Selamatkan Insaniah Kuala Ketil’ kerana mahu mempertahan kampus induk itu untuk kemudahan pelajarnya.

Kumpulan pelajar ini yang menggelar diri mereka sebagai mahasiswa prihatin turut mewujudkan laman facebook, dikenali Mahasiswa Prihatin Kekal Kuin Kuala Ketil (3K), untuk menyuarakan pandangan isu-isu berkaitan kolej universiti itu.

Kempen yang diadakan pada Ahad lalu itu mendapat sambutan terutama daripada pelajar Kuliyyah Muamalat, yang diarah berpindah ke kampus Mergong, selepas cuti Aidilfitri ini.

Pelajar tahun kedua Kuliyyah Muamalat, Syahira Shukri berkata, mereka dimaklumkan pihak pentadbiran untuk berpindah ke kampus Mergong kerana ketiadaan asrama yang mencukupi di kampus Kuala Ketil.

“Perpindahan kami dikaitkan dengan ketiadaan asrama kerana asrama yang diduduki sekarang di Bukit Selambau hanya sementara dan tempoh itu hingga hujung bulan ini. Selepas itu, kami tiada asrama tetapi bersedia mencari rumah sewa walaupun mahal,” katanya.

Sg Petani - Ibu tunggal daif perlukan bantuan baiki rumah

 
Norli Zakaria menunjukkan anai-anai yang membentuk busut di bawah rumahnya di Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah, semalam. - utusan/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 25 Julai - Ketika orang lain sibuk berpusu-pusu ke pasar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah, seorang ibu tunggal, Norli Zakaria, 42, pula hanya mampu memasak nasi berlauk sardin untuk berbuka puasa.

Norli dari Kampung Sungai Layar Hujung di sini, memasak hidangan ala kadar cukup untuk mengalas perus.

Dia yang kematian suaminya sejak empat tahun lalu kini membesarkan tiga orang anak berusia tujuh hingga 18 tahun, yang kesemuanya masih bersekolah.

Lebih malang, kediaman yang didudukinya kini merupakan sebuah rumah usang milik keluarga yang sudah reput dimakan anai-anai.

Akhirnya PERKASA melutut kepada India, Cina..!!!

PERKASA - SELEPAS PUAS MAIN ISU PERKAUMAN KINI MELUTUT KEPADA CINA DAN INDIA


PERKASA kini bergelut untuk menyelamatkan nyawa NGO yang rasist ini selepas keputusan PRU 13 yang lalu membuktikan isu perkauman tiada lagi tempat di negara ini. Bila isu perkauman telah dicampakkan rakyat yang bertamaddun ke dalam tong najis, maka itu bermakna riwayat PERKASA bakal berakhir.

Mengenepikan soal maruah dan prinsip, maka tanpa rasa segan PERKASA pun buat keputusan mahu mengikut rentak masyarakat yang bertamaddun. Diberitakan PERKASA akan mula menjalinkan kerjasama dan berpadu dengan NGO dari kaum Cina dan India walaupun semua tahu apa yang tidak pernah disebut oleh PERKOSA terhadap dua kaum ini. Tetapi demi hayat PERKASA, mereka sanggup melutut kembali kepada NGO dari kaum Cina dan India ini.

Pendang - Penyamun nie tak kira bulan posa ka dak..

Pura-pura beli daun rokok
Pura-pura beli daun rokok
Suraya (kiri) dan rakannya melakonkan kembali bagaimana keadaannya ketika diacu parang.
 
Pura-pura beli daun rokok
Suraya menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
PENDANG – Seorang peniaga cedera di jari dan leher selain mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas barang kemasnya disamun seorang lelaki bersenjatakan parang dekat Kampung Jelai di sini baru-baru ini.

Suraya Mahmud, 42, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di kedai runcitnya.

Menurutnya, seorang lelaki tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20an berpura-pura masuk ke kedainya untuk membeli daun rokok manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu.

“Walaupun kereta terbabit berhenti betul-betul di depan pintu masuk kedai saya, saya tak mengesyaki apa-apa.

Kedah sediakan 100 pegawai penguatkuasa bertugas pantau harga

26 Julai 2013

SUNGAI PETANI - Lebih 100 pegawai penguatkuasa dan 60 pegawai pemantau harga akan berada di lokasi tumpuan ramai di Kedah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani sepanjang sambutan Hari Raya bagi memastikan peniaga tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah Mohd Sakri Salleh berkata pemeriksaan di pasar-pasar kini mendapati kebanyakan peniaga mempamerkan tanda harga bagi setiap barangan yang dijual dan mematuhi harga jualan yang ditetapkan.

Beliau berkata menerusi Ops Harga yang dilancarkan bulan lepas hingga Rabu lalu, 5,254 premis diperiksa dan 36 kompaun dikeluarkan kebanyakannya bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga.

Beliau turut memberi jaminan bekalan ayam, daging tempatan dan import di negeri ini dijamin mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri walaupun permintaan biasanya meningkat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...