TERKINI :

Friday, July 26, 2013

Aduhai Laki si Ketua Wanita UMNO dah la seleweng duit lembu sekarang Gadai NFC kepada pihak asing la pula..!!!

Photo: Pembela Melayu katanya UMNO ni

Sudahlah MENYELEWENG wang rakyat

Sekarang GADAI pula aset NFC kepada pihak asing

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyarikatJepunakanambilalihaset_liabilitiNFCORP/Article/index_html

Bilakah politik perkauman akan berakhir?

BILAKAH politik perkauman akan berakhir? Sebagai sebuah negara berbilang kaum selagi tidak ada perpaduan kaum yang sejati negara tidak akan kemana-mana.

Setiap orang terutamanya dibandar dan separa bandar, mempunyai jiran tetangga dari berbagai kaum. Hidup yang aman bermula didalam keluarga dan diantara jiran tetangga dalam kariah kita.

Kalau kita tidak setuju dengan jiran tetangga kita janganlah berbezaan pendapat dan pandangan itu berbeza di dasarkan kepada perbezaan warna kulit, bangsa dan agama. Perbezaan itu biarlah di dasarkan kepada isu yang tidak ada kena mengena dengan bangsa, agama dan warna kulit.

Ramai orang termasuk diri saya yang kerdil ini amat gembira apabila ada parti yang melahirkan hasrat untuk menjadi parti perjuangan yang berlandaskan kepada ‘multiracialism’, tanpa menggunakan isu kaum dalam semua halnya. Bagi orang seperti saya dan ramai yang lain amat terkeliur dengan perjuangan ini kerana sudah sangat lama kita menunggu masa dan saatnya bagi kita bersatu dan menjadi rakyat Malaysia dan bukannya sebagai bangsa Melayu, Cina dan India atau Kadazan dan Iban.

Wanita - Antara "TERTUTUP" & "TERBUKA"

Muslimah: Antara tertutup dan terbuka - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

July 25, 2013

Beberapa malam lalu, seorang pensyarah pengajian Islam dari salah sebuah Negara Teluk datang ke rumah saya. Beliau menjadi imam tarawih di tempat saya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziah. Selepas solat saya menjemputnya berbual dalam rumah saya. Ketika beliau memberitahu saya bahawa beliau mengajar pelajar perempuan, saya bertanya apakah negaranya sudah membenarkan guru lelaki mengajar wanita secara berhadapan.

Dia kata, dia mengajar menggunakan perantaraan talian komunikasi, bukan secara langsung. Saya tanya kenapa? Dia menjawab tidak wajar lelaki berhadapan dengan wanita secara langsung kerana itu membawa fitnah. Dia lalu membawa beberapa alasan dari hadis Nabi s.a.w untuk memperkukuh pandangan itu. Jam sudah agak lewat ketika itu, saya mengambil langkah enggan berhujah panjang dengan tetamu saya itu. Apa nak hairan, macam itu mazhab kebanyakan ulama di negaranya.

'Jahat' betul Lim Guan Eng nie.. Menganiaya pemandu teksi Pulau Pinang..... Ish ish ish...

Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif 
 
Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh
Antara pemandu teksi yang menerima insentif dari kerajaan negeri.
 
GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.
 

Utusan mesti diambil tindakan kerana buat laporan palsu

PETALING JAYA: DAP menuntut tindakan tegas diambil terhadap akhbar Utusan Malaysia di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyiarkan berita palsu bahawa pihak polis akan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menyebarkan gambar kontroversi kantin sementara di bilik mandi.

Ini berikutan laporan palsu Utusan kononnya Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap mereka yang menyebarkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, kerana gambar itu boleh menimbulkan provokasi dan konflik perkauman.

Menurut A. Thaiveegan, beliau tidak ada pun menyebut demikian sehingga mahu menggunakan Akta Hasutan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).

Di bawah Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, hukuman bagi menyiarkan berita palsu adalah denda maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali; manakala di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, denda maksima tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pil Kuda - Jangan sahaja membela Presiden, malah heret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda

Juham respon kpd pemuda Gombak::

Adalah diingatkan bahawa sekiranya benar saman fitnah difailkan terhadap Presiden, Ketua Pemuda Gombak tidak perlu khuatir kerana JUHAM mahupun Lajnah Undang-undang PAS secara pantas akan membela serta mewakili Presiden tanpa perlu diarah dan dipaksa. Track record para peguam PAS telah pun membuktikannya.

Malah, JUHAM amat menanti-nantikan Saman itu difailkan, kerana JUHAM bukan sahaja ingin membela Presiden, malah JUHAM akan mengheret sama pihak ketiga yang memberikan maklumat tentang pil kuda itu kepada Presiden untuk sama-sama dijadikan pihak ketiga dalam tindakan Saman tersebut. Maka biarlah rakyat melihat dan menilai siapakah individu yang berselindung di belakang nama Presiden dalam memberikan maklumat sedemikian tatkala semua jari menunding kepada Presiden seorang diri apabila timbulnya isu calon pil kuda tersebut.

RM500 juta untuk Kuala Besut, kawasan lain?

Harakahdaily, 26 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Sekiranya BN boleh mencurahkan peruntukan sebesar hampir RM500 juta dalam tempoh tidak sampai dua minggu untuk DUN Kuala Besut, tiada sebab kerajaan tidak boleh memberi projek bernilai RM200 juta atau RM300 juta kepada sesebuah kawasan yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com

Ini, katanya sekaligus akan memaksa BN Terengganu menumpukan perhatian yang sama rata kepada semua DUN di negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang dari segi pengagihan projek-projek pembangunan.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

Keputusan pilihanraya kecil DUN Kuala Besut terus menjadi perbualan di mana-mana dan ia dijangka berlarutan menjadi basahan mulut rakyat dalam tempoh seminggu dua ini. Pelbagai analisis, hujah dan justifikasi dapat didengar, baik mengenai kemenangan BN mahupun mengenai kekalahan PAS.

Tetapi perkara yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai limpahan projek pembangunan di Kuala Besut yang dianggarkan mencecah RM500 juta melalui 15 projek yang dicurahkan oleh BN selama 12 hari kempen pilihanraya kecil itu berjalan. Dengan perbelanjaan sebesar itu, pilihanraya kecil Kuala Besut dianggap paling mahal dan mewah serta menjadikan nilai seorang pengundinya kira-kira RM27,000.

Ketirisan RM6.7 juta bayar penyelaras parlimen

Harakahdaily, 26 Jul 2013

IPOH: Adalah tidak wajar untuk membayar gaji kepada penyelaras kawasan parlimen di kawasan-kawasan BN kalah dalam pilihanraya.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, pelantikan penyelarasan kawasan parlimen adalah pelantikan politik dan bukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Oleh yang demikian, kerajaan tidak seharusnya membayar gaji kepada penyelaras-penyelaras kawasan parlimen itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pembayaran gaji kepada mereka adalah satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak Kementerian Kewangan yang mana wang kutipan cukai daripada rakyat disalahgunakan untuk tujuan politik BN.

Tambahnya, penyelaras-penyelaras kawasan itu hanya menganjurkan program-program politik untuk BN.

Tidak salah kalau parti-parti politik melantik penyelaras kawasan Parlimen dan dibayar gaji daripada dana politik masing-masing.

Koperasi BERIS pulak didapati menyeleweng..!!

Ahli dakwa koperasi seleweng
Ahli dakwa koperasi seleweng
Ahli-ahli KPBB mendakwa pengurusan koperasi berkenaan tidak berlaku adil kepada mereka.
 
SIK - Seramai 25 ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB) mendakwa berlaku penyelewengan kewangan oleh lembaga pengarahnya.

Wakilnya, Mat Zam Mat Isa mendakwa, penyelewengan berlaku ke atas pengurusan wang koperasi apabila semakan mendapati mereka mengambil 30 peratus hasil jualan ladang getah sedangkan ketika mesyuarat agung koperasi pada 2003, majoriti ahli membenarkan koperasi mengambil 10 peratus sahaja.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan koperasi yang dikatakan tidak berlaku adil kepada sebahagian ahlinya.

“Kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik petang kelmarin.

PERKASA akan bergabung dengan NGO Cina, India jadi MIRAC

 
PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India

Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini akan dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.

PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

Ratu Cantik: Mufti Harus Dakwah, Bukan Dakwa

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan terhadap fatwa yang melarang penyertaan wanita berugama Islam masuk pertandingan ratu cantik. Namun dalam masa sama, SAMM melihat tindakan ugutan untuk mendakwa peserta kononnya menghina Islam itu sebagai tidak wajar.

Perihal penyertaan wanita muslim ke pertandingan ratu cantik kini menjadi perhatian maka pihak mufti atau pejabat agama bertindak mengambil kesempatan untuk dakwah, bukan dakwa. Inilah peluang yang baik untuk menerangkan kepada semua bahawa Islam itu ad-din dan adil.

Kesempatan ini juga harus digunakan sebaiknya demi membetulkan persepsi bahawa Islam ini agama yang tidak 'cool' dan ketinggalan. Malah memberi kefahaman khususnya kepada umat islam sendiri yang terpesong adalah sepatutnya lebih diutamakan daripada mengambil jalan menghukum.

SAMM - RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN MAHKAMAH DITERUSKAN


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdepan cabaran paling getir menjelang Syawal apabila tanggal 29 Julai 2013 iaitu Isnin ini, seramai 33 aktivis yang ditangkap dalam kejadian protes penipuan SPR di depan Parlimen pada hari pertama sesi parlimen berlangsung, akan didakwa. 

Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Pihak peguam juga menasihatkan agar pihak SAMM bersedia dengan wang jaminan RM5000 bagi setiap 33 orang aktivis yang bakal didakwa, menjadikan jumlah keseluruhannya RM165 ribu hanya untuk wang jamin sahaja. Dakwaan akan dijalankan di Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin ini iaitu kurang 10 hari dari hari perayaan Aidilfitri.

Orang Islam tidak kenal agamanya?

DI kalangan umat Islam terbahagi kepada kategori yang boleh dibezakan antara satu sama lain dari sudut kekuatan kefahaman terhadap ajaran agama, iltizam dengannya, jahil mengenainya dan seumpamanya.

1. Orang Islam yang tidak mengenali agamanya akibat tidak bersedia untuk mendalami ilmu ilmu agama kerana alasan sibuk dengan tugasan harian.

2. Orang Islam yang tidak minat terhadap agamanya sendiri kerana tidak diasuh sejak kecil lagi amalan-amalan keagamaan.

3. Orang Islam yang menjadikan agamanya sebagai bahan sampingan, jika perlu kepadanya diambil jika rasa menyusahkan diri dipinggirkan daripada kehidupan.

4. Orang Islam yang malu untuk menyatakan Islam melalui perwatakan, pemikiran, pakaian, akhlak dan lain lain lantaran terlalu kagum dengan kehidupan masyarakat Barat kononnya membawa kemajuan.

5. Orang Islam yang suka mempersendasendakan agamanya, sama ada melalui tulisan, ungkapan, tindakan dan sebagainya.

Durian tak jadi harga..sekilp jatuh sampai jadi 5 kupang..!!!

Durian tak laku di bulan puasa
Durian tak laku di bulan puasa
Mohd Khairul menunjukkan durian yang dijual secara bakul.
 
BALING - Satu bakul dijual hanya RM50, itulah harga yang ditawarkan oleh kebanyakan peniaga durian di sekitar daerah ini kepada pembeli.

Faktor persekitaran terutamanya pada bulan puasa kini menjadikan harga raja buah itu semakin jatuh.

Peniaga, Mohd Khairul Azhar Shuib, 27, berkata, harga buah berkenaan menurun sehingga mencecah 40 sen untuk sekilogram.

“Biasalah waktu Ramadan, bukan tak ada yang beli, tapi kurang. Kebanyakan pembeli adalah bukan yang beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, durian yang dijual dalam bakul mendapat sambutan menggalakkan terutama kepada pemborong yang ingin mendapatkan bekalan buah terbabit.

“Harga memang murah, kualiti buah juga baik, jadi jualan memang sangat memuaskan” katanya kepada Sinar Harian.

Salinan Aduan Pelajar Perubatan isu Penutupan Prog. Perubatan di KUIN kepada Kementerian Pengajian Tinggi

Pengikut Syiah terima keputusan kerajaan negeri

Wartawan Sinar Harian
Pengikut Syiah terima keputusan kerajaan negeri
Bahagian dalam pusat Hussainiah Az-Zahra di Alor Berala Tobiar Pendang. Dalam bulatan: Batu Kabala yang digunakan untuk solat.
 
PENDANG – Pengikut Syiah Kedah menerima secara terbuka keputusan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti fahaman itu.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, tindakan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti-Syiah boleh dilakukan jika itu dianggap sesuatu yang perlu untuk membendung penularan fahaman itu dalam masyarakat Islam negara ini yang majoritinya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

“Tetapi kalau tindakan mewartakan fatwa anti Syiah itu bertujuan untuk menghapuskan ajaran Syiah, saya anggap itu tindakan anti nasional yang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara.

3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional

KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional
Ahli Syiah di Kedah bergambar kenangan ketika sambutan Maulidur Rasul 2011 lalu.
 
PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.

Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an hingga 50-an.

“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...